Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts

01 June 2023

Im signing off

Ehem.

Berat genre ni. Since dah few months jadi tak berat sangat dah, ada ringan sikit. Boleh dah menaip dengan tenang. Ehem, bismillah.

Tahun ni tahun 2023. Uhui laju mat! Sedar-sedar dah Jun bhai! dah half tahun berlalu. Dah masuk separuh masa kedua dah. Banyak benda nak cerita. banyak cerita tak tertulis. Betullah nak menulis ni kena ada 'feel' gak walaupun content dah banyak dah. Tapi kalau tak sampai feel ngan mood tu, memang kat draf je lah. Ok, dah faham dah macam mana ramai student stuck kat writting thesis. 

Ah gitu.

Gema ➤ Disember 2012 - Februari 2023

Untuk pembaca yang dah membaca sejak sekian lama blog aku ni, mesti perasan tentang gema. Ya, aku telah bersama gema sejak 2012 (awal2 roadshow pengenalan) sehinggalah ke hari ini (alumni) Kalau ikut polisi, ahli adalah berumur diantara 18 hingga 35 tahun (zaman aku register la, sekarang dah turun lagi sampai umur 30). Maka untuk aku yang bakal berumur 36 tahun ni, ini lah penghujung perjalanan bersama gema. Kenapa ada limit umur? sebab gema berdaftar under pertubuhan belia. So kena lah ikut definasi umur belia semasa. 

Gema ni best. selain dapat explore hobi baru (hiking, outdoor) yang paling banyak mestilah dapat kawan baru. Ramai. Baik2 belaka. exposure pada orang yang bukan di dalam comfort zone kita. Selain dari belajar dokumentasi program, banyak jugak belajar skil kehidupan. 

Bersama berjalan waktu dan komitmen yang makin menekan bagi kesemua kita. Maka perlahan lahan perasaan yang pernah menebal pun akhirnya terlerai juga. Kut mana pun, memang begitulah hidup, setiap yang bermula akan berakhir.

Very the sweet 10 years with you gema~  terima kasih untuk pernah hadir di kehidupanku.

Macromac ➤ Ogos 2011 - Mac 2023

Mac 2023 merupakan gaji terakhir bersama macromac/ belive/ purnama mahir whatever its called. Ketika kita tidak mahu memilih pergi, yaa.. akhirnya takdir juga akan memaksakan untuk kita pergi.

Lama betul aku kat sini, memang patut dah kan melangkah pergi. Semua pun dah ramai resign dan bertukar kerja dan hidup yang lebih baik di tempat lain. Aku je yang dari dulu malas nak apply kerja. Apa pun. aku tetap cherish every memory kat sini.

Kat sinilah aku first time bekerja dengan non-muslim/non-malay. Kalau nak kira, first time cakap dengan non-malay ni dah berlaku time matrik pun. tapi time tu whole class malay dan ada 2 je chinese. Masa aku masuk department company ni. whole department chinese dan aku sorang je malay. akward kan? But, im survived! ;)


kezia dan aku

the batch yang paling aku suka adalah batch 2011-2013. And, if u read my blog (of course not lah!) i really love you Kezia! Kezia ni designer masa aku mula-mula masuk. Dia lah first friend aku kat sana. Walaupun BM dia tak bagus dan aku pun tak tau chinese, plus both of us tak power sangat english.. dia selalu berusaha nak bagi faham. "you slow2 cakap, i tak dapat faham" Kadang-kadang dia tolong translatekan perbualan those chinese. Sweet kan! Tapi dia pindah akhirnya! Betapa patahnya aku masa tu. Aku rasa seminggu tu mood aku swing. 






Penghargaan sempena 10 tahun bersama syarikat

Orang kata perpisahan pertama tu paling unbearable. Aku rasa betul! bila lepas tu sorang-sorang resign, aku dah boleh terima. Aku dah boleh berdamai dengan takdir. Tak semua yang kita suka dan sayang akan selamanya menetap bersama kita. 

Sejak dari itu aku beberapa kali bertukar department, di hantar kesana kesini. Lepas department website tutup, aku di hantar ke Puchong, R&D. Masa tu office nak buat apps telefon. Turn out projek tu tak berhasil dan aku patah balik ke PJ. Assigned untuk buat website mesra fon untuk company. Penghujung 2016 aku ditarik ke projek di KL. 

dan thats it, aku berakhir dengan projek tersebut 2017-2023. 

Panjang perjalanan, pelbagai pengalaman, banyak kenalan. Kalau ikutkan ada banyak gambar nak letak, tapi tu lah takut sampai sudah tak ber-post cerita ni. Sibuk menyusun gambar.

So itulah episod perpisahan aku untuk dua organisasi yang sangat penting, significant dan paling dekat dengan aku setakat ni. Tahun yang sama nampaknya mereka berakhir. Sedang dan masih memikirkan untuk signing off PJ jugak atau tidak kerana setakat ni, saya masih pengangguran ya gaes.

Pen off, till next meet!
(Masih dan terus mencari rentak untuk rajin menulis seperti dulu)

29 November 2021

10 years ago.

Selalu nampak orang buat 10 years challenge. So, why not? kan.

2011

Banyak sebenarnya yang jadi di 2011. Sebab tu aku rasa terpanggil nak buat sesi throwback ni.

Langkawi


Untuk pertama kalinya aku naik flight pi bercuti. (Naik flight 1st time 2009, sebab kerja - client time tu kat Sandakan) Masa ni buat percutian housemate gitu. Pergi dengan Kak Siti, Awanis ngan Alia. Duk tumpang rumah Kak Aishah (kawan kak Siti) Elok plak time tu kak Aishah ni nurse kat Hospital Langkawi. Jadi dapatlah cut budget penginapan sebab stay rumah dia. Alia naik Ferry ke Langkawi sebab masa tu Alia dah duk Penang. Syok betul rasanya bercuti time tu. First time kan! Masa tu tak dapat naik kabel car sebab tengah maintenance. Kitorang try pakej mangroove tour instead of island hoping yang biasa orang pergi tu. Nice lah, singgah gua buaya, gua kelawar. Oh, dan tempat siakap 1k tu, memang dari dulu tour guide pun kabo dah gerai tu mahal. Dia suruh pergi je tengok2 ikan kat dalam sangkar. Aku tak ingat kitorang makan ke dak kat rumah air tu.  

Master

Akhirnya tahun 2011 jugak aku decide untuk mencuba nasib sambung master. Sebab kalau ikut dah molek sangat aku kerja dah 2 tahun. Kalau nak further guna pengalaman, memang sesuai dah lah. Jadi aku cuba nasib apply. Aku tak sedar tarikh tutup dia dah dekat. Walhal cert aku kat kampung. Kalut lahai minta tolong orang kat kampung tolong scan segala. Elok sehari sebelum tarikh tutup aku submit permohonan, dapat tak dapat belakang kira. Yang penting lepas untuk submit. Zaman tu ada myBrain, aku memang cadang nak apply yang tu jugak. Masa tu, seingat aku yuran persemester dalam RM4k. Pening kepala juga kalau nak kira2 dengan gaji zaman tu. Alhamdulillah, aku dapat panggilan master beberapa hari sebelum panggilan kerja.

