Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label Gema Selangor Backpackerz. Show all posts
Showing posts with label Gema Selangor Backpackerz. Show all posts

28 August 2023

Double mountain, double pain.

"Sarah, nanti tidurlah rumah akak. Senang kita nak gerak sama pagi tu" kak Nora

Maka malam 25hb tu aku lepak rumah kak Nora. Boleh plak abang dan kakak ipar dia ajak makan durian jam 11.30 malam. 😅 Aku time tu tengah sibuk berperang. Lol! Tapi, orang dah mengajak kan, tak kan nak tolak. So, kita pun join melahap. 

Gunung Angsi (825m) 26 Ogos 2023

Dah lama teringin nak naik Angsi ni sebenarnya, tapi tu lah, orang selalu cakap 'Angsi ni puncak dia takde view'. Maka kerap kali juga la membatalkan hasrat nak ke puncak Angsi 😆. 

Hingga akhirnya, Bad ajak intensif training Angsi-Datuk. Yeah thats it!

Pagi tu, kami gerak selepas Subuh menuju trailhead Ulu Bendul. Plan asal jam 7.30 pagi, tapi hehe. Dah sampai simpang ke Bukit Putus rasa lapar plak, jadi terus lah ke Ulu Bendul makan dulu. Kalau ikut senarai yang akan naik Angsi hari ni ada 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan. Tapi eh jadi 9 orang pulak. 6 lelaki 3 perempuan. Lelaki naik jam 8 dan kitorang naik jam 8.30 pagi. 

Bagi aku Angsi ni punya trail macam Bukit Sri Bintang version lebih panjang. Naik dia tak secanak Datuk tapi panjang lah perjalanan dia. 

'Kak, nanti sampai checkpoint 1 jangan lupa singgah beli aiskrim, ada kawan saya' - Kurama

Kurama ni kawan kat PUBG, kalau ikut dia nak join. Tapi disebabkan minggu sebelum tu dia baru je kursus SAR dan prektikal nya di Angsi, maka di hujung minggu tu dah tak larat dia nak layan Angsi lagi.


Memang nice lah, dah letih2 macam ni ada pulak ais krim yang sejuk2 gituh ah nyaman! Sambil pendakian naik ni layan cerita Salha tentang trip CUS dia. Cerita ni kan pasal 2 gunung G7 tapi sampai kat Salha ni macam lebih amaze kat makanan nampaknya. Kemain sedap dia kata makanan kat trip tu. 


Sepanjang pendakian memang view putih je, berkabus tebal. Tunggu masa je langit runtuh. Aku sampai ke puncak Angsi jam 11 pagi. 2 jam 30 minit la pendakian. Ni versi santai lah ni. Kalau ikut aku memang nak lagi santai, tapi sebab ada Salha, jadi ada push faktor skit. 

'kalau yang kat bahagian landai tu laju sikit ya, cover part menaik'

Dekat puncak, bukalah dapur, bancuh kopi o dan goreng cucur ikan bilis segera adabi. Jarang-jarang sebenarnya layan cucur segera tapi untuk trip2 macam ni sungguh memudahkan. Laju-laju je proses ni, tak sempat nak terlalu feeling, sebab hujan dah mula turun. Last batch tepung masuk kuali, hujan dah mula merintik rintik. Maka cepat-cepatlah kami bungkus, tutup kedai dan bersiap untuk turun.

Kemain ramai ya hari tu orang kat puncak. Nak bergambar kat batu tanda pun kena berbaris. Sobs.

Sebelum turun, macam biasa ritual wajib group photo dulu. Alibi kehadiran. 


Jam 11.43 pagi kami pun (perempuan) bergerak turun. Trek yang kami naik tadi dah mula di takungi air berwarna seperti teh tarik. Masaklah, aku tak bawa sebarang benteng pertahanan hujan seperti baju hujan, sweater atau paling lekeh, windbreaker. Nasib lah hujan tak terlalu ganas, layan je lah. Feeling2 tengah healing dalam hujan. Haha!


Sampai ke check point 1, aiskrim masih ada gais! Kali ni pau duit Bad untuk mencicip sebatang eskrim Malaysia berperisa honeydew yang berwarna pink! Hujan-hujan pun tetap eskrim tidak dilupakan. Wkwkwk.

