Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2011

Proses Evakuasi

Assalamualaikum,

hari ni aku akan menulis sepanjang yang mungkin. konklusi untuk perjalanan sepanjang 2011, ngam kan? aha.. tau sangatlah dah ramai yang menanti post baru yang lebih bernas dari ku kankan? aha.

ok, hari ni merupakan last day on 2011. tadi jam menghampiri 11 malam kami 3 bersaudara di rumah sewa ni, baru sahaja melakukan proses pemindahan barangan buat kali ke-berapa-ntah. Oh ya, sempena 2012.. kami keluarga bujang di Kelana Jaya ni akan berpindah ke rumah baru di SS2. Jadinya, atas alasan malas nak menyewa lori yang mahal, maka kami pun berdikit-dikitlah memunggah barang.

Balik kerja tadi, ada juga orang pindah di tingkat 12, jadinya lif digunakan, maka itu yang jadinya berpindah terlebih malam tu. Alhamdulillah, proses evakuasi berjalan lancar. Sekejap saja rupanya nak memindahkan barang, cuma mengambil keputusan untuk berkemas dan memindahkan saja yang lama, dari sehari bawa ke sehari. Macam tulah.

Ok, sekarang mari masuk ke summary of 2011. Tahun 2011 sebenarnya merupakan tahun ke 2 aku bekerja. kalo ikut genapnya.. adalah bersamaan 15 Julai 2011. Tapi malangnya, tanggal 20 Jun 2011 aku dah pun diberhentikan (baca: retrench) dari syarikat. Mula-mula kena berhenti, sangat shock dan selepas tu ada rasa macam kosong dan entah apa lagilah perasaan yang tak tergambarkan.

Siapa sangka, lepas dari pemberhentian aku tu, banyak lagi episod gembira yang berlaku dalam hidup aku. Dalam kekalutan aku yang masih terumbang-ambing tu, aku dapat emel dari UM, permohonan untuk sambung master aku diterima, (punyalah  masa aku nak apply master ni.. esoknya tarikh tutup.. malam ni baru aku kalut call adik di kampung suruh carikan segala bagai dokumen yang ada kat rumah) Alhamdulillah rezeki.  Meski demikian, aku tak meneruskan niat asal menyambung Master aku tu, disebabkan beberapa nilai tara yang aku buat di belakang hari.

Dalam masa yang sama, aku juga dapat panggilan untuk interview kerja. sehari selepas aku dapat berita tentang master, esok tu aku di panggil untuk interview. Dan, seminggu selepasnya dipanggil masuk bekerja. Tarikh aku mula bekerja di syarikat baru adalah 2 Ogos bersamaan 2 Ramadhan. Nak kata aku macam akward tempat baru, tak sangatlah sebab aku memang boleh kata biasa gerak sendiri juga. Cuma, mungkin sebab suasana kerja yang baru yang mana semua rakan sekerja adalah non-muslim, jadi kena beradaptasi semulalah.

Sebulan setengah selepas aku kerja, 16 September aku join pulak company trip. Antara sebab aku join adalah,
1.aku rasa itu merupakan jalan singkat untuk nak kenal orang. Bagi aku cepat mesra, cepatlah kita nak selesa ditempat baru.
2. of course sebab hadiah2 yang tersedia. Haha!
Dengar kabarnya ni first time syarikat buat trip secara besar-besaran. Berkampunglah di Tambun kami satu bas. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan kan? Yes! Antara keinginan dan impian aku yang tertangguh di tahun 2010 tercapai pada tarikh tersebut, dapat First Prize Lucky Draw, sebuah tablet yang bernama Samsul Maarof. (ok abaikan saja nama, aku random pick je masa awal-awal dulu, mana tau adik aku amik seriuslak) + Voucher Parkson RM100.00

Bulan Oktober, Nasyrah join company.. dan keadaan nampaknya semakin membaik. Kami semua mula hidup dengan rukun di pejabat. Mereka perlahan-lahan mula memahami Melayu-Islam, dan kami juga sedikit-sedikit mempelajari sosio-budaya cina. hihi.

Oh ya, dan di awal Disember akhirnya dibukakan pintu hati untuk membeli kereta. Mungkin tak cantik atau tak besar mana.. tetapi InsyaAllah, semoga dapat dimanfaatkan untuk gerak kerja Islam. (Sarah, now you can stop 'beralasan'!)

Seperti yang sedia maklum di awal-awal karangan ni.. sempena 2012 ni, aku juga akan berpindah rumah. Rumah baru, bolehlah dijadikan satu analogi untuk sebuah penghijrahan. Semoga ada membawa perubahan yang lebih baik, InsyaAllah.

Kemas-kemas rumah, seperti menyimpan balik semua lampiran-lampiran kisah sepanjang 2 tahun lebih meninggalkan alam belajar. Dari rumah ini kosong, menjadi penuh dan sekarang akan menjadi kosong semula! Ok sedikit syahdu.

Esok, akan ke masjid negara, mengulang lagi pengalaman manis bersama sahabat2 1000Jiwa1Hati penghujung 2010 yang lalu!..


Tahun baru datang lagi, semoga menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.


