Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 February 2009

Bersabarlah..sedikit saja lagi..


PERL class, 1215pm.

“I go through previous lecture a little bit slow, so you can have a good foundation”

“So, now i can teach you faster, because you are good in understanding it basic command”

 

12thRC, 2pm

Hmm.betul la kata pn sarinder tu. Bila basic kita da kuat, semua benda akan jadi senang. Sebab apa? Sebab kita dah jelas + paham basic things tentangnya. Then, when things become tougher kita dah ada keputusan yang jelas dalam membuat pilihan.

 

Mcm tu la hidup.kan?

 

Hidup tak selalunya mengadap kehadapan,

Seketika tolehlah kebelakang,

mungkin ada iktibar dari langkahan lalu yang boleh menjadi teladan.

Teguhkan foundation kita,

Hadamkan tujuan perjuangan ini.

Bulatkan pendirian.

Teruslah melangkah.

 

Hidup ini tentang ujian.

Hidup ini tentang pilihan.

Hidup ini tentang perjuangan.

 

Setelah sampai ke peringkat ini.

Perlukah kita menggoyah dan berpatah balik?

 

Setelah kita mampu melangkah sejauh ini.

Mengapa mesti kita berhenti?

 

Setelah pelbagai rintangan dan ujian kita tempuh.

Kenapa perlu lagi duduk berfikir untuk terus bertempur?

 

Inilah perjuangan.

 

Jangan mengalah sebelum terkorban.

 

Buat sahabat sekalian, yang sedang diuji..

 

Di uji dengan masa..

Di uji dengan wang..

Di uji dengan sakit..

Di uji dengan thesis..

Di uji dengan praktikal..

 

Bersabarlah..perjuangan memang begini

24 February 2009

bijak

latest info.

setelah dengan BIJAK nya terdail nombor kawan sampai tinggal 8 sen.
Aku buat tindakan BIJAK seterusnya.
Konon nak tukar setting, automatic key pad lock..
las2 pin block.ahha~bijak2x..

*only maxis available now.hurm*

sekian makluman.

20 February 2009

+_+

pernah kah anda rasa nak pecah kepala?
bila 3 program berlangsung serentak..dan kesemuanya melibatkan anda..

sekarang krdt makin kering..
nak topap pun da xda duit
lebih beli beger tinggal rm4
cane nk topap?

sakit..sakit

..k0reksi diRI..


intro:
menerima bukan suatu perkara main2..
maka belajarlah menjadi serius..
melepaskan bukan suatu perkara yang mudah..
namun belajarlah melepaskan..

hari ini ada sesuatu yang aku belajar,perkataan yang aku dengar selalu..tetapi tak pernah ambil tahu tentangnya..itulah wala'

dalam kita berpersatuan ada panduan yang perlu kita turuti..ada pimpinan yang perlu kita syura sebelum mengambil putusan.jika perkara-perkara yang kecil begini tidak dapat kita 'overcome' maka, mimpilah kita menjadi pejuang agama..

pernah kah kriteria ini mengganggu kalian?
1. melebihkan idealisma berbanding haraki
2. melebihkan teori berbanding realiti
3. berlebihan dari sederhana
4. melebihkan juz'i dari kulli
5. melebihkan peribadi berbanding fikrah
6. melebihkan hawa nafsu berbanding kebenaran

jika PERNAH
maka, sebelum kita melangkah lebih jauh.. ayuh koreksi diri..apa yang kurang pada diri kita.. dan segeralah rawati..kerja ini panjang, perlukan komitmen yang tinggi dan mujahadah yang berterusan..moga2 kita bukan tergolong antara yang gugur.

jika TIDAK
tabahkan lah hati kalian moga kalian terus dipilih Allah di atas jalan ini.

outro:
aku juga tersilap langkah dalam membuat pilihan baru2 ini. rasa bersalah itu ada, tetapi setelah berpikir jauh..aku sedar,yang aku kan manusia..melakukan salah itu fitrah..maka carilah hikmah disebalik kesilapan,lalu belajarlah utk tidak tersadung lagi dalam melangkah.

