Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label pewaibergema. Show all posts
Showing posts with label pewaibergema. Show all posts

05 October 2019

Tahan, sebuah kesyukuran [end]

Kuala Tahan yang dirindui. Rindu tak? hehe.
Ok sempena telah sebulan berlalunya trip Gunung Tahan, maka moleklah kiranya aku mengutip hikmah-hikmah yang aku nampak dalam trip ni, hikmah, muhasabah dan sesuatu yang sesuai untuk dikenangkan barangkali.

Pada aku trip tahan ni, despite of all the flaw, (newbie camping, xde strong figure dari GSB yang join) atleast we know that we grow. When there is no others left.

Masa broga jumpa dengan gigirl team Tahan 1.0, bila diorang dengar lineup kitorang diorang macam terkejut jugak. Sebab memang takde yang strong pun! (Sebenarnya bukan takde, tapi taktau. Sebab semuanya orang yang baru kenal) Tapi bila diorang punya respond macam tu, sikit sebanyak down jugaklah. Walaupun demikian, masa tu memang aku takde lah rasa, disebabkan ini sampai nak back off. Gogo Tokie kut! Hehe

You never know how strong you are, until being strong is your only choice.

Benarlah, apa-apa yang terjadi pasti bersama hikmahnya.

1. Lineup takde lah padu teruk. Tapi kepaduan yang mencukupi untuk saling melengkapkan.

2. Cuaca baik. Lepas aku masuk hutan Tahan, baru aku menyedari tentang possibility kepala air dan terkandas di hutan sebab air naik dan tak boleh cross sungai. Ahaha! Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Tahu kemampuan hamba-hambaNya, kami tidak diuji dengan ujian yang ini. Hujan turun pada hari pertama dan keenam. Disebabkan ini juga, kitorang dapatlah menikmati view 360 sepanjang Bonzai - Botak - Puncak - Gedung. MashaAllah.

3. Kecederaan yang tidak serius. Memang ada je line up yang cedera. Tapi tidaklah teruk sehingga terpaksa mengganggu perjalanan pendakian. Sangat tak boleh nak bayangkan kalau kena patah balik. Allahu..

4. Tak jumpa binatang. Yang ni tak tau lah pandangan orang lain macam mana, tapi pada aku ok sangatlah tak jumpa apa-apa dari jumpa! Aku takut aku pengsan dulu sebelum lari. Nauzubillah.

5. Tak jumpa hantu. Haha! Ok, maksud aku something yang tak patut kita nampak/dengar. Lepas balik ni, ada pulak aku jumpa blog2 (trip lain) yang cerita, ada terjumpa bunianlah, tidur terkalihlah.

6. Dapat sunrise dan sunset di puncak Tahan. Kalau ikut planning asal, kami akan bermalam di botak dan bergerak sebelum subuh untuk sunrise di puncak Tahan. Rupanya susunan Allah, kitorang slow sangat jadi masa perjalanan tu terjarak menyebabkan kami sampai puncak nak senja dan esok nak gerak dapat layan sunrise jugak. Subhanallah!

7. Balik naik bot! Ok yang ni aku suka! Sebab? Barulah sesuai dengan hiking vcation. Ada elemen vacation pada trip. Wuhu~ Atleast, perjalanan panjang yang melelahkan ditutupi dengan penutup perjalanan yang menyenangkan. Aduh teringat-ingat lak view menyelusuri Sungai Tahan.

*Harap hikers tegar tak kecam lah, "acah buat Trans Tahan M2K, tapi balik naik bot" Tenang brader sistur, kite tak kejar mileage pun naik gunung ni. Kehkeh.

Untuk trip Tahan ni sebenarnya, bukanlah perjuangan untuk mengejar puncak tertinggi semenanjung pun. Tapi lebih kepada mencuba sejauh mana diri kita mampu keluar dari comfort zone kita. Sejauh mana kita boleh praktik kan apa yang kita tahu/belajar selama ini.

Mampukah kita rasional di waktu yang tegang dan penat.
Sudikah kita untuk menginfakkan tenaga ketika tenaga kita pun dihujung tanduk.
Adakah masih boleh bersangka baik dengan kawan-kawan lineup ketika mental block.
Sabarkah kita nak layan keperluan2 kawan2 kita yang mencuri masa rehat kita.
Ikhlaskah kita dalam melaksanakan satu2 tugasan.
Bersegerakah kita dalam menghulurkan bantuan.

Allahu. Banyaknya yang masih kurang. Moga kita terus diberi kesempatan untuk menjadi The Best Version of Ourselves! 💖




the end.

