Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

09 October 2024

Cerita Ayah2

Hari ni ayah ude dan andak ada pulang ke kampung sebab saudara mereka mengahwinkan anak. Jadi ayah ude yang tinggal di Gombak dan andak yang tinggal di Seremban pulanglah menghadirkan diri. Walaupun minggu lepas pun ada saudara kawinkan anak juga, balik juga.

Disebabkan ayah adalah abang sulung. Jadi setiap pulang ke kampung pasti adik-adiknya akan singgah ke rumah ayah. 

Aku keluar dengan kak Siti tadi, melihat-lihat ada pesta makanan katanya di pekan Kg Gajah. Punyalah mahal harganya, kalah harga makanan di KL. Tapi aku belilah juga. #supportlokal katanya.

Balik dari pekan, aku lihat ada kereta parkir di depan rumah, ini pasti ayah uda. Usai bersalaman, keluarganya ajak ke pesta makanan tapi ayah uda berkeras nak menunggu ayah pulang dari solat Asar di masjid. Beberapa kali pulang katanya tak berjumpa, nanti diungkit pula. Ketika menunggu, entah macam mana terbuka kisah mistik. Dan rentetan dari kisah itu membawa ke kejadian di bulan Februari tahun 1975, ketika itu ayah uda berumur 10 tahun, andak 7 dan ayah di tingkatan 4. 

Mak mereka (opah Gayah) mengalami muntah darah berhari-hari sebelum meninggal dunia. Bila ditanya lagi selepas itu kepada ayah, katanya sebelum muntah darah tu, opah jatuh motor. Selang beberapa hari dia muntah darah, dan muntahnya berlanjutan berhari-hari sebelum akhirnya decide untuk ke hospital. Aku tak boleh bayangkan sangat keadaan tu sebab zaman tu tak ramai yang ada kereta, jalan pun tak macam sekarang. Ayah sendiri ke sekolah perlu naik bot, menyeberang sungai perak. 

"Ayah Ude ingat lagi, sebelum opah pergi tu dia pesan kat Opah Ha, Ha ko tolong jagakan anak-anak aku. Itulah kata-kata terakhir yang mak cakap, dan sampai sekarang ada satu rasa yang terpendam kat dalam hati ni. Terkesan betul. Memang itulah last, ayah ude dengar suara dia."

Nak menghantar opah masa tu, diorang minta tolong khidmat kereta sapu nak hantarkan ke Hospital Teluk Intan. Masa kejadian tu, yang ada di rumah adalah ayah ude dan andak sebab diorang sekolah rendah lagi, sementara acik pula baru setahun 6 bulan. Ayah ke sekolah menengah di Maharajalela (seberang sungai) sementara ayah lang baru seminggu masuk sekolah asrama di Izudin Shah Ipoh.

Ayah sampai dari masjid ketika ayah uda rancak throw back kisah ini.

"Aku sebenarnya ada rasa, masa nak pergi sekolah pagi tu rasa berat je hati nak pergi. Macam ada yang tak sedap. Lagi2 masa tu dah dengar yang mak akan dibawa ke hospital pagi tu" sambung ayah.

Hospital Teluk Intan. ihsan FB. Hospital lama yang selalu dilanda banjir berikutan kedudukan yang hampir dengan sungai. Hospital ini terakhir beroperasi di tahun 1987 sebelum berpindah ke lokasi Hospital Teluk Intan yang sekarang.

Opah Gayah meninggal selepas 2 jam di Hospital. Hospital bagitahu punca kematian adalah disebabkan oleh ada luka dalam, sebab katanya organ kat dalam dah pecah (sebab tu muntah darah) Dari cerita mereka, katanya terkena santau. Tapi dari cerita tu, aku syak ada kecederaan dalaman masa dia eksiden motor cuma tak segera buat checkup, zaman tu akses nak dapatkan bantuan kesihatan mungkin tak macam sekarang. 

Tengah rancak bercerita andak pula sampai, seketika suasana beku dari putaran masa ke tahun 70an tadi. Tapi jangan bimbang, parasarah tak akan membiarkan kejadian ini terus beku. Jom cairkan.

"Andak, masa opah gayah meninggal dunia, andak masa tu darjah 1, dan berada di rumah. Boleh andak ceritakan POV dari andak ketika kejadian?"

"Suatu hari, lepas dekat seminggu batuk darah. Opah pun nak dibawa ke hospital, jadi dia pun cakap kat andak. Roy, mak nak pergi hospital ni ye" sampai situ andak dah tak dapat teruskan cerita. 

"Eh sampai situ jelah cerita dia" kata andak lagi sambil gelak2. Aku rasa dia sengaja, mesti dia tak mampu nak sampaikan sebab cerita tu terlalu perit dan menyakitkan.

Ayah ada 5 beradik seibu sebapa. Kesemuanya lelaki. Selepas pemergian opah gayah, mereka berlima dipelihara oleh opah mereka (onyang aku). Onyang ni seingat cerita, masih ada sehingga kak siti dilahirkan. Kira mak pun sempatlah mengenali sosok onyang. Ayah mereka pula berkahwin lain pada penghujung tahun yang sama, menjadikan ayah ada seorang lagi adik seayah, lain ibu. Selain itu, ada 2 lagi anak Opah bendang dari perkahwinan sebelumnya (lain mak, lain ayah)

Tak boleh bayangkan kehidupan tanpa mak diawal usia.

Petang itu diakhiri dengan cerita-cerita lama ketika 5 beradik lelaki ini mendewasa bersama dalam jagaan onyang. Macam-macam cerita.

06 February 2020

Corona Virus (2019-nCoV)

Ketika post ini ditulis, dunia masih lagi di gemparkan dengan virus yang baru muncul di penghujung Januari sehingga hampir saja diisytihar pandemic. Maka selaku rakyat dan warga bumi yang prihatin, perbualan sehari-hari akan terkesan juga dengan isu ini.

Member: Corona Virus ni kan sama je macam influenza ngan yang lain-lain tu, semua simptom dia batuk, demam
Aku: (dengar je budak ni nak bawa citer ni kemana)
Member: Entah-entah dia boleh je guna vaksin flu yang lain.
Aku: (start senyum senget)
Member: Atau pun, ubat anti viral tu boleh je guna. Kita letak la dos lebih sikit. Cuba diorang try satu kat pesakit. Macam mana kita nak tau kalau tak try, Ace try.
Aku: Lain macam lah awak ni.. akk cadang, pi la amik second degree amik biologi.

Sukahati dia je ya ampun.

Member: Kan kes yang diorang yang dari Wuhan baru balik Malaysia ni kena kuarantin 14 hari. Sebab nak confirmkan diorang betul2 clear kan.
Aku: Haah
Member: Kenapa yang kes sebelum ni, yang dia (warga China) masuk Malaysia tapi bila check negatif, diorang lepas kan je masuk. Then lepas beberapa hari positif pulak. Kenapa diorang tak kuarantin siap2 time tu.
Aku: Mungkin sebab kes dia lah, diorang start buat kuarantin tu.
Member: Tak kan lah..
Aku: Ok, ataupun time awal tu diorang amik darah, dekat darah bahagian tu tak kena virus lagi. Second time tu baru amik darah yang kena virus
Member: hahahaha.. kan, kira first tu ambik darah kat tangan. Situ tak kena virus, yang kena kaki kan. Hahaha. Betul2
Aku: Hahahaha.. jom lah kita sama-sama sambung belajo, menangis orang bio dengar perbincangan kita ni.

