Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

06 February 2020

Corona Virus (2019-nCoV)

Ketika post ini ditulis, dunia masih lagi di gemparkan dengan virus yang baru muncul di penghujung Januari sehingga hampir saja diisytihar pandemic. Maka selaku rakyat dan warga bumi yang prihatin, perbualan sehari-hari akan terkesan juga dengan isu ini.

Member: Corona Virus ni kan sama je macam influenza ngan yang lain-lain tu, semua simptom dia batuk, demam
Aku: (dengar je budak ni nak bawa citer ni kemana)
Member: Entah-entah dia boleh je guna vaksin flu yang lain.
Aku: (start senyum senget)
Member: Atau pun, ubat anti viral tu boleh je guna. Kita letak la dos lebih sikit. Cuba diorang try satu kat pesakit. Macam mana kita nak tau kalau tak try, Ace try.
Aku: Lain macam lah awak ni.. akk cadang, pi la amik second degree amik biologi.

Sukahati dia je ya ampun.

Member: Kan kes yang diorang yang dari Wuhan baru balik Malaysia ni kena kuarantin 14 hari. Sebab nak confirmkan diorang betul2 clear kan.
Aku: Haah
Member: Kenapa yang kes sebelum ni, yang dia (warga China) masuk Malaysia tapi bila check negatif, diorang lepas kan je masuk. Then lepas beberapa hari positif pulak. Kenapa diorang tak kuarantin siap2 time tu.
Aku: Mungkin sebab kes dia lah, diorang start buat kuarantin tu.
Member: Tak kan lah..
Aku: Ok, ataupun time awal tu diorang amik darah, dekat darah bahagian tu tak kena virus lagi. Second time tu baru amik darah yang kena virus
Member: hahahaha.. kan, kira first tu ambik darah kat tangan. Situ tak kena virus, yang kena kaki kan. Hahaha. Betul2
Aku: Hahahaha.. jom lah kita sama-sama sambung belajo, menangis orang bio dengar perbincangan kita ni.

Ahaha. Ok gais, joke around ja nih k. Janganlah serius sangat. Tajuk serius banyak dah orang lain cover, kankan? Kita santai je lah sat kat sini. Dah aku nak baca pasal pandemic H1N1 jap. Harap-harap lepas ni boleh nampak bijak sikitlah masa sembang ngan orang.


Since 2016 aku rasa boleh kata banyak kali gak lah aku datang airport ni. Tapi amazing gila semalam airport sunyi sepi. Ni bukan citer zombi kan. wuuuu~

Selamat Mengerjakan Umrah Mak, Ayah, Naim, Jiha. Moga selamat semuanya dan beroleh umroh mabrur!

31 October 2014

Penjelasan Syed Azmi Al Habsyi

Semalam setelah aku berpikir-pikir, aku pilih untuk berada di luar kebiasaan. Hehe. Ingat tak aku punya post lepas. Ada banyak pilihan untuk program pada hari Khamis malam. Tu tak masuk lagi semalam, ada lagi satu program kat unisel. tapi unisel ni dah luar kawasan, luar dari radar tu. tak jatuh sunat muakad nak pegi :P

Jadinya untuk senarai lepas, aku pilih untuk ke program AKHI. Akademi Kepimpinan Kapten Hussein. Hihi. Korang tau tak Akhi ni menda? akhi wa ukhti? bukan. Akhi ni adalah satu akademi untuk membentuk pemimpin muda umno. :) power ar sekarang kan.. siap ada akademi. cantik gak! macam masa aku gi kelas Google dulu, cantik opis dia.

Ok, terus kepada tajuk.

Menurut Syed Azmi, dia memang sengaja purposely letak tajuk dia begitu untuk bagi catchy dan memanggil. (yes, dia betul-betul berjaya memanggil) 

Lepas dia promote kan poster dia tu, media asing yang first contact him. Objektif asal adalah sekadar pembelajaran. Macam mana untuk kita membantu anjing yang dalam kesusahan dan overcome the fear toward dog.

Flow asal majlis adalah, ustad akan bagi ceramah, lepas slot ustad, akan ada animal rescuer slot yang handle anjing ni, ajar macam mana nak calm the dog, and after that, pegang untuk selamatkan dia. Lepas belajar yang ni terus ke next station iaitu sertu. 

 .. it went overboard, 

Menjadi kelam kabut bila:
1. crowd luar biasa ramai. team syed menerima registration sebanyak 300 orang, hence they prepared for 500. end up yang datang 1200 orang
2. tak cukup sukarelawan. sukarelawan hanya ada 40 orang untuk handle 1200 orang, couldnt manage to control the crowd (aku rasa mcm faham perasaan ni, bila kita anjurkan event dan crowd over ramai memang susah kita nak handle)
3. media asing came. some sukarelawan are focus to kawal ustad dan syed supaya tak mengeluarkan atau menjawab soalan2 berbentuk provokasi. so tak sempat nak jaga peserta
4. bila peserta sentuh anjing, rupanya naik syok pulak, sampai mula la rasa nak peluk. anjing cute plak tu kan. 

Apa pun saudara Syed ni memang truly appologize untuk benda yang dia overlook lalu menjadikan kekecohan sedunia (aku rasa satu dunia?korang rasa cmner?) 

