Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label southtrip. Show all posts
Showing posts with label southtrip. Show all posts

14 December 2019

South Trip 4 - HB Najihah

Eh eh, dah the end kan semalam? Ni apa benda plak? Haha.

8 Disember, Ahad

Pagi Ahad yang tenang, sepatutnya hari ni mak, ayah dan Amin akan terus pulang ke Kg Gajah, tapi lepas di sembang-sembang kamipun bersetuju untuk ke UiTM Puncak Perdana melawat si bongsu, Najihah. 2 kereta pun bergerak menuju Puncak Perdana. Oh sambil test drive la kereta kita yang dah mounting enjin Khamis lepas. Wow, smooth dah takde getaran bila start enjin.

Puncak Perdana, Selangor

Sampai di Puncak Perdana, tunggu di depan asrama Jiha. 30 minit menunggu, text tak balas, call tak angkat. Ah sudah. Jadi aku dan kak Siti pun menapak naik ke bilik dia. Ketuk pintu, nasib baik ada kawan dia buka pintu, minta dia kejutkan Jiha. Dari pintu tu aku nampak dia baru bangun lepas kawan dia kejut, siap berselimut lagi ya tidur siang. Fuh fuh.

Lepas penyerahan segala barang-barang makanan dan so called hadiah, kami pun ajak Jihah keluar ke rumah ucu di Bukit Jelutong. Saja lah bawa mak melawat adik bongsu dia jugak. Hehe. Lepas berborak santai kami pun berpecah. (Oh to note, kat rumah ucu makan pulut kuning dan kari daging, sedap gils 😋) Mak, ayah dan Amin menyambung perjalanan ke Perak, dan kami bawa Najihah ke Tesco Extra Shah Alam, nak beli hadiah untuk secret santa katanya. Ish2 apa ke kejutan budaya adik aku ni. Gituh. Bunyi nak trendy kan budak2 ni, kabo je la tukar2 hadiah je kan senang, takdelah isu kalau duk kabo ke orang nanti kan.

Masuk kedai hadiah dengan Mr Diy. Bukan Jihah je yang mencari hadiah, kitorang pun terlebih excited. Haha. Lepas membeli, kita beli lah kek untuk birthday girl. Kek Kings je. itu je ada kat tesco extra ni, tapi air Tealive.. so okay lah tu. Habis sesi minum petang, hantar budak tu balik asrama, maka kami pun pulang ke PJ.



Tamatlah perjalanan hujung minggu lepas bersama keluarga! wuhuu..

13 December 2019

South Trip 3 - Muar

7 Disember, Sabtu

Hari ini hari kedua berada di Johor. Pagi ni ayah ajak berjalan di sekitar Johor Bharu, memandangkan aku belum mandi dan telah dirasuki hantu Friends semenjak di Melaka, maka aku tak ikut serta. Hanya kak Siti yang ikut. Amin masih tidur kerana balik lewat jam 2 pagi semalam. Semalam masa melawat Shidah, Amin tak ikut, lepas kami balik baru dia keluar di ambil sepupu. Ikut majlis berinai agaknya?


Aku sambil menggosok baju, sambil tengok netflix dan menghabiskan makanan2 yang ada. Mak dan ayah di bawa makan kacang ful oleh Kak Siti. Takkan lah datang JB tak makan kacang ful kan. Lepas makan, tapau nasi untuk aku dan Amin. (Makan lagi? waduh2)

Dalam lebih kurang 11 pagi, Andak dan keluarga pun tiba. Sambil tu kami pun mengemas barang berdikit-dikit. Pukul 12 nak checkout dah ni. Kemas-kemas semua, dan kami pun mencari destinasi seterusnya untuk bersidai. Almaklumlah aturcaranya keluarga pengantin lelaki berarak jam 2. Nak lepak kat homestay pengantin, macam super penuh pulak. Jadi antara Tesco atau masjid? Ahaha, dimenangi oleh Tesco. Sampai Tesco, dah Zohor dah pun, jadi masuk-masuk terus solat. Lepas tu tak kemana dah, oh ada beli karpet. Jauh2 tau gi beli karpet sampai ke Pasir Gudang.

