Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label Writing Challenge. Show all posts
Showing posts with label Writing Challenge. Show all posts

29 November 2021

10 years ago.

Selalu nampak orang buat 10 years challenge. So, why not? kan.

2011

Banyak sebenarnya yang jadi di 2011. Sebab tu aku rasa terpanggil nak buat sesi throwback ni.

Langkawi


Untuk pertama kalinya aku naik flight pi bercuti. (Naik flight 1st time 2009, sebab kerja - client time tu kat Sandakan) Masa ni buat percutian housemate gitu. Pergi dengan Kak Siti, Awanis ngan Alia. Duk tumpang rumah Kak Aishah (kawan kak Siti) Elok plak time tu kak Aishah ni nurse kat Hospital Langkawi. Jadi dapatlah cut budget penginapan sebab stay rumah dia. Alia naik Ferry ke Langkawi sebab masa tu Alia dah duk Penang. Syok betul rasanya bercuti time tu. First time kan! Masa tu tak dapat naik kabel car sebab tengah maintenance. Kitorang try pakej mangroove tour instead of island hoping yang biasa orang pergi tu. Nice lah, singgah gua buaya, gua kelawar. Oh, dan tempat siakap 1k tu, memang dari dulu tour guide pun kabo dah gerai tu mahal. Dia suruh pergi je tengok2 ikan kat dalam sangkar. Aku tak ingat kitorang makan ke dak kat rumah air tu.  

Master

Akhirnya tahun 2011 jugak aku decide untuk mencuba nasib sambung master. Sebab kalau ikut dah molek sangat aku kerja dah 2 tahun. Kalau nak further guna pengalaman, memang sesuai dah lah. Jadi aku cuba nasib apply. Aku tak sedar tarikh tutup dia dah dekat. Walhal cert aku kat kampung. Kalut lahai minta tolong orang kat kampung tolong scan segala. Elok sehari sebelum tarikh tutup aku submit permohonan, dapat tak dapat belakang kira. Yang penting lepas untuk submit. Zaman tu ada myBrain, aku memang cadang nak apply yang tu jugak. Masa tu, seingat aku yuran persemester dalam RM4k. Pening kepala juga kalau nak kira2 dengan gaji zaman tu. Alhamdulillah, aku dapat panggilan master beberapa hari sebelum panggilan kerja.

Kerja

Aku kerja dengan company pertama aku tu adalah 2 tahun. Sebelum company tu decide untuk downsizing. Dah tak boleh pergi jauh lagi sebab takde sales masuk. Sedangkan workers kena dinaikkan gaji. Camtu. Masa mula-mula dapat tau, operation (programmer) tak affected sebab main business memang system. Jadi secara logik, memang kena maintain programmer lah untuk make sure system tu sustain kan. Sebelum Jun 2011 kitorang dah dengar2 nanti BDO akan di panggil untuk amik surat retrench. Alih2 1 Jun semua dapat surat, tinggal boss2 dan beberapa orang admin je. Masa tu, fuh berhenti seketika putaran bumi. Tapi muda lagi kan, sat jah patah. Bangkit kembali gais. Senggang masa 1 bulan sebelum kitorang tamat kerja 30 Jun. Boss cakap, tempoh masa yang tinggal kat ofis tu, bolehlah sambil cari kerja lain. 

1 Julai aku balik Perak, lepas 2 minggu balik PJ semula. 2 minggu senggang masa jobless dah rasa macam hidup tak berarti. Tu yang cepat2 buat comeback. Masa tengah takde kerja ni dapat tawaran master. Dalam masa yang sama dapat pulak panggilan kerja. Sebabkan kerja masuk lagi awal dari master, aku pun masuk kerja dulu. 

"Sarah, boleh u masuk kerja 1 Ogos?" Joseph
"Boss, boleh saya masuk 2 Ogos tak? Sebab 1 Ogos tu start puasa. Saya nak puasa dengan family kat kampung" aku
"Ok boleh. U masuk 2 Ogos"

Masa aku masuk tu, aku sorang je Melayu. Lain semua cina. Banyak jugaklah yang terkejut2, benda baru semua. Tapi layan jelah. Life is a process what!

Company Trip dan Tablet (Samsung Galaxy Tab 7.0)

Sebulan lepas aku masuk kerja. ofis bagi tau akan ada company trip. Kehadiran optional untuk yang belum confirm. Dahlah suasana kerja baru, kena pi plak company trip kan. Memang the shocking bertambah tambah. Tapi satu motivasi aku nak pergi, sebab boss bagitau, ada lucky draw, first prize dia Samsung Galaxy Tab. Zaman tu, mana ramai lagi yang pakai smartphone. Aku pun tak pernah terniat nak beli smartphone. Ni gara-gara duk dengar arwah abang long cerita pasal tablet ni la. Jadi aku pulak yang berminat sama. 


Masa tu memang serius aku nak dapat first prize. Punya serius sampai aku doa tiap kali lepas solat. Huhu. Dan, ya itu dia Alhamdulillah wa syukurlillah. 

Tentang company trip? Menarik lah masa tu untuk aku. Sebab company sebelum ni kecik je, kurang 20 orang pekerja. Memang takdelah trip2 ni. Bila dapat pi ni memang seronoklah. Anak muda time tu. he he he.