Ahaha. Ok gais, joke around ja nih k. Janganlah serius sangat. Tajuk serius banyak dah orang lain cover, kankan? Kita santai je lah sat kat sini. Dah aku nak baca pasal pandemic H1N1 jap. Harap-harap lepas ni boleh nampak bijak sikitlah masa sembang ngan orang.


Since 2016 aku rasa boleh kata banyak kali gak lah aku datang airport ni. Tapi amazing gila semalam airport sunyi sepi. Ni bukan citer zombi kan. wuuuu~

Selamat Mengerjakan Umrah Mak, Ayah, Naim, Jiha. Moga selamat semuanya dan beroleh umroh mabrur!

14 December 2019

South Trip 4 - HB Najihah

Eh eh, dah the end kan semalam? Ni apa benda plak? Haha.

8 Disember, Ahad

Pagi Ahad yang tenang, sepatutnya hari ni mak, ayah dan Amin akan terus pulang ke Kg Gajah, tapi lepas di sembang-sembang kamipun bersetuju untuk ke UiTM Puncak Perdana melawat si bongsu, Najihah. 2 kereta pun bergerak menuju Puncak Perdana. Oh sambil test drive la kereta kita yang dah mounting enjin Khamis lepas. Wow, smooth dah takde getaran bila start enjin.

Puncak Perdana, Selangor

Sampai di Puncak Perdana, tunggu di depan asrama Jiha. 30 minit menunggu, text tak balas, call tak angkat. Ah sudah. Jadi aku dan kak Siti pun menapak naik ke bilik dia. Ketuk pintu, nasib baik ada kawan dia buka pintu, minta dia kejutkan Jiha. Dari pintu tu aku nampak dia baru bangun lepas kawan dia kejut, siap berselimut lagi ya tidur siang. Fuh fuh.

Lepas penyerahan segala barang-barang makanan dan so called hadiah, kami pun ajak Jihah keluar ke rumah ucu di Bukit Jelutong. Saja lah bawa mak melawat adik bongsu dia jugak. Hehe. Lepas berborak santai kami pun berpecah. (Oh to note, kat rumah ucu makan pulut kuning dan kari daging, sedap gils 😋) Mak, ayah dan Amin menyambung perjalanan ke Perak, dan kami bawa Najihah ke Tesco Extra Shah Alam, nak beli hadiah untuk secret santa katanya. Ish2 apa ke kejutan budaya adik aku ni. Gituh. Bunyi nak trendy kan budak2 ni, kabo je la tukar2 hadiah je kan senang, takdelah isu kalau duk kabo ke orang nanti kan.

Masuk kedai hadiah dengan Mr Diy. Bukan Jihah je yang mencari hadiah, kitorang pun terlebih excited. Haha. Lepas membeli, kita beli lah kek untuk birthday girl. Kek Kings je. itu je ada kat tesco extra ni, tapi air Tealive.. so okay lah tu. Habis sesi minum petang, hantar budak tu balik asrama, maka kami pun pulang ke PJ.



Tamatlah perjalanan hujung minggu lepas bersama keluarga! wuhuu..

13 December 2019

South Trip 3 - Muar

7 Disember, Sabtu

Hari ini hari kedua berada di Johor. Pagi ni ayah ajak berjalan di sekitar Johor Bharu, memandangkan aku belum mandi dan telah dirasuki hantu Friends semenjak di Melaka, maka aku tak ikut serta. Hanya kak Siti yang ikut. Amin masih tidur kerana balik lewat jam 2 pagi semalam. Semalam masa melawat Shidah, Amin tak ikut, lepas kami balik baru dia keluar di ambil sepupu. Ikut majlis berinai agaknya?


Aku sambil menggosok baju, sambil tengok netflix dan menghabiskan makanan2 yang ada. Mak dan ayah di bawa makan kacang ful oleh Kak Siti. Takkan lah datang JB tak makan kacang ful kan. Lepas makan, tapau nasi untuk aku dan Amin. (Makan lagi? waduh2)

Dalam lebih kurang 11 pagi, Andak dan keluarga pun tiba. Sambil tu kami pun mengemas barang berdikit-dikit. Pukul 12 nak checkout dah ni. Kemas-kemas semua, dan kami pun mencari destinasi seterusnya untuk bersidai. Almaklumlah aturcaranya keluarga pengantin lelaki berarak jam 2. Nak lepak kat homestay pengantin, macam super penuh pulak. Jadi antara Tesco atau masjid? Ahaha, dimenangi oleh Tesco. Sampai Tesco, dah Zohor dah pun, jadi masuk-masuk terus solat. Lepas tu tak kemana dah, oh ada beli karpet. Jauh2 tau gi beli karpet sampai ke Pasir Gudang.

Jam 2 petang kami tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan. Kena tunggu lagi 30 minit sebab pasukan kompang tak tiba lagi. Oklah, sambung bersidai. Lebih kurang 2.40, perarakan masuk. Ya Johor kan, so kena lah tol. Lepas tol, ada silat. Lepas tu masuk lagi, sebelum sampai pelamin ada tol lagi, ada pantun lagi. Then dapat lah duduk dan makan lepas bacaan doa. Habis makan, belum habis lagi. Tapi oklah bergambar. Lepas bergambar ada sesi potong pulut kuning, dan lepas tu sambung lagi sesi temuramah dengan kedua pengantin. So bayangkan jam berapa nak bertolak balik ke PJ?





Aku pun tak ingat jam berapa kami bertolak balik, tapi kak Siti memandu keluar sampai ke PLUS, then ayah pulak drive. Semalam ada kak Siti cakap, antara tempat yang mak nak pergi adalah Muar. Satunya sebab nak makan mi bandung, keduanya aku rasa dia pernah datang tempat ni dulu, ada saudara dia yang disini. Jadi, kami pun membelok masuk ke Muar. Oh as you know, Muar ni dekat dengan Melaka dah, tapi sebab kedudukan dia berhampiran dengan laut, maka jauhhhhlah dari hiway. Despite of mak mengomel akan lewat sampai PJ, kami tetap juga menuju ke Muar.

Muar, Johor

Kami tiba di Muar ketika azan Maghrib bergema di ruang angkasa Tanjung Emas. Muar juga turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Selain itu, pelabuhan Muar yang juga terletak di Tanjuk Emas merupakan jalan laut untuk memasuki Bengkalis dan Dumai, Indonesia.

Oh, Maghrib itu kami menunaikan solat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar. Senibinanya klasik dan menarik. Yang tak menarik, masa kami sampai tu most of toilet under construction, makanya terpaksalah sambung cari toilet di Dataran Tanjung Emas yang tak jauh dari masjid. Lepas semuanya menunaikan hajat, perjalanan di teruskan mencari mi bandung di Muar. Agak-agak kalau pergi Bandung, jumpa tak mi bandung ni eh. Hmm.