Jam 2 petang kami tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan. Kena tunggu lagi 30 minit sebab pasukan kompang tak tiba lagi. Oklah, sambung bersidai. Lebih kurang 2.40, perarakan masuk. Ya Johor kan, so kena lah tol. Lepas tol, ada silat. Lepas tu masuk lagi, sebelum sampai pelamin ada tol lagi, ada pantun lagi. Then dapat lah duduk dan makan lepas bacaan doa. Habis makan, belum habis lagi. Tapi oklah bergambar. Lepas bergambar ada sesi potong pulut kuning, dan lepas tu sambung lagi sesi temuramah dengan kedua pengantin. So bayangkan jam berapa nak bertolak balik ke PJ?





Aku pun tak ingat jam berapa kami bertolak balik, tapi kak Siti memandu keluar sampai ke PLUS, then ayah pulak drive. Semalam ada kak Siti cakap, antara tempat yang mak nak pergi adalah Muar. Satunya sebab nak makan mi bandung, keduanya aku rasa dia pernah datang tempat ni dulu, ada saudara dia yang disini. Jadi, kami pun membelok masuk ke Muar. Oh as you know, Muar ni dekat dengan Melaka dah, tapi sebab kedudukan dia berhampiran dengan laut, maka jauhhhhlah dari hiway. Despite of mak mengomel akan lewat sampai PJ, kami tetap juga menuju ke Muar.

Muar, Johor

Kami tiba di Muar ketika azan Maghrib bergema di ruang angkasa Tanjung Emas. Muar juga turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Selain itu, pelabuhan Muar yang juga terletak di Tanjuk Emas merupakan jalan laut untuk memasuki Bengkalis dan Dumai, Indonesia.

Oh, Maghrib itu kami menunaikan solat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar. Senibinanya klasik dan menarik. Yang tak menarik, masa kami sampai tu most of toilet under construction, makanya terpaksalah sambung cari toilet di Dataran Tanjung Emas yang tak jauh dari masjid. Lepas semuanya menunaikan hajat, perjalanan di teruskan mencari mi bandung di Muar. Agak-agak kalau pergi Bandung, jumpa tak mi bandung ni eh. Hmm.

Dengan bantuan google, yang terdekat untuk menikmati Mi Bandung adalah di Kadir Mi Bandung yang terletak berhampiran stesyen bas Hentian Maharani. Walaupun rupanya salah kedai (kitorang masuk kedai lain, dah balik baru nampak kedai Kadir tu) tapi oklah, mi dia kaya dengan udang geragau. Tapi tetap prefer yang di KL, sebab kuah dia tak pekat sangat. 😆


Habis makan, maka perjalanan yang panjang diteruskan. Ada singgah satu lagi RnR untuk topup touch n go dan juga dapatkan kopi panas. Eh, tapi ada daily fresh lagi kat sini! Ok choco deluxe dekat sini adalah yang selalu aku bayangkan tentang Daily Fresh! Crunchy diluar dan lembut di dalam. Nyum.

Kami tiba di Petaling Jaya sekitar 11.30 malam. Alhamdulillah, perjalanan yang panjang.

the end.

12 December 2019

South Trip 2 - Melaka

Kami singgah di Seremban untuk aku dan kak Siti solat Asar secara qasar. Kat sini jugak singgah untuk isi minyak dan topup touch n go. Sebelum sampai ke surau lagi aku dah target untuk dapatkan Choco Deluxe Daily Fresh 🤤, jadi lepas je solat memang aku duk situ beratur untuk sekeping waffle yang super nyummeh! Alkisahnya, hari tu beli dekat UM sebelah chatime kat library tu, tak kaw plak waffle dia. Tu yang tak leh tahan kena pi beli gak tu. Masih nyummy, tapi kali ni waffle dia terlebih crunchy plak, dah rasa macam kon aiskrim dah ni.

Sampai kereta, rupanya Amin pun dah tapau KFC, terliur lah tu dengar aku dengan Kak Siti lunch KFC. Perjalanan pun di teruskan untuk ke Pantai Kelebang, Melaka. Walaupun keadaan kereta padat sekali, tapi we manage to make it through. Dulu macam duduk 5 orang kat belakang pun rasa steady lagi, tapi rupanya dulu tu dah 20 tahun yang lalu agaknya. Haha. 

Klebang, Melaka

Menghampiri Maghrib, sampailah kami ke homestay yang telah di book. Symphony Suites @ the Wave Resedential. Rumah dia kecik je, ada 2 bilik, 1 bilik air. Tapi puas hati lah view cantik, plus kalau duduk kat balkoni tu, angin dia ya Allah, bestnya! Total bayaran hari tu campur deposit, RM262.00, esoknya lepas checkout dapatlah balik RM 100. 