Kami tiba di kaki Bukit Putus pada jam 1.07 petang.

Para jejaka terus ke Ulu Bendul kembali untuk mandi+salin baju+makan lunch. Untuk kami, Salha tidak meneruskan pendakian ke Gunung Datuk esok, maka aku dan Kak Nora meneruskan perjalanan menuju ke arah Rembau. Mencari masjid mana yang sudi menerima kami (untuk mandi dan solat) 

Sambil pergi mandi, jemur dulu yang basah di bumbung

Kami singgah di masjid dan makan lunch di The Rimba (tempat makan yang dicadangkan Kam) Not bad lah restoren ni, macam-macam ada! The Rimba ni elok plak berhadapan dengan masjid yang kitorang singgah. Pucuk di cita ulam mendatang orang kabo.


D'Hailin Campsite

Dari makan lunch, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat penginapan. Campsite ni letaknya di daerah Rembau. Maka dekat lah untuk menuju ke Gunung Datuk esok. Tricky jugak nak sampai ke sini memandangkan kedudukan dia yang agak pendalaman. 

Tapi the idea untuk tidur kabin malam tu aku rasa adalah langkah bijak. Memandangkan tak perlu bersusah payah mendirikan kemah. HAHA. i like! 

Kami sampai tu agak lewat, jejaka2 semua da sampai. Lagi 5 minit kami nak sampai campsite, Bad call nak minta tolong beli bahan masak untuk dinner. Decision nak makan dinner apa memang on the spot ya! Tapi sebab kitorang dah nak sampai sangat, jadi kitorang masuk check in dlu, then diorang yang keluar balik untuk beli dinner. 

Memang special bilik kitorang. Tempat tu asalnya surau perempuan, tapi dah dijadikan cabin gak. Disebabkan 1 je bilik kitorg yang kat atas, jadi tak di ganggu lah dengan camper2 lain. Toilet pun ada sendiri punya, tak payah nak share2 ngan orang lain.

Menu malam tu, nasi ayam dan beger. Memang aku tak sentuh lah nasi ayam, beger pun dah sungguh mengenyangkan. Ada birthday boy jugak rupanya, kawan Naja. tapi nama dia apa ek, aku pun lupa! 

Gunung Datuk (885m) 27.8.23

Sejak turun semalam kaki dah pegal-pegal. Rasa memang dah cannot go. Dah dua tiga kali re-decide untuk naik Datuk atau tak. haha. tapi lenjan je lah kan, plan dah ada. Kita fulfill je la.

Plan asal nak gerak awal dan Subuh di kaki Datuk. Yaaa, biasalah. Hujung²nya solat dulu di cabin dan kemudiannya barulah menuju ke kaki gunung Datuk. 

Pagi tu kami bermula seawal 7.07 di pintu gerbang dan 7.15 di pondok pendaftaran. Kami bermula 5 orang. 2 orang yang patut join sama untuk trip Datuk dah gerak dulu seusai Subuh. 5 orang ni kemudian berjarak sesuai pace masing². Aku? Posisi macam biasalah. Meski dah bertahun mendaki, kat situ je lah kedudukan aku, depan sweeper 😆🤣 (atau kadang² aku yang jadi sweeper, ikut keadaan)


'Nah nah, ambil ni sorang 2 biji, lepas ni jumpa kat puncak je' ujar Syimi sambil mengagihkan 2 biji himalayan salt untuk setiap orang. Memang itu lah kami nampak Syimi, lepas tu jumpa kat puncak je memang.

Aku rasa nampak Juju dan Syimi memang beberapa minit selepas start je, lepas tu memang hilang. Kak Nora pun hilang lepas 30 minit pendakian. Menjadikan aku ngan Bad je lah saing saing kat belakang. Kadang dia belakang, kadang aku. 7.56 pagi kami sampai ke checkpoint 1. Ambil nafas lah 5 minit. Ingat boleh jumpa kak Nora. Tak ada ya. Memang laju. 

Pendakian kami yang perlahan membolehkan kami bersapa dengan hikers lain yang seperti kami, antara yang ditemui adalah Kak Isya dan suaminya. Tengok dia nampak penat, tapi mental kuat kak ni. Tak mudah mengalah. Orang Puncak Alam je rupanya, kejiranan je rupanya.