Dengan bantuan google, yang terdekat untuk menikmati Mi Bandung adalah di Kadir Mi Bandung yang terletak berhampiran stesyen bas Hentian Maharani. Walaupun rupanya salah kedai (kitorang masuk kedai lain, dah balik baru nampak kedai Kadir tu) tapi oklah, mi dia kaya dengan udang geragau. Tapi tetap prefer yang di KL, sebab kuah dia tak pekat sangat. 😆


Habis makan, maka perjalanan yang panjang diteruskan. Ada singgah satu lagi RnR untuk topup touch n go dan juga dapatkan kopi panas. Eh, tapi ada daily fresh lagi kat sini! Ok choco deluxe dekat sini adalah yang selalu aku bayangkan tentang Daily Fresh! Crunchy diluar dan lembut di dalam. Nyum.

Kami tiba di Petaling Jaya sekitar 11.30 malam. Alhamdulillah, perjalanan yang panjang.

the end.

12 December 2019

South Trip 2 - Melaka

Kami singgah di Seremban untuk aku dan kak Siti solat Asar secara qasar. Kat sini jugak singgah untuk isi minyak dan topup touch n go. Sebelum sampai ke surau lagi aku dah target untuk dapatkan Choco Deluxe Daily Fresh 🤤, jadi lepas je solat memang aku duk situ beratur untuk sekeping waffle yang super nyummeh! Alkisahnya, hari tu beli dekat UM sebelah chatime kat library tu, tak kaw plak waffle dia. Tu yang tak leh tahan kena pi beli gak tu. Masih nyummy, tapi kali ni waffle dia terlebih crunchy plak, dah rasa macam kon aiskrim dah ni.

Sampai kereta, rupanya Amin pun dah tapau KFC, terliur lah tu dengar aku dengan Kak Siti lunch KFC. Perjalanan pun di teruskan untuk ke Pantai Kelebang, Melaka. Walaupun keadaan kereta padat sekali, tapi we manage to make it through. Dulu macam duduk 5 orang kat belakang pun rasa steady lagi, tapi rupanya dulu tu dah 20 tahun yang lalu agaknya. Haha. 

Klebang, Melaka

Menghampiri Maghrib, sampailah kami ke homestay yang telah di book. Symphony Suites @ the Wave Resedential. Rumah dia kecik je, ada 2 bilik, 1 bilik air. Tapi puas hati lah view cantik, plus kalau duduk kat balkoni tu, angin dia ya Allah, bestnya! Total bayaran hari tu campur deposit, RM262.00, esoknya lepas checkout dapatlah balik RM 100. 


Malam tu lepas solat jamak Maghrib Isyak, kami pun terus mencari kedai makan. Mak request untuk makan asam pedas, ok mak! Setelah dicari oleh Kak Siti, jumpalah kedai asam pedas racun, lokasinya berhadapan je dengan The Wave. Tapi nak perginya kena uturn dulu baru sampai. Malam tu, aku, ayah dan kak siti order masak asam pedas, Amin aku paksa ambil masak lemak siput sedut. Ehehe, aku kan kakak! Alih alih mak order nasi goreng je.

 

Asam pedas dia okeylah, masam sikit. Tak sama dengan asam pedas yang biasa aku makan. Habis menyantap, kami bergerak pula ke Pantai Klebang. Orang pi pantai siang, kita pi malam. Kuat angin tepi pantai ni ye. Sepanjang pantai Klebang ada banyak gerai menjual pakaian, toys, jam, jeruk, rechargeable kipas, termasuklah karpet dan bantal. Aku beli kerongsang je, beli 10 biji, percuma 10. Oh di hujung pantai ada fun fair. Tapi tak ada lah kami singgah, tengok je. Kami cuma masuk ke kawasan pertunjukan lampu neon, RM5 sekepala. 



Lepas habis, balik homestay dan tidur. Esok perjalanan masih jauh untuk ke Pasir Gudang.

6 Disember, Jumaat

Subuh tu, emak dan ayah Subuh di masjid berhampiran homestay. Janganlah persoalkan mengapa kami tak ikut serta 😂 Lepas Subuh, mereka pulang dengan sarapan bersama-sama. Nasi lemak, ayam goreng dan kuih muih, tak lupa juga air teh dan air kopi. Lengkap! Sedap betul sambal nasi lemak dia, memang terbaik. Setelah bersiap-siap, kami meninggalkan homestay pada jam 10 pagi. Sebelum checkout tu, sempat juga Amin mencuba infinity pool yang terletak di aras 4.

Ayer Hitam, Johor



Sebelum sampai ke waktu zohor kami singgah di Ayer Hitam, mak nak mencari semula tempat yang dia pernah singgah satu masa dahulu. Kami singgah di random kedai, tapi bukan. Disebabkan waktu untuk solat Jumaat makin hampir, maka kami bersegera ke kedai makan paling hampir dengan masjid. Kali ni aku ambil kari kepala ikan, tapi kuah dia ambil asam pedas. Laziz jiddan jugak 🤤 Sebelum beransur, sempat jugak mak tapau 4 biji telur pindang untuk bekalan masa depan.

Lepas hantar ayah dan Amin ke Masjid Sultan Ibrahim, aku cadangkan pada mak dan kak siti untuk solat di surau, memandangkan hari Jumaat, pasti surau akan kosong. Dalam perjalanan itulah akhirnya kami menemui deretan kedai yang dicari oleh emak. Oh! Rupanya, inilah tempat yang sama aku pernah singgah ketika Trip Singapore 2015 yang lalu! Lepas menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar di Surau Al Syakirin Kampung Baru, kami pun singgah di kawasan kenangan yang dicari cari oleh mak. Sambil tu beli lah beberapa snek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Lepas mengambil Amin dan ayah, perjalanan pun diteruskan.


Pasir Gudang, Johor

Kami tiba di rumah homestay keluarga pengantin di Jalan Bachang, Pasir Gudang sekitar jam 4 petang. Ada lagi 30 minit sebelum masanya menikah. Okey, ambil kunci dan kami pun check in homestay kami di Jln Mangga. Sampai homestay, sempatlah turunkan segala barang dan rehat sekitar 15-30 minit sebelum kembali ke homestay pengantin untuk menyertai rombongan menikah.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, maka bertukarlah status Afifi dari bujang kepada suami orang. Aku dan Kak Siti tak dapat nak menyaksikan secara berhadapan memandangkan kawasan untuk upacara menikah tu agak sempit. Jadi kami duduk di kaki lima rumah sambil bersembang dengan mak/ nenek saudara pengantin perempuan. Oh, disebabkan kami duduk di luar, maka kami juga dapatlah menyenduk santapan lebih awal dari yang lain. Hehe!