#pewaibergema

03 October 2019

Tahan 2.0 - [7] Kuala Tahan

Khamis, 4 September 2019 : Menuju Kuala Tahan

Diam tak diam dah final day, Subhanallah.Tak sangka akhirnya sampai ke hari ini. Hari ni bermula trekking/hiking/crossing sedikit lewat dari biasa. Semua dah hantar hati sampai rumah kut.

Pagi tu, aku, mid dan kak nora berjemaah subuh di tempat lapang berumputan. Elok je nak start mukadimah untuk tazkirah selepas subuh, Q muncul.

"Kak Nora saya datang nak melangsaikan hutang" Q datang bersama barang-barang nak buat air milo. Rupanya nak bancuhkan kak Nora milo. Maka tertangguhlah siri tazkirah subuh pagi tu. Hehehe. Disebabkan kitorang ada bersama kak nora, jadi haruslah mendapat tempias milo bersama-sama. Alhamdulillah, rejeki. Lepas tu Azira pulak datang let go Hot Choc Cadbury, Nestum. MasyaAllah rezeki solat jemaah yang disegerakan barangkali ya? haha.  


Pagi tu, untuk pertama kalinya kami keluarga besar tahan 2.0 dapat berkumpul untuk makan sarapan bersama-sama. (Selalunya makan semua aci dan je) Menikmati nasi goreng sardin dan sardin sebagai penutup sarapan untuk pengembaraan ini. Selain makanan yang dimasak, semua yang nak habiskan makanan pun keluarkan makanan masing-masing. Sedang semua sibuk melayan makanan, juga perasaan, Tokie membacakan pula surat Bad (yang tak dapat hadir kerana kerja) untuk semua kami disitu. Menyentuh Bad! menyentuh. Bad, awak ada sebenarnya hiking bersama kitorang, tak nampak je. Mungkin ada dalam perut kitorang? (gummy candy + mashmellow) haha.




from Bad with lots of 💕


the hobbit!

Kalau nak tanya hari paling happy, aku rasa hari ni lah! Hehe. Nak balik dah woi. Lepas makan dan habiskan mana yang boleh habis, kami pun berkemas. Pendakian pulang, perjalanan terakhir. Sobs. Perjalanan pun dimulai, menyusuri anak sungai. Santai-santai saja.



Ok tapi kat sini ada part kelakar, aku tengok Kam dengan Hafiz rancak bersembang. Tapi tiba-tiba senyap. Hafiz dah kedepan sikit Kam masih kat belakang. Eh! kaki Kam sangkut kat batu. Ok, keadaan masa tu mixed feeling gak, kesian, tapi kelakar! Kam kam.. haha. nasib abang safety kembali beraksi, setel!




Perjalanan menyelusuri sungai ni berakhir sehingga kami melintasi Sungai Tahan, ini kemuncak lah ni, besar dan deras. Alhamdulillah, selamat semuanya. Lepas dari melintas Sungai Tahan ni, dah  tak ada melintas sungai dah. Jalan menyelusuri tebing-tebing je. Kadang naik, kadang turun. Sampai ke Lata Berkoh, berhenti rehat 5 minit jap.


Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
Ok, kenapa ada Lata Berkoh kat sini? Kan patutnya Kem Melantai - Melantai - Kuala Tahan? Ok, inilah perbincangan yang hangat semalam masa berhenti kat Kem Tengah. Masa orang semua tengah mengah dengan kehidupan, ada pulak gogo tanya nak jalan kat Melantai 5 jam atau nak naik boat dekat dengan Lata Berkoh? Pulak tu, dapat diskaun nak bayar bot sebab half Gema sponsor. Hehe. So, tak payah ceritalah kan, kitorang pilih jawapan dia apa? Terang lagi bersuluh. Bagi aku personally, aku okey sangat dengan pilihan naik bot ni. Masa lepas dari Teku lagi sebenarnya aku dah terbayang-bayang satu hari nanti nak ambil pakej bot lah nak lalu Sungai Tahan ni. Sebab cantik sangat, sayang tak dapat nak layan. Tak sangka, doa tu termakbul awal. Subhanallah! (Percayalah, doa musafir itu tiada hijab)

Lepas berehat perjalanan diteruskan dalam 20 minit lagi sebelum sampai ke bot. Alhamdulillah!

Muka penat main lereng, tapi ceria nak naik bot!
Satu bot boleh naik 4 orang, laju-laju aku ajak the hobit untuk naik 1 bot. Masa ni Fani ada sekali. Sekarang ni bila diingatkan balik, rasa bersalah pulak singkirkan Fani, jika dapat diundur masa, mungkin aku akan cari bot lain masa tu. Tapi kan orang cakap, bila kita dalam keadaan terdesak, barulah keluar true color kita. Haha! But seriously, sorry Fani!