9.25 pagi aku ngan Bad sampai ke puncak Datuk dan ofkos yang lain-lain dah lebih lama sampai. HAHA. Syimi ngn Juju sampai sejam awal. Kak Nora a few minit lepas diorang aku rasa. Harissa dan Zaiha sampai awal lagi lah dari Syimi dan Juju sebab diorang start lagi awal.


Hence the group photo! 7 of us.

"Akak saja je tinggalkan Sarah dengan Bad. Lepas ni akak takde tau, Sarah kena biasakan tak nampak akak" - Kak Nora

Dah puas lepak kat puncak, dan hari pun rasa mula nak panas, kami pun bergerak turun sikit, untuk makan-makan apa yang ada. Elok je turun, nampak kak Isya dan husband. Husband dia baru je siap bancuh teh, tengah nak masukkan susu pekat. MasyaAllah langkah apa ni gais. Terus aku ngan Bad bertindak ramah. HAHA. Sebab hari ni naik Datuk kami tak bawa cucur seperti semalam, aku pun tak bawa stove dan messtin. Jadi perlulah kita menjadi sedikit parasit. LOL



Yeah dapat lah merasa teh tarik di puncak. bukan teh je, Juju pun ada bancuh kopi. So campur plak kopi ngan teh. Mantap! memang terbaik! Ada ubi lagi kak Isya bagi. Habis semua aku sapu. wahaha!

Kalau ikut hati nak lepak lagi lama, tapi kitorang pun kena berkejaran sikit sebab cabin tu kena checkout. Makanya 10.55 pagi kami pun bergerak turun. Menghampiri checkpoint 1 semakin ramai nampak pendaki bersama aiskrim Malaysia. woahhh.. bakal ada aiskrim lagi ni.

Sampai checkpoint 1, 11.33 pagi. yeah betul! ada brader jual aiskrim! Ingat kat Angsi je ada. Kat Datuk pun ada rupanya.

brader peniaga aiskrim

Bergambar dengan kak Isya

Aku sampai dulu sebelum Kak Nora, elok pulak dalam beg aku memang letak beberapa keping ringgit. jadi dapat lah membeli eskrim berharga RM2 sebatang tu. Sambil makan, sambil layan brader sebelah berbual

"Tak meniaga kat puncak bang?"
"Dah pernah try dah. Tapi sini lagi laku. Sebab kat puncak biasanya diorang dah buka makanan diorang sendiri jadi tak beli dah"

Tak lama lepas tu kak Nora sampai.

"Kak Nora, nak aiskrim tak? tu ada jual" sapa aku sebaik melihat kelibat kak Nora.
"Alamak, takde cash. Ada QR Code tak?" tanya kak Nora kepada brader eskrim
"Ada"
Berpusing-pusing kak Nora mencari line. tapi tak de
"Takde line pulak, takpe lah"
 
"Nora nora, nora eh nama?" tanya brader sebelah aku yang rancak berbual ngan brader eskrim tadi
"Ni ambik ni duit, saya ada banyak. Ambik ni" sambil mengeluarkan beberapa not kertas berwarna putih hijau dan biru. Maka dapat lah kak Nora sebatang eskrim dari brader random yang ditemui di hutan. HAHA.

Rancak sangat layan eskrim, 11.45 baru sambung turun. 12.15 sampai di pondok register. 12.20 di pintu rimba, panggil Syimi dan Juju yang dah selamat melayan cendol. Bergerak semula ke cabin untuk checkout.

Tamat. 

Menunggu waktunya berangkat ke ekspedisi yang di nantikan. Plan dah setahun, kini menunggu saatnya tiba! Rinjani, aku datang.  

06 May 2021

Secebis kisah di Broga

Hai semua, lama tak menulis. Lagi-lagi tulisan2 tentang pendakian. Yela dah masuk tahun ke-2 dunia dilanda pandemik. Dan sejak itu jugalah, nikmat berkeliaran, bertravel dan bergerak kita telah pun di ambil semula. 

Ya, sebuah pelajaran tentang syukur aku kira. Akhirnya kita sedar, bergerak bebas itu satu nikmat.