Perut kenyang, dan hati pun senang. Jadi pulanglah kami ke homestay. Malam tu selepas solat, kami singgah ke rumah Shidah di Taman Scientex. Tak sangka pulak berjaya juga menjejak kaki ke rumah Shidah. Ingat tak kan berjaya, hehe. Pasir Gudang kut, hujung dunia! Oh Shidah ni adalah rakan sekolah rendah, jadi keluarga aku pun kenal sangatlah. Mak aku teacher dia, sementara bapak aku pulak junior arwah bapak dia masa di sekolah menengah dulu.


Hari yang panjang kan? Balik menuju ke homestay, boleh pulak terlihat live accident kat depan mata. Aku pulak tengah jadi co-driver ayah masa tu, memang full view. Motor duk menyelit dengan begitu merbahaya sekali, baru je ayah bising dengan cara penunggangan dia, tak berapa jauh kedepan, dia tersendeng kereta myvi dan tergolek menyembah jalanraya. Helmet tergolek dulu, dia pulak tertiarap dan terheret bersama motor. Peh, ada percikan2 api lagi. Dan masa seolah-olah terhenti untuk beberapa saat. Semua orang startle nak buat apa. Nasib tak lama lepas tu brader tu bangun. Tapi muka berdarah-darah dah lah, kena sagat dengan tar jalan.

Sampai rumah, mak masih terkejut. Aku? Terkejut jugak, tapi knowing dia masih hidup tu, relieve jugaklah. Live accident macam ni, aku rasa ni 2nd time aku nampak, yang first tu lagi dahsyat, melambung orang tu. Sebab dah penat sangat, balik tu aku terus tidur. Oh ya, dan malam tu mimpi hantu. ha ha! Aku tak basuh kaki kut eh sebelum tidur.

berambung..

11 December 2019

South Trip - the Unplan is the best Plan

Hai semua, selalunya aku ceritakan trip2 yang aku serta bersama kawan, kali ini aku nak cerita tentang perjalan ke Selatan bersama kaum keluarga. Yehu! Ahahaha, haruslah dengan keluarga dah nama pun menghantar pengantin. Last road trip dengan family ni bila ya? Hmm sekali masa pi hantar Amin mengaji ILP kat Terengganu, sekali lagi masa pi Cameron Highland back then masa mak masih seorang guru besar.

2019, akhirnya mak dan ayah dah pencen! Alkisah dari mak pencen 2016, mak dah suruh kami plan untuk percutian keluarga, tapi tu lah tu, sibuk nak berkawan je manjang, ish ish ish. 

5 Disember, Khamis

Pagi tu dapat wasap di grup family, 
"Cuba try tengokkan homestay kat Melaka" tulis ayah. Pagi tu aku memang ambil cuti untuk servis kereta, dah 2 bulan delay dari tarikh gara-gara sibuk dengan audit dan uruskan dokumentasi untuk claim company. Tengok je mesej ayah, aku pun usha booking.com, okey ada homestay boleh masuk 5 orang harga around 100~150 dekat area Klebang. Ok ni. Aku tengok ada 2 homestay la atleast available untuk malam tu. Tapi aku takde lah terus book, sambil on the way pun boleh buat kan. 

Plan asalnya kami sekeluarga akan tidur di rumah aku kat PJ ni, sebelum esoknya bergerak ke Pasir Gudang. Tapi disebabkan akan sampai awal di PJ, ayah cadangkan why not kita lajak lagi ke Melaka, atleast dah cover separuh dari perjalanan. Aku kira cadangan ayah tu sangat bernas! Jadi balik dari makan lunch dan ambil kereta yang telah siap di servis, aku dan kak siti terus balik rumah, tak kemas beg lagi. Patut sempat je aku nak balik rumah dan kemas beg sebenarnya sementara tunggu servis, tapi sebab ralit layan perasaan kat UM, sedar2 dah lunch time. Ahaha!

Petaling Jaya, Selangor

Baru lebih kurang 10 minit sampai rumah, mak dan ayah sampai juga. Maka dengan sepantas tak berapa nak kilat kami pun masukkan je apa yang ada dan here u go! Sebelum Asar kami pun bergerak ke Melaka. Planning untuk Asar di perjalanan sebab diorang yang lain dah solat jamak tadi. Oh ya, homestay di Pantai Klebang selamat di book sebelum kami meninggalkan Petaling Jaya.

Melaka, here we go!

Bersambung..

10 October 2019

Ayat Muadz

Muadz ni kecik lagi, baru 5 tahun. Taktaulah dia belajar bercakap dari mana. Tapi, cakap macam orang tua.

Di rumah kampung ada kucing. Takdelah bela sangat, tapi kucing yang datang dan akhirnya menempel kat rumah. Muadz dan adiknya suka benar main kucing tu. Mungkin sebab kat rumah sendiri tak de dan tak boleh bela kucing.

Cantik

Masa aku tengah cuci pinggan kat dapur, kucing ni asyik nak bergesel kat kaki aku. Rimas jugaklah, jenuh mencuba untuk menepis ke sana sini.

"Kucing ni manja mak ngah" kata Muadz sebelum menyambung.
"Dia suka manja dekat orang cantik, sebab tu dia datang kat mak ngah"

Sedap

Malam tu, ada makan malam dengan keluarga. Aku naik kereta dengan Muadz. Sebabkan aku baru je beli buku 'Mistik Alam Melayu' masa singgah kat Big Bad Wolf Ipoh, jadi aku bawalah sama buku tu. Saja aku baca dalam kereta, baca kuat-kuat nak kasi Muadz dengar.

"Lajunya makngah baca" kata Muadz
"Pastu nak makngah perlahan kan ke?"
"Eh takpe, sedaplah makngah baca. Muadz suka dengar. Bacalah lagi"

Muadz, Ayen, Ekal.
Amacam, hebatkan?
Agak-agak dah besar esok macam manalah ni. Harap mak bapak dia tabahlah nak handle surat peminat nanti. Eh, time tu agak2 masih ada orang layan tulis2 surat ni ke? ahahaha.

14 April 2019

Teh o Panas

Kelmarin masa kak Siti merebus telur untuk majlis kahwin Fikri, ayah dah pesan siap-siap,

"Siapa nak kentut kena kentut kat luar rumah"
"Ow mak, nak kentut kena siap pakai tudung bagai" balas Jiha.

Teringat pula kejadian masa di Eropah awal tahun ini. Aku taktaulah disebabkan perubahan apa. Mungkin disebabkan cuaca dan perubahan masa. Tambah pulak awal-awal tu kami tak biasa lagi cari dan makan di kedai. Jadi banyak bawa bekal Brahim dari hotel. Tapi sebabkan untuk makan tengahari, end up nasi yang dah siap masak tu kesejukan dah masa kami nak makan. Jadi perut masa tu, keep on bunyi. Tak pernah lagi aku dengar perut yang berbunyi dan berpanjangan seperti sewaktu di Eropah tu. Bila perut berbunyi maknanya dia tengah anginlah kan.

Bila angin, maksudnya? kena lah lepaskan kan? haha. Aku pun kentut je la macam biasa. Oh no! Dan roomate aku time tu begitu marah sekali.