Malam tu lepas solat jamak Maghrib Isyak, kami pun terus mencari kedai makan. Mak request untuk makan asam pedas, ok mak! Setelah dicari oleh Kak Siti, jumpalah kedai asam pedas racun, lokasinya berhadapan je dengan The Wave. Tapi nak perginya kena uturn dulu baru sampai. Malam tu, aku, ayah dan kak siti order masak asam pedas, Amin aku paksa ambil masak lemak siput sedut. Ehehe, aku kan kakak! Alih alih mak order nasi goreng je.

 

Asam pedas dia okeylah, masam sikit. Tak sama dengan asam pedas yang biasa aku makan. Habis menyantap, kami bergerak pula ke Pantai Klebang. Orang pi pantai siang, kita pi malam. Kuat angin tepi pantai ni ye. Sepanjang pantai Klebang ada banyak gerai menjual pakaian, toys, jam, jeruk, rechargeable kipas, termasuklah karpet dan bantal. Aku beli kerongsang je, beli 10 biji, percuma 10. Oh di hujung pantai ada fun fair. Tapi tak ada lah kami singgah, tengok je. Kami cuma masuk ke kawasan pertunjukan lampu neon, RM5 sekepala. 



Lepas habis, balik homestay dan tidur. Esok perjalanan masih jauh untuk ke Pasir Gudang.

6 Disember, Jumaat

Subuh tu, emak dan ayah Subuh di masjid berhampiran homestay. Janganlah persoalkan mengapa kami tak ikut serta 😂 Lepas Subuh, mereka pulang dengan sarapan bersama-sama. Nasi lemak, ayam goreng dan kuih muih, tak lupa juga air teh dan air kopi. Lengkap! Sedap betul sambal nasi lemak dia, memang terbaik. Setelah bersiap-siap, kami meninggalkan homestay pada jam 10 pagi. Sebelum checkout tu, sempat juga Amin mencuba infinity pool yang terletak di aras 4.

Ayer Hitam, Johor



Sebelum sampai ke waktu zohor kami singgah di Ayer Hitam, mak nak mencari semula tempat yang dia pernah singgah satu masa dahulu. Kami singgah di random kedai, tapi bukan. Disebabkan waktu untuk solat Jumaat makin hampir, maka kami bersegera ke kedai makan paling hampir dengan masjid. Kali ni aku ambil kari kepala ikan, tapi kuah dia ambil asam pedas. Laziz jiddan jugak 🤤 Sebelum beransur, sempat jugak mak tapau 4 biji telur pindang untuk bekalan masa depan.

Lepas hantar ayah dan Amin ke Masjid Sultan Ibrahim, aku cadangkan pada mak dan kak siti untuk solat di surau, memandangkan hari Jumaat, pasti surau akan kosong. Dalam perjalanan itulah akhirnya kami menemui deretan kedai yang dicari oleh emak. Oh! Rupanya, inilah tempat yang sama aku pernah singgah ketika Trip Singapore 2015 yang lalu! Lepas menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar di Surau Al Syakirin Kampung Baru, kami pun singgah di kawasan kenangan yang dicari cari oleh mak. Sambil tu beli lah beberapa snek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Lepas mengambil Amin dan ayah, perjalanan pun diteruskan.


Pasir Gudang, Johor

Kami tiba di rumah homestay keluarga pengantin di Jalan Bachang, Pasir Gudang sekitar jam 4 petang. Ada lagi 30 minit sebelum masanya menikah. Okey, ambil kunci dan kami pun check in homestay kami di Jln Mangga. Sampai homestay, sempatlah turunkan segala barang dan rehat sekitar 15-30 minit sebelum kembali ke homestay pengantin untuk menyertai rombongan menikah.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, maka bertukarlah status Afifi dari bujang kepada suami orang. Aku dan Kak Siti tak dapat nak menyaksikan secara berhadapan memandangkan kawasan untuk upacara menikah tu agak sempit. Jadi kami duduk di kaki lima rumah sambil bersembang dengan mak/ nenek saudara pengantin perempuan. Oh, disebabkan kami duduk di luar, maka kami juga dapatlah menyenduk santapan lebih awal dari yang lain. Hehe!