Selamat Tinggal 2011, Happy New Year 2012!


(workplace, lokasi terbaru kawasan paling stress dan paling fun) 

22 December 2011

Stressure

Dalam sebulan kebelakangan ni keadaan di pejabat agak tegang sebenarnya. tahun dah nak berakhir kan.. maka semua kerja perlu dibereskan. nak dapatkan payment jualan dan sebagainya.

Tambahan ada seorang kakak telah ditugaskan menjadi orang tengah diantara team programmer dan team sales..apa yang aku sedar, sejak itu keadaan seperti bertambah tegang (err bukan apa, kakak ni strict wooo! huhu) Sebenarnya, jika dilihat jangka masa panjang, orang macam kakak ni memang sangat bagus. Dia yang memperjelaskan lagi garis-garis panduan yang selama ini sekadar dalam kertas.

So, katalah dalam rules cakap satu laman sesawang perlu siap dalam tempoh 5 hari, maka pada hari ke-5 akan tercongoklah kakak ni bertanyakan status projek. phew~ (selama ni, bleh tahan lagi dragging sikit masa sehari dua, sekarang.. manyak kancong!!)

Keadaan yang tegang ni jugak membuatkan aku pun bertambah tegang. perasaan dia macam perasaan aku awal2 masuk kerja dulu. Memang aku masuk kerja mengadap laptop sampailah balik kerja.. tak pandang orang dah. Sebenarnya aku perasan aku stress (haruslah kan) tapi tak sangka ada orang lain perasan jugak.

"Hei Sarah why i did'nt see you smile lately?" - Jess.

Huh! tengok, punya lah sibuk kerja sampai senyum pun tak sempat. Tak sangka senyuman aku memberi makna pada Kak Jess, mesti dia sedih sebab beberapa hari aku tak senyum kat dia. kahkah!

Harap-harap fasa peralihan ini cepat-cepat berakhir. dan aku dapat belajar sesuatu di hujung jalan. Ameen.

nota-nota:
1.bekerja bersama majoriti non-muslim adalah benar-benar menguji pengetahuan dan kekuatan islam kita sebenarnya.
2.data entri syarikat telah pun meletak jawatan, kemungkinan besar diatas bahana tekanan yang melampau. Err.. siapa-siapa nak kerja as data entri calling2 k! Requirement? capable to work under super extreme pressure. hihi.
3. >.< dulu seronok sangat kerja baru, sekarang da rasa jugaklah dipukul ombak..
4.Fahamilah stress anda adalah berbayar.

14 December 2011

Kenangan Lalu

Sekarang dah 2011 bersamaan 24 tahun penghidupan di muka bumi Allah ini. Dan sepanjang perjalanan kehidupan ini juga, dah beberapa zaman di tempuhi. Baik dari segi teknologi, ilmu mahupun industri hiburan tanah air.

Dalam perkembangan tersebut, industri nasyid tanah air juga tidak terlepas dari mendapat tempias arus kemodenan. dari sekadar ber-percussion-kan bonggo dan kongga, sehinggalah tekadang gitar dan drum juga telah bergabung sama.

Meski demikian, aku tetap mencintai yang asli. kerana identitinya yang tersendiri dan tidak dipengaruh zaman, juga pada liriknya yang lebih utama dari merdunya alunan suara.

Bersama-sama redupnya langit petang dan semilirnya hembusan angin, ayuh kembali ke masa lepas..



Sambil bernostalgia, sambil bermuhasabah. 

Sekian, Assalamualaikum.

05 December 2011

coretan hujung minggu 4 disember.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menulis. Hujung minggu lepas, meskipun cuti adalah sekadar 2 hari bersamaan cuti hujung minggu tapi terasa sangat lama pulak kan.

(orang kata kalau bersama yang tersayang masa yang sekejap pun terasa panjang..)

by the way, hari sabtu aku dah menghabiskan masa sepanjang pagi menyiapkan tudung seorang kakak ni, yang dah tertangguh usaha-usaha penjahitan selama hampir 2 tahun (what???!hehe)

tengahari pula ke SS2 mengemas rumah baru disana, letih! Oh ya, kami keluarga 13-13 akan berpindah ke sana dalam masa terdekat. Err kalau ada yang sedang mencari rumah sewa sekitar Kelana Jaya boleh la bagitau, boleh aku kabarkan kepada tuan rumah. Begitu-begini mengemas rumah, sampai lah nearly maghrib.

Maghrib dirumah KJ, kemudian bertolak pulang ke kg halaman di Kuala Selangor. Tidurlah semalam di Kuala Selangor.. esoknya bertolak pulang sekitar jam 3ptg macam tu. Asalnya plan balik awal sikit tu, nak jumpa cik pemilik tudung, dengar-dengar beliau turun KL. tapi tulah, tak berkesempatan nak berjumpa.

Maka, area jam 3.45ptg kami menukar route perjalanan ke Bukit Jelutong, rumah ucu. makan, tengok tv, makan lagi.. Jam 9 malam bertolak lah kami pulang ke KJ.

Apa yang nak disimpulkan? sebab hari yang panjang tersebut, pagi ni aku lupa bawa access card ke ofis. heh!

Sekian.