"Eeee busuknya! Lain kali nak kentut, gi toilet"
aku tak ingat apa aku balas, tapi lepas tu dia sambung
"Awak jangan main-main ya, sebab kentut pun ada pasangan yang bercerai"

Peh. Sebegini sekali kesan kentut ya. Serius sekali rasanya ketegangan ketika itu. Haha!

Oh kenapa aku cerita pasal kentut plak ni kan. Sebenarnya sekarang ni tengah sakit perut bersangatan. Aku syak ada keracunan makanan ketika kenduri Fikri semalam. Lalat kat dewan tu bukan main raksasa lagi. Hari ni elok je aku tidur tengahari, tiba-tiba aku disergah rasa sakit yang mencucuk di bahagian ulu hati. Mula-mula ingatkan sebab makanan tak lawas, tidur lepas makan tengahari. Tapi rasanya dah lama jugak selepas makan tengahari aku tidur tu.

Dan nak dijadikan cerita, 4 beradik kami diserang sakit memulas ni. Maka toilet menjadi tempat penting petang ni. Oh, waktu2 perut macam ni, dapat kentut/ muntah memang suatu kenikmatan sangat, Betulkan?

Maka, suka aku katakan kentut adalah sejenis blessing in disguise. hehe.

Sempena 3 orang anak perempuan mak yang dirumah ni dilanda pemerutan, makanya mak sediakan teh o pekat panas2. Ah, nyaman sekali!

(Aku pun tak paham kenapa cerita kentut ni bukan main senang nak taip dan lancar je untuk di post, ada 3 kut post tentang program GSB sangkut kat draf)

17 March 2019

Malam minggu.

Indahnya malam minggu. Untuk para pekerja seharusnya malam minggu adalah hari yang sering ditunggu-tunggu. Mana taknya. Sampai 5 hari hidup lintang pukang tak menang tangan nak mengharuungi hari.

Tapi malam minggu kali ni rasa syok lebih. Hehe, sebab ada di kampung halaman yang tercinta. yuhuu~ Kalau dah kat kampung ni rasa betul cuti dia. Selaku manusia yang bergiat dengan pelbagai aktiviti kesatuan dan masyarakat, korang faham lah kan, instead of kerja 5 hari seminggu, sambung pulak dengan 2 hari yang berbaki tu untuk persatuan. Jatuhnya macam kerja straight 7 hari pulak.

Lepak-lepak kat rumah ni tiba2 teringat pulak kenangan belasan tahun yang lalu. Masa zaman duduk asrama dulu. Apa lah aktiviti aku malam-malam minggu biasanya eh? Nak kata borak2 takde la sangat. Peh, hidup yang dull spotted semenjak dahulu kala. LOL!

Tapi kalau esok tu Jumaat, lepas tu Sabtu tu start cuti penggal haruslah tak tidur malam tu, borak sampai larut malam. Aku pun tak pasti lah apa sangat perbincangan zaman tu? mungkin gosip2 tentang warden? kakak senior? adik junior? abang kantin? haha. Ye lah nak berpisah untuk seminggu dua kan? kena lah all out buat saving. Nanti rindu. Haha!

Zaman tu mana ada handphone nak wasap2 bila balik kampung. Yang ada, itulah telefon rumah tu. Bergayut panjang sikit, maka jawaban dia menjawab lah ngan ayah. Apsal bil telefon bulan ni melambung. Jadi nak taknak, kadang aku tulis surat je lah. Rajin jugak aku pi pejabat pos beli setem kan? (ok ni aku buat time matrik/universiti je. gigih sangat menulis surat time cuti penggal kan)

Sebenarnya, aku tulis ni semalam bersamaan Sabtu malam Ahad, berbetulan dengan malam minggu. Elok siap 2 perenggan, semangat merudum untuk terus menaip, terus panjat katil sehingga ke pagi ni. Ahaha! Dan hari ni bila aku sambung balik menaip (beberapa minit lagi nak naik kereta untuk pulang ke PJ) aku pun dah tak ingat apa alasan sebenar aku nak tulis post ni >.< Maafkan gue teman-teman.

Sekadar nak bagitahu, aku sedang menjalani hidup dengan baik-baik sahaja. Masih menulis kadang-kadang di blog ni walaupun tak sekerap 11 tahun yang lepas. (phew, lama sungguh!) Masih meneruskan perkenalan-perkenalan baru dengan orang-orang baru setelah persahabatan lama tak lagi seutuh selalu dan sekadar menjadi kenang-kenangan yang kadang singgah.

Hehe.

ok, till then. Jumpa lagi April my lovely room @ my home sweet home.
InsyaAllah bersama bahagia-bahagia yang sederhana.

21 July 2016

Hai Kak Ct, Happy 30!

Dalam dunia ni, dari rahim mak yang sama aku ada sorang kakak je. Masa sekolah menengah dulu tengok orang lain ada abang, ada jugalah rasa-rasa nak ada abang. (Tapi tak kuat sangat kut perasaan tu, sebab keluarga mak kecil je, jadi abang2 sedara pun dah rasa macam abang sendiri. Thanks to all abang sedara yang so close masa sekolah rendah. I got what the feeling of having abangs. Tak seronok pun. Lalala!)

Berbalik cerita, kakak itu namanya kak Siti. Masa sekolah rendah satu sekolah. Dan kak siti adalah orang yang paling aku menyampah masa kecik. Sebab aku akan bersaing siapa mandi dulu. Kalau kak siti siap dulu pagi tu aku akan moody sepanjang nak ke sekolah tu. Buat perangai. Biasala beza setahun kan, jadi itulah saingan rapat yang kita punya. Tambahan pula bila balik kampung, kak siti akan geng pulak dengan abang sedara. Aduh. Ah menyampahlah pendek kata.

Bila masuk sekolah menengah, dah tak sama sekolah. Aku kat Ipoh, kak siti kat Bota. Jadi masa tu rajin juga la tulis2 surat (peh, klasik sangat rasa) Excited dia lain macam kalau dapat surat time sekolah. Haha! Kemudian aku sambung di Penang, dan kak Siti ke UM. (Lama gila kut kak siti kat UM.. blerghhh)

Ok, then aku follow kak Siti masuk UM. akhirnya! Masa aku awal degree tak ramai pun tau aku ada kakak satu universiti. Tapi dah tahun2 akhir tu ramai juga yang tau. Dan reaksi ramai biasalah, eh muka tak sama pun! Eheh, so what tak sama? hahaha.

Lepas habis UM sehinggalah today, masih tengok muka yang sama setiap hari. Kalau kereta aku rosak, dia layan. Kalau aku tak dan hantar pi serbis dia gak hantarkan. Kalau aku malas drive balik kampung, dia drive kan. Balik rumah kalau dia masak aku tolong makan kan. Paip rosak dia baiki, lampu rosak pun! Hei, still rasa nak abang? memang tak. Abang Jay kan ada! Kah kah.

Terima kasih Kak Siti.



So,
Hai Kak Ct, Happy 30!
I'll follow u next year,
InsyaAllah.