Ok, terus kepada kisah. Last aku naik gunung adalah Gunung Yong yap beberapa hari sebelum arahan PKP Mac tahun lepas. Lepas PKP dah habis, ada juga la naik Bukit Gasing dan juga Denai 3 Puteri, buat lepas gian masuk hutan camtu.

Nak cerita dia pasal Broga kan tadi. Mengikut rekod, aku pun dah tak dapat kira berapa kali dah aku pergi Broga sebenarnya. Cerita ni dah lama (30.5.2015), cerita zaman semua yang join trip tu semua bujang lagi. Hidup yang santai tanpa memikirkan macam-macam komitmen yang kena fikir sekarang. 

Hari tu, first time la naik Broga, Gema x Weekenders. Tak ramai pun yang join hari tu. Biasa program Gema naik Broga kami buat pagi. Tapi yang kali ni, since Weekenders yang ajak, depa buat malam. First time juga aku naik Broga lepas Asar. Santai memang santai, sebab orang tak ramai. (Oh, masa ni masih guna laluan lama, nowadays dah buka laluan baru kan, dan berbayar. Time kami naik ni, masih bayar parking je. Naik bukit takde bayar)

Antara yang join malam tu (yang aku ingat).. 
Weekenders : Aliff, Cam, sorang guy, sharifah, liyana
Gema: Nopal, Azahari, Hakim, Aku, Edah, 2 kawan edah



Dah sampai puncak Broga tu, masing-masing ralit dengan keindahan matahari hampir terbenam. Sibuk bergambar. Nak cerita santai tak santainya kami petang tu, sampai Alif tertinggal arang kat dalam kereta dia. So, da sampai puncak ni, patah balik turun nak amik arang kat dalam kereta. Sebab plan nya nak bbq malam tu.

Petang tu, ada la beberpa orang kat puncak selain kami. Tapi nak bawa ke Maghrib, balik lah diorang. Maybe datang layan sunset je kut. Nak senja tu, tinggal group kami dan sorang foreigner ni, maybe Japanese kut. Dia camping kat puncak tu sorang perempuan dengan lelaki macam bapak dia, sebab lebih berusia.

Japanese couple yang camping di puncak Broga
Orang berapa je, tapi daging tu macam. Hmm.

Malam tu, takde aktiviti sangat melainkan berbual dan berkenalan sambil makan BBQ. Naufal sampai lambat dan bz membuat assignment, dia tengah ambil master time tu. Walaupun bz buat assignment, bila daging bakar di hulur, habis juga semuanya ya. Mantap pak abu!

Member busy siapkan assignment

Masa kami duk bz makan dan berbual, aku perasan ada sorang pakcik cina yang sedang mendaki Broga, solo. Sempatlah aku amaze dengan pakcik tu. Kental gila mendaki sorang-sorang di malam hari. Bila kami duk makan dan makan tapi rasa dah full dan tak abis, terus aku teringat pakcik tu. Aku cadangkan utk offer makanan kat pakcik. Bila pakcik tu lalu, aku tak ingat kitorang offer atau tak tapi aku ingat pakcik tu pesan jangan balik lambat sangat.

Lepas semua dah berusaha keras dan memang tak boleh 'pergi' lagi, kami pun kemas-kemas untuk pulang. Punya la ralit duk bersantai, rupanya dah nak jam 11 malam time tu. Siap-siap kemas semua, kami pun turun. Macam biasalah aku akan duduk di daerah2 kebelakang sikit lah kan, memang dari dulu tak begitu pesukan. Tapi belakang aku time tu ada orang lagi, Cam kut ngan liana. 


Turun punya turun punya turun. Terhenti. Azahari yang depan sekali berhenti. Ada orang rupanya. Dia terkejut sebab nampak ada 2 brader ni nak mendaki, tapi tak pasang headlamp. Nasib tak berlanggar dengan dia yang turun. Masa tu macam dengar sikit-sikit la story2. Tapi, Azahari cakap tunggu kat bawah nanti dia cerita. Brader 2 orang tu pun tak jadi naik, patah balik dengan kitorang ke parking kereta. 