Kerja

Aku kerja dengan company pertama aku tu adalah 2 tahun. Sebelum company tu decide untuk downsizing. Dah tak boleh pergi jauh lagi sebab takde sales masuk. Sedangkan workers kena dinaikkan gaji. Camtu. Masa mula-mula dapat tau, operation (programmer) tak affected sebab main business memang system. Jadi secara logik, memang kena maintain programmer lah untuk make sure system tu sustain kan. Sebelum Jun 2011 kitorang dah dengar2 nanti BDO akan di panggil untuk amik surat retrench. Alih2 1 Jun semua dapat surat, tinggal boss2 dan beberapa orang admin je. Masa tu, fuh berhenti seketika putaran bumi. Tapi muda lagi kan, sat jah patah. Bangkit kembali gais. Senggang masa 1 bulan sebelum kitorang tamat kerja 30 Jun. Boss cakap, tempoh masa yang tinggal kat ofis tu, bolehlah sambil cari kerja lain. 

1 Julai aku balik Perak, lepas 2 minggu balik PJ semula. 2 minggu senggang masa jobless dah rasa macam hidup tak berarti. Tu yang cepat2 buat comeback. Masa tengah takde kerja ni dapat tawaran master. Dalam masa yang sama dapat pulak panggilan kerja. Sebabkan kerja masuk lagi awal dari master, aku pun masuk kerja dulu. 

"Sarah, boleh u masuk kerja 1 Ogos?" Joseph
"Boss, boleh saya masuk 2 Ogos tak? Sebab 1 Ogos tu start puasa. Saya nak puasa dengan family kat kampung" aku
"Ok boleh. U masuk 2 Ogos"

Masa aku masuk tu, aku sorang je Melayu. Lain semua cina. Banyak jugaklah yang terkejut2, benda baru semua. Tapi layan jelah. Life is a process what!

Company Trip dan Tablet (Samsung Galaxy Tab 7.0)

Sebulan lepas aku masuk kerja. ofis bagi tau akan ada company trip. Kehadiran optional untuk yang belum confirm. Dahlah suasana kerja baru, kena pi plak company trip kan. Memang the shocking bertambah tambah. Tapi satu motivasi aku nak pergi, sebab boss bagitau, ada lucky draw, first prize dia Samsung Galaxy Tab. Zaman tu, mana ramai lagi yang pakai smartphone. Aku pun tak pernah terniat nak beli smartphone. Ni gara-gara duk dengar arwah abang long cerita pasal tablet ni la. Jadi aku pulak yang berminat sama. 


Masa tu memang serius aku nak dapat first prize. Punya serius sampai aku doa tiap kali lepas solat. Huhu. Dan, ya itu dia Alhamdulillah wa syukurlillah. 

Tentang company trip? Menarik lah masa tu untuk aku. Sebab company sebelum ni kecik je, kurang 20 orang pekerja. Memang takdelah trip2 ni. Bila dapat pi ni memang seronoklah. Anak muda time tu. he he he.

Kereta

Bulan November tiba dan aku pun memutuskan untuk beli kereta. Pikir jauh punya hal lah kan. Satu sebab agak renyah sebenarnya nak amik public. Masa tu aku habis kerja jam 6 petang, paling awal sampai rumah jam 8 malam. Dari ofis, jalan kaki lebih kurang 500m pi bus stand. amik bas ke LRT. amik LRT Taman Jaya ke Kelana Jaya. Kat sana tunggu bas T907 ke ek, masuk Ara Damansara. Solat maghrib biasa kat LRT, sama da sebelum naik atau selepas turun. Gigih betul time tu. 

Tambah plak susah lak nak gi program sana-sini. Ingat lagi, masa tu kalau malamnya usrah, balik kerja, aku sampai kat LRT Taman Jaya, pastu jalan ke Amcorp Mall. Makan dinner, ronda-ronda dalam mall then solat Maghrib. Lepas Maghrib aku pun menapak ke rumah Mak Cik Chom. Balik usrah tu tumpang lah kereta mana-mana usrahmate yang sudi. :)

Atas pertimbang taraan panjang, maka kita kasi jadi lah sebuah Myvi 1.3cc. Nama dia Vijay Kumar. :) Salam kenal ya gais untuk yang tak sempat berkenalan lagi tu. 

Pindah Rumah

Masa mula kerja, aku tinggal kat Ara Damansara, sebab opis 10 minit berjalan kaki dari rumah. Bila dah tukar kerja, jadi terlalu jauh pulak. Tambah pulak ada beberapa hal lain yang di letakkan dalam consideration. Maka, Disember 2011 aku pun pindah ke Seksyen 19 Petaling Jaya. Dulu tingkat 13, sekarang tingkat 5. Sebulan Disember tu kami pakat cuci rumah dan pindah kan barang secara runcit2an. Malas nak cari lori kan. Gitu ar. Balik kerja pindah kan sikit2 barang. Dan officially serah kunci rumah Ara hujung 2011. Dan memulakan hidup baru di 2012. 

Ringkasan 2011 boleh juga di baca di sini 

2021

Untuk 2021 aku summary kan je lah ek. 2021 dah tak dapat nak bercuti macam 2011. Covid gais! its real! Siapa sangka masa 10 tahun dulu, yang 10 tahun kemudian akan ada covid. Walaupun sekarang dah boleh melancong (dalam negara) tapi aku masih berhati-hati dan pikir panjang lagi. Dengar kabar siakap kat Langkawi pun dah harga 1k. hehe. Sajalah include, 10 tahun lagi baca, bolehlah ring a bell isu semasa kan. 



Selain tu, sebenarnya aku tak jadi sambung master masa tu. Syok sangat kerja gamaknya! Haha. Dan bukan masa tu je, sampai ke sudah tak sambung nya. End up, kawan-kawan dan adik2 lain mostly dah ada master tapi bukan aku! kuikuikui. (Kalau tanya sekarang, memang padam terus dah api semangat nak sambung belajo tu) Aku masih kerja di company yang sama! walaupun dah beberapa kali bertukar department/ projek. Masih memakai kereta yang sama (dah habis bayar, syukur Alhamdulillah) dan juga tinggal di rumah sewa yang sama. 

Tablet tu dah hilang, belum cukup setahun dia dah hilang. Dan 2019 aku dah beli pengganti yang baru untuk kehilangannya. Lama betul aku nak heal, 7 tahun baru bleh dapat pengganti. Ha ha ha.

Aku pun masih single sampai sekarang, tatkala rata-rata kawan, handai dan kenalan di 2011 ramai dah menikah dan beranak pinak. 

Bergerak bersama NGO pun dah makin lemau. macam lampu kat dada otromen tu ha, berkelip kelip. Tak sangka rupanya lepas 10 tahun banyak benda makin lemau. Aku pun tengah gali-gali ni, apa je yang mampu menyiram semangat dan motivasi untuk aku di sisa usia akhir-akhir ini. 


