Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 July 2015

Ziarah raya Pahang.

Alhamdulillah semalam, dapat lah ziarah raya ke negeri Pahang. Alkisah bermula bila Nik Nad tetibe wasap ajak g Temerloh hari Sabtu. Semak kalendar yang free, maka teruslah.. "ok, i'm on!"

Dalam masa yang sama aku wasap Awanis sama. :D

oh ya, dan secara berkadar langsung memaklumkan rakan-rakan gema backpackers jika kut ada nak hulurkan sumbangan sket ke keluarga arwah. Aku ingat nak buat kecilan saje lah. Memandangkan plan secara tiba-tiba kan.

Tapi tetiba Ammar tanya tentang apa plan untuk arwah Nadia, maka aku pun beritau la plan nak ziarah dan sekadar kecil-kecilan buat kutipan within GB. Tak sangka, ammar came out with poster and brief sikit tentang Nadia. Iklan tu pulak dah di share ke FB, Telegram dan Whatsapp. Alhamdulillah, banyak sebenarnya orang baik dan suka bersedekah di dalam dunia ini :D

terima kasih. terima kasih


So, pagi semalam.. berkumpul kat Mawadah Seksyen 4, sarapan before gerak ke Temerloh. Lamanya tak jumpa Nad :D and the geng. Dapat jumpa balik Nurul. Dapat kenal Ron, Awatif dan kak Ila :) Dapat main ngan Nusrah! seronoknya! Oh turut menghantar kami, kak Mas dan husband.

Kami berangkat 2 kereta. Kak Ila with me dan Awanis, and the rest with Nurul car's.

Temerloh (Arwah Nadia Home)

Tiba di Temerloh masih pagi. Semua keluarga ada di rumah, kecuali adik arwah yang bongsu. ada sekolah ganti kata kakaknya. Bercerita mengenai detik - detik akhir arwah masih sedar, seperti urusan dia dimudahkan. Sangat mudah sebuah pengakhiran. Allahu~ smoga yang baik baik untuk Nadia. :D

Sumbangan semua telah diserahkan kepada ibu Nadia. terima kasih.


Selesai berbual ringkas dengan keluarga, kami meminta izin untuk melawat kubur Nadia. Diana tak keberatan membawa kami menuju ke perkuburan. Melawat Nadia dari alam berbeza, terasa asing. Macam manalah rasanya 6 kaki di bawah tanah, gelap dan bersendiri. Allahuakbar.

Sungguh. melawat perkuburan dan mendengar berita kematian memang sebuah tazkirah untuk kita yang hidup. untuk sama sama membetulkan kompas hidup kita. Tak selamanya kita di dunia.

Kami singgah Zohor di masjid berhampiran perkuburan dan kemudian kereta kami terpisah. Diana pulang (semoga urusan Diana dan keluarga dipermudahkan, dan semoga segala rasa yang perit dapat disimpan sehingga saat bertemu lagi kelak), Kak Nurul ke Bentong melawat kawan yang baru melahirkan, dan aku pun ke Bentong singgah beraya di rumah Su :)

Bentong (Rumah Su)

Terima kasih la ke Su, sudi terima kehadiran tamu yang tiba-tiba nih. hehehe. Rumah Su klasik, macam rumah dalam iklan raya. Su hidang mi goreng yang super sedap dan durian. Sedapnya durian kampung! Satu rumah adik usrah checked, pasni nak gi raya rumah adik mana lak eh. ^^,


Shah Alam (Eh!)

Setelah mak Awanis tau aku nak g Pahang ngn anak dia. Maka dia pun mengajak ku beraya di rumah nya. Dah dua raya beraya rumah Awanis. Dan setiap kali itu, mesti sampai time maghrib. Apakah?! Oh, rupa-rupanya malam tu jugak, family Awanis nak menerima kunjungan bakal besan. Makanya, ajak sekali lah aku datang beraya, alang-alang memang tengah masak banyak kan :D

Best gak rumah Awanis ni, kuih raya dia ada beberapa je yang bukan home made.. haaaa, kau ader?? malu den selaku rakan bujang yang langsung tak buat kuih raya.


Selain dari itu, masa nak balik turut dibekalkan dengan cheese tart! Ohoi, maka nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan~ terima kasih Awanis.

Plan hari ni

Nak dijadikan cerita, hari ni dapat jemputan di Bangi. Lama dah dapat jemputan ni, memang aku da blok terus masuk kalendar. Lagipun lama tak jumpa dia ni sejak tinggal obersi kan.. Tapi, nampaknya jemputan ini tak dapat dipenuhi atas faktor bujang. (Langsung tak logik.. kan? haha.. sebenarnya reasonnya panjang, malas nak explain tapi itulah kesimpulan dia)

So, aku pun rileks jap layan James Franco sepamm..

Malam japgi baru nak gi beraya. Sebab partner nak beraya masih on the way back to PJ!! yeehuu~~

Jadi bujang pun ada gak masa sukar nya. Contohnya bila nak cari partner gi memana, dan menyedari kawan2 kebanyakannya da kawen tambahan pula kawan yang bujang untuk di ajak adalah sangat terhad.

Apapun,
Im bless with this life.
Life is my greatest gift after Islam.

Pen off,
till then. xoxo!

2 comments:

siskahaidan said...

HAHAHAHA!

Asif Akka! Akka jangan maraaa!!

Minta maaf sangat sebab saya tak segar hari Ahad tu, T_T hajat nak ke situ sinin juga enggak kesampaian.

Jzkk sudi ke Temerloh bersama :)

Huhu.

You know I jeles gile tengok u update..

siti sarah aisyah said...

haha. update la then! :P