Dah sampai parking, barulah Azahari cerita detail (sambil tunggu yang belakang sampai) Menurut Azhari, 2 brader tu baru sampai, diorang nak naik. Tapi sampai dekat simpang (yang dia jumpa Azahari tu) dia stop dan tutup headlamp sebab dia nampak ada sekumpulan 'orang' baru turun beramai ramai ikut simpang 1 lagi tu. Bila dia jumpa azahari, terus dia tanya

"Siapa yang turun sebelum kau tadi?" Azahari pun terkejut sikitlah, sebab Azahari depan sekali dalam group kami, maknanya memang takde orang turun sebelum kami melainkan uncle cina tadilah. Tapi uncle tu turun dah lama sangat. Dan dia naik turun memang sorang-sorang je.

Disebabkan jawapan Azahari begitu, maka brader tu pun decide untuk tak jadi naik. Naik esok je lah, kut? 

Malam tu, kat dalam group whatsapp kecoh sekejap pasal isu ni. Sebab semua pun mengeluarkan pelbagai andaian sebab semua tak tau apa sebenarnya yang brader tu nampak. 

Oh, kisah budak hilang di Broga tu, beberapa tahun selepas cerita ni. Bunian ke ek yang brader tu nampak. Huhu.

Itu je lah cerita yang tiba-tiba melintas di fikiran aku dan masih menjadi misteri. 

** Aku sebenarnya tengah cari mood nak menulis report untuk submit kat boss. Tak sampai-sampai moodnya pun. Dah berapa hari dah ni. So, kita try tulis blog dulu, mana tau bleh jadi mood booster! haha. K tu je. 

Selamat Berpuasa kawan-kawan semua ^^,

15 September 2020

Of a Wedding and Kenaboi.

Dewan MAINS, Seremban.

Sabtu (12 Sept 2020) 

Disebabkan tahap ke-leisure-an yang super maksimum. Maka terlepaslah nak berkumpul ramai-ramai dengan geng yang lain di kenduri. Tapi pun, disebabkan PKP ni, kenduri pun ada limit nak masuk kan, ada bagusnya jugak sampai lewat-lewat. Sampai ke Dewan MAINS di Seremban jam 3 petang. Kalut jugaklah bila Didi cakap depa dah kemas-kemas dewan. Rupanya, kemas yang bawah kemah kat luar dewan, kat dalam masih boleh masuk, bergambar dan makan. (Penting tau makan ni, sebab kami semua tak makan lunch lagi, dan dah jam 3 petang ni!) Ok, tapi lauk dia semua sedap2. Memang sedap atau dah lapar sangat? haha. Susah nak confirmkan.

So there you go, the wedding. Bergambar bersama pengantin-pengantin lama juga. 

Selamat Pengantin Baru Razreen dan Azira. ^^,

Atas: Afiq, Bad, Hafizuddin, Razreen, Azira, Toki, Aishah, Fani
Bawah: Fairus, Ita, Didi, Aku, Edah



Dari Seremban ni, nak ke Kenaboi di Jelebu, tidaklah dekat ya. Dalam lebih kurang sejam lebih juga. Dan perjalanan nak masuk dia pun lalu celah-celah kampung dan gunung-ganang. Masa lalu kat pekan dia, terjumpa balik masjid yang singgah sebelum dan selepas turun Gunung Berembun masa awal 2017. Oh what a memory!

Kenaboi Adventure Camp, Jelebu.

intro:
Plan nak camping di Kenaboi ni sebenarnya agak adhoc jugaklah. Starting dari time gather2 nak amik kad kawen razreen hari tu, bergabung plak dengan tiba2 naufal tanya bila gema nak restart program. Maka, kita gabungkanlah 2 idea ni, kasi jadi. Out of nowhere ada lah yang mencadangkan tempat ni. 

Plan nak pergi ni agak awal jugak lah, atleast 2~3 minggu sebelum tarikh. Tapi tu lah, plan dia sampai situ je sebab takde siapa nak mengaku jadi pic. Haha! Banyak kali aku cuba2 jugak tanya update tapi macam krik2. Atlast seminggu sebelum tarikh iwan create group untuk bincang program (lebih kepada menu sebenarnya) Membawa ke decision pada hari Khamis malam Jumaat, akhirnya decide untuk meeting online! 😂 Barulah finalize menu dan peralatan. Jumaat malam lepas kerja pun menggagaulah semua pi cari barang.

the day:
Disebabkan all the last minute plan, hari kejadian jugaklah minta Ita tolong topup belikan pisang dan on the way nak sampai Kenaboi singgah tepi jalan beli nangka! Haha. Menu nak hipstur kan. Kahkah.