Mungkin apa yang aku rasa ni, applicable untuk aku sorang. Mungkin jugak korang yang baca ni pun sikit sebanyak ada merasakan seperti apa yang kurasa. Jadi, jom lah sama-sama kita berusaha lagi untuk mencari semula semangat yang hilang. Terus berusaha lagi dan lagi sehingga akhirnya nafas kita bertemu hujung di kerongkong. Sehingga itu, semoga kita di matikan sebagai seorang hamba yang terus berusaha memperbaiki diri, bukan menyerah atau mengalah dengan keadaan. Kita muslim tak mungkin berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu luas, kita saja yang malas mencari. Ayuh! Bangkit lagi teman2. 

Sekian.
Kg Baru,
29/11/2021

21 April 2021

Pak cik parking 2.0

(haha.. kelakar lak aku rasa semakin kecil lingkungan pemerhatian kehidupan aku sekarang. Sama kecilnya ruang lingkup kehidupan di norma baru ini)

Ok jom kita start.

Hari Isnin kelmarin, aku balik macam biasalah. jam 5 petang sempena bulan Ramadan ni. Dekat tepi ofis ada kedai jual lauk pauk. Memikirkan malas nak singgah pi bazaar, jadi aku tapau sesiap. Lauk, sayur dan kuih. Lepas tapau terus ke parking.

Masuk kereta letak beg dan barang belanja, start enjin. Tiba-tiba pakcik parking ketuk tingkap.

Recap sikit

Masa mula aku parking sini, aku memang pernah dengar yang orang cakap parking sini tak berbayar. Jadi aku pun parking dengan bahagia. Tapi tiap petang, aku akan nampak pakcik ni meronda tengok kereta-kereta semua. Macam amik bayaran parking lah kan. Kawan aku pesan, jangan buat eye contact, masuk kereta dan terus jalan. Hahaha! Apakah lah perangai kan. So, sampai lah ke hari Isnin tu aku tak buat eye contact dengan pakcik tu. 

"Tayar pancit ni" kata pakcik tu sambil tunjuk kan tayar depan aku belah kiri. Aku pun keluar sat, dan cek tayar. Oh no! Memang flat habis tayar aku. Memang tak boleh gerak dah ni. Aku masuk kereta balik sambil call kak Siti

"Takde lelaki ke kat situ, minta tukarkan tayar spare. Takpun ko tinggal kan je dulu, naik grab je balik" Aku turun tadi sekali dengan Imah, jadi aku rasa imah la calon yang sesuai nak hantarkan aku ke lrt untuk aku balik PJ. Jadi aku call imah. Tak dan call masuk, pakcik tu ketuk lagi tingkap kereta aku. Talian aku matikan.

"Ada tayar spare ke? saya tukarkan"

Ya Allah, 😭 berkat RamadanMu kah ini Ya Allah. Maka aku pun bergegas tunjukkan kat mana tayar dan pakcik tu tolongkan. Kesian jugak aku tengok pakcik tu, dah beruban dah, peluh dia mencurah curah macam hujan nak cabut nat tayar tu. Posa lagi. Mesti habis kudrat dia nak cabut tayar tu. Dalam masa yang sama ada jugak brader muda ni mai, aku rasa sama kerja joki ngan pakcik ni rasa. Dia la tolong habiskan buka nat terakhir yang pakcik tu tak berjaya buka.

Imah datang jugak lepas amik anak dia. Thank you Imah. 😁

"Takpa kak, nanti kak bawa pi bengkel minta tampal tayar tu. Tak payah la sampai tukar tayar"

Begitu begini, lebih kurang 5.40 petang semuanya selesai. Aku pun memandu pada kelajuan 60-80km/jam memandangkan tayar kecik sebelah kan. Jadi takboleh la memecut seperti gaya SYM (Sarah Yang Memandu) 

Sampai PJ, terus terjah kedai tayar dekat simpang berhampiran rumah. 10 minit kemudian, siaplah tayar di tampal dengan harga RM8, aku pun pulang ke rumah dengan tenang dan lega.

Lesson Learnt?

Dont judge a book by its cover. Jangan selalu sangka buruk kat orang. Last-last orang yang kau bersangka tu yang bantu kau! Adehhh. Zass! Sekian, itulah perkongsian sekaligus tazkirah Ramadan ke 7. Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah.

20 June 2019

Throwback FB

Arkib: 19 Jun 2012

Sejak Facebook ada function memories ni, kerap jugaklah mengenang zaman lampau. Gambar ni biasa je, tapi sebenarnya luar biasa sikitlah. Gambar ni menyimpan beberapa highlight.

1. Bergambar dengan Naim. Rare kut budak ni. Satunya sebab aku pernah sekali je satu institusi dengan dia. Iaitu masa sekolah rendah. Sekolah menengah, matrik, universiti semua tak sama. Jadinya, walaupun jarak beza setahun je, tetap tak berapa nak rapat. Sekali dapat jumpa kerap sikit masa tahun 2012 ni lah, sebab sekejap dia kerja kat PJ. Ada lah nampak lalu lalang. Sempatlah dapat hadiah first gaji dia. Ahaha! (Dia bagi hadiah miniature rumah kedai kat Jepun, siap ada orang kecik lagi, aku gamkan atas dashboard kereta. Ada 2 bijik, mula2 satu tu cair sebab setiap hari berjemur. Bila da buruk sangat, aku buang. Tinggal 1. Last nya bila ada sekali aku eksiden, tukar dashboard, sadaqallahlah semua hadiah dari gaji dia tu. Huhu) Tahun 2013 Naim kawin. So, memang sat je kehidupan dengan Naim. So valid kan? bergambar dengan Naim tu kira sesuatu yang perlu dibanggakan. (Perlu ke? roll eyes)

2. Baru lepas eksiden. Gambar ni jugak mengingatkan aku pada tahun kedukaan aku sebab masa ni kereta aku kat bengkel. Eksiden. Teruk jugakla. Sebulan Vijay tersadai kat bengkel. Masa ni sedih sangat, first time kau, eksiden teruk2 sekali! Boleh cakap sepanjang sebulan tu, setiap kali aku teringatkan kereta bergenang air mata. Sehinggalah aku terjumpa buku 'Tuesday with Morries' tu dekat Bookexcess amcorp mall. Cerita yang sedih itu menyedarkan aku, apalah sangat ujian kereta eksiden aku tu nak dibandingkan dengan cerita Morrie. Petang sebelum gambar ni diambil, aku balik kerja ambil bas dari Macromac ke LRT Taman Jaya. Then sementara menunggu maghrib aku duduk dekat kerusi2 tepi Padang Timur ni sambil baca buku. Beriya iya aku menangis. Baca sorang2kan. Bukan ada orang nampak. Jadi memang feel sangat, lagi2 memang tengah mood sedih kan!

3. 10kg yang berlalu. Gambar ni antara bukti, aku pun pernah je hidup di zaman kegemilangan pinggang. Ahaha. Ia mengenangkan aku kepada 10kg yang telah berlalu. Adakah mampu di capai kembali?

