Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2016

2016, the conclusion.

Apa menarik ya 2016? ahaha.. the final year kut untuk 2 series. Next year dah 3 series dah. Allahuakbar!

Tentang 2016.

Tahun ni adalah tahun yang aku sedar aku dah kena beradaptasi dengan berat baru. sebenarnya aku rasa, it started since last year, tapi gradually increasing. cuma tahun ni bila aku dah start slow down dengan hiking. MashaAllah ya ampun. Macam roket naiknya! Jadi memang dah kena do something, samada perlu jaga makan + lebih konsisten bersenam, atau start beli baju saiz baru. Haha!

Malaysia? worst of all i would say. tamau da cakap pasal Malaysia. sedih.
Mak akhirnya menamatkan tugasnya bersama kementerian. Akhirnya emak dan guru berpisah jua. Aku ingat mak akan lebih bertenang lepas bersara tapi nampaknya, ada banyak lagi yang mengganggu ketenangan mak.

Antara yang menarik this year?

Haruslah trip jogja - 7 hari untuk selamanya ^^, (Ok, rindu jogja!!) dan trip utara ^^,
Nak travel ni banyak juga pakai duit, so tak boleh kerap sangat. Selain dari duit cepat habis, keterujaan pun akan cepat terungkai. Ya la, bila kita travel.. the moment tu seolah-olah perasaan bercinta tu! Kalau cepat sangat pergi tempat lain, xsempat semat dalam-dalam cinta tu dah pi pekena cinta baru. So less feeling lah. Hihi.

Dan, selain trip merayau begitu.. projek2 gema backpackerz tahun ni pun menarik! Eksplorace dan Candat! Syok kut. Aku memang berazam nak repeat lagi candat tu, tak puas hati sotong malu-malu nak muncul.

Apa lagi eh tahun ni?

Episod sedih tu. Hmm. Boleh aku simpulkan sebagai tutup buku lama, kita start fresh lah next year. Siri baru, mestila a new adventure kan kan? Baik sangka pada Allah selalu. Apa yang Dia bagi semuanya terbaik InsyaAllah.

Semua akan baik baik sahaja pada waktunya.

Till then,
Selamat menyambut 2017 semua !!
Semoga kita semua terus diberi kesempatan untuk terus beramal soleh. dan tiadalah doa terbaik berbanding terus berharap untuk mati dalam keimanan.

No comments: