Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label jogjakarta. Show all posts
Showing posts with label jogjakarta. Show all posts

07 May 2016

Jogjakarta - Day 5

Barangkali tuhan sedang tidak ingin kamu jatuh cinta.
Agar kamu bisa mencintai dirimu lebih lama.
[Obrolan Singkat di Pinggir Laut, Boy Candra]

Kami tiba di Rivisha Hotel agak-agak tengah malam jugaklah. Meskipun jalan sepanjang dari Merapi nak ke Jogja tu agak teruk jugak lah sehingga masa pergi haritu, beberapa kali kami terjaga dari tidur sebab van langgar lubang. Tapi, unbelievable masa gi hotel cam tak sedar je semua tu. Lepas kenyang amik dinner, masuk van terus terlelap. Sedar sedar Jito ketuk tingkap bagitau da sampai (lepas dia da deal ngan orang hotel)

Day 5 (Sabtu, 23 April 2016)

Rivisha Hotel, Kabupaten Sleman, 
Wilayah Istimewa Jogjakarta.

Pagi tu, dah cakap ngan Jito ambil jam 8 untuk memulakan perjalanan hari ni. Dalam 7.30 pagi aku, edah & yadha dah ready, perut pun lapar, jadi berjalan kedepan sikit area hotel ni... singgah pekena indo mee sat untuk sarapan. Excited okay, sebab rasa macam masuk dalam sinetron. Kedai2 dia macam dalam drama indon! haha. (Nama pun kat indon kan. lol)

Ni menu sarapan aku, megi goreng dan capucino panas ^^,

Bila kami patah balik selisih dengan wan, mirul dan amir. Diorang baru siap dan nak cari sarapan pagi yang akhirnya mereka tapau je, nasi lalap sebab Jito dah pun tiba. Maka perjalanan pun dimulai.

Candi Prambanan

Candi Prambanan adalah salah satu dari banyak lagi candi yang terdapat di Indonesia. Sama ada yang ternama mahupun populariti yang sedang-sedang saja. Kami menuju ke candi prambanan tanpa banyak ilmu tentangnya. Punya rajin aku buat kajian tentang gunung-gunung yang nak di daki ikut jalur mana dan berapa lama etc.. tapi candi ni lupa pulak nak buat kajian.


Kami sampai jam 9.20 pagi di perkarangan candi. Jito pesan tak perlu bawa beg, kalau nak bawa, air sahaja. Dan, macam biasa masa lalu tempat tiket tak payah bersuara. Hehe.



Bercerita mengenai sejarah candi prambanan, kisah nya sangat berkait rapat dengan Ratu Roro Jongrang. Kisah percintaan sebelah pihak diantara Pangeran Bandung Bondowoso dan Ratu Roro Jongrang. Disebabkan hanya Bandung yang bertepuk sebelah tangan, Ratu Roro Jongrang sengaja meletakkan syarat yang tidak masuk akal, iaitu meminta Bandung membina 1000 candi tanda cintanya. Tetapi Bandung hanya sempat membina 999 candi dan mengetahui niat sebenar Jongrang yang tidak menyukainya, lalu mengutuk Jongrang menjadi arca ke 1000. Tapi harap tak perlu mengimani lah citer ni, sebab kawasan pelancongan ni banyak mitos2 yang dicipta untuk menjadikan tempat tu menarik.

Memasuki Candri Prambanan ni, memang ketara unsur2 agama Hindu disebaliknya. Kalau dilihat, ada 6 candi terbesar iaitu Brahma, Siva, Vishnu, Nandi, Garuda dan Angsa. Lepas tu, adalah candi apit, candi kelir dan candi sudut. Kalau nak tengok Ganesha (yang berkepala gajah) boleh la tengok kat candi Siva. Candi Siva ni paling besar, ada 4 pintu. Candi lain ada 1 pintu je. Kalau jalan disekitar 'anjung' candi boleh lah tengok ukiran2 pelbagai gambar. Aku rasa memang ada cerita di sebalik ukiran2 tu, tapi tak taulah cerita dia. Mungkin yang beragama hindu lebih tau kut.

ukiran di sepanjang 'anjung' candi

candi nandhi

Keluar sikit dari candi2 terbesar tu, akan nampak la kat luar ada banyak lagi runtuhan candi yang telah dikumpulkan.

