Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 October 2015

Kolej 10

Setel semua kejadian menukar tayar kira-kira 11.30 jugak lah. Disebabkan aku dah tak menahan nak membuang air kecil, berkat secawan kopi kan. Maka berhenti kejap lah kat Petronas, Sg Buloh (U).

Setelah itu, sambung pejalanan lagi untuk ke UM. Kami duk berkira-kira jugalah sempat tak sampai sebelum jam 12. Sebab selepas 12 malam pintu pagar PJ akan tutup. Maka kena pula lah pusing ikut pintu KL. Alhamdulillah, sempat! Masuk pintu PJ masa tu 11.55 malam.

Terus ke Kolej 10 untuk hantar Zati. Aku rasa kolej biasanya akan ada waktu pagar tutup. Tapi Zati cakap dia tak pernah nampak pintu pagar dia tutup. Maka, kami pun masuk lah dan hantar Zati depan lobi. begitu begini dia hantar barang, salam-salam semua.. kami pun bergerak nak balik ke rumah.

Sekali!

Pintu pagar kolej da tutup daaaaa.. adeh. trap!

Aku pun pergi dekat-dekat gate, kut boleh lah tolong buka kan. Atau kut ada mangga ke apa kan. Atau paling tidak pakcik guard berhampiran. Nampaknya takdak. Dan aku telek-telek pagar tu, ok pagar automatik! Sadis betul.

Aku pun lari sat ingat nak cari pejabat pentadbiran kolej (ofkos lah takde orang kan, 12 tengah malam kut) Yang aku nampak ada sorang amoi saje. "Are u Malaysian?" "Not" tapi aku tetap lah tanya dia beberapa soalan simple dengan bahasa inggeris panic yang terhad. lol~ paling tak bleh blaah.. sambil amoi tu tengah eksplen, elok je BF (ni aku syak saja, semacam manja dia) dia mai sangkut dagu kat bahu amoi. Akward! Terus aku menamatkan perbicaraan ngan amoi tu "nevermind i find other way"

Kak siti masih dalam kereta tunggu depan gate. Masa aku datang tu aku nampak ada 3 orang budak lelaki baru balik. (Pintu kecil boleh buka, pintu besar je tutup) Dia lah tolong beri nombor felo bertugas dan beberapa felo lain lagi. Dia cakap, gate auto tu baru lagi diorang install. Dalam 2-3 minggu belakangan ni lah.

Aku duk call felo bertugas sampai 3 kali tak berangkat. Siap call pejabat keselamatan UM lagi. Lol, panik ke apa~ Tapi tak lama kemudian, felo bertugas duk ronda kolej. So terjumpa lah kami.

Alhamdulillah! berjayalah kami mengeluarkan diri dari Kolej 10. Aku hampir ingat nak kena bermalam dah kat kolej malam tu~ ahaha. Rupanya at the same time kak siti pun duk call Zati minta dia tolong call kan felo. Felo tu ada remote, tapi remote dia tak boleh guna. Jadi dia kena balik rumah dulu ambil kunci gate, buka secara manual.

Malam tu, kami tiba di rumah jam 1 pagi. hehe. So, pengalaman petama terperangkap di kolej!

No comments: