"I'm all traveled out. I chose a painless and instantaneous way to end my life in the valley I loved."
-Margaret Mary Ray
Ok meskipun beberapa kali aku cakap aku nak citer kan pasal Ted, tapi nampaknya tak berjaya lagi nak habis-tuliskan pasal Ted. panjang dan, err biasala serial killer kut. Macam aku nak citer pasal Mona Fandey dulu pun, agak trauma gak baca citer dia.
Jadi, hari ni aku citer pasal schizo jer la dulu ek. Schizo ni sejenis penyakit mental yang mana orang yang mempunyai sakit ni selalu mendengar bisikan-bisikan. bisikan berupa apa tu, tak dapatlah aku ceritakan memandangkan aku pun (nauzubillah, minta dijauhkan) tak tau macam mana.
Tapi sakit mental seperti ini, memang amat berbahaya kerana ia mudah mengundang padah. Ingat tak pernah ada satu kes dulu. Yang dia sembelih kepala bapa dia kat Seremban and travel out sampai Shah Alam bawa kepala bapa dia. Ingat tak kes tu? kes tu pun pelaku dia mengidap penyakit yang sama.
Punca dia? untuk kebanyakan kes adalah disebabkan keturunan. Genetically disorder.
aku bawakan satu kes di Illinois, Amerika.
Margaret Mary Ray (1952 - 1998). Ray membesar macam budak biasa malahan pintar dan terpuji di sekolah. Habis sekolah, dia berjaya masuk program kejururawatan di Marquette University. Tapi pada tahun akhir pengajian, dia berhenti disebabkan mengahwini suaminya. Hasil perkahwinan nya dengan suami pertama dia mempunyai 4 orang anak. dan pada awal 20-an siri schizophrenia dia mula kelihatan. 1982, Ray diceraikan dan hak penjagaan keempat-empat anaknya diberikan kepada suaminya.
Selepas penceraian penyakit nya semakin teruk. sekitar 1984, Ray berkahwin sekali lagi dan memperoleh seorang anak, Alex. Selain Ray, dua abangnya juga menghidap penyakit yang sama dan juga dikenalpasti sebagai penghidap schizo pada umur sekitar 20-an. Pada 1973, Bill membunuh diri dengan melanggar pokok. Sementara David mati pada 1977 kerana keracunan carbon monoksida dengan sengaja. Ibunya juga mengesahkan yang suaminya juga menerima rawatan penyakit yang sama sebaik sebelum mereka berkahwin. Pada 1989, Ray melepaskan hak penjagaan anaknya Alex kepada ibunya.
Kegilaan Ray adalah apabila menjadi stalker David Letterman dan Story Musgrave. Telefon rumah, hantar surat cinta dsb. (Dahsyat juga penangan schizo ni) Dan untuk dua kes ini, dia telah dimasukkan dua kali ke rehab, dan dilepaskan semula selepas keadaan kesihatan beransur pulih.
Terakhir sekali apabila Ray berhenti mengambil ubat (Haldol) dia memilih untuk membunuh diri. Dia berlutut dihadapan kereta api yang sedang bergerak. Mayatnya dibakar dan abunya di buang di Crawford, Colorado.
Sekian, itulah serba sikit citer pasal orang schizo.
Apa yang cuba aku nak sampaikan hari ni ek? jagalah kesihatan mental kita ek. Sekarang ni senang je nak dapat mental probs lagi-lagi dengan peningkatan kos kehidupan kat Malaysia ni.
Urus wang, urus stress :)