Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 January 2010

First time ke Kelantan


ahha~ akhirnya sampai jua ku ke negeri 'serambi Mekah' ini.. (credit to Imah sebab jemput kami ke walimah beliau.)

Sabtu.
perjalanan bermula jam 8 pagi dari Stesen Universiti.. dan sampai di rumah Fadhilah pada jam 3 petang. (credit to Saudara Zul yang begitu komited memandu tanpa jemu.. juga credit untuk Kia Pregio yang superb itu..)


jam 3 petang.. solat jamak + makan di rumah Fadh.. rehat sebentar menunggu Asar, kemudian mengambil Rabi di rumah cousinnya. Setelah itu.. menyusur ke Pantai Melawi.. (ehhe.. kejadah la kan mau lihat matahari terbenam di pantai timur.. ~ouch!mengapalah aku tidak terpikirkan dari awal.. adess!) ombak di pantai timur ini besar sungguh ya!dan rasanya.. laut disini lebih menakutkan dari pantai barat.. melayan rasa hingga jam 6.45 ptg.





Pulang semula ke rumah Fadh, dan malamnya hampir ke jam 10mlm kami ke rumah pengantin.. rumah Imah. (suka hati datang rumah pengantin sebegini lewat)Berdasarkan khemah yang ada di depan rumah beliau, kurasakan walimah inilah yang paling sederhana pernah kulihat!(ya..aku jua mau begini saja..hehe,tp xamik lak gmbr area kemah tu).. Imah menyambut dengan pakaian pengantin.. beliau telah terpengaruh dengan seloroh kami menyuruhnya memakai baju pengantin sbb kami dah terlepas kenduri kawen di rumah beliau sebenarnya..

Setelah berbincang serba sedikit, rupanya esok (Ahad) yang kami dicadangkan untuk menghantar rombongan pengantin perempuan ke rumah lelaki hanya akan bermula jam 3 ptg. dan setelah ditimbang tara selayaknya, kami mengambil keputusan untuk pergi saja kerumah lelaki tanpa imah ada menemani.. (ahha, paling gamble).. tambah tolak jam 11 lebih kami pun beransur.. sebahagian mengikuti unser Fadh pulang kerumah mencari tilam dan bantal.. sementara sebahagian lagi berdampingan dengan Pregio meneruskan kembara ke Waqaf Che Yeh hingga jam 1pagi.

Ahad.
jam 8 kami pun dah berkumpul di meja makan untuk sarapan dan meneruskan kembara.
siap semuanya.. (makan+masuk barang dalam Pregio) kami pun bersalam-salaman dengan tuan rumah.. (credit to family Fadh untuk segala layanan kasih yang tak berbelah bagi.lain kali bleh singgah lagi ^_^)


jejak pertama.. bergambar di sekitar muzium (apakah nama muzium itu..haha..tatau).. dah puas bergambar baru gerak ke Pasar Siti Khadijah.. bermula dengan tingkat paling atas(pakaian).. dan turun setingkat demi setingkat(bawah sekali pasar basah la kan).. aku?mana la pandai memilih kain2 ela ni.. simple people.. jalan2 nampak kain batik, bli kain batik dan pelikat pun orait.. hak3.. siap bli baru roger yg lain.. ada yg masih blum habis bershopping maka aku n awanis lepak sahaja bersama 3 org jackas yg aku lihat tersiksa menunggu perempuan2 ini shopping.. ahaha...

begitu dan begini.. jam 1230tghr bergerak pula ke rumah Shila(kawan Rabi dan Fadh) .. tunggu beliau untuk ke rumah pengantin lelaki.. rumah pengantin lelaki kat PCB rupanya.. (pantai PCB ni lagi cantik rupenye..pasir die putih.. Subhanallah) Kg Semut Api. Sampai je kt perkarangan rumah.. sempoi gile pengantin shock jap aku.. dah la rumah die ada satu kemah aje.. xde meja pun untuk orang makan.. ada kerusi je susun beberapa baris.. amik nasi dan makan bertatang.. (barulah aku tau orang Kelantan kalau kawin kan anak lelaki sungguh simple..)

jam 3 petang, kami bergerak pulang, maaf Imah xsempat menunggu Imah.. kamikan bekerja di hari Isnin.. buat Imah dan suami.. Semoga berbahagia Selamanya..