Kak Nora, Mid, aku, Tokie
Simpan sekeping, gambar bakal pengantin 2020 | Razreen 💕 Azira
Inilah Kam! ok, dan belakang dia tu Eric main spotlight dalam Kembara Tahan kali ni.
Belakang tu, along dan Q. By the way, gambar ni cantik! center dia onpoint!
Hai trio! Bila next trip? haha.
Ok, lepas 30 minit, sampailah dekat Kuala Tahan. yeay!
Ingatkan dah habis dah hiking. Sekali kena pulak naik tangga nak ke Pejabat Hutan, nak declare barang. Ahaha! Dah dapat naik bot, bukan main kan, naik tangga pun dah tak nak, walhal dah diskaun masa berjalan kat Melantai tu! Sampai sini, perlu declare barang. Apa yang dah declare masa kat Pejabat Hutan Sungai Relau hari tu, pastikan samalah bilangan dia masa kau nak declare kat sini. 

Susun molek2, senang nak cerita kat brader checker ni jap lagi.
Menunggu giliran - giliran aku? kedua last! Adeih.
Jom, ke seberang bersantap sambil menanti van yang membawa baju bersih tiba.
Kita sibuk tunggu giliran declare, bang gaid dah segak siap mandi dah hah..
Lepas siap declare, contact van. Diorang lagi 2 jam baru sampai. Maka, kamu pun turun sikit dari declaration bay. Ada kaunter kat situ, bergambar jap, tumpang simpan beg, kemudian menyeberangi sungai untuk makan tengahari. 

Potret kejayaan. Gituh!

Makan tengahari tu diorang cakap, pecah2 ikut kedai mana suka, bagi mengelakkan lama pulak tokei kedai nak masak kalau semua masuk 1 kedai. Asalnya nak pergi kedai lain, tapi jalan punya jalan, eh kedai tutup. Jadi patah balik kedai pertama. MasyaAllah, tempoyak ikan patin pulak dia jamu. Lain sikit dari Temerloh. Tapi tell u what, lepas 7 hari dalam hutan, tetap sedap gais Patin Tempoyak Kuala Tahan ni! smokey2 sikit rasa dia.

Habis makan, van sampai ambil beg baju bersih. Patah balik ambil bot ke Taman Negara. Kononnya nak mandi dekat toilet best, misi gagal. Haha! Tapi yang ni pun modus operandi lebih kurang macam makan lunch tadi, nak elak kan bottle neck, jadi berpecahlah semua nak mandi toilet mana, survive lah hampa sendiri!

Bergambar dengan coursemate Naim di KMPK around 13 years back?
Gigih angkat kaki, nak gak nampak comel cam Mid!
Kuala Tahan yang akan dirindui! Btw Izat, awak tak nampak hobbit weyh kat sini.
Siap mandi semua, maka bergeraklah kami pulang ke peradaban. Malam tu, singgah McD untuk dinner, barulah tau cerita yang berlaku pada Tokie, sebelum sampai Kem Putih (versi Syamsul). Ish3.

Sampai kat LRT Gombak jam 11.40 malam. Seorang demi seorang meninggalkan LRT. 


Berakhirlah perjalanan 7 hari di Gunung Tahan. Tinggal rindu, untuk dikenang di masa depan. Cepat atau lambat, perasaan rindu itu juga akan pudar kelak, dan setiap watak juga akan meneruskan kisah mereka sendiri sendiri. 

Terima kasih pernah singgah, mate!

Hingga pengembaraan seterusnya, sampai jumpa! 

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

01 October 2019

Tahan 2.0 - [6] Kem Melantai

Rabu, 3 September 2019 : Menuju Kem Melantai

Hari ke-6 dah. Alhamdulillah.

Perjalanan hari ke-6 lebih ceria berbanding sebelumnya. Ration dah kurang banyak. Emosi pun dah ok sikit sebab semalam ramai tidur awal kan. 

Pagi ni sarapan, ada spageti goreng, ada jugak bubur dan sup (lebih semalam). Along ada buat air tenaga hari ni. Haha. Pelik gila k rasa dia. Kes dia dah tercampur garam dengan gula! Kerja aku untuk pagi ni? Bungkus nasi untuk lunch. Nasi putih dan ayam goreng kunyit. 

Lepas bungkus semua barang, perjalanan pun bermula! Hari ni kita akan mengembara ke Gunung Rajah (Tahan). Pendakian adalah mode menaik dan menurun. Sebenarnya banyak jugak menurun. Jadi aku agak speed kat sini. 

Ada satu part tu aku potong Ammar. Tapi lepas tu aku berhenti.