Tak da hadiah bro, sorry!
Kak Siti, pi lah cepat kahwin.
Nanti Muadz ada cousin. Haha.

p/s: Kak Siti cakap kalau dia kawin nanti dia sedih, siapa nak masakkan untuk aku. Pergh. Ayat.

20 July 2016

Selamat bersara, Teacher Miskiah!

Hari ni adalah bersamaan sambutan hari bersara mak.

Mak masa mula-mula posting mengajar di SK Bukit Belimbing, 
sweet 22 gitu!

Mak telah menjadi guru sejak, 1982. Dari Sk Bukit Belimbing, SK Jeram, SK Dato' Sagor, SK Pasir Panjang Ulu dan akhirnya SK Kota Setia. Menjadikan keseluruhan perkhidmatan mak dalam bidang perguruan adalah 34 tahun.

(Pergh lamanya kerja! aku yang baru 7 tahun pun rasa makin lemau)

Sebenarnya, tarikh persaraan mak adalah 30 Jun yang lalu. Masa Ramadhan. Tapi majlisnya tunda ke hari ini.

Aku dan mak ketika umrah pada 2014.

Mak yang aku kenal adalah seorang yang sangat dedikasi dalam mengajar. Walaupun aku belajar secara official dengan mak tak lama iaitu pada darjah 6 menggantikan guru yang sedang cuti bersalin. Tapi, aku rasa mak garang! hahaha. Pernah sekali kena cubit sebab tak siap kerja. Pastu balik rumah aku kondem, sebab mak cubit aku lagi sakit berbanding mak cubit kawan aku. Hahahaha..

Mak suka buat macam2 untuk membantu anak2 murid belajar. Dulu masa masih mengajar di SKDS dan baru berpindah ke SKPPU ramai juga yang minta mak ajar tuisyen. The tuisyen last for several years juga. Mak ajar sebab nak tolong je lah, bukan nak side income sangat pun. Sebab aku dengar RM30/month jer mak ambil untuk each student. Tak dapat rate tu kalau kat PJ nih.

Aku rasa ahli yang paling perform dalam Villa Oren Kg Gajah tu adalah mak! Sebab mak paling rajin di antara semua ahli yang lain. >.<

Walaupun mak sangat berpengalaman berbanding anak-anak tapi mak selalu layan jer cerita2 anak dia yang baru nak merasa hidup nih, pastu cerita macam paling hebat. (Walhal semua mak dah lalu dah dulu) Kira nya pendengar yang bagus lah mak nih.

Mak juga tak pernah mengehadkan keinginan anak2 yang selalu ingin mencuba. Sebab mak dulu selalu terhalang untuk buat sesuatu oleh parent, jadi bila sampai tang anak2 mak cuba untuk tak halang dan biar anaknya mencuba jatuh dan bangun sendiri setelah tahu itu sakit.

Terima kasih mak untuk seluruh pelajaran dan pengajaran terbaik dalam menata hidup ini.

Terima kasih teacher miskiah, andalah cikgu terbaik selepas pengalaman.

Aku dan mak, 2010.

Selamat bersara Guru Besar Hjh Miskiah bt Yunus ^^,

Maaf tak dapat sertai hari bersara mak.
Semoga mak terus diberi kesihatan berpanjangan dan kelapangan hati dalam meneruskan kehidupan bersuri-rumah tangga. ^___^
Terus sabar dan kuat untuk beribadah mak! Moga Allah hadiahkan syurga untuk mak atas kesabaran dan ketabahan mak membesarkan kami 6 beradik dan juga seluruh anak murid mak selama ini.

Amin.

04 November 2014

Tukar Tayar (3tahun)

(Ok peringatan post ni untuk aku nyer rekod jer. ingatan dah tak bape nak power sekarang)

Last year bulan sebelas aku servis kereta, dan abang sebis tu kabo, dah sampai masa aku tukar tayar. Akhirnya setelah setahun bertangguh, hari ni barulah Vijay menggunakan tayar baru. ahaha~ terimakasih tak terhingga buat saudari siti hajar (owner blog tempat lain) yang begitu bermurah hati untuk membantu aku dalam operasi menggantikan tayar ni. Dia gi sorang je k tukar tayar selepas survey kt internet kedai tayar pilihan ramai. ensem giler kakak aku sorang ni (dahlah pandai memasak, pandai baiki paip, pandai tukar bateri kete, solehah plak tu.. perfect ar! haha)

Nama Kedai : Tek Ming Auto Service (Sunway)

Sampai kedai dia call aku tanya nak silverstone ka continental. Good Year kehabisan stok kat kedai tu. Silverstone dia boleh kasi RM119 (harga lepas aku trade in tayar good year aku yang lama), Continental up sikit dekat RM200 begitu. Walaupun kalau amik continental sebenarnya within budget, tapi macam biasalah aku, sentiasa nak yang lebih murah. ha ha.

Ok, jadi untuk pengalaman pertama mengganti tayar kereta. Aku pilih Silverstone Powerblitz 1800. 175/65R14.

So total lost untuk hari ni seperti berikut:

Tayar . RM179 x 4 = RM716.00
Trade in . RM60 x 4 = -(RM240.00)
Tutup tiub . RM5 x 4 = RM20.00
Alignment = RM30.00
Balancing = free
Labour cost = free

Total with tax = RM527.80

Kawan aku tanya, kenapa aku pilih silverstone. Sebenarnya aku pun tak tau. Dengan nada joking around aku cakap kat dia, ada 2 sebab.. satu sebab selalu nampak kedai tayar Silverstone, kedua sebab bunyi dia ala-ala Silverster Stallone. Ahahaha~ ok motip sangat. 

Lepas da tukar baru baca, banyak lak bad review pasal silverstone. Ada juga yang review bagus. What to say? da tukar kan. Nanti aku review plak on behalf of my own experience k.. 

Apa pun satu citer kereta setel! Ada beberapa list lagi yang perlu di uruskan toward end of the year ni.
- major servis (Nov 2014)
- insurans & roadtax (Nov 2014)
- lampu brek
- bumper depan
- repaint bumper (?? :P )

kereta oh kereta. engkaulah pelaburan wang gaji aku kan? 

p/s: review Good Year? aku rasa bagus ar tu.. kereta aku Nov 2011.. tahun ni Nov 2014 baru first time ganti.. nikmat dah kira nya tu boleh tahan tiga tahun. kan? kan? Alhamdulillah ^_^ 

sekian, terima kasih.

03 November 2014

Drain out

Ok ni citer over the weekend.

1 November

Weekend lepas,
pertama-tamanya aku nak kena minta maaf dulu kepada geng Bioinfo yang aku telah deal dengan, dan end up break the deal. Biasa terjadi kejadian begitu bila aku mengalami keserabutan (which is kalo aku je akan jadi gitu, orang lain mungkin tak kut, suck on dealing with too many task)

Asal plannya aku nak ke kenduri Ain Ishak Bioinfo hanya sekiranya tayar kereta aku berjaya di tukar. Tayar kereta aku tak tukar, aku pun cakap tanak pegi sebab tayar kereta tak tukar, dan aku plan nak tukar Sabtu tu. Sekali, Jumaat dapat task untuk projek Sabtu malam. Buat menda tu drag pula bawa ke Sabtu pagi, memang tak pergi la aku tukar tayar tu plus nak pergi tukar sengsorang ke Klang. waaah malas yuuu..

Task yang mengganggu aku adalah, last minit kena tolong balut tabung, tapi baru aku realize yang banyak lagi tak setel sebenarnya. Aku hanya ingat tugasan as JK Pendaftaran jer, aku lupa lak tugas jadi s/u. erk. print tentatif. and eh belum bagi kumpulan untuk sukarelawan! Saraaahh!! *shouting to myself*

Over all, the program went well. the flaw masih ada, tapi we really hope the awareness that being shared mampu dihadam para pengunjung Uptown Kota Damansara (kalau tak berjaya memang confirm we all syok sendiri. sobs) Aku pun tak dapat tengok keseluruhan majlis disebabkan duduk belakang tabir jaga barang.

Slot last: selawat bersama semua

Dr E cakap program mula lewat, tapi based of my observation ngam je timing. Sebab geng YCM start bergendang jam 11.55, ngam jam 12tghmalam tu video being played. So memang ngam jer. Begitu begini habis event jam 1.30pagi. Kemas gitu gini, drive back to PJ, ambil kereta di masjid and back to home, jam 3 pagi.

2 November

Menguruskan begitu begini, selepas Zohor aku dan kak Siti ke Pesona Villa! Jumpa birthday boy! Ok hari ni birthday Naim. beza aku ngan naim adalah bersamaan setahun sembilan hari. heuheu..

So, memula gi rumah Naim, dijamu dengan kek yang dibuat oleh Farah. First time dia buat kek. Ok la.. rasanya macam brownies pun ada. gitew. Rupanya Naim memang tak makan lagi.. Kitorang pun gerak ke Wan Solo, Ampang. Sekali sampai depan kedai, ramai bebeno. Sampai melimpah ruah orang masih beratur. Jadi melangkah beberapa langkah pegi la ke Steamboat, eat all u can ( pernah pegi dua kali sebelum ni) tapi dia tak buka lagi part steamboat, ada ala carte je. Ah layan je la perut da meragam kan.

Lepas makan, singgah Asar kat masjid. Then gerak untuk rekreasi, ye la perut dah penuh kan kena la move around sikit. Memula nak g taman layang2, penuh jugak! kereta sampai double triple park k! Ok, terus press minyak gi FRIM jer. hehe.

Birthday Boy day out! =) (ops Muadz, tercekci plak!)

Balik dari FRIM, lepak jap rumah naim, main ngan muadz, maghrib, isyak.. pastu balik. Aku sampai rumah jer terus padam. Muadz ni dah berat 8kg ada agaknya. T.T

dak muadz buat muka kerek tengok ayah men wasap sambil drive.

so, drain out sebab duk main dan dodoi kan muadz. hahaha~ alasan!

k, till then.

06 October 2014

Kesungguhan Kerja

"Bukan soal tau berniaga atau tak, tapi kesungguhan kerja tu yang penting"
Adik lelaki duk sembang ngan mak pasal kerja nya yang berat tapi gaji ciput. pastu dah rasa nak berenti lagi. Itu komen mak pada dia. Sekali gus aku yang masih duduk2 pasca sarapan merasakan sentapannya. Sentap mak! aih..
"Kesungguhan kerja tu yang takda dalam family kita"
aku senyap. mengiakan. memang betul. kalau scan balik sorang2 punya personaliti yang paling ada hanyalah mak. Mak cakap, itupun dah makin pudar sejak tahun2 nak bersara nih. Aku rasa logik lah. Katalah mak kerja dari umur dia 21 tahun.. sekarang umur mak dah 54 tahun. So, dah 33 tahun kerja. Logik lah ada rasa kurang dah spirit tu. Ni aku, baru berapa tahun kerja dah selalu mengomel. Haih!

Walaupun perbualan tu sebenarnya isu dia pasal adik aku. tapi, normallah untuk manusia yang berakal, untuk refleks kan tiap kejadian tu dengan diri sendiri. kan?

kesungguhan kerja.

T.T

bukan takat di ofis je sebenarnya. ia meliputi konteks yang lebih besar sebenarnya. baik kerja mengemas rumah, kerja2 kesukarelawan, kerja2 kepartian, kerja2 kebajikan mahupun yang lebih penting dan utama kerja untuk Allah. ya, beribadah. Kalau kita mampu bersungguh dalam membetulkan ibadah kita pada Allah.. insyaAllah untuk bersungguh dalam membuat amal2 lain tu pasti dah takde isu kan.

*sigh*

aku berazam untuk perbaiki yang itu, kesungguhan!
azam sempena aidil adha.
doakan.

Salam Aidil Adha semua >.<

09 February 2011

Bestkan duduk kampung?

ha dah berblog hari ni? semalam baru cakap nak mintak pembaca bagi ruang dan segala bagai kan. Hari ni dah berblog semula, apa cerita kawan?

Hehe.. sebenarnya, master inspirasi telah datang semalam. Sebaik sahaja aku karang dan post artikel 'Ruang' itu, idea datang mencurah-curah. Tapi aku tak letak semua kat sinilah.. nanti-nanti aku tulis lain pulak, buat simpanan stok sepanjang tahun.
(Btw, thanks to Basyi. gelak guling2 anda memang menjadi pembakar semangat saya utk berblog)

ok, seperti sedia maklum CNY adalah satu event untuk diraikan bersama keluarga tercinta, tak terlepas bagi aku dan kakak aku, untuk turut pulang ke kampung halaman tempat letaknya keluarga tercinta Basri Legacy (The Kalib's pun boleh.lol).

Nak cerita sebenarnya, pada hari aku balik tu.. mak bagitau dah 2 minggu sejak kami pulang kali lepas rumah telah terputus bekalan sayur. Almaklum sajalah, rumah tu di hari-hari normal di huni oleh 3 orang sahaja. Hanya jika ada event khas sahaja (seperti cuti umum) barulah bertambah ahlinya.

Maka, di Jumaat nan permai time mengambil keputusan membeli sayur. Dah terlambat, penuh sudah pekan Kg Gajah tu dengan manusia. Semua stok barang basah, telah di tamatkan riwayatnya oleh penduduk kampung yang hanya muncul pada cuti peristiwa melibatkan 1 Malaysia.

Maka, pagi tu juga mak kebelakang rumah bersama cinta hatinya iaitu Cikgu Basri. Beberapa tandan pisau diperoleh dan jantung pisang juga. Oh tak dilupakan, 2 dozen buah ambra.

Mak pun masak gulai pisang muda tersebut, juga jantung pisang direbus sahaja dimakan cicah dengan sambal ambra. (Jangan tak tau ambra pun boleh buat sambal colek tau > aku pun jakun baru tahu.kehkeh) Ayah cakap, jantung pisang abu lagi sedap dari pisang awak. Nyum2x. Hari sebelumnya kami makan pucuk ubi masak lemak.