..dan aku sampai Vista Subang jam 1.15 pagi..sekian an update..

*tiap rumah yg kami pergi menghidang asyura.

754am
Vista Subang

14 January 2010

Yes!Wajah Baruku..

Akhirnya ku tukar juga dinding ini menjadi putih..
heh~

supaya lebih bersemangat ber'blog'

dan..

lebih bermanfaat kepada umat

^_~

9.46mlm
:bertanya kepada diri.am i ready to drive?huh:

08 January 2010

Rise of Islam

Aku mahu kamu semua tahu tentang ini.. lalu bergerak pantas demi sebuah daulah dan khalifah.

Jiran ; ADA PELBAGAI AGAMA DI DUNIA INI,WAJAH2 MANUSIA BERGANTUNG KEPADA AGAMA YANG MEREKA ANUTI,WAJAH ORG2 ISLAM LAIN,WAJAH ORG2 KRISTIAN LAIN,WAJAH ORG2 YAHUDI LAIN,WAJAH ORG2 HINDU LAIN,WAJAH ORG2 BUDHA LAIN…PERBEZAAN WAJAH MANUSIA PD MSE ITU SANGAT KETARA….SEBAB AKTIVITI SEHARIAN MEREKA BERLAINAN,AKTIVITI SEHARIAN MEREKA ADALAH AGAMA,TIDAK WUJUD PERKARA LAIN…

OLEH SEBAB ITU KAMI BERUSAHA UNTUK MELUCUTKAN WAJAH2 AGAMA DALAM DIRI MEREKA…MAKA KAMI CIPTA AKTIVITI KEHIDUPAN YG KAMU LIHAT PD HARI INI…MAKA WAJAH MEREKA AKAN KELIHATAN SAMA SAJA…DAN JIWA MEREKA PASTI SAMA..

MISALNYA BEGINI…CUBA KAMU LIHAT WAJAH ORANG YG BERUMUR 2O TAHUN PADA HARI INI,DAN KEMUDIAN LIHAT WAJAH ORANG YG MEMPUNYAI UMUR YG SAMA,TETAPI HIDUP PADA 30 TAHUN YG LEPAS….KAMU BANDINGKAN…ADAKAH SAMA?

(ni yg ssh…aku trmenung kjp,akal aku blk Malaysia kjp…mmm..amoi,karu,..)

Aku; btul jgk ek….sbb mcm kt Malaysia,perbezaan generasi mmg ketara…muka org2 muda, melayu dh mcm cina,cina dh mcm melayu..bohsia dh mcm amoi,amoi dh mcm bohsia…kdg2 tgk gmbr kt myspace,friendster..ssh nk cam ap bangsa dorg…(tau plk dier bohsia,amoi,myspace smua tu..hehe)

Jiran; MEREKA YG BERJUTA2 JIWA ITU KAMI GABUNGKAN AKTIVITI KEHIDUPAN MEREKA UNTUK MENGHASILKAN SATU WAJAH MANUSIA BARU,JIWA MANUSIA BARU,JIWA TANPA AGAMA PADANYA, YANG TIDAK TERDAPAT PADA MANA2 ZAMAN SEBELUM INI..

DAN MEREKA ITU ADALAH JIWA PEMILIK WAJAH YG KAMU PANGGIL MEREKA SEBAGAI…..”CUTE”

LIHATLAH! ORANG SPT MEREKA SEMAKIN MEBANJIRI SETIAP PELUSUK DUNIA….SEMAKIN MELIMPAH MEMENUHI BANGSA DAN AGAMA SENDIRI….MAKA TAMATLAH RIWAYAT AGAMA SEDUNIA…

Aku;mereka yg berwajah “cute” ???..mcm org2 sy bangsa melayu..tp mmg sy perasan muka dorg dh x mcm melayu,mcm org agama budha..tp x jgk…ini suatu fenomena ajaib..

Jiran; LIHAT SAJA DI ALAM MAYA (internet)..MEREKA BETUL2 MENYUKAI WAJAH MEREKA MALAH BERASA BANGGA PADAHAL MEREKA TIDAK MENYEDARI KEROSAKAN JIWA DAN MEREKA ORANG2 PALING BERPOTENSI UNTUK DIMURTADKAN,MENYEBAH KAMI SEDIKIT MASA LAGI…

Aku; mcm ne org2 pak cik menghitung potensi mereka untuk diperlakukan begitu?