Dari dulu aku tak adalah fancy untuk bergambar. Pada aku gambar tu sekadar cukup untuk kita lihat lalu terimbau kenangan yang telah berlalu. Setiap gambar ada cerita. Tak perlu nak tangkap gambar yang sama sampai 10kali, haha! Sebab tulah kalau korang tengok aku tangkap gambar selalu sekali atau dua je. (Yang paling haru bila tangkap gambar sekali, dah balik baru cek, gegar rupanya. Teruk tahap kompiden tu kan)

Terima kasih la FB Memories, dapatlah aku tambah 1 post kat blog. LOL.
Oh ya, report macam mana report? Ya Allah moga aku dapat petunjuk untuk menyiapkan report sebelum esok. Masih bingung untuk buat report. Sekian.

20 April 2018

Bila Suami Meninggal Mengejut (iium confession)

Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilnu yang ramai perlukan bila tiba masanya.

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso- kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah- Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo!

Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta- ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak msmpu sebab loan kat bank byk lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.

Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila2 kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans- Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yg saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank- Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau org. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau sy tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit.

Mujur saya bekerja. Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kpd jumlah duit dlm akaun. Kalau ada kurang drp RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa- Ok yg ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau x silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang drp RM5 juta. Sy tunggu dlm sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)

Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa2 sebab kesiankan anak2 sy. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan byk duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sbg pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, mcm nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok2 n buat salinan byk2 sbb kadang2 pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn krg tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata2 dr org2 sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal2 dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

* Minta maaf byk short forms n typos. Penat pula jemari gemuk tulis pjg2.

– Pengalaman Balu Clueless

Source: http://iiumc.com/bila-suami-meninggal-mengejut/#FB

05 May 2017

Sibu (Day 3rd)

Kira-kira langit Maghrib di Sibu, aku pun tiba. 5.45 kan terbang, dalam 6.20 macam tu kut sampai kat Sibu. So, sampai-sampai je, ambil beg then terus cari kereta sewa. Usha2 kereta, boleh dapat kancil manual RM90. Sebab asalnya RM100, cuma sebab kitorang akan sewa tu tak sampai sehari, jadi dia bagi diskaun la RM10. Eh ofcourse bukan aku yang pandu! haha.

Dari airport kami pun menuju ke Hotel Paramount Sibu. Kurang lebih 33 minit. Tapi hujan teruk juga semalam dari airport. Alhamdulillah berjaya diharungi dengan tabah. Sampai hotel, parking terus check in. Imah cakap ada kedai burger sedap kat bawah hotel ni. Maka, kitorang pun refresh lama sikitlah kat atas tu. Siap mandi solat semua, baru turun cari makan.

Imah order burger, aku nampak ada mi kolok, ini lah masanya! Maka aku order mi kolok! Tak tau la apa yang sedap sangat mi kolok yang diperkatakan ramai ni. Pada pendapat aku, rasa dia macam biasa je lah. Macam wantan mi kicap je kalau kat semenanjung. Tapi ofkos la takdak wantan dia kan. (Lol, oklah macam rasa mi kicap.. hmm)

Balik makan tu terus naik hotel, dah tak lelah bertahan dah. 2 hari straight bangun 3 pagi memang sakit kepala. Terus tidur.

Khamis,

Pagi-pagi, turun makan dulu. Hotel ni include breakfast kan. Lepas tu terus cari pump station. Lepas pam, pergi kerja! Ingat macam semalam laju je boleh siap, semalam sejam setengah je kut, dah setel. Hari ni ada problem pulak. 2 jam jugak tadi duk godek2.

Pukul 11 bergerak balik untuk check out. Lepas checkout, berpusinglah kitorang kat pekan Sibu ni duk cari makanan halal. Siap google ok! 'Makanan halal di Sibu' dan boleh pulak diorang rekemen satu restoren ni, kitorang pun gigih pergi, eh eh alih2 tak halal, dia cakap kalau nak halal boleh pergi restoren kasturi kat tingkat atas. Kitorang pun naik, macam aneh je kedai ni. Oklah, xpelah kita cari kedai lain.

Last resort? Memang KFC lah citer dia! haha.

Tentang Sibu? Aku baca-baca depa cakap Sibu ni Hongkong Malaysia. Haa.. Aku duk bercakap dalam hati, eh eh macam ss2 je sibu ni. Memang most people kat situ adalah chinese. Restoren pun memang restoren cina ja bersepah kat sana-sini. Selain tu? Oklah maju gak Sibu ni (kalau nak compare dengan Bintulu) Mengikut pembacaan aku jugak, Sibu ni adalah pekan (or bandar?) ke-3 terbesar di Sarawak selepas Miri dan Kuching. Sebab tu juga, tahun 2017 merupakan tahun melawat Sibu. Ha apa lagi, datanglah Sibu u oll! ^^,

(Masa aku order KFC tu adik tu duk cakap sarawak dengan aku. Setakat sikda tu boleh lah akak faham dik. Sekali dia cakap 'itu je?' dalam bahasa sarawak, memang aku pun.. haa??? Muka sarawakkah kamik?)

Airport Sibu,
MAS Wing MH3806.

03 May 2017

Bintulu (Day 2nd)

(Ok letih plak nak reka ayat berdrama kan. So kita buat biasa je lah kan. Puas hati sikit. Haha)

Semalam malam, aku pi makan kat warong nusantara pekena nasi goreng special sarawak. Peh, recomended! Ada terubuk masin ok. 1/3 dari sekor terubuk tu di persembahkan untuk menjamu selera. Erm dapnyer!! (Tapi makan malam kn, mana lah mampu nak habis. Jadinya postpone untuk sarapan sekali 😂, ok ar kut RM9.50 utk makan dinner and breakfast.lol)

Eh nak citer Bintulu kan,

Flight aku pagi tu 6 pagi Air Asia, imah naik mas wing 6.30 pagi. Memang 4 pagi sepatutnya kena keluar dah dari hostel sebab nak kena check in beg dan pulang kereta. (Ok sebab James ni macam akan sampai lambat je utk claim kereta dia, aku tinggalkan je kunci dalam kereta dia. Haha)

Bintulu menyambut dengan sinaran mentari yang berwarna jingga dan lapis lapis awan karpet yang membuatkan kita terbayang akan syurga! Subhanallah. Luar biasa.

Hari ni kerja di Pejabat Tenaga Kerja Bintulu, sekejap je kerja dah setel. Untuk di Bintulu ni memang tak plan nak bermalam, jadinya kami ambil teksi saja. Tapi dah habis awal pulak. Call la teksi minta hantar ke airport semula. Nasiblah pakcik tak gerak jauh lagi. Airport ke PTK 30minit juga!

"Uncle, apa menarik Bintulu?"
"Tak ada apa"

😂😂 memang jadinya kami pun xda selera dah dengan Bintulu. Duk sembang ngan pakcik je la. Pakcik ni cakap dia bawa teksi dah 30 tahun. Dia tunjuklah kawasan2 yang 20 tahun dulu masih hutan banat.

"Nanti lagi 10 tahun dah jadi bandarlah tempat ni"
"Ye ke pakcik? Oklah 10 tahun lagi lah saya datang lagi" 😅

Pakcik cakap, kalau dari Bintulu nak ke Kuching naik bas, 10jam! Tiket sehala Rm80. MasyaAllah ya ampun. Aku amik bas KL-Penang ritu pun da semut2 kaki. Tu baru 4-5 jam.

