![]() |
| Sept 2019 - Saja letak gambar masa Mid sihat dan ceria |
"Sarah tak balik ke? Lama dia tak balik kampung"
![]() |
| Sept, 2025 - Raya hari tu tak tangkap gambar maklong. |
![]() |
| Sept 2019 - Saja letak gambar masa Mid sihat dan ceria |
![]() |
| Sept, 2025 - Raya hari tu tak tangkap gambar maklong. |
Pada dasarnya, manusia adalah makhluk sosial yang terlahir sunyi dan berhujung sunyi. Dari tiada apa-apa menuju tiada apa-apa juga. Dari tidak berdaya kepada tidak berdaya lagi.
Betapa indahnya susunan kehidupan dan perjalanan takdir aturan tuhan. Kerana perancangan dan jalan Nya, kita belajar banyak tentang hidup. tentang survival, tentang perjuangan, di perjuangkan dan memperjuangkan, tentang cinta dan persahabatan, tentang kerjasama dan kesatuan, tentang perbalahan dan kemaafan. tentang marah, dendam berhujung sayang dan rindu.
Indah. bukan?
Setiap juzuk yang datang membawa pelbagai rasa dan warna. Memberi senyum dan air mata. Alangkah lucu kadangkala bila mengenang indahnya zaman remaja yang dipenuhi suka dan riang bersama kawan-kawan tanpa pernah diberatkan dengan beban kehidupan, zaman kanak-kanak yang begitu polos dan sering bertemankan air mata kerana belum kuat untuk mempertahankan diri dan perasaan sendiri. zaman awal dewasa saat cinta dan perasaan mula diusik perlahan, membuai dan terbuai.
Hingga akhirnya kita bertemu dengan kenyataan hidup. Kita berumah tangga dan membangunkan mahligai yang pernah menjadi mimpi dan impian. Cinta yang pernah hangat kadangkala tenggelam dik kesibukan memperjuangkan nakhoda yang kian bertambah ahlinya. Bebanan kerja, tanggungan keluarga, mendidik anak, meneladani ibu ayah. Menjadi rutin yang tekadang melelahkan.
Belum sempat semuanya membuahkan hasil. Kita diuji dengan kesakitan yang tidak kita tahu salahnya dimana, hanya kerana aturan takdir telah tertulis begitu. Dan.
hidup kita menjadi kembali sunyi.
Sebelum akhirnya lenyap di hujung nafas yang terhenti. Dan bernokhtahlah satu perjalanan kita di dunia yang sebentar. Melenyapkan semua rasa yang pernah kita ada.
Terima kasih Allah, untuk seluruh rasa yang kau pinjamkan selama ini.
Kematian, tak pernah gagal menjadi teguran dan peringatan untuk kita dalam menerus langkah. Allah, moga akhir langkahku dalam redhoMu. 😭
Takziah untuk kepulangan Dr Tahir Abdul Rahman, ke pangkuan rabbul jalil. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para anbiya' dan solafussoleh. Sesungguhnya kami menjadi saksi perjuangan beliau dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah. Amin
Mak selalu risau setiap kali anak2 dia nak naik flight a.k.a keluar negara. Selain dari itu, mak juga risau kalau anak2 dia bagitau nak naik gunung.
(Untuk elak mak risau kadang2 aku tak bagitau mak 😅 ok mohon jangan tiru aksi ini)
Pagi ni, bangun dari tidur buka fb dapat tahu mak kawan, meninggal di korea (daegu) while attending conference kat sana. Mak dia cikgu, penolong kanan. Pengsan dalam lif, koma tak berapa jam kemudian, meninggal. Allah! 😭
Cantiknya perancangan Allah, member pun sedang di Korea (Seoul). Seoul ke Daegu amik masa 5 jam. 30 minit sebelum sampai Daegu dia dapat mesej dari ejen trip mak dia yang mak dia da meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Moga mak Munie di tempatkan dikalangan hamba beriman. Jihad untuk memperbaiki lagi pendidikan anak2 pend khas. Moga munie diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapi ujian yang besar ini.
Rupanya, kegigihan munie belajar bahasa korea (atleast sampai intermediate level) sampai kemudiannya dapat kerja ngan korea tourism, dan dalam masa yang sama sedang ada trip juga di korea adalah persediaan munie untuk mendepani urusan ini.
Dari berita munie ini, adalah penjelasan untuk kerisauan mak. Syahdu pulak dengan berita pagi ni.
Aku pernah dengar orang cakap, kita akan mati dalam keadaan/ melakukan perkara yang kita suka @ kebiasaan yang kita lakukan.
Sebagai contoh, seorang pengacara tv yang terkenal satu masa dulu, Steve Irwin (Crocodile Hunter). Steve meninggal kerana terkena sengat pada ikan pari dalam salah satu shoot dia untuk salah satu siri dokumentari Ocean's Deadliest.
Selain itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kita sedia tahu betapa zuhud dan solehnya tok guru ini. Tak perlu di cerita panjangkan tentang amal baiknya. Akhirnya di ambil Allah pada hari terbaik. Khamis malam Jumaat. Subhanallah. 😭
Tengah malam ni aku dengar tentang kematian seorang artis US yang memulakan langkah nyanyiannya di Youtube dan baru baru ini meletop setelah menang rancangan The Voice, Christina Grimmie. Dia mati di tembak ketika fan sign session setelah preformance nya di Orlando, Florida. Di tembak. Dan kemudian penembak menembak diri sendiri. Baru 22 😢.
Eh panjang plak citer chris mati camner. Tapi nak ceritanya. Passion chris pada nyanyian. And there she go.
One fine day .. kita juga akan menjadi jenazah yang diusung di dalam keranda. Kita tak pernah tau bila masanya akan tiba. Tetapi tidak pernah terlambat untuk kita berubah dan mula melakukan kebiasaan kebiasaan yang kita harapkan akan mati dalam keadaan itu.
Dalam kehidupan banyak kejadian yang Allah bagi untuk kita berfikir. Berfikirlah..
Satu tazkirah untuk kita yang berdosa.
#pray4betterSelf
#7Ramadhan