Okey, sampai kat kem dalam lebih kurang jam 5.30 petang macam tu. Sampai-sampai dengan masih berbaju kendurinya, pergilah kami mendirikan kemah. (sebab girls tido kemah, boys bawah fly) 


Siap kemah, salin baju dan solat. Then sambung aktiviti memasak dan menghias dinner place. Erk? ok ini tak dibincangkan dalam meeting! 


"Ok jom-jom setup tempat dinner, deco2 macam mana, lilin mana?" naufal. iwan jam, sebab kita memang tak bincang pun pasal deco. Tapi dia tak bunyi, terus cari kunci kereta nak gerak keluar cari lilin. Memang ganas ni, aku ingat iwan dah habis ganas dah, sehari sebelum baru meeting dan nak kena cari barang untuk masak. Sekali dapat ke naufal, dah kat tapak kem baru tanya pasal deco 😂😂. Nak tanak, rezeki kereta terakhirlah untuk mencari deco 😉 So ada 1 kereta yang terdiri dari Din² dan Irsyad kena singgah Mr. Diy di Kuala Kelawang untuk cari deco. 

the idea :
DINNER 

Starter: 
Biskut cracker bulat bersama jelly dan tuna sardin mayonis (Bad)

Main course: 
-nasi butter & macaroni butter bersama bawang goreng (Iwan)
-kambing bakar resepi istimewa bersama pumpkin source/puree (buat cair sket) (Afiq)
-sayur brokoli dgn carrot bakar butter dan dipalut mozarella sedikit. (Iwan)

Dessert:
Popia pisang bersama nangka dan coklat goreng~ (Fani)
Hot choc smores dan choc with beries(Sarah)

Air:
air suam dgn teh o panas dan coffee je...gittew (Sarah)

BREAKFAST 
- egg sausage toast (Afiq)
- coffee and tea (Sarah)
- dan lebihan makanan semalam yang di improvisekan 

Sementara kekecohan bab deco sedang berlangsung, Bad dengan pantas dan lincahnya bekerja di dapur untuk menyiapkan starter/appetizer malam ini. Akupun taktau lah apa nama menu ni, tapi biasa nampak dalam game je kut, tak pernah lah aku makan benda ni sebelum ni. Kemudian turut menyertai proses pemasakan ini adalah iwan (nasi, makaroni dan sayur) dan fani (popia). Afiq steady, masuk last-last minute masakkan sos je. Sebab daging dah siap perap tinggal nak grill je. Aku? lagilah steady sebab dessert je kan. 






Oh untuk kali ni ada 3 muka baru iaitu Rizal (ex UT dan staff naufal), Amarudin (kawan Aizudin) juga Aref (kawan fani) walaupun baru, tapi mudah je blend in. Biasa lah, bila kau dah kalut masak kan, mesti lah auto panggil je sesiapa untuk tolong melipat popia mahupun basuhkan barang nak masak ke kan. 

Sebabkan aku tak masuk dapur lagi (melainkan masak air untuk buat coffee), jadi aku pun tolong part deco je lah. 



Lepas maghrib, maka siaplah proses masak memasak dan jom makan! Tapi di sebabkan aku tolong buat air je dalam aktiviti dinner malam ni, ditambah pulak aku duk atas kerusi (instead of bersila atas ground) maka, kebanyakan masa aku layankan bangun dan bergerak tuangkan air dan ambilkan barang dari bawah fly ke tapak dinner lah kan. Tapi benda ni tak pernah lah aku buat sebelum2 ni, yang sebenarnya masuk dapur pun jarang2 sekali (masa dalam hutan apatah lagi di luar hutan). 


"Kak Sarah, kenapa perform sangat malam ni? tak pernah pun selama ni kak Sarah macam ni" #hatersgonnahate. hahaha!

