Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 February 2018

Bayar saman

Sebabkan rasa seronok sangat dengan sistem bayaran saman kereta untuk MBPJ ni terpaksa la kite sharekan di blog dengan serta merta.

Aku ada sedikit kegilaan untuk membayar saman kereta (ahaha) ini mungkin berbeza pendapat dengan orang lain. takde masalah. untuk aku, biasanya kalau aku kena saman tu memang disebabkan im aware aku park tempat salah then kena saman. jadi memang my fault so i kena la bayar.

ok abaikan that part. nak cerita how to pay lah kan.

Masa aku kerja PJ few years back memang banyak gila lah dia punya saman kan. gigih mbpj ni kutip saman. lagi-lagi extra work kalau time tu dekat2 musim perayaan memang kerap lah diorang datang cek. Zaman tu pulak aku belum berjinak jinak dengan bayar online. Kena lah pulak pi bangunan mbpj kat old town tu untuk setelkan saman. Aduyai punyalah malas.. sana susah parking boleh tahan..

Sehinggalah akhirnya aku jumpa epay untuk saman mbpj! seronoknya!

Untuk kalian yang kerja di PJ dan sering disaman, boleh check saman di sini. Masukkan no plate kereta, dan dia akan list kan semua saman-saman kalian. Lepas da tengok list, boleh lah buat bayaran secara online, tapi kena la create account dulu. Boleh buat bayaran disini. Aku dah pernah guna sistem ni 2 atau 3 tahun lepas. Oklah, tak perlu nak ke old town. Dan yang menyebabkan aku lagi gembira adalah, perhaps depa da intergrate 2 web yang aku link kat atas ni. Sebabnya, bila aku bayar je, automatik hilang dah kat list! Last time, dia tak auto hilang, kena tunggu jugaklah 2-3 hari.

Ok, itu je lah perkongsian yang menggembirakan aku hari ni. hehe.

Every little things count your blessing! kan? :)
(ok bulan depan bayar lagi 2 saman. pastu dah kosong balik list. hehe)

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa tak ada button untuk bayar di website tu ? Boleh ajarkan cara2nya ??

Sarah Basri said...

Dah register kan? ok,

1.mula mula cek dulu saman kereta dekat 1st website.
2.lepas tu amik no.kompaun, dekat 2nd website, pergi kat carian pilih urus niaga: Kompaun, pastu masukkan no kompaun kat box sebelah, tekan semak.
3.akan keluar list, dekat hujung bahagian tindakan, klik tambah ke bayaran
4.[komputer]cek dekat sebelah kiri, ada button bayaran. klik situ.
5.masuk page bayaran, akan tersenarailah saman tadi dengan harga, kat situ klik je la seterusnya seterusnya. sehinggalah proses tamat
6.bayaran debit/kredit kad or fpx
7.dah selesai try la cek lagi kat 1st website, insyaAllah serta merta hilang dari senarai.

selamat mencuba!