"Tapi kalau ada Hiway Borneo nanti mungkin boleh laju sikit. Sebab sekarang jalan ada satu lane saja"

Pfft, nak muntah pulak aku dengar jalan 10 jam lane ada sebatang je.

"Bila tu nak ada hiway?"
"Tak tau lah. Tapi berita pasal nak bina hiway ni 30 tahun dulu saya dah dengar"

C'mon pok jib, apa cerita ni sarawak kesayangan!

"Jomlah saya tunjuk rumah panjang"
Eksaited tau aku bila dia nak tunjuk rumah panjang! Selama ni tengok kat taman mini je kan.

Tapi sayang, tinggal rangka je. Taktau sama da diorang nak tambah baik atau memang nak demolish. Sedih plak! Pakcik tu siap cakap dia boleh cakap iban jadi kalau nak usha2 rumah tu dari dekat dia boleh nak kawtim 😭

So macam tu je la perjalanan di Bintulu. Bintulu ni tempat dia sendu je. Oil & gas company banyak la. Tapi menjanjikan peluang pekerjaan terbesar di Sarawak! Kata pakcik tu lah.

Itu jelah perjalanan kat Bintulu. Patut pukul 5.30 flight depart ke Sibu. Tapi delay. 5.45 baru dapat masuk kapal.

Bye Bintulu. Jumpa 10 thn lagi?
😎

1002, Hotel Paramout Sibu,
Jalan Datu, Sarawak.

02 May 2017

Kuching (Day 1st)

Kuching menyambutku dengan awan hitam dan gerimis.
Apakah sedih atau terharu dengan kedatanganku.
Pemandangannya sejuk dan sayu.
Oh bau hujan!

James membawa Kancil walaupun pada asalnya menjanjikan Viva untukku.
Syukur masih ada, dari tiada.
Tapi maafkan aku James, sudah di saman Kancilmu !==

Bangunan Binamas yang tegak tinggi kelihatan jelas dari Jalan Padungan.
Dan disitulah tempat aku menghabiskan hari yang pendek untuk tugasan yang panjang. *sigh*
Terima kasih kak Norlia sudi meneman kami makan Mi Kolok dan Laksa Ambal di Icom Square.
Juga meneman kami check in di My Place Hotel & Lodge.
Kawtim lagi kitak kak sama adik kaunter.
Terima kasih juga kepada Talib, Kak Kathy, Mr Hii, Kak Rowina dan semua yang begitu mesra menyapa kami yang singgah.

Terima kasih.

Kuching,
mungkinkah kau akan muncul lagi lewat mimpi2ku dimasa depan?

via wifi @ Room 203,
My Place Hotel & Lodge,
Jalan Padungan, Kuching.


30 April 2017

Sepetang yang sedih bersama kak wani

Sebenarnya tak bercadang untuk ke KLIBF tahun ni. Memandangkan sejak sekian tahun, buku buku yang dibeli banyak tak terbaca. Dan sejak itu sebenarnya, aku menahan diri dari ke KLIBF. Bukan apa, takut-takut terjatuh ke kategori pembaziran.

Tapi beberapa hari yang lepas adalah birthday kak wani. Dia ajak ke KLIBF. Tak sangka terjebak! Pagi tu masa kak Siti tanya, confident aku cakap taknak ikut, tapi petang tu, bila rasa macam ah betapa tak produktifnya Sabtu ku, maka laju2 aku join.

Pergi agak lambat juga. Pukul 3 lebih baru nak keluar makan lunch. Singgah di Jaya One untuk lunch. Makan, eh dah Asar. Maka, bergerak terus ke NU Sentral dan park kat sana. Solat Asar, kemudian baru cari KTM menuju stesyen Putra. Train kitorang naik ni, oklah lengang je. 

Sampai je kat Putra, (which is several station je from KL Sentral and it just RM1.80!) masyaAllah ya ampun, ramai gila orang beratur nak balik. Sampai ke tangga depa beratur nak beli tiket KTM. Kira macam kami sampai ni, cross the wave la. Orang dah balik kami baru sampai. 

Betul2 sampai depan pintu KLIBF tu, jam 6 petang! (Ok, jauh jugak berjalan nak ke PWTC ni ya bila hujan) Maka, set time dengan Kak Wani, jumpa balik kat pintu jam 8 malam. So ada 2 jam untuk peek-a-boo dengan buku2. Aku gerak dengan Kak Siti.

Sebab jalan tanpa any idea nak beli buku apa, maka kitorang singgah je lah kedai2 yang ada. Dah tak tau apa menarik, singgahlah ke booth imanshoppe (4090-4095) Eh eh banyak pulak nafsu melihat buku-buku kat imanshoppe ni. Ahaha~ Selain imanshoppe, IBTM dan Dubook la another 2 kedai yang berjaya menggamit hatiku untuk melakukan transaksi jual beli. (Ada jugak hasrat di hati nak singgah mustread, dari jauh buku dalam wishlist aku tu terpampang jelas. Tapi sekatan masa dan wang, aku bypass je lah)

Walaupun plan nak jumpa jam 8malam kat pintu KLIBF, tapi nampaknya pukul 730 dah jumpa kat surau PWTC ^^, Alhamdulillah, kak Wani pun dah penuh tangan dengan plastik buku. Misi berjaya diselesaikan dalam tempoh 2 jam.

Pukul 8 kami pun bergerak pulang, perut masing-masing pun dah lapar. Sampai persimpangan antara nak naik KTM atau STAR, sebulat suara nampaknya memilih untuk naik KTM, dan makan di NU Sentral. Time balik ni memang boleh kira beberapa orang je lah gerombolan di belakang kitorang. Memang lain banyak la amount manusia kalau nak compare dengan masa kami datang tadi. (Jadi kalau korang nak datang, sila lah datang odd hour ye kalian, Asar-Maghrib. Hehe)

Cerita Sedih bermula

(sekeping je gambar sepanjang the trip, sungguh kuberasa begitu dewasa dan tidak bbnu)

Maka, kami pun menunggu penuh sabar, gerabak komuter yang menuju ke KL Sentral. Tengok kat skrin, mulanya ETA 8.21 lepas tu 8.23 lepas tu 8.27. Aik, lain macam ni. Tak lama lepas tu, ada announcement bagitau ada short of power supply. Jadi semua perkhidmatan komuter tergendala, dan meminta penumpang mencari alternatif lain untuk ke tempat yang dituju. Ok fine! (dalam hati yang sedih dan lapar) Maka berbondonglah manusia bergerak keluar dari KTM Putra.

Tak boleh tahan dengan kelaparan, kami pun makan di Sunway (depan PWTC tu). Setelah tu barulah sambung lagi berjalan ke STAR. Sebelah PWTC je STAR ni. Dengan confident yang datang dari mana, aku lead the way. Aku tak tau pun apa nama stesen STAR yang kitorang berada tu, tapi dengan confident aku lead the way. (Walaupun terang-terang kat situ dah tulis, Putra Height is another platform. Haha) Makanya, naik STAR, hala yang bertentangan dari destinasi. LOL. 