Runtuhan candi di luar lingkaran candi utama

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita sebenar candi yang runtuh mohon korang Google k. Aku pun macam separa hati nak teruskan pembacaan. Haha!



11.40 pagi kami keluar dari candi selepas puas bergambar.

Gua Pindul, Gunung Kidul

Dari Candi, kami bergerak ke Gunung Kidul untuk water tubing di Gua Pindul. Sampai disana, pihak pakej air bagitau, pakej kami dengan javenasia hanyalah 30 minit iaitu water tubing sepanjang gua pindul. Dan yang itu akan memakan 30 minit saja. Jadi dia cerita selain dari ini, kami boleh memilih nak sambung lagi tak dengan 2 pakej dia yang lain, tapi kena tambah duit sendiri lah. Lepas berbincang, kami setuju nak sambung tubing kat Kali Oya dengan tambahan masa 1 jam. Satu lagi adalah tubing kat Gua Sriti, yang ni kami tak ambil.

Kami solat dulu disini dan ganti baju. 2.10 petang kami pun memulai explorasi Gua Pindul. Nothing much about the tubing actually, except fun jugalah sekadar berbaring kat pelampung sambil orang tarik kita kan.. relaxing! Aku pun tak rasa apa yang brader guide tu duk citer ada historic value. Macam xde je. Dia macam duk mumbling jer! (maaf mas aku lupa apa yang bermakna dari kata-kata mu) Ada satu tempat dalam gua yang bertebing sedikit. Pak Aji kabarkan, siapa pandai berenang, boleh lah nak terjun tiruk kat situ. Since aku tak pandai, maka aku relax je lah atas pelampung!

Dari Gua Pindul menuju Kali Oya

3.10 petang kami bergerak ke Kali Oya untuk menyambung pengembaraan. First few minutes aku rasa, pecah abis! Sebab ala-ala white water rafting gituh! lalu air deras, tapi kali ni dalam pelampung solo! Tapi first few minutes jer la, sebab lepas tu takde dah kawasan air deras tu!

Inilah permulaan Kali Oya

Amacam? Ready?

Santai bro


Bila dah tengah2 ada kawasan tanah tinggi, aku kira lebih 2m jugak tinggi batu tu dan kedalaman air sekitar tu mungkin dalam 4-7m ke bawah. Aku pun tak sedar kenapa tiba2 aku da ada atas batu! Aku kan tak boleh berenang?! Tapi, macam teringin nak cuba. Lol. Peh, perasaan dia. Memang rasa putus nyawa sat! Masuk je sungai, tercabut terus kerongsang tudung. Kuat sangat agaknya hentaman permukaan air. Lepas timbul tu Pak Aji duk tarik aku ketepi. Hehe, tak tau berenang tapi nak ajet2 advantura kan! Terima kasih Pak Aji.

Sekali je kut aku try benda ni, mendebarkan!

Depan sikit ada kawasan macam air terjun. Mengalir deras. Semua tak sabar gi sana. Feeling jakuzi sikit, disamping dapat lah berurut dengan air terjun kan~ Lama pulak diorang berendam. Aku tengok warna langit dah bertukar kuning ni. Kira-kira kalau kat kampung kat malaysia.. warna macam ni, dalam around jam 4-5 petang macam tu.

"Yadha, korang bukan nak tengok matahari terbenam ke kat Timang?" pesan aku kat Yadha.

Maka yadha pun terus menggesa yang lain untuk naik pelampung. Dan kami pun pas-pas an menghabiskan perjalanan sungai untuk menuju ke tepian.

4.20 petang kami tiba semula di tempat peminjaman jaket pelampung dan kasut getah. Jito da tunggu kat sana. Laju-laju pi salin baju. Matahari nampak semakin menjatuh. Tak lama dah rasanya ia nak tenggelam. Mendebarkan.

4.45 petang perjalanan menuju ke Timang Beach dimulai

Timang Beach

Ini kisah sedih dalam kembara kami yang advantura. Ahaha! Aku tak tau yang among them memang nak sangat ke Timang Beach ni. Almaklum sajalah, aku kan tak study tempat percutian ni, study gunung jer.