Petang tu, kami menikmati hidangan air kelapa yang baru dipetik juga dari belakang rumah. Ala setakat Fikri jengket boleh dah petik kelapanya. So, hari-hari pun boleh minum. ^____^

Ah. nice betullah duduk kampung ni. hehe.

[gambar hiasan]
[gambar hiasan]

*Ekoran demam pisang dirumah, pengat mak bawa masih ada, juga kelmarin makan malam kami pisang goreng, dan pagi ni sarapan cekodok pisang. hehe
*Pulasan dah nampak putiknya. Bulan 3 nanti mungkin dah merah semuanya. Balik lagi yuk!

24 August 2010

Episod Mengenang Keluarga..1

Alamak, dah terlepas satu hari tanpa bloging. erm. terlewat beberapa minit nampaknya.

Tajuk hari ni: Fikri Basri (BK)

Ini adik aku yang jarang2 diceritakan dalam blog ni. Beliau adlh anak ke 4 dalam family. dan adik aku no.2 la kan.. actually, kedudukan BK adlh plg strategik dlm keluarga. memandangkan beliau mempunyai mak, ayah, kakak, abg, adik lelaki dan adk perempuan. Tiptop la pendek kata. Cukup kasih sayang dan segalanya.

Tapi, sebenarnya.. byk kisah2 sedih BK ni waktu kecik. Mai aku singkapkan siapa BK suatu masa dulu..

BK dulu kecik2 paling tembam + kiut la. tapi as time goes on, die mengecut. sampai kurus keding giler.. sbbkn asma. Disebabkan itu, ketika kecilnya, beliau memang tersangat seringlah di buli oleh kanak2 lain diperumahan.. End up, pulang ke rumah nangis2.. (sbb kena buli.. T_T sedey lak rs terkenang aku pun slalu kena buli kecik2 dlu.)

1. Sate dan BK (6 tahun kebawah) - BK suka mkn sate. Mmg kipas-susah-mati lah pendek kata. then, satu hari ni kami pergi pantai. Ada pulak org jual sate. BK pun nak sate, so ayah bagi duit suruh dia order dan tunggu sate tu siap. Disebabkan ramai org tgh queue nak beli sate, ayah pun gerakkan kereta sikit (oh kami yg lain pun semua tggu dalam kereta saja sbb lama sgt orang tu bakar sate kan..).. So dari gerakkan kereta sikit, ayah tibe2 bergerak jauh.. pegi ke hujung sebelah satu lagi pantai. Tengok2 rumah pangsa yang baru naik kat hujung pantai. Sambil nak cari u-turn.. so tengok2lah rumah tu kan.. (ya betul. BK kami tinggalkan menunggu sate sendirian)..
On the way back, kami nampak BK berlari-lari mengejar van kami. sambil meraung dan melolong. Bila van dah berhenti, dicampakkan semua sate yang dipegangnye,bertaburan di pepasir pantai.. Buka pintu van, Kak CT pun dgn segera turun dan mengutip semua sate-sate yang berteraburan. BK masuk keta dan ambil balik sate dia dari Kak CT "Semua orang jangan makan sate ni..ini adik punya!" Kitorang pun semua senyap.
~ Kesian kan BK? dahlah baru tadika, dah diasuh membeli sate sendiri dan ditinggalkan smntara ktorg merayau kejap. Semua adik beradik takde yang nak teman dia tunggu lak tu. T_T Ya, dalam adik beradik, aku paling sensetif.. diikuti Naim. So, serius aku sebak.

ok, dah lewat ni..nanti sok sok aku tambah lagi cerita-cerita ttg BK.. salam Ramadhan semua!

07 May 2010

lunch hour

[suasana:sedang hujan diluar dan encik amer disebelah sedang menceritakan Kisah Ashabul Kahfi pada Farhah.. mad'u beliau seterusnya.. kaitan?xde saja bgtau suasana]

ok.hari ni first day, untuk polisi:rehat hari jumaat 12.30 - 2.30 berlangsung.. awanis pun xda, dan kak CT pulak ada dirumah.. maka sebab tu, dengan rajin sekali beliau sudah memasak.. maka perlulah pulang untuk makan kan ^_^..

yeay.

sebelum makan.

selepas makan.fuh licin

family di Perak: semua jangan bimbang, tengok ni kak CT da normal semula --> masak bila lapar.. hehe..
psst:maaf la kalau yang membaca rasa membazir masa kalian baca cerita ni.. hehe

sekian,
yuk! sambung kerja..

03 May 2009

Kenduri Ucu

 
semalam, sempat gak la rush back to Kuala Selangor untuk attend kenduri, ucu buat, sempena dia nak gi umrah hujung bulan 6 nanti.

teringat lak dulu2, zaman kitorang basuh pinggan reramai lepas kenduri habis. zaman lari2 keliling rumah bersama kakak&abang sedara waktu malam. nak try sapa paling berani la kata kan(apa kes la punya pemainan). main aci nyuruk dalam kandang kambing atok (da xde da pun kandang ni..) penah korang main lumba kasut? taruk kasut dalam parit waktu hujan..tengok siapa punya kasut sampai dulu. pelik2 je pemainan dulu2.

1990-an
nak jadikan cerita, dulu kecik2 kami sedara-mara sangat suka bermain dengan aktifnya (standard la budak kecik kan). waktu tu ucu xkawen lagi. Baru2 lagi keja kat KL dok rumah sama ngan abang die (my paklang)..tapi hujung minggu dia balik kampung.. waktu tu, asal kami main pondok2 ke.. masak2 ke kat belakang rumah mesti kene bebel ngan die lepas tu. tak tau le kenapa. sebab kitorang suka buat sepah ke? haha. tapi dia memang sangat garang la dizaman muda nya..kitorang memang xkamcing betul ngan ucu.
sampai sempat la kitorang membuat konspirasi untuk tidak berkawan dengan anak dia bila dia ada anak nanti. (waktu tu dia bujang trang tang tang lagi..kesian, belum kawin pun anak da kena pulau.hebat betul!haha) macam lucu je. pemikiran jangka panjang kanak2.. tapi biasa la kan, dendam kanak2 bukan lama.

2009
sekarang ucu dah xgarang, malah peramah lagi. ucu dah kawin dan ada anak dua. comel lak anak2 ucu ni, xkan nak pulau kut?Ahaks! mesti la tak kan. zaman kami bermain2 pun da lama tinggal kenangan.. sedara mara seangkatan waktu main pondok2 dulu pun semua da mula memikirkan hidup sendiri. ada yang da punya anak sendiri pun, mana la nak geng ngan anak ucu. hehe.

Jun ni ucu da nak gi umrah. murah rezeki dia, anak2 kecik lagi tapi da boleh gi umrah. bawa anak2 sekali. dengar2 6 ribu lebih gak 1 kepala. anak2 diorang xpasti lak berapa bayarannya. 

sekarang semua pun dah membesar. nak buat kenduri pun da susah nak berlama-lamaan. semua kejap2 aje. ye la kan, semua da ada hidup sendiri. 

*oh gmbar xde lak.semalam sampai lambat, kamera tinggal dalam kereta.heh~

8.05pm
12th Rc