Nasib la the immediate station adalah Titiwangsa, dan interchange dengan monorail. Ok, decided, turun Titiwangsa dan terus menuju ke KL Sentral using monorail je. Ha amik kau, pusing lah all the tren kat KL! RM3.40.

Dan sampailah kami ke NU Sentral semula! 

the sad part. penat gila kut berjalan berjalan dan berjalan.
the best part. so, we knew a new route untuk ke Putra via monorail!

the sad part is there, so do the best part. Thus, just enjoy both! 

Selamat Membaca! Membaca jambatan ilmu. Ilmu Suluh Hidup. Hagituh!
till then~ 

10 February 2017

the girls school

Hari ni dalam sejarah.

17 tahun yang lalu.
hari pertama berjauhan lama dari keluarga.
hari aku belajar menjadi dewasa.
hari aku berdikari.

Alhamdulillah

terimakasih untuk semua nya.
Allah.
keluarga.
guru-guru.
sahabat.
pengalaman.
ilmu.
cinta.
pengorbanan.
persahabatan.

i'm blessed!

~the quick post, tengah nervous ni, esok kakak exam. Doakan ya!

16 December 2016

pause.

there is time in life, when we need a pause.

tambahan di dunia yang semakin laju, dengan segala-galanya benar-benar berada di hujung jari. ya, everyone life hanya di hujung jari kamu. di hujung skrin sentuh telefon kamu.

and i just feel this is too much, i need to put a stop,
or at least a pause.

so gais, for time being i've uninstall instagram, facebook and youtube in my phone. (the account is still there, can always access from laptop, it just i wont respond as soon as always)

i dont think this will take long. at least, i can learn controlling myself again.
lately, this socmed terlalu banyak mencuri masa aku.
terlalu banyak.

bagi aku 15 hari berbaki ini untuk bermuhasabah atas nikmat umur yang semakin singkat ini.

#routeTo2017 #routeToAnotherSeries

15 December 2016

FM Round trip

Untuk pengetahuan semua GEMA Selangor akan menganjurkan free market Ahad ni, salah satu slot dalam Hari Belia Taman Medan. Jadinya, untuk minggu ni memang nak tak nak kena all out pusing kumpul barang.

Spontaniously aku text Nina Lani untuk temankan. Walaupun dia duk condemn aku ajak dia lambat, tapi sudi juga dia teman.

Patut aku gerak 5.30 ke Subang, uruskan hal lain before collection. Tapi cancel on the way nak pick up Nina. Betapa aku berasa kesal pada awalnya sebab nak pi amik Nina kat Mid Valley, 45 minit dari Klang Lama! hmm.. pastu dah nak sampai northpoint teralit dan terlajak. Nasib sempat uturn.

Dari Mid Valley masuk PLUS, dan berhenti dinner dan maghrib di RnR Sg Buloh. Pukul 8 bergerak ke Sg Buloh.

8.15 malam - Nadiah | Sg Buloh.
8.47 malam - Saiful | Kepong.
9.30 malam - Hannah | Setiawangsa.
9.40 malam - Iwan | Setiawangsa.
10.14 malam - Athiyah | Gombak.
10.30 malam - Salwa | Batu Caves.

Sampai tempat untuk pengumpulan, sekitar 11.30 malam. Punggah barang dan macam biasa bertukar info. Biasa lah dengan YB kan, kena selalu dapatkan update perkembangan terkini. Lepas chit chat, hantar Nina balik Mid, dan aku pun balik ke tempat asal.

Subhanallah, banyak betul manusia berhati mulia dalam dunia ni. Banyak yang suka menyumbang ke arah program2 charity ni. Dalam banyak-banyak ni aku amaze betul dengan Kak Salwa, dia da siap packing kan each baju tu dalam plastik jernih. Senang dah untuk orang collect, terus ambil je. Kata Kak Salwa dia nak berhijrah dari Malaysia untuk beberapa tahun, jadi memang nak letgo semua yang boleh letgo. ^^,

Besarnya pahala para penyumbang semua. Semoga Allah lah sebaik baik pemberi ganjaran untuk kalian semua. MashaAllah. Semoga yang menerima juga kelak dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

The things i always love to do, berjumpa manusia2 cantik dan kacak yang berbudi luhur.

And of course, thanks Nina! ^^, you r one of a kind.

Oh ya, Ahad ni jemputlah hadir ke Hari Belia Taman Medan bertempat di Dataran Anak Muda, PJS1. Macam-macam aktiviti ada.

Till then. Jom tido! esok kerja.

12 December 2016

7 perhentian | Jangan biar hidup anda bosan.

Hari Sabtu hari tu, akhirnya aku drive solo lah dari PJ ke Kg Gajah. Memandangkan partner in crime siti hajar takdek. Pergi kenduri kahwin di Johor katanya. (First time drive solo, kebimbangan family dah macam first time naik bas solo dulu. Oh plis nak masuk 3 dekad dah. LOL) Kenapa aku balik hari Sabtu? oh sebab ada orang nak baiki jubin rumah sewa di PJ and of course i need to entertain them.

Menjadikan pergerakan bermula selewat jam 3.45 petang. (Walhal orang baiki siap dah jam 11.30 pagi. Tapi duk mengemop + rest jap tu yang jadi drag tu)

Ok, masuk hiway adalah agak banyak kenderaan tapi amazingly tak jam seperti yang digembar gemburkan. (Oh perhaps yang jem teruk adalah pagi dan adalah di kawasan lebih utara dari slim river sebab sana lorong tinggal 2 kan) Exit Tg Malim jam 4.30 petang.

1. Umi Sushi, Tg Malim.

Lepas exit Tg Malim aku terus ke Umi Sushi, sebab katanya kedai sushi pertama orang melayu. Excited aku nak pergi plus selalu balik tak dan, ni sebab balik sabtu hopefully berpeluanglah. Tapi sedihnya, awat tutup? Arghh.

2. Surau An Nur, UPSI

Hujan pulak lepas ke Umi tu, jadi aku park sebelah lorong kedai sebab lebat sangat sehingga menyeramkan untuk terus memandu. Sambil tu aku wasap Syidah Rasli sebab nak bagitau umi kensel dan perlu decide tempat lepak lain. Jadi Syidah suruh aku masuk upsi dulu, solat sana.

Maka first time juga la aku masuk UPSI, ok kecik je upsi ni.

3. Sarang Art, Rumah Rehat Tg Malim.

Setelah sembang-sembang, Syidah ajak pergi Sarang Art. Katanya mamat khalid punya. Dia da memang teringin pergi sini, tapi takde geng. So, aku pun on kan je lah keinginan sahabat ni kan ^^,

Not bad jugak lah kedai ni, hipster. Ada style lah. Nanti korang google k. Aku xde mood nak tangkap gambar that day. Hahaha. Menurut abang kaunter, kalau takde hal mamat khalid tiap malam ada je kat kedai. Kebetulan masa kami pergi mamat ada event plak kat KL. Maka tak dapat la nak belanja korang gambar selpi ngan pakcik mamat ni eh..