"Ha kenapa berhenti tu kak Sarah? Ada apa?"
"Bapak saya pesan jangan jalan sorang dalam hutan" nampak, tiba2 baru nak teringat pesanan bapak kan. Maka berjalanlah aku dengan Ammar, sebelum kembali bersama Mid dan Kak Nora.

Tapi nak dekat puncak Rajah tu, memang baik sangatlah naiknya kan. Ok masa ni aku terjumpa kembali dengan Hafiz. Maksudnya dah belakang sangatlah tu. Tak boleh belakang lagi dah. Disebabkan Hafiz bawak powerbank power! Dan phone dia dah caj, maka dia pun memberi lagu tema kepada kami, Boleh dengarkan di youtube, Wahyu - Selow. Hehe.

Macam ni lah view Puncak Rajah. Takde aku, sebab?
Kerna kuselow, sungguh selow, sangat selow... santai.
Puncak Rajah ni pemandangan dia, hanyalah kawasan lapang, dan ada pokok renek di sekitarnya. Menurut pembacaan, dari puncak gunung Rajah, semua gunung di Taman Negara Tahan dapat dilihat. Dari sini akan nampak 2 barisan Banjaran Tahan dengan jelas, satu barisan terdiri dari G. Tahan, G. Gedung, G. Reskit, G. Tangga 15 dan G. Pangkin manakala satu lagi terdiri dari G. Tahan, G. Ulu Kerchau dan G. Pantat Lesung. Sayang sekali, tak sempat nak tengok view Banjaran Tahan.

Masa aku sampai tu, tinggal beberapa orang je sedang ralit bergambar di puncak sebab tempat ni dah mula panas. Yang lain semua berehat di bahagian bawah sikit. Kat sini ada line telco, jadi dapatlah Hafiz menghubungi wife tersayang. Tapi aku? setiap kali orang cakap ada line, bila aku check tetap tak ada! Apalah nasib, maka hiduplah aku dengan tenang selama 7 hari, jauh dari modenisasi. Aku pun terus jelah duduk dan berehat bersama-sama yang lain.

Perjalanan seterusnya banyak menurun, sebab tadi kitakan dah naik gunung, so sekarang kita turun. Jalan dia xdelah teruk sangat, santai tapi sebab dah lama berjalan rasa macam bosan jugak lah. Tiba2 nampak orang ramai2 berkumpul, dalam hati dah gembira, mesti ini Kem Tengah. Eh eh alih2, berhenti kutip buah Tampoi rupanya.

Ada yang cakap buah Tampoi ni berbuah 3 tahun sekali. Betul ke? 

Tak menghiraukan kamera lagi, fokus makan.
Terima kasih bang, tolong angkutkan Tampoi
Kami berhenti di Kem Tengah (previously known  as Kem Bukit Malang) untuk berhenti makan tengahari dan menikmati buah Tampoi yang di tuai tadi. Dekat Kem Tengah ni ada sumber air. Sumber air dia betul2 dari dalam tanah. Air mineral! Sedap air dia, tak sama dengan rasa air sungai atau waterpoint sebelum2 ni. Oh, kem tengah ni pun ada cerita lagenda dia, tapi korang carilah sendiri ya! Selain tu, dekat sini ada keputusan penting yang telah diputuskan bersama. Post esok aku cerita.  

Menikmati buah Tampoi, tak peduli kamera lagi.
Selepas makan tengahari, kami pun menyambung perjalanan. Selepas dari Kem Tengah adalah Bukit 27, ok silakan hadap! Kali ni aku bersama trio bertekad untuk mendisplinkan diri. Sejam berjalan, 10 minit rehat. Mid depan, Kak Nora tengah dan aku belakang disamping itu bertugas menjaga masa. ;) Tergoda jugak bila baru je lepas stop, nampak tokie/kam/izat/eric/parkash berhenti rehat. Tapi takpe, kita sabar jap, displin!

Perjalanan diteruskan, sehinggalah nak masuk jam ke-4 perjalanan, aku terseliuh, sebijik macam kak Nora kena semalam, cuma aku kena kaki kiri. Alang2 masa tu lagi 5 minit nak cukup sejam jadi aku minta berhenti rehat.

Sambil makan kacang, nampak Eric memintas solo. Power! Tak lama lepas tu kami sambung jalan, nampak abang Peja

"Jauh lagi ke ni bang?" tulus aku bertanya.
"Takdelah, lagi 5 minit sampailah, depan ni je"

Berdasarkan rekod selama 6 hari, kata2 abang Peja boleh dipercayai! Jadi aku tambah lagi 5 minit, consider kaki kami yang tak sepanjang kaki abang Peja ;P Tapi masa nak ke Melantai ni Mid memang laju dan padu, memang sampai terpaksalah aku minta dia kecikkan langkah.

