Khadijah yang asalnya seorang jutawan.. apabila beliau memilih Islam sebagai jalan hidupnya, beliau telah menginfakkan seluruh hartanya juga jiwanya untuk juang Nabi s.a.w..
Dan saat baginda nabi s.a.w didalam ketakutan saat turunnya wahyu pertama, Khadijahlah orang yang bertanggungjawab menenangkan nabi dengan mengingatkan nabi s.a.w segala kebaikan baginda.. dan Allah tak mungkin akan memberi keburukan kepada nabi s.a.w.
Seluruh hidup Khadijah tiada yang lebih utama melainkan melindungi nabi dan menyokong perjuangan baginda,
sehingga akhir hayat Khadijah pun, saat beliau terlantar nazak di pangkuan nabi, lalu air mata nabi menetes ke wajah Khadijah.. Dalam keadaan yang sakit dan payah Khadijah bangun lalu bertanyakan
"Mengapa Ya Rasulullah, apa lagi yang boleh aku bantu untuk menyenangkan hatimu Ya Rasulullah.."
saat aku mendengar cerita ini tempoh hari.. betul2 mengesan dalam jiwa.. sungguh! Keteguhan Khadijah dalam menjadi pendamping perjuangan nabi kita Muhammad s.a.w perlu dicontohi..
Sempena tahun baru ini, ayuh renungkan semula.. jika Khadijah sampai ke hujung nyawanya tegar membelakangkan soal peribadinya demi Islam..
dimana kita??
bolehkah kita dianggap PEJUANG agama Allah?
Layakkah kita mengaku Islam dihadapan tuhan?Sedang tuntutan syahadah itu langsung terabai..
*post ini untuk aku & kita mengingatkan diri tentang makna hidup dan hakikat iman yang sering dilalaikan..astaghfirullah
2.33pm
Nepiege.
No comments:
Post a Comment