Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

27 October 2009

Thanks bukunya kak Mash!!

*******
*******
No mountain to high enough,
no oceans too wide,
Cause together or not,
our dance wont stop
Let it rain, let it pour
What we have is worth fighting for.
You know i believe,
that we were meant to be..

*******

ia tentang izzat dan raudhah..
jahil dan taqwa..

*******

^_^thumbs up!bagus banget..

Jemput bace kawan-kawan!!

5.55pm
Nepiege

26 October 2009

Maut itu sungguh suatu peringatan.

Beberapa hari yang lalu, aku dikejutkan dengan pemergian pakcik Zainal Alam, merangkap bapak Rashidah Zainal Alam. Sahabat aku di zaman kanak-kanak. Walaupun terkejut, tetapi aku dah sedikit rasa lain bila raya hari tu dia ceritakan tentang bapaknya yang dimasukkan ke hospital kerana kencing manis.
Masa kabar itu sampai.. mungkin aku masih gamam. aku seperti tidak endah dengan apa yg terjadi. Mungkin aku penat dengan kerja. Mungkin aku rasa, semua yang hidup akan pergi jua.. (ye memang bunyi selfish) tapi akhirnya.. aku tersentuh jua..

bila sms beliau menyampaikan ucapan Hari Lahir sampai ke SE ku..meski dia baru sahaja kehilangan bapanya.. namun dia tidak lupa meraikan hari lahir sahabatnya yang selfish ini..

aku balas dan bertanyakan keadaannya.. (baru nak sedar dari sifat pentingkan diri)..

'sehat je.dont worry.ko doakan aku ok.huhu.ko rasa la kan..apa patut aku buat kalau aku tersedih dan teringtkan arwah'

erkk..aku dah la dalam perjalanan pulang ke Kelana Jaya.. dan kata-katanya meruntun hati dan naluri. perjalanan kali ini aku pergi lagi dan tuhan sahaja yg tahu bila lagi jodoh aku dengan keluarga.

tiba2 aku rasa aku ditempatnya.
'Sabarlah sahabat..jika Allah sediakan dugaan sehebat ini.. pasti Dia jugalah nanti yang akan menguatkan kamu'

^_^ Hapuskanlah air matamu.. Allah sentiasa bersama kita..kan??Sentiasa...selamanya..

1.51pm
Nepiege.

23 October 2009

Tiket balik KL

kadang aku rasa nak marah je kak siti ngan naim ni..

mintak tolong beli tiket pun xsudi

huh~(mode : aku sedang emo tahap petala langit kelapan)

-----

tpi tbe2 mak call..
dengan suara sopan santun dan lemah lembutnya..
meng'offer' diri untuk tolong belikan tiket..
"nk balik pukul brapa ni?"
"sebelum pukul 6 la.kang mlm sangat.eh mak nk gi teluk intan sorang2 ke?"
"adik2 kan ada"

sob2~ tbe aku touching..
mak nak tolong belikan tiket, walaupun aku xbagitau dia pun lagi..

-----

[p/s: ayuh renung diri,mungkin selama ini kamu Siti Sarah Aisyah ada bermalas-malasan atau tidak ikhlas membelikan tiket untuk org lain. Maka hari ini, paku buah keras telah kembali kepada kamu. Namun, lihatlah betapa Allah itu Maha Penyayang.. DIA kirim ibumu untuk menenangkan jiwamu yang bersedih]

1.12pm
Nepiege Holdings
Kelana Jaya.

18 October 2009

hujung minggu..

+tahniah kepada pasangan pengantin+

Musanaffah & Furqan

juga

Nur Nazihah & Auzan

semoga berbahagia dalam baitul dakwah yang terbina..

[ehemm..akhirnya terjejak jua kaki ku ke Negeri Johor di Selatan dunia sana.. ingat dah xdatang lagi selepas PERKASA06.. Alhamdulillah ada rezeki lagi.. thanks to Hajar & family kerana sudi menumpangkan rumah.. btw, mini library rumah kamu memang terbaik ^_^]

+Jamuan Raya ADUN Tmn Medan+

[Menjadi JK Kebersihan untuk program tertulis di atas.. meskipun ramai gilerr pengunjung.. tapi, makanan yang tersedia memang lazat2 belaka.. kambing bakar baii~ nyum3x.. xpelah xdapat pegi Jamuan Raya JIMPJ ritu.. tertebus gak la makan2 kat Tmn Medan tadi.. hehe.. thanks to Ustz Malek.. tumpangkan kami ke tapak program..]

*ya ya ya.. my phone cam resolution sungguh memalukan.. maka saya tidak akan meletakkan gambar kawen siapa2 disini..

+tandas baru Fak Sains??+




[yuhu.. nmpknya saya telah berjaya menziarah tandas baru fak sains.. hehe almaklum le bukan student lagi.. mana la penah pegi..
konsep : open air..gilerr open
history : tapak tandas pernah menempatkan cafe yg menghidangkan hidangan yg.. pergh!! lazatt seyh!
sekian update hujung minggu..]

Kelana Jaya
9.02pm

14 October 2009

++Birthday Boss++

Hari ini 14 Oktober 2009.
Hari Lahir Ke-30 seorang boss di Nepiege.

Tea Lady
Ulang tahun ke-30
(best gak umo 30 thn da ada ofis sendiri)
Upacara memotong kek
makan time
BDE Healthcare
Suasana..
Selamat Hari Lahir ke-30,
Mohd Azril Reyes.

1.54pm
Nepiege Building,
Kelana Jaya.