Ini lah Timang Beach. Ihsan Google.

Yang menarik tentang tempat ni adalah view dia yang menawan kalbu, dan gondola ni lah! Korang boleh naik gondala ni, dan hanging sampai ke belah sana tu. Then patah balik. Lebih menakjubkan, gondola ni digerakkan oleh orang kampung! Ha, tak pakai mesin atau apa! 100% tenaga manusia k tolong tarikkan gondola ni. Setakat naik gondola ni, aku tak de la mesmerise sangat. Haha! Tapi aku baru tau masa naik flight nak balik Malaysia, kat Pantai Timang jugak yang popular adalah, lobster dia! Fresh dari laut dan masak kat tepi pantai tu. Arghhhh!! Itu yang aku kesal! Sebenarnya, masa dinner kat New Selo tu, Jito dah bagitau. Tapi lupa!

Ceritanya, kami sampai kat Timang Beach ni dah kemalaman. Ingat dekat jarak antara Pindul dan Timang. Jauh bhaii.. sejam lebih ada kut! Edah keep on tanya

"Sempat dak ni kita nak tengok sunset"

"Sempat" itulah jawaban yang sering diberikan. Tapi yang jawab bukan Jito. Jito da senyap seribu bahasa sejak gerak balik dari Gua Pindul.

Tapi semakin van melalui jalan-jalan yang haru, aku nampak perlahan lahan warna langit yang kemerahan da makin hilang ditelan pekat malam! Ahaha~ Memang musnah harapan gini!

Masa sampai Timang Beach, aku kira dah 6.30 petang jugak lah! Selepas Maghrib dan menghampiri Isyak. Langit memang dah hitam pekat. Walaupun tak dapat lihat matahari terbenam, tapi masih ada bintang malam yang menemani. Bahagia kan sederhana, nikmatilah apa adanya ^___^

gondola sepi di malam hari

Duduk jugalah tepi pantai tu, lepak sat layan ombak sambil masing masing bermuhasabah diri. Mungkin ada yang lagho sangat, Allah nak peringat agaknya. Tak semua yang kita nak kita akan dapat. kan?

(First time aku tengok Edah dipenuhi perasaan dan betul-betul frust. Selalu tengok dia berperasaan sederhana saja)

Cubaan jito meredakan keadaan yang tegang

Lepas kurang lebih 20 minit menghadapi fasa sunyi yang membekukan rasa. Dan beberapa percubaan Jito memberi kata-kata semangat, akhirnya kami pun bergerak balik ke van. Lapar kali ya? Terlalu emosi semuanya.

Baru perasan.. selepas sarapan pagi tadi, memang kami tak ada ambil heavy meal lagi. Padanlah emosi! Jam 8 malam, kami singgah di satu kedai nasi ayam. Wan makan dengan bersemangat sekali hingga mata dia pun di berinya (baca: terpercik) sambal. Pastu kepedasan! Ahaha.

"Kesian kau Wan tapi aku taktau nak tolong macam mana" ujar Mirul sambil terus menghabiskan nasi di pinggannya. Tapi reaksi muka Mirul tak nampak macam kesian pun.

Lepas makan, semua dah nampak bertenaga dan mampu tersenyum kembali. Jadi masa singkat tu, bincang-bincang sikit lah untuk perjalanan hari berikutnya. Perlu lebih disiplin dengan waktu. Perlu bermula awal!

9.10 malam selepas puas mengisi perut, kami pun bergerak ke Alun-alun Selatan.

Alun-alun Selatan

Alun-alun = tanah lapang yang luas

Terdapat beberapa alun-alun di Jogja. Selain alun-alun selatan, ada juga alun-alun utara. Letak alun-alun ni adalah di sekitar Keraton. So alun-alun selatan di selatan keraton, manakala alun-alun utara, di utara keraton. Alun-alun Selatan juga di dalam peta di tulis sebagai Alun-alun Kidul.

Apa yang menarik di Alun-alun? [Nah baca lanjut]
Kalau aku tengok secara tidak sejarahnya, ala-ala i-city gitu. Banyak lampu neon. Tapi kalau i-city neon nya dekat pokok kan. Yang ni, neon dekat kereta. Maka, boleh lah kalau nak fun, pergi sewa kereta tu dan pusing alun-alun bersama rakan-rakan. Camtu!

Selain dari itu, berkat menonton jalan-jalan men aku sempat jugak lah tau tentang kewujudan 2 pohon beringin di tengah alun-alun ni. Katanya kalau ada yang boleh berjalan antara 2 pohon beringin tu dengan mata tertutup adalah memiliki hati yang bersih. Katanya lah.. (aku biasalah, sentiasa pesimis dengan idea2 sekadar untuk tarikan pelancong ni)

"Jika lho mempunyai mimpi, kejar mimpi lho! berlari ngedapatin mimpi itu!" 
[Jibraw, Jalan-jalan men]

Kami tiba di Alun-alun Selatan ketika itu jam dah 10.15 malam. Semua dah keletihan. Langsung tak bersisa semangat untuk jalan-jalan sekitar alun-alun. Maka Pak Jito hanya membawa kami keliling alun-alun dengan van. Jadinya, tengok je lah suasana alun-alun dari dalam van. Edah memang dah taknak buka mata. Mengantuk sangat? atau masih bersisa rasa keciwa tak dapat bermain gondola di Timang?

Aku tengok hanya anak muda yang galak berpacaran sahaja yang kelihatan memenuhi alun-alun. Sementara para wisatawan sibuk mencuba kereta neon. Jem jugakla bulatan alun-alun tu! Tak kuasa nak menambah sesak! Ahaha~



Hari ke-5 pun berakhir. Ah, sayu rasa dihati. Kembara yang dimulai tak lama lagi akan berakhir. Hai rasa, bertahanlah sebentar, jangan biar aku terbawa dek rasa. Ada 2 hari lagi nih~~

#jombloberpetualang #wonderfulindonesia

to be continued..

06 May 2016

Move on please!

Ni yang aku tak suka. Payah nak move on. Hopefully balik dari candat weekend ni reda la perasaan ini. ^^, 

By the way, cerita sambungan Jogja akan ku update sepeninggalan ku ke Terengganu. So selamat berhujung minggu dengan cerita Jogja ya! (Akhirnya da memperoleh gambar Jogja! hihi)


Aku ingat, aku sorang je mengalami perasaan tak move on ni. Rakan-rakan sepasukan pun!


InsyaAllah weekend ni akan berada di Marang, Terengganu untuk percubaan pertama untuk selamanya, mencadat sotong! Mancing pun tak pernah. Duk atas air pun pernah naik feri nak ke Pangkor. Tak tau la akan loya atau tak. 

Hopefully everything going well. 

Till then.

05 May 2016

Pick up line

1. Pasar Bubrah

Turun merapi, terus melaju ke pasar bubrah. lapar pun ada nih.

"ton kopi mana ton?"

Anton panaskan air. Air panas siap masak, terus bancuh kopi. Mirul punya nescafe dia bawa 2 bungkus je. makanya, Shela menghulurkan kopi hitam yang berbaki dengan dia.

"shela, kopinya udah punya gula atau ngga?"
"udah kak, tapi kalau masih belum manis, lihat saja ke aku. Pasti manis kopinya" melirikkan senyum. ahaha~

zzzz.. pikap line plak cewek ni! duh.

"kalau mau lagi nyaman, pandang nya ke aku mbak" aji menyambung.

ehem. nak jugak ye kau Aji.

2. In the middle of no where, dalam van

"Nama aku jo" sayup-sayup aku terdengar suara jito pak supir.

dah kenapa jito ni nak nama jo plak, nama kau kan jito.

"Nama panjangnya, jodohmu"

*roll eyes*

dah kenapa engkorang ni?