Kawan-kawan,
xsalah kita membuat silap.yg lebih silap jika kita membuat salah sehingga langsung tidak sedar kesilapan kita.

Terima kasih Allah, hadirkan sahabat memberi ingat. 
Sentiasa tidak lewat untuk kita berubah..

20feb09
1.20am
12th rc
UMKL


18 February 2009

kepala berat

hari yg sibuk. sempatke aku nk cari pelapis?
agak2 habis aku di um ni selesai x amanah aku?
persoalan yg lebih kronik..
sempatke aku habis sem nih?
err..
seramnye.
ujian baru bermula.
mampukah aku mengharunginya hingga habis?

nota kaki : 
Selamat Hari Lahir Samihah!happy 22 yrs old!
*hanya jika kamu membacanya..

1.50am
18 febuari 2009

17 February 2009

promosi blog ~fynn jamal

aku ada soalan am untuk kalian.
pernah tidak kau benar2 beriman pada sesuatu doa,
atau cukuplah kalau aku katakan yakin dengan sesuatu perbuatan?

benar2 percaya, yang kau sanggup redha dengan apa sahaja mendatang,
kerana begitu tawakal pada tuhan yang mencipta setiap kejadian?

pernah tidak kau diberi tuhan ujian yang paling dahsyat, tapi kau rasa sangat gagah jiwa kau dek setiap bait janji2 allah, yang mana datanglah perit mana, kau masih boleh senyum ketawa semacam tidak ada apa?

tahniah.

ramai kita membaca doa kerana membaca.
ramai kita sujud ruku' bersolat kerana bersolat.
ramai kita meluah bahagia kerana meluah.
ramai kita tunjuk tawadu' kerana tunjuk.

kita semua performer.
penunjuk.
penayang.
kerana pameran itu suatu yang perlu.

hidup, seperti iman, ada turun naiknya

ikuti post hingga akhir di berbual bahasa langit

13 February 2009

Jejak kasih

What do u think of make a phone call with opposite gender at 1am?Just to ask about sijil.owh..c’mon la esok kan masih ada...

2 org aktivis berlainan gender,berjalan ke kelas..beriringan.apakah?? bukan fakulti yang sama..xkan soal urusan kelab perbincangan sampai ke fakulti..

Sekadar mukadimah je di atas tu..situasi yg biasa terjadi dalam kehidupan dunia kini..ia luar biasa sepatutnya tapi dah jadi biasa di dunia akhir zaman..duri dalam daging..kemuncup dalam perjuangan..mungkinkah aku kan menjadi salah satu dari jutaan kes yang bertaburan??Nauzubillahiminzalik..mohon dijauhkan...


Ok berbalik kepada rutin harian..

8pm.

Sungguh mengantuk.sms masuk “meeting finas tangguh hari jumaat”

Wah!maka..aku terus melayan rasa kantuk td..zzz..

10pm.

Aku dah bangun tido.Tp ada rasa2 nak tido balik la..macam ada rasa simptom demam pusingan kedua..huhu..sms masuk

“jom meeting mike.MT pun ada”..

kaco daun aje,aku nak sambg tdo ni..

“semalamkan dah meeting”

“hari ni nk bincang psl belanjawan”

hurm..malas aku bls..biar ajela..tup2 pengarah call..aiseh, dah call kan..aku pun turun..bincang punya bincang..pengarah membelanja ais krim dan kaya ball pada ahli meeting..oh encik pengarah xnmpk kah aku batuk?tp kalo tolak.. jatuh la air muka pengarah(haha alasan),,maka aku pun makan ajela..

1145pm.(lbh kurg)

Meeting berakhir.

Sambung borak ngan zul n wani.Borak punya borak terkeluar la kenegerian. Sarah (bdk 1st year merangkap bendahari MIKE yang baru di lantik) pun bertnya

“eh akak org perak?perak kat mana? Saya pun perak gak”

“kg gajah”

“eh saya pun kg gajah”

ahh sudah.. jiran sebelah rumah ke pun.. haha~ tup2.. rupanya adik kepada rakan sekolah rendahku.. Islahudin.. what a small world kan.. klise.. tapi tu la yg lebih mengagumkan.. ini kali kedua kami berjumpa.. 1st time waktu aku skola menengah, jumpa dalam bas.die dari tepeng transit di ipoh utk pulang ke kg gajah. Aku mmg dr ipoh. Lepas turun bas,aku ingt da bernokhtah perkenalan itu..(heh..kuasa tuhan kan..) tup2..jmpa kat um..final semester lak tu..

Cantik kan Allah susun hidup kita ni..

Penuh dengan kezutan..wow!

Okla mau sambung SOM.hehe..till then.

Pen off.

UMKL

10 February 2009

POlitik pErak..

Mengenai politik perak??saya takde comment...

comment yang terbaik untuk politik ini..sy jumpa di saifulislam.com

"Tapi supaya jangan ghase terkilan bebenor kalau Peghok ni balik ke belah sana, elok le kita ni banyakkan muhasabah. Tengok balik ape-ape yang tak kene. Depe yang peghange macam katak tu, mana nak membuatnya doh depe jenih itu. Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang.
Mintak petunjuk dari Die.
Semua yang jadi ni ada hikmahnya.
Nak bagi Islam menang, bukan mughah ghegenye!!!"

Makmal D1.8
Bioinformatic department UM
4.37pm

08 February 2009

sepotong ayat untuk dikongsi.

Ar-Rum:21
Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
 (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

sekian terima kasih. 

07 February 2009

Cabaran massa


Telekomunikasi adalah satu dari cabang teknologi yang makin berkembang pesat dewasa ini. Dengan handphone juga internet,belum kira gadget2 terkini yang bersepah-sepah dipasaran..teknologi makin menjadi kegilaan semua umat manusia, dari segenap usia. Tidak kira yang tua..yang muda apatah lagi.
Maka jangan lah pula kita terkejut apabila mendengarkan kisah berkenalan dengan chatting..berchenta dengan calling..lalu kawin,kemudian bercerai hanya dengan 'sms'. Wah! sungguh menghargai teknologi!!..
Lalu??
Aku tak kawen lagi apa kaitannya??Ya!!Apa yang cuba aku sampaikan adalah..media massa ini mampu mengakses manusia dari segenap pelusuk dunia.bukan sekadar telefon,malah internet juga.Tidak dapat tidak aku telah terkesan dengan nikmat kurniaan Allah ini yang terlihat di salah guna oleh ku(mungkin juga manusia lainnya)..
BLOGGING..ya!!aku mampu menghabiskan berjam-jam untuk membaca blog,namun mudah lelah apabila membuat assignment.Nah!Lihat betapa hebatnya cabaran massa dewasa ini.

Apabila aku mem'blog'..maka aku akan terlupakan waktu..1jam..2jam..3jam..argh!!assignment..
(jangan tiru aksi ini)masa aku pun habis tanpa amal berguna.

Flash back.
Skola menengah.
Aku jarang datang kelas lewat.FYI kat skola aku sorg yg skema.tidak membuat kerja tak berfaedah 100% follow the rule.Hoho.Maka,datang lewat maksudnya break the rule la kan?? so, aku xbuat benda macamni..

Matrikulasi.
Masuk matrik direct lepas habis skola.dulu girl sko0l.bila masuk matrik bercampur girls+boys,sgtla tidak comfort.aku benci dilihat,maka sebolehnya aku dtg awal.supaya aku tak menjadi perhatian mata kebanyakan saat masuk dewan kuliah yg memuatkan +-300 umat.
(highlight disitu.dtg awal)

First year.
Aku dapat jurusan sains biologi di UM.Student teramai di antara fakulti2 dlm UM adalah fakulti sains.student teramai dalam fakulti sains pula jatuh kepada institut biologi. Masa tahun satu, aku masih 'allergic' dengan datang lewat.mana taknya, kelas dekat 300 orang segan juge le masuk lambat kalu.Pernah sampai aku be'perang' dengan kawan sebab nak dtg awal punya hal. 

Masuk 2nd year.
2nd year da dapat pengkhususan.aku dapat dok di jabatan bioinformatik UM.Dok dalam kelas ni, student tinggal 50+..disebabkan itu,hanya separuh masa pertama saya bertahan maintain kekal awal.sem 2 aku start ke kuliah lambat.(Aku rasa mungkin persekitaran aku yang baru di 12th dan terlalu terbiasa dengan keadaan start meeting lambat aku jadi lali)

3rd year.
no komen.haha!

Itulah yang menggerunkan aku.Keadaan makin kritikal bila aku addict dengan melayari blog orang.adehh!Cabaran globalisasi!We want it then we paid for it!

04 February 2009

Hari yang panjang.

Err.tba2 R.A Dr Ramli memberitahu akan ada short quiz pd hujung kelas kami pagi ni. apakah??

Maka aku mulai berpikir..what have i done last night?Kenapa aku tak study subject ni semalam?Argh..this is my last semester.Boleh ke lagi aku nak main2?hurm..

Habis quiz.Fak sains black out.Melaju ke bioinformatic department..Confirmla kelas tunda kan..programming class lak tu.

Maka aku balik awal.Bertekad utk berubah.Aku perlu berdisplin!

(Mujahadah ada nilai dimata tuhan)

Sampai bilik xleh access internet.Authentication failed.

Tengok atas rak buku.eh ada tunas.aku capai tunas.layan.selak beberapa muka surat,aku perasan.heroin tunas ni bijak + cool.kene la blaja dr heroin.aku pun kene jd bijak..cool tu xde pun xpe la.sbb aku HOT!haha.

Jadi,langkah permulaan.

Membaca blog – 1 jam / hari

 

Doakan aku berMUJAHADAH!!

Post saved on 1.11pm 4feb09

H + H + O = H2O

Melihat tajuk..apakah?

sebenarnye tertarik dengan post awanis H to O macam best pulak..
mau komen juga tentang keadaan air di 12th.
Kolej lain mungkin tidak terkesan dengan krisis air yang melanda kolej kami (agak terkejut gak bila 12th xda air sedangkan kolej lain ok aje..hehe besenye kami la paling las krisis air..)

Jika awanis sungguh bertenang dengan *ahem nye..maka aku lagi rilek gaban..haha!masih ada kabel..rangkaian network di 12th..sampai jam 930malam masih ber'blog'ing..(ni mcm da terpengaruh dgn habit kak ct) sedangkan meeting FINAS 930 juga.Maka aku pun steady masukkan tuala dlm beg. Da contact kabel ground floor mau tumpang mandi after meeting..(bagus kan perancangan..*ahem)..

Tup2 meeting habis jam 12 pula (hek eh..meeting balai mana pernah sekejap)..

Lanjutan dari kisah ni..

Untung jadi orang muslim..dalam apa keadaan juga dapat pahala..
Nah, lihat aja..tiap saat Allah bagi kita peluang untuk bersyukur..

Example,

Balik kelas
"Wah!!jam..dasyat betul!!"
"Alhamdulillah kita xnaik keta..:)"

Sampai bilik
"Eh..eh..xda air la korang"
takpa..try menapak tiap tingkat..klu xda di 12th mungkin ada di 11th atau di IPS??
"Alhamdulillah..teruk2 kita xda air di sesetengah blok..masih jumpa gak air. Klu tinggal di gurun, sapa nak jawab?mana nak cari air.."hehe

Kenangilah..
Teruk2 kita xda duit di UM..xda air di kolej..kene bajet tiap kali nk makan..
Sahabat kita di Palestin bagaimana??di negara2 bergelut lainnya bagaimana?

Ya Allah kau tambahkan lah rasa Syukur kami terhadapMu..di atas apa juga yang kami hadapi tiap hari..seteruk apapun..kami masih beruntung..punya ISLAM..

Ya Allah selamatkan Palestin saudara kami..dan umat Islam keseluruhannya..

UMKL
1.00am