Tengah rancak 'pillow talk' ngan Syidah di ambang langit senja itu, tiba-tiba phone berdering
"Ha dah kat mana dah kau?" - bapak
"Tg Malim lagi"
"Tg Malim lagi? pukul berapa nak gerak tu, dah nak maghrib ni"
"Tadi makan, ni nak gerak lah ni. Maghrib jap pastu gerak balik"
"Ha cepat sikit, dah gelap dah ni"

Syidah gelak jer la tengok aku kena marah. Haha! Tak sedar dah 3 jam dah aku melepak kat Tg Malim rupanya.

4. KFC drive through, Tg Malim

Bajet-bajet nak mem'beli' hati-hati orang kat rumah, nak belanja la KFC kan. tiba-tiba ramai lah pulak orang kat KFC nih. Terus tawar hati nak beli KFC.

5. Masjid Slim River

Aku sebenarnya tak pasti sangat masjid ni di kawasan mana, nama masjid ni pun aku tak ingat. Tapi aku singgah kat sini lah untuk jamak maghrib dan isyak. Plan asal memang nak maghrib kat UPSI je, tapi masa Asar td, lepas kilat elektrik problem. Maka bergelap lah aku ngan Syidah masa solat Asar tu. Ingat Maghrib dah ok, rupanya tak ok lagi.

6. Petronas Sungkai

Sebab tak dapat beli KFC, aku pun singgah lah Mesra demi mendapatkan makanan ringan untuk menggembirakan hati. HAHA. Dasar! Sebenarnya agak mengantuk juga.

7. Batu Hitam, Kg Gajah.

Ya, dan akhirnya aku selamat tiba di Kg Gajah pada jam 9.30 malam. AHAHA!

12 October 2016

On your wedding day, Amal.

Cuti Awal Muharam yang lepas, ada member ajak ke Bt. Berekeh, Sg Siput. Tapi sorryla gais, xdapat nak join. Member dah tempah sejak beberapa bulan sebelum. ^^, 

1999, SKDS

Perkara pertama yang aku ingat tentang Amal adalah, masa darjah 1 dia dapat 1st place in her class, and me too in my class, so darjah 2 dan seterusnya kami sekelas. Amal adalah sangat berbakat, berkeyakinan tinggi dan mempunyai ciri kepimpinan sejak kecil. Tidak hairanlah Amal pernah join pertandingan karoke kat sekolah dulu :P Amal juga seorang pengawas ya!

'Setinggi seluas, gunung dan lautan. Selagi berupaya kuteruskan' - lagu Erra Fazira k!

Selepas sekolah rendah, Amal ke Bainun (tingkatan 1-3) dan MRSM Pasir Salak (tingkatan 4-5) dan aku, seperti semua tahu ke Ipoh and our path split for 5 years.

Raya 2010 

Matrikulasi, jumpa balik kat Matrik Penang, KMPP ^^, Tapi tak de lah kerap sangat jumpa sebab Amal Fizik, aku Bio. Masa U dia ke USM dan aku ke UM.

2014, Teluk Batik

Tapi, atleast once a year kitorang akan meet up la. Chit chat. Update. Catch Up.

How time flies.

30 Mei 2014

Syu dah berkahwin, begitu juga Amal. Hei Shidah and Koji, u'oll bila lagi? :P

 

dan Amal,
Selamat melayari bahtera rumah tangga kawan! Trough out the journey there will always up and down. Be strong!

1 Oktober 2016

Masa terus berputar tanpa pernah berpatah belakang. Seperti kehidupan indah zaman kanak-kanak yang terus tertinggal jauh di belakang, dan kehidupan dewasa yang semakin penuh dengan ranjau. semoga kita akan terus baik-baik. dan semoga terus terjaga hingga bersahabat lagi di Syurga. ^^,

till then, nah bunga :)

12 September 2016

kata-kata yang baik

setiap orang perlukan motivasi untuk terus melangkah. semakin meningkat dewasa kita semakin laparkan motivasi. long run, pasti melelahkan tanpa kata-kata semangat dan harapan untuk terus berjuang.

kan?

hari ni aku nak cerita kisah kira-kira 19 tahun yang lepas, masa tu masih di bangku sekolah rendah.

tahun tu ada seorang guru besar baru masuk. nama dia cikgu Muhyidin. dia masuk sekolah, setahun je lepas tu dia pencen.

(kalau ikutkan aku tak ingat sangat guru besar ni, sebab dia tak mengajar kelas aku pun, tapi dia terus berada dalam ingatan aku ni sebab kejadian yang satu ini)

selepas peperiksaan pertengahan tahun, cikgu Muhyidin memanggil 10 orang murid masuk ke pejabatnya. aku kira 10 orang ni adalah pelajar-pelajar harapan. cikgu memberi amanat panjang lebar, tapi ada satu ayat yang melekat dalam otak aku,

"Dari mata kamu semua ni, saya dapat lihat yang satu hari nanti kamu akan menjejakkan kaki ke universiti"

haa.. kau bayangkan untuk seorang anak sekolah rendah yang macam tahu ke tak tahu pasal universiti. apa perasaan. masa tu perasaan aku, wow! tapi aku percaya kata-kata cikgu.

aku terus belajar. kemudian masuk sekolah asrama dan akhirnya masuk matrik. masa matrikulasi, aku teringat lagi kata-kata cikgu dan aku rasa, matrik pasti bukan 'last resort' aku, sebab cikgu cakap dulu universiti! maka aku terus belajar lagi bersungguh sungguh hingga berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. :)

terima kasih cikgu Muhyiddin kerana memberi motivasi sejak saya belum mengenal apa itu universiti.

selama aku membesar, aku betul betul ingat cikgu ada kuasa melihat masa depan. bila aku betul betul besar baru aku perasan, itu hanya kata-kata yang baik @ kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat pelajar!

cikgu, u did very well! terima kasih! banyak pahala cikgu, semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kesihatan kepada semua guru-guru yang telah mendewasakan aku.

untuk kawan-kawan semua dan aku yang tidak direzekikan menjadi guru, teruslah berkata-kata baik, semoga kata-kata yang baik terus menjadi bekal dan saham kita dalam menuju Allah.

sekian,

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

08 September 2016

the North trip - part 3

Isnin, 29 Ogos 2016


Sebelum memulakan hari, testing sikit makanan mamak bawah Ros Heritage ni. Boleh tahan jugak. Roti puri nya diorang cakap sedap. Aku tak makan, amik roti bakar dan telur separuh masak je. Makanan standard.

15. National Park, Teluk Bahang || 9.00 pagi

Hari Isnin, ketika semua bekejar ke kantor, maka kami pun bersegera mempersiapkan diri menuju Teluk Bahang. Tentatifnya, ke Monkey Beach! Aku ingat nak push lagi alang-alang, apa lah salahnya terus ke rumah api. Tapi, once sampai monkey beach, aku pun dah malas. hahaha.


Sampai. Parking. Register. (free je) Dan perjalanan bermula.