Apa pick up line emang sesuatu yang universal?
ingat dah di indon tak jumpa da pikap line.


jito takde dalam gambar, dia kan supir. So, ada kat van jer. ^^,

#throwback
#jombloberpetualang
#wonderfulindonesia

30 April 2016

Jogjakarta - Mt Merbabu (3 142 mdpl)

Cinta selalu mengubah seseorang.
Namun, tidak pernah memaksa seseorang untuk berubah.
Kau tetap bisa menjadi dirimu sendiri.
[Saat serius mencintai seseorang, Boy Candra]

Makanan lunch dah disediakan dan hantar ke homestay. Makanya lepas makan dan solat, semua pun sambung tidur. Sebab nak naik the finale mountain kan. Tapi, aku agak telat jugak. Kisahnya, aku makan dulu, lepas tu baru mandi. Mandi plak campur sekali dengan basuh baju, hantar spin then sidai. Pastu baru solat Asar.


Masa sampai katil jam da menjengah jam 5. Pulaknya, jam 5.30 da maghrib. Ahaha. Maka dapat lah tidur dalam 30 minit. Terus bangun untuk solat Maghrib. Isyak tu, gerak semua. Tapi semua pun mungkin penat Merapi pun tak abis lagi. So, lambat-lambat je semua bangun.

Anton, Aji dan Fajar.. aku tengok Anton paling awal bangun. Tapi biasala Ton, blurr je selalu. Jitho (the supir) dari lepas aku solat Asar tadi aku tengok tak tidur pun. Lambat-lambat semua pun duk bangun dan solat. Mengemas beg bagi yang belum habis mengemas. 2 gunung sebelum ni, hanya sediakan day pack beg, so takde lah pening sangat. Kira, ni first time la nak bermalam. Jadi, akan bawa beg besar malam ni.

9.40 malam van pun bergerak menuju jalur pendakian Selo. berhenti ambil permit dan kemudian van pun menurunkan kami berhampiran musolla, tepi pintu masuk Jalur Pendakian Selo. Untuk pendakian Merbabu ni Fajar tak ikut, keletihan sejak Merapi belum hilang. Jadi Anton dan Aji saja yang mengiringi.

"Sekarang kita berada di Jalur Pendakian Selo menuju ke puncak Merbabu. Di dalam nanti, jika ada yang ngerasain sesuatu atau terlihat sesuatu yang aneh, diamkan aja sehingga kita keluar balik ke sini" - Aji

semua diam. sekejap ada rasa creepy. tapi sat ja la. bila da mai penat mendaki tu, hilang da segala creepy semua.

10.25 malam, pendakian pun dimulai. 2 gunung sebelum ni rasa macam masih boleh hadap lagi, tapi naik kali ni, cepat betul terasa lelah. Mungkin sebab kali ni bawa beg besar sikit. Jadi nafas pun pendek pendek. T.T

11.50 malam tiba di Pos 1, berehat 10 minit. Sambil Aji sap-kok-lu. Aku memang da separa nyawa.


Day 4 (22 April 2016)

12.00 tengah malam pendakian di teruskan. Sejuknya bila menuju tengah malam dan awal pagi. Selepas 30 minit berjalan, kami tiba di Pos 2 bayangan. Tak berehat lama kaki terus melangkah.


1.20 pagi kami tiba di Pos 2, katanya dah tak jauh dari pos 3, maka nanjak terus! Sebab lagi lambat kami sampai, lagi lambat tidur dan esok nak climb up lagi.

2.10 pagi tiba di Pos 3, akhirnya! Pos 3 ni merupakan tanah lapang, taktau lah boleh memuatkan berapa banyak tenda. Disebabkan kami datang ni weekdays maka takde lah banyak sangat tenda. Ok disebabkan tanah lapang atas gunung. Freezing cold! Aku memang takleh buat apa dah time tu, menahan sejuk je, sementara tunggu orang lain menyiapkan kemah. :D

3.00 pagi kemah pun siap terbina. 3 buah semuanya. Laju-laju terus masuk kemah, sarung selapis lagi baju luar, masuk sleeping beg. But still, menggigil sampai ketap2 gigi! Malam tu aku tak tidur sangat pun, sebab sejuk sangat. Aku dengar Mirul masih bersembang. Tak tau pukul berapa aku dengar Mirul panggil
"Edah, Yadhaa, Kak Sarah taknak minum ke? Meh la makan.." - Mirul
Separuh hati aku macam nak mempersoalkan, weyh makan apa lagi da 3 pagi ni. Tapi, separuh lagi rasa nak bangun minum kopi panas. Namun, aku pilih sambung tidur je. Ahaha, sorry Mirul. Huluranmu tak dapat kusambut. Zzzz.

kemah 1: aji, anton, mirul
kemah 2: amir, wan
kemah 3: aku, yadhaa, edah
4.30 pagi aku dah bangun. Its time for Subuh prayer. Aku kejutkan Edah. Tapi ya ampun, sejuk macam ni, memang menduga iman. Nak amik wudhuk pun macam berperang. Tak lama lepas tu, Amir, Wan dan Yadhaa pun bangun dan solat subuh bersama-sama.

