Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 February 2012

Berubah.


Semua orang pun nak berubah menjadi lebih baikkan? 
Apa kata kita sama-sama berubah? ^______________^

Jom!

27 February 2012

oh! ... cantik.

Salam,

satu perkongsian dari selakan notes di FB,


Bab: Katakan kepada Wanita Yang Beriman Hendaklah Mereka Menahan Pandangannya

Wahai saudari, saya katakan kepadamu bahawa apabila engkau ingin mengetahui sebesar apa cintamu kepada Allah dan sejauh mana kejujuranmu dalam mengesakan Allah, maka perhatikanlah sikapmu! Apabila ada seorang pemuda (baik fasiq mahupun soleh) lewat dihadapanmu, maka jika engkau menahan pandangan darinya, itu artinya engkau adalah orang yang cinta kepada Allah. Namun, jika engkau memandangnya, maka ketahuilah bahawa cintamu kepada hawa nafsu dan syahwat lebih besar dari cintamu kepada Allah. Jika demikian, ubatnya adalah menegakkan tauhid kepada Allah.

Antara manfaatnya:
1. Firasat menjadi tajam
2. Pembuka jalan dan pintu ilmu (disebabkan hati menjadi bersih)
3. Menguatkan dan mengukuhkan hati, juga menimbulkan keberanian dalam diri.
4. Membebaskan hati dari jeratan syahwat
5. Menutup salah satu pintu dari pintu-pintu neraka


ouch!

23 February 2012

Plumber.

Bermula dari esok 24Feb sehinggalah 27Feb akan berlakulah masalah air di flat kami yang sekangkang kera itu. Maka, tengoklah inisiatifnya nanti macammana. Jadi bersembanglah daku dengan rakan serumah mengenai peristiwa ini..

aku: hg blk shah alam ke mlm ni?
aku: sok xde air
rakan: x aih
rakan: balik sok le
rakan: arini tadah air
rakan: esok mandi le sebaldi je
rakan: haha
rakan: ahad mlm tu tak balik la gamaknya
rakan: balik isnin.. so klu isnin masih tiada air, akan ku ajak sesiapa utk pi mandi di mana2
rakan: hehe
aku: yeah
rakan: tp sy masih positive bahawa sok pagi masih ada air
rakan: takkan diorg start mentenance pagi2 buta ye dok
aku: sy pun berfirasat demikian lah cik (nama dirahsiakan)..
aku: tbe hg cakap macam tu teringat lak peristiwa lalu..

ya. tiba-tiba aku teringat kenangan lalu, yang kalau diikutkan sangatlah menyeramkan dan mungkin men-traumakan mereka yang terlibat. Tapi kalau aku cerita taktaulah sampai ke tak tahap keseramannya lagi. Cerita dah lama. Feel-nya pun mungkin dah lari ke laut lepas..

Cerita ni bukan zaman universiti, meskipun ada beberapa episod jugaklah dimana kolej 12 dilanda masalah ketiadaan air. Tapi cerita zaman tu tak begitu seram lagi. Bukan jugak zaman matrikulasi, sebab seingat aku tak pernah la pulak ada masalah takde air masa di KMPP dulu. hurm, ada kah?

Ok, cerita ni berlaku pada 2003, kira-kira 9 tahun yang lalu..

Jam ketika itu sekitar jam 4 atau 5 pagi, yang pasti Subuh belum tiba. Tapi keadaan di Rumah Merah sudah perlahan-lahan makin meriah dek anak-anak gadis beratur nak tunggu turn mandi. Di dalam keserabutan yang baru nak mula rancak tu, seorang adik telah terlihat satu susuk tubuh lelaki melintasi. Di benaknya ketika itu cuma ada satu telahan,
"mungkin ada orang nak baiki paip yang rosak" 

Maka diabaikan saja lelaki tersebut. Tetapi lelaki itu sebenarnya, bukan lelaki biasa. Dia menyeludup masuk ke salah satu pintu di dalam bilik air ketika keadaan belum pun sibuk. Bila sahaja mendapat peluang, tiba-tiba dia keluar dari persembunyian dan menarik tangan salah seorang gadis, Jeslina (bukan nama sebenar, aku pun tak tau nama orang yang terlibat) di bilik air. Keadaan kelam kabut, suara manusia timbul tenggelam. Gadis-gadis bertempiaran lari, terkejut dengan kehadiran lelaki didalam bilik air perempuan!