Eh eh, tak dilupakan birthday girl kita. Happy Birthday Tokie, welcome to the club! Terima kasih untuk ucapan birthday merangkap tazkirah sama ya. Boleh dah start mengarang lagi kut tahun depan kena impromptu bagi ucapan lagi. haha!

kek pun impromptu tau

ucapan birthday a.k.a tazkirah

Lepas sambutan ringkas birthday tokie, maka semua pun bersurai untuk aktiviti kendiri (baru nak mandi gais. walhal dah dekat pukul 11 dah) Jam 11.30 malam baru nak start smore ya gais! hehe. Tapi marshmelo yang aku beli jenama tenten ni tak sepowerful yang beli tahun lepas. yang tu memang mudah sangat cair. Jadi smore tak jadi sangat. instead, cairkan coklat, makan dengan marshmelo dan beries. Oh ya, malam ni kita minum Teh Berries jugak ya! Sambil berbincang tentang keabadian gema? (dan pelancaran THH? 😆


Malam semakin larut, mata masing2 dah makin kelat, baby2 pun dah mengantuk. Maka, bersurailah majlis sekitar jam 12.30 pagi. Ingat dah bersurai habis? Haha, tiba-tiba sangkut lak tengok Din keluarkan Uno. 

First round ralit tengok depa main. Tiba-tiba terjoin pulak masa 2nd round. Tengah2 2nd round Ita keluar dari kemah, nak ajak pi toilet. Eh eh, alih2 dia pun sangkut pulak! 3rd round! Ha camtu la cerita dia. Sebab kali ni takdak unggun api, uno pun bolehlah. Kalau ada api unggun, campfire.. boleh layan cerita mistik! wahaha. Oh! Ralit punya tak ingat tu, sedor2 dah 2.30 pagi.

Ahad (13 Sept 2020) 

Belum pukul 6 dah dengar suara Edah dengan Toki dari kemah sebelah, mai kemah ajak pi Subuh kat surau. Bagus depa ni, solehah belaka. Rajin solat berjemaah kat surau (time dalam hutan) single lagi. Kalau nak risik2 boleh henlo kiter! hehe. 

Elok lepas Subuh, aku yang berbaring-baring di lantai kemah terdengar suara2 mengajak ke sungai. Wah! ini tak boleh dilepaskan. Semalam sampai tak pergi lagi mengintai sungai. Mandi malam pun kat toilet je. Capai tudung, dan zass di pintu kemah here i am! 

"Eh kak Sarah, bangun2 je dah cantik" tokie. Ya teman2! the power of tudung sarung, sarung2 elok terletak, gitu! efortless. Pusing kiri kanan tengok sekeliling, ada nampak Din berdua je duduk berhampiran tapak dinner semalam. Yang lain, masih di bawah fly mungkin, aku pun tak rajin nak perati lebih lanjut.

Maka beriringanlah kami berlima gadis pingitan ke pinggir sungai menikmati bau sungai yang tergabung dengan kedinginan pagi. Bunyi air mengalir yang dibelah oleh batu. Ah nyaman ya. 

Habis menikmati dan bergambar, naiklah semula kami ke kemah, dengan harapan sarapan dah terhidang. haha. Harapan menjadi layu je ada. Aku pun ambil periuk, angkut air nak masak Earl Grey. Dan semua pun sorang-sorang bangun. Perancangan asas egg sausage toast, tapi yang jadi pelbagai ya! Starter semalam di panaskan style bakar atas, hangus2 lah skit rasanya. Nasi lebih semalam, gaul dengan sardin starter balut dengan kulit popia. goreng. Ada lagi lebih nasi, kepal jadi nasi kepal. Sedia dihidang! Oh, ada jugak scaramble egg popcorn 😕 


Lepas makan, mandi, kemas, balik! Sekian camping ringkas versi belia emas.

Beberapa tahun kebelakangan ini, aku rasa kegembiraan dan keterujaan bila berprogram dah tak sama macam dulu. Macam masa umur 20an. Mungkin kudratkah yang makin berkurangan? atau semangat muda yang makin kurang membara. Mungkin juga ramai dari yang dulu bersemangat bekerja dah bertukar ke fasa lain, maka semangat yang aku pinjam dari mereka pun tergugur sedikit demi sedikit. Ala kulli hal, teruslah mengutip keping-keping semangat yang bersisa, biar bahagia2 kecil ini masih dapat memberi warna dalam baki umur. Bahagia itu sederhana, ia ada di dalam kita. kan?

ok tu je. bye. till then!