5.30 pagi masing-masing dah keluar kemah dengan kamera masing-masing. View dari Pos 3 pun dah priceless. Memang tak dan nak kejar sunrise kat puncak Merbabu. Jadi, awal-awal semalam Aji dan Anton dah pesan. Pagi lepas Subuh, naik sikit di bukit sebelah Pos 3 ni, akan nampak sunrise dan gunung merapi. Jadi boleh tangkap gambar kat sana. Dah puas bergambar baru kejut diorang untuk guide naik ke Puncak Merbabu.

dari bukit di Pos 3, berlatar belakangkan Mt. Merapi

Aku join diorang, tapi sat ja. Sejuk! Jadi lepas beberapa snap, turun dan lepak depan kemah 1 (dimana terletaknya perkakas masak) Panaskan air, dan buat kopi! peh, sorga!

  
si pemalas yang kesejukan. haha!

Guide yang perform, bangun tido terus masak sarapan.

7.57 pagi lepas memakan mi sedap goreng dan air panas, kami pun free body naik ke puncak Merbabu. Makanan tambahan dan air semua isi dalam satu beg dan Anton tolong angkatkan beg tersebut. Sementara Aji tunggu dibawah jaga kemah. Kitorang memang naik tanpa much expectation. Ada satu je dalam fikiran. Reaching peak of Merbabu dan menghabiskan misi ini.

Nanjak terus! 

8.43 pagi kami tiba di Sabana 1. MasyaAllah ya ampun! Subhanallah, Allahuakbar. Cantik gila! Jap belanja gambar sket.




ok habis bergambar, sambung lagi layan view.

9.25 pagi kami sampai ke Sabana 2. Masa tu, pemandangan dah bertukar, putih dan kelabu. And thus the nightmare. Dah tak ada lagi warna hijau sabana. Anton cakap, biasa keadaan tu diatas gunung, kerana angin yang membawa embun. Tapi kalau makin gelap, itu memang petanda badai. Beberapa siri jugala perbincangan, nak teruskan atau nak patah balik. Dalam lebih kurang 50 minit - sejam jugak lagi nak sampai puncak. Tapi kalau betul hujan ribut, naik puncak pun merbahaya sebab kat sana memang da tak ada pokok. Tambahan pula, bila da ribut, memang tak ada view. Memang no point jugak nak teruskan.


Mirul dah agak mental, kesejukan.

9.52 pagi, kami berhenti di point terakhir, dan berkeputusan untuk patah balik. Setelah tanya 2-3 group dan perseorangan yang baru turun dari puncak. Katanya badai teruk diatas. Maka berjalan turunlah kami dalam hujan yang sejuk. Turun tu aku dah tak tengok belakang lagi. maju terus! Kadang-kadang dengar Anton sembang dengan Aji via walkie talkie. Dengar2 da siap mee goreng dan telur rebus. Argh.. lagi termotivasi nih! Solo je melaju turun. 

11.09 pagi, aku sampai ke Pos 3 kembali. Terus ke kemah. Naik sejam 50 minit, turun sejam 20 minit. 
"Aji, nak kopi" power kan, order cam kat kedai kopi
"Masuk ke tendanya dulu mbak. Nanti aku buatkan kopi" - Aji
"Mbak, masih di pintu tenda?"
"ya"
*aji keluar hulur kopi* sedapnya kopi panas dikala kesejukan ini.
Dalam 5 - 10 minit kemudian ahli pasukan pun tiba. Dan megi goreng, nugget dan telur rebus dihulur oleh Aji. Erm, sejuk, perut lapar, makanan! Paling enak! 