Manakala Jeslina yang tertangkap tadinya, bergelut minta dilepaskan, ada ketika dia terlepas, namun apalah kudrat anak gadis dibandingkan dengan lelaki dewasa. Lelaki tersebut berjaya menarik rambut Jeslina. Beliau mengheret Jeslina ke koridor asrama, dalam keadaan teresak-esak dan kesakitan Jeslina mengikut saja rentak lelaki itu.

Ok, aku dah takleh nak karang lagi.. sebab sebenarnya aku tak di tempat kejadian pun. Tapi, atlast, sebelum lelaki tu lepaskan Jeslina dia hentak budak tu dengan belakang parang. So, kes berdarah jugaklah. Lepas kejadian tu, mereka yang duduk di Rumah Merah memang trauma, lebih-lebih lagi mereka yang di tingkat bawah. Aku rasa Jeslina pun pindah sekolah selepas kejadian tersebut. Hurm.

Itulah kejadiannya, sekian.

Dah tiba masa aku pulang ke pangkal jalan! It's 6pm liao, let's go back..

19 February 2012

Wasatiyah

persoalan hari ini,

ada orang kata wasatiyah itu bersederhana,
ada orang kata wasatiyah itu jalan tengah,

tapi.. apa sebenarnya wasatiyah??

sila renung-renungkan.. terima kasih

17 February 2012

Bersyukur. Alhamdulillah!

Agak busy jugak nampaknya hari ni, (tapi sempat jugak nak menyelit letak post barukan) menyiapkan kerja yang sedia ada dan juga beberapa lagi pembetulan yang tak tersiapkan. Dan ya, di tengah-tengah kebizian ini juga, terkenangkan kerja 'utama' yang belum setel. Berharap agar terluangnya masa dan menyiapkan kerja tersebut, tapi malangnya tak bertemu pula dengan kesempatan tersebut.

Akhir-akhir ini, banyak perkara yang semakin merudum. Saya merasa semakin teruk dan useless. T_T, selalu rasa nak lari, selalu rasa kenapa cant do to the fullest, kenapa masih ada rasa malas! Mungkin inilah rasa manusia yang bersalah, manusia pendosa. lama-lama fikir, nak lari pun kemana? dah semuanya pun bumi Allah, nak lari pun dari siapa. Allah tu Maha Melihat.

(perhatikan dihujung video, takde istilah terlewat untuk berubah ^___^)

But then, berada dalam lingkaran manusia-manusia hebat. Selalu rasa nak menitiskan air mata.. teruk mana pun yang (kita rasa) kita buat, tetap mereka sentiasa bersangka baik dan memberikan kata-kata husnudzon yang langsung menyegarkan kembali semangat kita untuk melangkah.

Syukran jiddan ya sahabat!!


(mereka sentiasa tunggu dan percaya saya akan datang walaupun lambat)

10 February 2012

Home For The Aged

Hari ni, berhasil menyertai Company Charity Event. Err.. pada asalnya memang taknak pergi pun, sebab dah dapat membayangkan keadaan pejabat yang akan lengang bila semua office-mate tiada. *awan kecil muncul diatas kepala-seronok tu!*. Betapa taknak pergi sehingga out of the blue moon, pakai baju kurung ke pejabat hari ni. (siapa yang sertai charity sebenarnya kena wear company's shirt)