.. its a different kind of project and we never know what kind of reaction from the public

But as everything have another side of a coin, 
aku rasa event ni sebenarnya lebih mendidik non-muslim. 
1. everybody in harmony. non muslim try to help understand their pet. 
2. public mesti bawa 1.5L litre air utk sertu. non-muslim share their water for muslim to sertu 
3. 70% produk sertu from JAKIM bought by non-muslim sebab senang dia orang nak cuci kitchen utilities diorang for case of muslim friend come to their house.
if we dont try we dont know..im learning, thats y we agree to disagree..give us the voice to be heard..
- Syed Azmi
a good things thou.
new approach always came with rejection. keep it up bro!

p/s: moral yang aku dapat, thats why Allah tak bagi kita touch a dog. rupanya dog ni bleh bagi feel syok rupanya? ok, tu citer dog, try relate kan pulak kenapa takleh couple before nikah? Subhanallah, another level of knowledge unlock. Everything came with hikmah. right?

case closed. 
pen-off.

14 August 2014

up-to-date

mencabar.

kadang-kadang. ada benda sehari-hari buat kita nak taknak kena up to date. dan ilmu kita pun kenalah meningkat. benda ni adalah pushing factor.

cth. bila pergi usrah. orang akan menjadikan anda library bergerak. tanya macam-macam. so nak taknak kena la up kan level ilmu tu. kalau tak tau pun, berusaha tanya orang yang tau. end up kita pun bertambah ilmu.

itu biasa jadi, dulu. er, skrg pun ada juga la. tapi terkawal lagi la.

bab yang agak mencabar sekarang ni bila melibatkan officemate.

hari isnin, 11.8

skype masuk.
+ can i ask u smth? agak sensitive
- ok silakan
- nervous.
+ what is ISIS?
- alamak, kena google dulu tu
- haha
(sebenarnya aku pernah dengarlah nama ISIS ni, ia regarding isu di Syria. Tapi tak in detail lah)
+ i know terrorist from Iraq or Arab… and saw many news about these group killing over 100 families beragama christian
- i knew a little, berkaitan syria and wgypt..
- *egypt
- nanti i get in depth dulu then explain back to u
+ and saw many kids got killed or head ripped of from body etc
+ dasyat

hari selasa, 12.8

skype masuk.

+ http://absolute-news.com/2014/08/250-christian-girls-gang-raped-executed-name-allah/
(klik link, baca tajuk dan several isi penting, di akhir artikel ada link ke cerita pasal ISIS)
- where did u get this?
+ my fren share this on fb
(jump to the conclusion, citer ni pasal kat Syria..)
- actually cath just ask me about this ISIS group yesterday
- but i havent explain yet to her.
+ isis?
+ u mean about this nigerian case?
(eh? baru scroll back, apa nama kampung google. ok cerita kat nigeria!)
- oh isis regarding syria
- about this nigerian issue i first time heard wo
- need to research it further first
+ o

ok.
sekarang inilah dua perkara yang menyebabkan aku rasa kena improvekan pengetahuan am.
dan menjadi up-to-date

15 March 2011

Semasa: Jepun dan gempa

Salam,

berita yang paling femes mutakhir ni? Ya! tepat sekali jawapan kamu semua.. Japan and the earthquake. 8.9 skala Ritcher (sama seperti kejadian Tsunami di Acheh), sekaligus mencetuskan ombak Tsunami setinggi 10 meter. Antara kawasan yang terjejas ialah Sendai, Fukushima, Iwate, Miyagi dan Aomori (dan banyak lagilah kawasan di bahagian tengah Jepun).


bukan setakat gempa bumi dan tsunami, reaktor nuklear pula meletup satu persatu. setakat aku menulis ni, dah 3 nuklear plant meletup [BH: Loji sejauh 250 kilometer di timur laut Tokyo itu mengalami tiga letupan gas hidrogen sejak Sabtu lalus selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan sistem penyejukan reaktor], di kawasan Fukushima Daichi. [YouTube: 'Catastrophic' radiation exposure, more blasts at Fukushima nuclear reactor]. Nampaknya, level radiasi akan meningkat.

All people within 20km of Fukushima nuke plant need to evacuate: Kan - twitter RT.com

hurm. bencana apakah ini? tapi dari berita2 yang aku dengar, adalah dok bagitau yang harga toyota merudum, tak kurang juga sarcastic statement tentang ultraman, latest pasal komentar mengatakan teknologi jepun yang tak go green menyebabkan earthquake. came on la! Ini kan natural disaster.. mana bleh nak elak dah. Tak percaya pada Kudrat Allah ke? hurm.

ok, several pic from FB Pages [Japan Quake, Eye-Witnesses from the Ground] tentang keadaan di Jepun. Educated country.

People couldn't get home and have no place to stay. All they can do is wait. Notice that no one is blocking the hall ways, sitting silently on the sides, not causing any trouble to the others. This is what we call education.

People being evacuated to the open area. Tons of people staying at one place for several hours, but when they leave, there was no single rubbish left on the ground. Everyone cleaned up after themselves.

Elderly, Women and children are served first. People from the stores gave out chairs and blankets to whoever needed it on the street.

Radiation amount in Chiba Prefecture of Greater Tokyo Area twice to 4 times normal level - twitter RT.com

dengar kabar, letupan logi nuklear di Jepun akan bagi kesan kepada pantai barat amerika dalam masa 10 hari.

setelah banjir di australia, kebangkitan rakyat di Tanah Arab, dan gempa di jepun ini.. terfikir, bagaimana pula agaknya kiamat? nampaknya semakin hampir.. T_T

Ya Allah, kau berikanlah yang terbaik untuk Jepun. Jepun pasti bangkit kembali, [This earthquake has revived and given back to all of us the spirit of “kizuna” (bond, trust, sharing, the human connection)].