Lepas kenyang melahap, semua hibernate dalam kemah, kat luar masih ribut dan sejuk. Aku yang da kebasahan sejak turun dari Sabana 2, terus salin baju. Masalahnya sekarang sweater aku pakai pun da kebasahan T.T. Gila sejuk, tidur kesejukan! Last weapon yang aku ada tinggal poncho hujan je! Ahaha~

Setelah diserang mental akibat kesejukan, kami pun rehat dalam kemah kurang lebih 3 jam. Sambil tenangkan otak, sambil tunggu hujan reda. Jam 2 kami pun keluar bersiap-siap kemas kemah dan barang untuk turun. 

sejuk gila, tak tipu! meskipun da petang time tu.

rakan-rakan mengemas, sekadar terduduk menahan sejuk. 

2.33 petang, kami pun memulakan pendakian turun. 


Bila da lama berjalan, mula lah berasa panas. Hehe, baru lah pandai nak buka baju hujan. 

 
seluar hiking da basah, seluar batik je ada. hipsturr style.

2.55 petang tiba di Pos 2
3.16 petang tiba di Pos 2 bayangan
3.35 petang tiba di Pos 1

view ketika turun.

4.22 sampai semula ke pintu masuk. Masa turun ni, berselisih berbondong-bondong manusia. Aku pikir ada parti ke kat atas malam ni?! Ahaha~ Then lepas lama fikir baru ingat, ok malam ni Jumaat malam Sabtu! Hari liburan kan~

tengah tunggu van menjemput. Lelah.

Alhamdulillah, misi 3 gunung 3 hari selesai! its a wrap. Walaupun tak dapat menjejak puncak Merbabu, bak kata Anton, itu kan takdir. Ya usahanya udah kan? 

Balik ke homestay, Jito bagitau kita akan bergerak ke hotel di Kota Jogja selepas Maghrib. Memang agak rush gakla sebenarnya, aku turun sempat lagi basuh baju seround, siap spin sekali. Huahua~ Mesti ar da predict kan, kat hotel mana de mesin basuh. Laundry service je la harapannye pun. 

Aji cakap biasanya dia akan ikut trip jika ada melibatkan pergunungan saja. Kalau pusing bandar dia tak ikut. Plus ada plan bareng dengan teman2 nya di hujung minggu. 

Lepas maghrib, kami pun ber-sayonara dengan Aji dan bapak dan ibu homestay. Its farewell time! Selesai bertukar salam dan senyum, kami pun bergerak ke pekan New Selo, untuk mengisi perut. Dinner time! Makan malam terakhir sebelum meninggalkan daerah pergunungan~~ 

Ah, rindu!

Makan malam tu, nampaknya ramai gak yang keluarkan gorgon semasing. 2-3 mangkuk makanan di order. 

Pekan kecil berudara digin yang meminati upin ipin :) bapak dan ibu yang tak lokek senyum. ramah berbual (walaupun ada masalah bahasa sikit) bye New Selo! kami bawa Abang Salleh a.k.a Mirul balik dulu k, nanti datang Malaysia boleh jumpa lagi. 

Anton dan Jito meneruskan kembara bersama kami. daerah pergunungan pun kami tinggalkan, menuju ke daerah liburan di sekitar kota. 

>.<

#tripplesummit2016 #jombloberpetualang

to be continued..

29 April 2016

Jogjakarta - Mt. Merapi (2 913 mdpl)

Akan ku peluk semua yang patah.
Biarkan kembali rindu lahir dari sebentuk harapan yang mengalir.
Doa-doa mungkin tak akan berharga,
tanpa rasa syukur kerana kita masih ada.
[Tak pernah habis, Boy Candra]


 
Home stay ananda. Ruang belakang rumah boleh sidai baju.


pemandangan di hadapan homestay, priceless.

Sampai di Homestay semua beratur nak mandi. Mandi pertama sejak tiba di Jogja. Ahaha T.T Dapat pula air macam ada ais kiub kat dalam kolah. Sejuk grrr.. Petang tu sebelum sampainya waktu Maghrib bersiar siar sebentar di sekeliling rumah. (Sambil-sambil recovery walk la kononnya) Dapat pulak jiran depan rumah sedang menuai lobak. Maka join la bergambar barang sekeping dua. Cool gila tempat nih. Semua orang makan sayur dari halaman rumah je. Soooooo nais.