Tetapi, itulah perancangan Allah mengatasi segalanya. Semalam, Jessie ada bagitau dia boleh accept kalau kami Malay taknak pergi sebab Rumah Charis yang diorang nak pergi ni digerakkan oleh Kristian. (Sebenarnya aku tak pernah terlintas pun tanak pergi sebab ia adalah Kristian punya rumah kebajikan) Jessie cakap, dia bagitau orang rumah kebajikan, yang akan datang 20-30. Tuptup pagi ni, kiraan pertama hanya ada 4 orang saje nak pergi. Maka setelah membuat perbincangan semula dengan rakan-sekongkol-tanak-pergi, akhirnya kami pun berubah fikiran untuk pergi lagipun sepanjang aku bergiat dalam aktiviti kebajikan, biasa pergi rumah anak yatim je. tak pernah join rumah orang tua. Mungkin menarik? why not have a try? kan? Apa? lalang? Bukan lalang lah.. hanya lambat membuat keputusan :)

Kami pergi 2 rumah kebajikan yang menjaga orang tua, tapi apa yang aku dapat rasakan adalah kesedihan. Tiba-tiba terbayang (Jika diizinkan sehingga umur tua), tak kahwin, tak de anak.. mungkin macamtulah kehidupanku? (ok, abaikan bayangan tu, awan nakal sila beransur hilang)

Rumah pertama tu Rumah Charis.. Rumah kedua yang aku nak kongsikan.. Ceritanya, owner rumah kebajikan ni, dia buat perniagaan buat keranda. (Keranda beliau punyalah mahal range harga? RM1k-RM20k. wallah!) Kalau aku duk rumah ni mesti sedih, tiap hari nampak keranda. Bagus gak tu? mengingati mati? Masa kat sini, owner dia ada citer panjang lebar.. tapi in Chinese la.. how could i understand? T_T

Jadi, aku dapat kongsi mana yang rakan-rakan-yang-baik-hati-dan-budiman ni sudi translate sajalah ye.
1. Mana dorang dapat takungan orang tua-tua ni? Dari hospital. Ada anak-anak yang purposely, hantar mak abah ke hospital then after recovered, hospital tak dapat hubungi semula waris.. samada bagi no telefon salah atau apa aku pun tak tau) So, mak abah yang dah kehilangan anak ni, dhantarlah ke rumah orang tua.
2. Tiap tahun baru, biasa ramailah orang berpusu-pusu nak buat kebajikan, amal jariah, bersedekah dan kasi angpow. Dan masa nilah baru anak-anak ni, entah mana-mana hilang tiba muncul. nampak macam baikkan? dan insaf. tapi sebenarnya, diorang datang untuk collect duit angpow yang mak abah diorang ni dapat. Ah ini aku rasa part paling tragis dan tak sangka ada orang macam ni.
3. Tong Sim Centre ni dia ada ambulans sendiri, sebab sebelum ni pernah jadi. Bila orang tua ni sakit, dorang call ambulans.. tapi ambulans hospital sampai sangat lambat. Dan orang tua ni dah mati terlebih dahulu. Sangat kecewa!
4. Biasanya orang tua ni tak ditanam setelah mati, bakar saje. Since kos untuk perkebumian cina adalah sangat tinggi.

Haa.. itu sajalah yang dapat aku kongsikan. Mood terkejut dan sangat sedih dengan kondisi masyarakat zaman kini. T_T


p/s: Habis program, boss belanja kari kepala ikan. satu mangkuk kari tu, RM85. fuh?!

hari ni punya Mandarin word yang dipelajari : 老人院 (Lao Ren Yuan - Home For The Aged)

09 February 2012

Cemburu.

Ada orang bernikah awal,
Ada orang membujang lama,
Ada orang menghabiskan masa cuti di negara orang,
Ada orang duitnya sekadar cukup untuk makan pakai sebulan,
Ada orang dapat ke Mekah di usia muda,
Ada orang tak sempat pun habiskan SPM,

Banyak jenis orang dalam dunia, kalau terlalu asyik menghitung kira nikmat dan bahagianya orang, sampai bila pun kita tak kan bahagia. Hakikatnya, apa yang kita ada itulah kebahagiaan kita. Selalu-selalulah bandingkan mereka yang lebih kurang berada dari kita, apakah kita belum mampu untuk bersyukur?

Subhanallah, Alhamdulillah untuk semua nikmat pemberianMu Ya Allah!! 
^______________________^