"Nanti kita semua boleh jumpa lagi lah dekat syurga?" tanya ekal. innocent.
"Boleh kalau kita semua masuk syurga" balas kak siti
"Okla nak sembahyanglah lepas ni"
Hari ni seharian melayan kerenah anak-anak sepupu. Bercerita tentang hidup selepas mati, hidup selepas kubur. selalu dok cerita hantu je kat depa. (oh dont mencontohi me, a bad cousin. aha) Moga membesar jadi anak soleh ya anak-anak cousin sekalian ^^,
Seawal 3.30pagi semalam aku dapat panggilan telefon dari ucu. Walaupun agak berpagian, tapi agak segar jugalah masa aku menjawab panggilan telefon tu. (Malam sebelumnya aku dah tidur telajak awal, cover kepenatan hujung minggulah lebih kurang, sampai pergi kerja isnin pun dah tingtong habis) Masa aku tengok nama ucu naik, aku dah dapat perasaan yang tak berapa nak baik, sebab tak kan berita tak cemas nak kena call pepagi buta kan.
"Sarah ni ucu nak bagitau juwi isteri abang ajid dah meninggal"
"eh? meninggal kenapa ucu? sakit apa?"
"katanya semput. Nanti kau tolong call kan mak kau ye, tadi ucu call dia tak angkat"
aku tengok jam, 3.30 pagi
"Oh, ye la baru 3.30 ucu, tengah tidur lagi agaknya"
Letak saja telefon, aku terus segar. Hilang dah aku punya letih 2 hari tak cukup tidur. Terkejut! Lepas tu baru gigih buka satu satu group wasap. Rupanya malam semalam juga mak kepada maklang meninggal. Dua kematian berselang beberapa jam. Terus ke bilik kak siti dan bagitau kabar sedih ini. Kak Siti bangun terkejut. Tapi sebab masih pagi lama jugalah ambil masa nak decide balik kampung jam berapa tu. Pukul 5.20 kami pun bergerak dari PJ menuju ke Jeram.
Mak ude dan mak long baru siap solat subuh masa kami sampai, tak lama lepas kami sampai ucu pulak sampai. Ucu cakap nak terus ke Hospital Tg Karang tengok jenazah kat sana. Mak Ude cakap pukul 8 pagi jenazah yang dah siap dimandikan di hospital akan di bawa terus ke Surau di Rawang. Maka yang lewat boleh terus ke Rawang. Jadi kami decide nak tunggu di Rawang je la. Tak sempat nak kejar Tg Karang.
Lepas lapik perut minum teh panas dan roti, kami bergerak ke rumah pak ngah. Tunggu kak Ila kat sana. Mak ngah & clan, gerak dulu ke Rawang.
Dalam 9 lebih kitorang tiba kat Rawang. Surau. Nampak Juwi dah siap dikafan kan di letak ditengah-tengah surau. Keluarganya semua duduk berkumpul di sekeliling dia. She was indeed a good person i ever met. Ok, walaupun tak pernah bersembang dengan dia, rasa nya boleh lah di conclude kan dari cerita makcik2 tentang dia. Semua bagus2. and somemore, she died too young. mesti semua ahli keluarga terkejut sangat. so do I.
Pukul 10 pagi, jenazah pun di solat kan. dan selepas solat terus di bawa ke perkuburan Islam sungai garing, rawang. Talkin pun dibaca kan untuk tazkirah kepada semua yang masih hidup. Tak ada yang kekal. semua akan pergi, dan setiap hari negeri akhirat dan abadi terus memanggil kita pulang.
Aku doakan, abang ajid akan ditemukan lagi dengan juwi di syurga nanti. berkeluarga lagi diSANA. moga juwi ditempatkan diantara hamba Allah yang beriman dan solehah.
Petang tu, balik dari kubur, aku terus ke kuala selangor nak bermain dengan anak2 sepupu (alang-alang dah EL) lagi pun, abg ajid kan mesti sibuk menguruskan banyak hal dengan keluarga juwi. Jadi sikit yang boleh aku tolong hanyalah menggembirakan anak dia untuk beberapa waktu. Lepas Asar petang tu, kami bawa Rayyan ke pantai. Dalam 6.30 petang baru hantar semula ke rumah mak ngah. Kitorang pun dah nak balik PJ dah lepas maghrib.
"Biasa la tu ayen, kan mami baru takde. Kalau ayen teringat kan mami ingat apa acik siti pesan, selalu doa baik2 untuk mami, doa supaya nanti ayen dapat jumpa mami lagi kat syurga"
Lepas pekena nasi putih, telur goreng, dan kuah asam pedas untuk dinner, aku dan kak siti pun kembali ke PJ. Ekal dah tertidur kat meja makan nak tunggu kami balik. Hari yang agak meletihkan, semuanya bangun sejak jam 3.30pagi. Aku syak, lepas je kami balik mesti terus gelap seluruh rumah maklong. Semua pakat masuk tidur awal.
Tak lama dah nak sampai turn kita pula untuk kembali! Mati sungguh sebuah peringatan yang menghidupkan.
No comments:
Post a Comment