Beramah mesra dengan anak kampung.

Projek bersiar-siar kami terhenti bila gerimis mula turun. Maka, kami pun balik lepak kat dalam rumah je.  

7.00 malam, dinner di pekan New Selo yang jarak perjalanan jalan kaki dari homestay hanya 5 minit. Aku order bakso je semangkuk. Yang lain-lain nampak macam makan dengan penuh semangat sekali. 

8.30 malam, kami bergerak pulang ke Homestay. Sebenarnya kami kena berehat, sebab rencananya jam 12 tengah malam ni, kami akan mendaki Merapi pula. Jadi balik dari dinner, semua pun masuk selimut. Ketiduran.

Day 3 (21 April 2016)

Sepatutnya, kami bangun jam 11, bersiap dan jam 12 bergerak ke New Selo basecamp. Tapi nampaknya tersasar. 1.30 pagi baru masing-masing tersentak dan terjaga dari tidur. Arghhh~~ Begitu-begini bersiap, 2.16 pagi kami pun bergerak ke Merapi. 2.46 tiba di pintu gerbang, ambil permit dan meneruskan pendakian. Jalannya, agak menanjak pada permulaannya.

4.16 pagi kami tiba di Pos 1, memandangkan pos ini ada wakaf, maka kami terus berhenti dan berehat untuk solat Subuh di sini saja. 

5.00 pagi meneruskan pendakian. Memang dah jangka kali ni tak dapat kejar sunrise. Lambat dah kan tertidur pagi tadi. Drag berapa jauh tu. Sejam kemudian kami tiba di Pos 2, dan sejam kemudian lagi kami tiba di Pasar Bubrah. 

amir, wan dan mas aji. berhenti bergambar sebelum pasar bubrah.

Reaching Pasar Bubrah, mengah!

melepas lelah.

7.00 pagi kami berhenti rehat sebentar beberapa langkah selepas pasar bubrah, bersiap-siap untuk memuncak! Aku duk tengok beberapa kali puncak Merapi. Dari point ini dah boleh nampak puncak, so duk fikir nak teruskan atau tidak. Tapi, kalau tak teruskan macam sayang pulak. 

anton, fajar dan shela berehat disini. Sementara kami di temani aji menuju puncak merapi.

7.42 pagi kami pun meneruskan langkah untuk ke puncak Merapi. Perjalanan ternyata sangat mencabar. Kat sinilah orang cakap, naik 3 langkah, turun 2 langkah. Sebab kat sini da takde pepohonan. Tinggal batu-batuan dan pepasir je. Memang mengundang amarah bila da 2 kali melangkah tak juga berganjak. 

ternyata tak mudah. dan jelas menjemput putus asa.

9.03 pagi, kami sampai ke puncak Merapi. Alhamdulillah! we did it! Jangan berhenti melangkah walaupun letih. Tapi kat atas ni agak gayat juga lah. Sebab belakang tempat kami duduk tu terus kawah gunung. Silap langkah memang boleh sadaqallah kat situ. Memang ada kes juga yang mati tergelincir sebab ralit sangat bergambar. 

Gambar kenangan di puncak Merapi

Setelah berehat dan letih bergambar jam 10.05 kami turun ke Pasar Bubrah. 10.39 pagi kami tiba semula di tempat Anton dan Fajar, berhampiran pasar bubrah. Waaah~ naik sejam lebih turun +-35 minit jer. Lepas layan kopi dan buah duku, bergerak turun ke bawah jam 11.15 pagi. Aji bilang, kali ni kita tak menggunakan jalan yang sama ketika naik. Kali ini kita gunakan jalur evakuasi.

12.48 tengahari, tiba di Pos 1.


2.34 petang tiba semula di basecamp New Selo, tempat van terparkir.

Pengambaran ke Merapi berakhir disini. Mission success. kami pun masuk van dan bergerak ke homestay. Perlu berehat lagi sebelum bergerak ke Merbabu pula malam nanti. Untuk menjimatkan masa, Fajar orderkan nasgor (nasi goreng) dan minta dihantar ke homestay. asyik!

#triplesummit2016

to be continued..