Aku rasa ringan-ringan je la perjalanan dia, tapi boleh membakar kalori jugak. Kira menelusuri teluk bahang ni lah citer dia. Sambil on track, boleh nampak ombak-ombak kecil memukul gigi pantai. Nyaman.


Along the way, nampak la jugak budak-budak tengah buat assignment kut, tak tau lah. maybe kos maritim ke kan! Sebab kat tepi pantai tu jugak ada check point USM Cemac. Jalan lagi dan terus berjalan sehinggalah dah tak nampak orang. (Hari Isnin kan, siapa je nak masuk national park)


Dan, akhirnya sampai!

Sesampai je monkey beach, nampak ada kedai jual air kelapa. waaah! Pakcik plak ramah semacam.

"Jauh berjalan, marilah singgah dulu minum air kelapa"



Apa lagi terus lah lepak situ minum air kelapa sejuk lagi menyegarkan. Sambil layan mak arab main ATV kat belakang tu, eksaited betul ye dorang main ATV. Ahaha~

Setelah berbincang, kami decide untuk tidak patah balik jalan yang sama. Nak naik bot! Dah takda mood nak jalan. Hehe. Menurut pakcik kedai. Naik bot ni caj yang dikenakan biasanya RM40 kalau dari national park, dan RM50 kalau kita call dari monkey beach sebab, kira macam dia nak cover 2 hala perjalanan.


Tapi pakcik kata, dia boleh hantarkan dia pun ada bot sendiri. Dia caj RM30 je per boat. Wah! Terima kasih pakcik. Moga bertambah rezeki pakcik.

Bot sehala: RM30
Air Kelapa: RM15 (3 biji)


Kemudian sampai jeti pintu masuk tadi, terus lah singgah petronas pergi salin baju. Belengaih kut duk trekking tadi, pakej kena air laut lagi.

Makan Laksa Tepi Laut || 12.30 tengahari

Lepas siap tukar baju, mulalah berasa lapar. Ude tanya nak makan nasi kandar tak, kami cakap tak rasa nak nasi. Laksa or char kuey tiaw pun ok. Maka, ude pun singgah tepi laut ada kedai laksa.




dan rojak buah.

memang rojak buah dia sedap betul! sampai order satu lagi la citer dia. Laksa dia pun not bad, kuah ceroi tapi aku suka je asalkan rasa dia ada kat situ. Ahaha.


16. masjid terapung || 1.30 tengahari

Siap makan, kami pun bergerak ke masjid terapung. Solat Jamak Zohor, Asar. Masjid ala-ala masjid kristal kat Terengganu.


17. Muzium Terbalik, Georgetown || 2.45 petang

Nak dijadikan cerita, sepatutnya nak terus ke Bukit Bendera, tapi dari keluar masjid nak menghala ke Bukit Bendera da start hujan. Pastu fikir kalau hujan, susah pulak nak berebut naik cable car lagi kan. Jadi pusing, pergi ke Upside Down Museum ni.

Selalu aku tengok orang pi Penang g Muzium ni. Nak bajet2 trendy, bagus kita cuba. Macam tu. Tapi sad sikit lah, cost dia agak mahal bagi aku untuk saiz yang kecil dan hanya bergambar. Taktaulah kalau korang suka, bagi aku not worth it la. Tapi kalau muzium tu memang historic ke apa, aku ok je nak pay more. Sekadar untuk fancy aku rasa, pelaburan yang tak berapa nak bijak lah untuk aku.

(aku kan makcik2 sikit, so memang tak amaze sangat la perkara fancy ni)

Tapi da masuk, aku belanja sikit lah korang gambar sekitar kejadian.

  


 

18. Bukit Bendera, Air Itam || 4.00 petang

Keluar dari muzium terbalik, tengok langit nampak cerah, jadi kami pun bergerak menuju ke Air Itam, Bukit Bendera!

Kali terakhir aku ke Bukit Bendera masa darjah 5, rombongan sekolah ayah. (Masa kat KMPP pun tak gi bukit bendera tau) Pergi bukit bendera dan komtar masa tu. Pun dah gembira sangat. Dasar kanak-kanak!

Pergi kali ni, eh lain sangat dah bukit bendera. Aku pun dah macam lupa bukit bendera yang dulu. Tapi teropong yang boleh tengok satu penang tu aku rasa masih ada. Dulu 10sen atau 20sen kalau nak tengok. Sekarang ni dah RM1 ada kut. Aku tak cuba pulak.


Kat puncak bukit bendera ada masjid, ada temple. Sebelah2. Kami ke sana singgah Asar. Lepas tu kat bawah tu ada owl museum, ada pad lock love tu macam kat korea tu. Tumpang bergambar je la tak kuasa la aku nak pi gantung mangga kat situ kan.


Sekejap je lah pusing-pusing tak de perkara menarik sangat. Tiba-tiba tengah tunggu cable car nak turun, jumpa Aifaa! What!! haha..

19. Nasi Kandar, Deen Jelutong || 6.30 petang

Dari Bukit Bendera, kami ke Nasi Kandar Deen Jelutong. Memenuhi perasaan ude nak nasi kandar. Aku dan Awanis sebenarnya tak into sangat la nasi kandar. Sebab nasi mamak ni kan dia macam oily dan memberi efek full pada perut.

Tapi sebab ude macam dari tengahari dia duk tanya pasal nasi. Jadi, kami kasi chance la follow kegemaran ude. Orang kata Nasi Kandar Deen Jelutong ni antara yang must go la kalau cari nasi kandar kat penang. level2 sama macam nasi kandar beratur.

Wahaha! tapi bagi aku, kau nak beratur ka tak mau ka, nasi kandar ja kut!

Lepas pekena nasi kandar, aku nampak ude macam bertukar! Ada sinar cahaya di wajahnya, bright! Senyum ada sampai telinga! Rupanya kejadian2 ala pms yg terkeluar sikit2 along the way tadi sebab tak dapat nasi!! kesian.



20. Masjid Negeri Pulau Pinang, Jln Air Itam || 7.45 malam


First time aku datang sini 11 tahun lalu, masuk je masjid. Peh, terimbau kenangan lalu. Dibawa oleh van padat dari KMPP ke masjid negeri untuk hadir program Karisma Penang. Masa tu first time nampak Wan Am dan Naim Jusri, tengah road show bentang pasal FIDAK kat Penang. First time dengar talk Dr Daniel. First time jumpa kak Sodiqa. Ah, macam-macam la first.


First time jatuh cinta! Walau pun banyak turun dari naik, tapi cinta tu kekal hingga hari ni insyaAllah. ^^,

Sebak pulak dada di asak kenangan.

21. Padang Kota, Georgetown || 8.34 malam

Selepas siap sembahyang semua, kami pun menuju ke padang kota. (Lepas balik KL aku baru notis ada Mi Sotong sedap dekat esplanade sebelah padang kota. Hmm) Saja ajak ude singgah padang kota sebab 24 Sept ni ada sukan gema kat sini. Perasmiannya di Padang Kota, jadi sajalah nak tengok kawasan gitu.


Tamatlah perjalanan untuk hari ketiga, hari terakhir menyusul kelak.

ok, till then.

bye.