Elok jam 4.15 kami pun sampai ke Kem Melantai. Alhamdulillah! Turun je nak lintas sungai ke Kem, dah nampak Eric tengah bersantai di atas batu bersama Q dan along. Baik pulak dengan megi dan milo panas. Terbaik!



Maka tak sabar2 lagi. Aku pun terus buka kasut, letak beg, tukar selipar, terjun! Lain macam plak syoknya sampai kem awal hari ni.

Tapi seperti pepatah ku sangka panas hingga ke malam, rupanya hujan di senja hari. Ahaha.

Alkisahnya, kitorang tak siap pasang fly lagi, semua pakat terjun sungai. Tiba2 Ammar bising fly tak pasang lagi. Maka macam biasa, aku pun naik tolong2lah siapkan fly. Waktu ni Syamsul tengah siapkan fly. Dia pun, bising jugak sebab semua line up nampak terlalu seronok. Ingke orang kata. Lepas tolong apa yang patut, aku masuk sungai balik ambil wudhuk untuk solat. Masa ni, ribut tiba2 muncul. Kelam kabut semua, ranting2 pokok jatuh. Solat pun sempat satu waktu je jemaah, sambungan aku buat solo bawah fly (sedangkan aku tak tau pun masa tu orang tak bagi masuk fly takut dahan jatuh atas fly) Seram plak tengok ribut kat Melantai ni.


Petang tu dah plan nak habiskan makanan sambil meraikan malam terakhir di Tahan. Siap dah letak lampu liplap dah hiasan. Rupanya plan Allah tak seperti apa yang kita rancangkan. Hujan, tanah basah, lecak! Plan kensel. 

Malam tu, lepas solat, pegi makan. Lauk sardin malam tu. Pegi dengan Mid. Ramai dah makan. Aku lambat sikit sebab tukar baju takut sejuk. Sampai kat fly dapur ada Ammar dengan Hafiz pun nak makan, terus ajak masak megi sama. Megi panas2 makan time sejuk2. Dari fly dapur boleh dengar suara Tokie sembang dengan abang gaid. Nampak ok dia malam ni.

Lepas habis makan megi dan sembang2 bawah fly dapur, kami pun bergabung bawah fly abang guide. Menarik gak sembang dengan abang gaid. Sebenarnya banyak lagi nak tanya, nak sembang tapi mata aku macam dah kena gam, kelat lain macam rasa dia. Budak2 ni macam rancak lagi nak sembang, terpaksa aku minta diri dulu. Eh eh rupanya yang lain pun ikut beredar.

Masuk kat kemah, macam biasa sekali lagi spot tidur dekat tepi pintu kemah. Aku ingat taknak pakai sleeping bag kat sini memandangkan takdelah sejuk sangat. Tapi pacat dia gais, nauzubillah! Sambil aku sembang dengan tokie, aku rasa 3 ekor naik kat kaki. Masuk jugakla dalam sleeping bag. Dah tu sambung sembang letak tangan atas kepala, eh sekor lagi naik. Aduh! Terus bungkus sleeping bag sampai kepala.

Alhamdulillah, Day 6, checked ✔

MasyaAllah mesti rindu.  

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

29 September 2019

Tahan 2.0 - [5] Kem Putih

Selasa, 2 September 2019 : Menuju Kem Puteh

Setelah mendepani mental membawa ke Kem Pangkin, hari ni lebih positif. Alhamdulillah. Bagus kat hutan ni, setiap pagi membawa aura baru yang lebih positif. Hari ni akan menjadi hari yang super panjang jugak. Sebab akan melalui sungai demi sungai demi sungai dan drama. Waduhhh..



Hari ni perempuan siap selaju yang mungkin! Taktaulah mimpi apa semalam. Mungkin eksaited nak pi jumpa sungai kut. Sejak hari kedua asyik nampak water point je, terbantut bantut hajat nak mandi.

Girls Squad, tak sangka boleh pi trip panjang dengan all of u gais!
one with Q
Pergerakan hari ni banyak menurun. Kita akan lunch di Kuala Teku. Mana2 yang simpan hajat untuk mandi, kat sinilah tempatnya! Dan lepas Teku kita akan cross 8 sungai! Woaaaaahhh.

Disebabkan perempuan dah siap dulu, maka perempuan gerak dulu. Baru jalan beberapa meter ke depan, aku dengar suara Salha. Jadi tunggu jap, sebab tak nampak Salha dengan Azira. Tunggu punya tunggu tak nampak jugak. Lepas contact through walkie talkie, rupanya diorang kat kem lagi.