Kereta

Bulan November tiba dan aku pun memutuskan untuk beli kereta. Pikir jauh punya hal lah kan. Satu sebab agak renyah sebenarnya nak amik public. Masa tu aku habis kerja jam 6 petang, paling awal sampai rumah jam 8 malam. Dari ofis, jalan kaki lebih kurang 500m pi bus stand. amik bas ke LRT. amik LRT Taman Jaya ke Kelana Jaya. Kat sana tunggu bas T907 ke ek, masuk Ara Damansara. Solat maghrib biasa kat LRT, sama da sebelum naik atau selepas turun. Gigih betul time tu. 

Tambah plak susah lak nak gi program sana-sini. Ingat lagi, masa tu kalau malamnya usrah, balik kerja, aku sampai kat LRT Taman Jaya, pastu jalan ke Amcorp Mall. Makan dinner, ronda-ronda dalam mall then solat Maghrib. Lepas Maghrib aku pun menapak ke rumah Mak Cik Chom. Balik usrah tu tumpang lah kereta mana-mana usrahmate yang sudi. :)

Atas pertimbang taraan panjang, maka kita kasi jadi lah sebuah Myvi 1.3cc. Nama dia Vijay Kumar. :) Salam kenal ya gais untuk yang tak sempat berkenalan lagi tu. 

Pindah Rumah

Masa mula kerja, aku tinggal kat Ara Damansara, sebab opis 10 minit berjalan kaki dari rumah. Bila dah tukar kerja, jadi terlalu jauh pulak. Tambah pulak ada beberapa hal lain yang di letakkan dalam consideration. Maka, Disember 2011 aku pun pindah ke Seksyen 19 Petaling Jaya. Dulu tingkat 13, sekarang tingkat 5. Sebulan Disember tu kami pakat cuci rumah dan pindah kan barang secara runcit2an. Malas nak cari lori kan. Gitu ar. Balik kerja pindah kan sikit2 barang. Dan officially serah kunci rumah Ara hujung 2011. Dan memulakan hidup baru di 2012. 

Ringkasan 2011 boleh juga di baca di sini 

2021

Untuk 2021 aku summary kan je lah ek. 2021 dah tak dapat nak bercuti macam 2011. Covid gais! its real! Siapa sangka masa 10 tahun dulu, yang 10 tahun kemudian akan ada covid. Walaupun sekarang dah boleh melancong (dalam negara) tapi aku masih berhati-hati dan pikir panjang lagi. Dengar kabar siakap kat Langkawi pun dah harga 1k. hehe. Sajalah include, 10 tahun lagi baca, bolehlah ring a bell isu semasa kan. 



Selain tu, sebenarnya aku tak jadi sambung master masa tu. Syok sangat kerja gamaknya! Haha. Dan bukan masa tu je, sampai ke sudah tak sambung nya. End up, kawan-kawan dan adik2 lain mostly dah ada master tapi bukan aku! kuikuikui. (Kalau tanya sekarang, memang padam terus dah api semangat nak sambung belajo tu) Aku masih kerja di company yang sama! walaupun dah beberapa kali bertukar department/ projek. Masih memakai kereta yang sama (dah habis bayar, syukur Alhamdulillah) dan juga tinggal di rumah sewa yang sama. 

Tablet tu dah hilang, belum cukup setahun dia dah hilang. Dan 2019 aku dah beli pengganti yang baru untuk kehilangannya. Lama betul aku nak heal, 7 tahun baru bleh dapat pengganti. Ha ha ha.

Aku pun masih single sampai sekarang, tatkala rata-rata kawan, handai dan kenalan di 2011 ramai dah menikah dan beranak pinak. 

Bergerak bersama NGO pun dah makin lemau. macam lampu kat dada otromen tu ha, berkelip kelip. Tak sangka rupanya lepas 10 tahun banyak benda makin lemau. Aku pun tengah gali-gali ni, apa je yang mampu menyiram semangat dan motivasi untuk aku di sisa usia akhir-akhir ini. 


Mungkin apa yang aku rasa ni, applicable untuk aku sorang. Mungkin jugak korang yang baca ni pun sikit sebanyak ada merasakan seperti apa yang kurasa. Jadi, jom lah sama-sama kita berusaha lagi untuk mencari semula semangat yang hilang. Terus berusaha lagi dan lagi sehingga akhirnya nafas kita bertemu hujung di kerongkong. Sehingga itu, semoga kita di matikan sebagai seorang hamba yang terus berusaha memperbaiki diri, bukan menyerah atau mengalah dengan keadaan. Kita muslim tak mungkin berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu luas, kita saja yang malas mencari. Ayuh! Bangkit lagi teman2. 

Sekian.
Kg Baru,
29/11/2021

26 June 2021

Hilang (1)

 

Waktu yang kian singkat, 

Nafas yang makin terbatas, 

Sela-sela hari yang terus berulang,

Langit senja yang bertukar jingga,

Seperti usia yang makin menuju hujung.


Untuk setiap rasa yang makin pudar.

Asa yang makin berat.

Langkah yang terbata bata.


Tuhan,

Adakah masih ada harapan

untuk hambaMu kembali meraih cintaMu