Jiran ; KAMU DATANG KEPADA MEREKA,KEMUDIAN KAMU SURUH MEREKA MEMBENCI WAJAH MEREKA SENDIRI…LIHATLAH,MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN WAJAH MEREKA DAN MEREKA PULA BERKATA BAHAWA KAMU INI ORG GILA…DAN INGATLAH BAHAWA TUHAN KPD MUHAMAD TELAH MEMBERIKAN KAMI RAMAI PENGIKUT DARI KAUM HAWA…

baca lanjut di :http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html

Vista Subang,

jam 8.22pm

06 January 2010

Siti Khadijah r.a

Tiba2 dalam kekalutan menatap dunia sementara ini.. aku terkenangkan kisah Khadijah..

Khadijah yang asalnya seorang jutawan.. apabila beliau memilih Islam sebagai jalan hidupnya, beliau telah menginfakkan seluruh hartanya juga jiwanya untuk juang Nabi s.a.w..

Dan saat baginda nabi s.a.w didalam ketakutan saat turunnya wahyu pertama, Khadijahlah orang yang bertanggungjawab menenangkan nabi dengan mengingatkan nabi s.a.w segala kebaikan baginda.. dan Allah tak mungkin akan memberi keburukan kepada nabi s.a.w.

Seluruh hidup Khadijah tiada yang lebih utama melainkan melindungi nabi dan menyokong perjuangan baginda,

sehingga akhir hayat Khadijah pun, saat beliau terlantar nazak di pangkuan nabi, lalu air mata nabi menetes ke wajah Khadijah.. Dalam keadaan yang sakit dan payah Khadijah bangun lalu bertanyakan
"Mengapa Ya Rasulullah, apa lagi yang boleh aku bantu untuk menyenangkan hatimu Ya Rasulullah.."

saat aku mendengar cerita ini tempoh hari.. betul2 mengesan dalam jiwa.. sungguh! Keteguhan Khadijah dalam menjadi pendamping perjuangan nabi kita Muhammad s.a.w perlu dicontohi..

Sempena tahun baru ini, ayuh renungkan semula.. jika Khadijah sampai ke hujung nyawanya tegar membelakangkan soal peribadinya demi Islam..

dimana kita??
bolehkah kita dianggap PEJUANG agama Allah?
Layakkah kita mengaku Islam dihadapan tuhan?Sedang tuntutan syahadah itu langsung terabai..

*post ini untuk aku & kita mengingatkan diri tentang makna hidup dan hakikat iman yang sering dilalaikan..astaghfirullah

2.33pm
Nepiege.

03 January 2010

I.S.K dan Rehlah.

[02012010.new. beginning]

Alhamdulillah.. meskipun tidak berkesempatan untuk ke Task Force New Year tanggal 31 Disember lalu.. Allah tetap memberi ruang dan peluang untuk aku ke ISK dan rehlah pelapis akhwat PJ..

Wahai sahabat yang dikasihi sekalian.
Sempena tahun baru ini, marilah kita tanyakan diri.. setelah berpuluh tahun aku dihidupkan didunia ini.. apa sebenarnya yang kita cari??

Belajar bagus untuk segulung ijazah??

Ataukah CGPA tinggi demi menjamin kerjya idaman dan gaji yang menawan.

rumah besar?harta yang banyak?atau apa??apa sebenarnya..

Apa yang kau cari dalam hidup ini?
[oke..fikir2kanlah..boleh rujuk 2:30 dan 51:56.. moga kalian temui jawapan.sama2lah kita menjadi yang lebih baik untuk hari mendatang..]

Okay, seterusnya dikongsikan gambar sepanjang program dihujung minggu lalu..

Sabtu : riadah petang hari, padang kecil tepi Taylors
perbincangan hangat cik pengarah dan kuli beliau
ni nak baca berita atau bernasyid.. serampang dua mata.. bagus2

Ahad : Bkt Cherakah, Shah Alam
ketibaan.
para JK.without JK makanan.
ayuh beraksi.
lagi ^_^
gambar seronok naik bas.
dengan sukahati bersidai di muka pintu.. makan aiskrim berjemaah.
kepulangan.
[ke rumah Amal.masak2+makan]

**ehemm,gambar ni xde gambar aktiviti kan??hehe..whateva la kan..

7.25pm,
rumah Vista Subang