Regroup. Setelah menyedari menunggu yang tak pasti
Jadi kami pun jalan saing-saing dari Kem Pangkin sampailah ke Teku untuk lunch. Perjalanan ke Teku ni, ada menaik, banyak juga menurun. Kena langkah kayu balak lebih besar dari pemeluk tu biasa. Rasa macam keluar tahan ni dah kena urut satu badan.

Sekitar 12 tengahari jugak rasanya kitorang sampai Teku. (hari ke-5 aku dah tak salin log perjalanan, harapkan masa kat gambar je) Sampai je Teku, Kak Nora terus cari port untuk tidur yang selesa dan sempurna. Nak terus masuk sungai abang gaid suruh cool down dulu, lepas 10 minit baru boleh masuk sungai. Jadi, minum-minum jap dan makan dulu. Tengahari tu, makan nasi putih dengan sambal tempe dan kentang rangup Mid. Nyum2. Baru nak makan, nampak Reen turun dengan muka ketat. Aku tegur, tapi dia tak layan pun. Tak lama lepas tu, yang belakang-belakang pun sampai. Barulah tau Reen injured. Tapi dalam hati aku macam, ala injured pun, takyah la muka ketat!

"Nah, siapa boleh tolong ambil ration Reen" ujar Aiman sebaik sampai ke Teku, sambil membuka kepala beg. Muka dia pun lebih kurang sama je ketat macam Reen.
"Saya bolehlah, ada sikit ruang ni, sambal dah makan ni" jawab aku dan yang lain-lain pun ambil sorang sikit.

Lepas makan, aku pun pi mandi sat. Mandi celup2 je, tinggal berapa minit je sebelum bergerak. Oh btw, nanti kalau korang nak gi Tahan, kat sini ada mini shovel/trowel tau. So kalau ada yang berhajat nak membuang tu.... Hehe.

kat Kem Teku, angkat beg sebelum menyambung perjalanan
Okeyh, selepas Teku, maka bermulalah perjalanan merentas sungai demi sungai demi sungai. Kat sini, strategi perjalanan pun bertukar, yang selalu duk belakang kena duk depan. Jadi Eric dan Prakash kat depan, diikuti Mid, Kak Nora dan aku. Then yang laju-laju semua belakang aku lah. Mula-mula macam fun tau cross sungai ni, tapi bila jalan sikit tiba-tiba paras air dah tahap paha dan pinggang hang, masa tu kalutlah haih. Terus rasa tidak fun lagi. Sungai is no joke. Sobs.

Sungai ni jangan bayang kan macam sungai Perak yang warna macam teh tarik tu. Bayangkan macam Ulu Yam, tapi lebarkan saiz dia dan dalam kan kedalaman. Dasar dia berbatu-batu, air nya deras. Sambil kau teragak-agak nak pijak dasar, sambil kau berlawan dengan derasnya sungai. Begitulah kut hidup kan? Digasak disetiap penjuru, tapi hidup tetap kena terus!

Ok, cross sungai
Lepas tu, turun kat lereng.
Lepas tu naik bukit
Ok nampak sungai lagi
cross lagi

dan lagi



Oh dan. cerita sungai ni, ada drama.

Aku tak pasti lah sungai ke berapa, tapi tempat tu sebelum crossing adalah berbatu sungai sepanjang-panjang. Masa kat tempat nak cross tu, tebing dia licin teruk. Macam tak boleh nak pijak pun, aku tengok along dia gelongsor je. Tapi aku macam malas pulak nak gelongsor. Tanah merah kut.

Acah-acah nak selamatkan baju dari dikotori tanah, aku pun cuba la cari akar kayu untuk berpijak, aku nampak satu. Maka aku pijak. Dan? tu bukan akar ya, tu pucuk yang tak bersangkut pun dengan tanah. Maka jadilah nangka busuk yang tergolek ke tanah. Bawah je dari tebing dah batu-batu sungai, nasib aku sempat tahan tangan dari kepala yang berjumpa batu dulu. Alhamdulillah selamat.

"Kak Sarah!" jeritan Q memecah kesunyian dan kebosanan rimba.

Ok, tapi sekarang aku stuck, macam mana nak bangun ni, beg ni berat. Dia dah tahan aku dari bangun. Belum lagi otak aku habis proses macam mana nak bangun, tiba dengar bunyi tong cina berlanggar dengan beg, dan sepantas kilat, Q dah kat tepi aku. Eh budak ni main gelongsor ke apa, laju lain macam! Memang hero habis Q time ni.

"Kak Sarah, unbuckle beg!" jerit Q. Rileks Q, tepi je ni, akak dengar, belum pengsan lagi. Aku pun unbuckle beg.
"Akak ok, tapi beg ni berat, tolong tarik jap" Lepas unbuckle dah boleh bangun terus nak angkat beg sambung jalan
"Eh jangan jalan dulu, duduk dulu. Rasa tangan kaki kepala semua ok tak" Kam.