Perut kenyang, dan hati pun senang. Jadi pulanglah kami ke homestay. Malam tu selepas solat, kami singgah ke rumah Shidah di Taman Scientex. Tak sangka pulak berjaya juga menjejak kaki ke rumah Shidah. Ingat tak kan berjaya, hehe. Pasir Gudang kut, hujung dunia! Oh Shidah ni adalah rakan sekolah rendah, jadi keluarga aku pun kenal sangatlah. Mak aku teacher dia, sementara bapak aku pulak junior arwah bapak dia masa di sekolah menengah dulu.


Hari yang panjang kan? Balik menuju ke homestay, boleh pulak terlihat live accident kat depan mata. Aku pulak tengah jadi co-driver ayah masa tu, memang full view. Motor duk menyelit dengan begitu merbahaya sekali, baru je ayah bising dengan cara penunggangan dia, tak berapa jauh kedepan, dia tersendeng kereta myvi dan tergolek menyembah jalanraya. Helmet tergolek dulu, dia pulak tertiarap dan terheret bersama motor. Peh, ada percikan2 api lagi. Dan masa seolah-olah terhenti untuk beberapa saat. Semua orang startle nak buat apa. Nasib tak lama lepas tu brader tu bangun. Tapi muka berdarah-darah dah lah, kena sagat dengan tar jalan.

Sampai rumah, mak masih terkejut. Aku? Terkejut jugak, tapi knowing dia masih hidup tu, relieve jugaklah. Live accident macam ni, aku rasa ni 2nd time aku nampak, yang first tu lagi dahsyat, melambung orang tu. Sebab dah penat sangat, balik tu aku terus tidur. Oh ya, dan malam tu mimpi hantu. ha ha! Aku tak basuh kaki kut eh sebelum tidur.

berambung..

11 December 2019

South Trip - the Unplan is the best Plan

Hai semua, selalunya aku ceritakan trip2 yang aku serta bersama kawan, kali ini aku nak cerita tentang perjalan ke Selatan bersama kaum keluarga. Yehu! Ahahaha, haruslah dengan keluarga dah nama pun menghantar pengantin. Last road trip dengan family ni bila ya? Hmm sekali masa pi hantar Amin mengaji ILP kat Terengganu, sekali lagi masa pi Cameron Highland back then masa mak masih seorang guru besar.

2019, akhirnya mak dan ayah dah pencen! Alkisah dari mak pencen 2016, mak dah suruh kami plan untuk percutian keluarga, tapi tu lah tu, sibuk nak berkawan je manjang, ish ish ish. 

5 Disember, Khamis

Pagi tu dapat wasap di grup family, 
"Cuba try tengokkan homestay kat Melaka" tulis ayah. Pagi tu aku memang ambil cuti untuk servis kereta, dah 2 bulan delay dari tarikh gara-gara sibuk dengan audit dan uruskan dokumentasi untuk claim company. Tengok je mesej ayah, aku pun usha booking.com, okey ada homestay boleh masuk 5 orang harga around 100~150 dekat area Klebang. Ok ni. Aku tengok ada 2 homestay la atleast available untuk malam tu. Tapi aku takde lah terus book, sambil on the way pun boleh buat kan. 

Plan asalnya kami sekeluarga akan tidur di rumah aku kat PJ ni, sebelum esoknya bergerak ke Pasir Gudang. Tapi disebabkan akan sampai awal di PJ, ayah cadangkan why not kita lajak lagi ke Melaka, atleast dah cover separuh dari perjalanan. Aku kira cadangan ayah tu sangat bernas! Jadi balik dari makan lunch dan ambil kereta yang telah siap di servis, aku dan kak siti terus balik rumah, tak kemas beg lagi. Patut sempat je aku nak balik rumah dan kemas beg sebenarnya sementara tunggu servis, tapi sebab ralit layan perasaan kat UM, sedar2 dah lunch time. Ahaha!

Petaling Jaya, Selangor

Baru lebih kurang 10 minit sampai rumah, mak dan ayah sampai juga. Maka dengan sepantas tak berapa nak kilat kami pun masukkan je apa yang ada dan here u go! Sebelum Asar kami pun bergerak ke Melaka. Planning untuk Asar di perjalanan sebab diorang yang lain dah solat jamak tadi. Oh ya, homestay di Pantai Klebang selamat di book sebelum kami meninggalkan Petaling Jaya.

Melaka, here we go!

Bersambung..