Dah habis bertenang, dan semua pun dah check, cross lah sungai. Dengan berat hati aku menatap sorang demi sorang.

"Err, korang nampak ke kejadian tadi?" apparently semua orang nampak. Adeh. betul2 drama.
"Akak berpusing 3 kali tadi" Eric

"Macam mana boleh jatuh?" Abang Mail
"Silap pijak, saya ingat akar, rupanya pucuk"
"Balik ni, tukar spek mata" Abang Peja

Maka kami pun berhenti di situ untuk Solat. Alang-alang aku dah bagi drama kan. Panjangkan lah sikit masa siaran. Lol.

Perjalanan diteruskan. Bila masa kena naik mencungap, aku lepak jap. Tengok je Mid naik perlahan lahan dan kak Nora follow belakang. Dah sampai dia kat atas aku pun laju-laju naik. Stop lagi amik nafas lagi. Sampai satu part ni, kak Nora punya kaki kanan terseliuh, terpusing teruk jugak, macam lembik semacam kaki dia. Tapi dia tahan je, dan terus kan perjalanan. Lepas tu pulak kak Nora nak langkah balak, tapi beg dia berat sangat, dia terjatuh balik ke bawah. Aku hanya mampu melihat je. Tapi tergelaklah jugak. Sian kak Nora, Q takde untuk membantu. Haha.

Macam ni lah belia emas kalau masuk hutan, orang pinjamkan tongkat lepas kejadian drama tergolek.
Sebelum sungai terakhir, kedudukan ditukar lagi, kali ni Azira depan dengan Reen. Aku duduk belakang sekali dengan Tokie dan Hafiz. Sepanjang jalan Tokie mengadu dia mengantuk. Oh, sepanjang trip ni dari hari-hari awal aku memang tengok, Tokie ni makan tak banyak, paling kalau nasi lunch tu, 3 suap je. Memang tak abislah biasanya! Tengahari tadi pun masa kat Teku, aku tengok dia tak makan, dia asyik minum air teh o tu je. Taktau lah berapa cawan dia minum teh.

Setelah bertukar ganti susunan dek adegan pintas memintas di perjalanan, sampailah kami ke satu sungai kecil yang hampir tak berair. Masa ni, depan aku Q dan Syamsul, belakang tokie, Paa dan abang Mail. Kat sini Tokie mengadu mengantuk lagi.

"Nak buat camne eh, tahanlah dulu Tokie, sikit lagi kita sampai"
aku pun teruskan lagi menyusur tebing dan diekori Tokie.

"Kak Sarah, kenapa saya tak boleh angkat kepala ni, berat betul"
aku berhenti, toleh ke belakang. Kepala tokie tertunduk, mata hampir nak katup tu, jalan melayang-layang. Ish bahaya budak ni, silap-silap masuk gaung japgi. Aku suruh Tokie berhenti dulu. Q dan Syamsul pun patah balik membantu keadaan. Beg dah diturunkan, kasut dah buka. Tokie tersandar tepi lereng. Abang Mail bagi roti, paksa Tokie makan, Paa tolong kipas2, Syamsul berulang kali kejut Tokie tak bagi tidur. Masa ni, aku ada rasa tak best, sebab Tokie ni aku memang tau pernah ada sejarah masa turun YYBTN dulu. Cumanya, bila fikirkan balik, dia pun memang kurang makan, boleh jadi punca jugak sebenarnya. Minum pulak air teh, mesti angin sama ni.

Lepas habis roti, kami pun bergerak. Mula-mula Q nak tank beg tokie, tapi tak berjaya sebab sebenarnya beg Q pun dah super berat, dia bawak ration orang. Nak tak nak minta tolong jasa baik abang maellah. Maka abang mael yang sekeping (tapi padu gila lah kan! kalau tak, takkan jadi guide Tahan) pun membawakan beg Tokie. Q jalan dulu, diikuti Syamsul. Syamsul jalan rapat dengan Tokie sambil mengingatkan Tokie untuk banyak berzikir dan baca ayat kerusi.

"Yang jadi tadi, jangan bagitau sesiapa" kata Syamsul. Ok, aku blur. Apa yang tak boleh bagitau?

Sampai depan sikit, dah nampak semua team berkumpul, kemudian kami gerak bersama-sama. Masa ni aku minta tolong kak Nora jalan saing2 Tokie. Dari sini ke kem, abang Peja bawakan beg Tokie. Padu! Aku jalan dengan Hafiz sambil gosip2 apa terjadi.

Crossing terakhir sebelum Kem Putih
Rupanya tak jauh dah Kem Putih ni dari tempat berkumpul tadi. Kurang lebih 30 minit. Letak barang semua, fly dinaikkan dan dapur mula berasap. Tapi aku pelik jugak dapur ni, selalu essential jugak pasang fly untuk dapur. Amazingly hari tu, lepas bentang ground, letak ration. Memang sampai sudah fly tak naik. Ahaha.

Kem Putih
*cerita kat sini dah ingat-ingat lupa, amazingly takda gambar langsung kat Kem Putih ni. 

Aku turun beberapa kali ke sungai untuk bersihkan diri nak solat. Boleh tahan jugak berapa ekor pacat lekat ni. Dah naik, tengok ada darah, turun lagi. Bersihkan lagi. Tapi sungai tepi Kem Putih memang cantiklah, magnificient! Sayang sampai time maghrib, sat ja nampak kecantikan luar biasa dia tu.

Lepas naik dari sungai aku follow pulak Azira dengan Salha ke anak sungai sebab nak salin baju (side satu lagi. kat bahagian sinilah guide cakap, Umaisarah di temui) Dah siap salin, sementara tunggu Azira siap mandi, tokie dengan kak Nora pulak sampai. Aku sambung lagi duduk dengan diorang, Salha ngan Azira naik dulu. Tunggu kak Nora mandi, tokie boleh pulak tidur duduk atas batu. Elok pulak tu dia sarungkan kain batik atas tudung. Bila aku suluh dengan headlamp, nampak macam mata putih je sebab dia tutup mata. Bila aku terjerit sebab terkejut, dia gelak2 pulak. Aduh, scary k tokie! Malam2 ni.

"Yang perempuan kenapa lama sangat kat sungai tu?" laung Q dari atas. Pelik jugak aku. Lama ke? macam baru je dorang turun. Tak berapa masa lepas tu Syamsul pun turun, ni pelik seterusnya, macamlah tak boleh pergi sungai belah sana. Siap2, then kami naik.

Malam tu along masak sup daging super sedap, dimakan dengan bubur nasi. Terima kasih along, kam, salha, mid yang masakkan dinner. Paksa tokie makan, lepas 3 atau 4 suap dia taknak dah. (Malam ni tokie tak boleh tidur, sakit pinggang teruk) Aku dengan kak Nora sambung ke dapur.

Kat dapur ada Along, Kam, Hafiz dengan Ammar tengah masak untuk lunch esok. Malam ni, sebenarnya ramai juga yang melayan sakit dan pewai (termasuk Reen, dia demam panas pakej mengigau). Lalu 7 sungai kan. Tidur awal belaka. Elok tengah masak, tiba-tiba hujan turun. Ok, dapur tak pasang fly lagi. Kalut jugak ni, yang selalu pasang fly dah tidur. Q pun! Mana fly? Mana tali? Sebabkan Q tidur hujung, terus gerak dia bagitau hujan. (Kesian Q, mimpi terganggu ke tu?) Hero time ni? haruslah abang guide! Elok je hujan, tiba-tiba abang berdua muncul, diorang yang carikan batang kayu dan batu sebab tempat tu ada satu pokok je.

Lepas siap fly, diorang pesan supaya kitorang siapkan masak cepat-cepat dan bungkus barang dengan ground. Lepas pukul 1 kawasan ni jadi laluan binatang. Okey bang, berita maklum! Aku dengan kak Nora masih bersama ration. Masa ni ada sekali dengan Q, Kam dan Fani. Kam paksa Fani salin baju sebab dah lewat sangat dan takut sejuk. Sepemergian Fani kami pun berkeputusan untuk buang ration yang tak guna/tak kan sempat guna. Done!

Siap semuanya, kami pun bungkus ground sekadarnya. Tiba-tiba muncul Eric dan Izat. Diorang tak makan lagi! Rupanya tadi terus tidur. Hmm.. okey. Aku suruh diorang amik makanan dan makan bawah fly je. Q pun tiba-tiba makan jugak.

Aku pun masuk ke fly, tidur tepi lagi. Eh gemor benar aku tidur tepi ni.

"Sarah ok ke tidur tepi tu, kalau apa-apa kejut ye" Kam
"Haah Sarah, apa2 bagitau" Along

Baru je nak tidur, terdengar satu bunyi yang menyeramkan. Sampai sudah aku tak tau tu bunyi apa. Yang pasti bunyi binatanglah. Jam masa tu sekitar 12 malam.

Nasib bunyi tu tak berlanjutan lama. Kalau tak, mendebarkan jugak.

Day 5, checked ✔

*phew, super panjangnya!

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema