Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 September 2012

Jamuan Raya dan pelbagai berita

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni macam cramp sebab banyak sangat event. Pagi-pagi masuk office, baru dapat emel ada meeting jam 2 petang. ok, struggle untuk siapkan sikit kerja yang akhirnya tak siap pun sehingga masa meeting tersebut.
-,-. Kalut-kalut nak siapkan kerja, Joseph ajak take a break, dia nak belanja lunch. Walaupun dalam hati memang sebenarnya taknak pegi dan siapkan kerja, tapi disebabkan beliau telah kawtim dengan boss kami, maka tak kanlah nak sesiakan usaha murni beliau kan? Maka, kami rakan-rakan se-ofis pun pergi lah makan di Nando's.

Rush nak balik, boleh plak terlanggar kereta abang negro ni kat simpang nak keluar dari bangunan Nando's dekat OUG sana tu. Bincang-bincang abg negro cincai kira, lepas lah.. lagi pun tak teruk pun dari pemerhatian aku lah. tapi calar lah kereta audi A4 brother tu kan. Mungkin dia pun tak sampai hati nak marah bila tengok muka Joseph kut?

Sampai ofis, meeting dengan laju sekali, kemudian baru solat zohor. Then naik atas, buat kerja sikit. pukul 5 turun balik. Jamuan raya!! Oh men, ayam tadi pun tak habis hadam lagi nih.

Alhamdulillah, rezeki hari ni :) setahun sekali kan..

Oh tentang beberapa berita.

Walaupun sedikit cemburu, tapi sebenarnya tak patut kan? bahagian kita di dunia ni Allah kasi masing-masing berbeza.

Ada dua kawan dari UM yang dulu sama degree akan berkonvo master pada 2 dan 3 Oktober ni :) Tahniah Aiminaim dan Awanis!! You did it!! dan yang lebih seronok pada 3 Oktober tu Aimi akan terus ke Jepun sambung PHD. Subhanallah! orang kata carilah rezeki dengan bernikah atau belajar :)

Seronoknya!!

Dan satu berita lagi, seorang rakan di ofis akan mendaftar perkahwinannya esok. Buat kecil-kecilan sahaja, tiada makan mewah di hotel bagai seperti kebanyakan rakan sebangsa yang lain.. Meski demikian, tahniah juga saya ucapkan!! Kami rakan-rakan yang lain semua dah berdebar dia nak kahwin, dia masih steady. Katanya banyak kerja tak sempat nak kancong! ahaha~

Wah~ hidup memang penuh cerita. Bila aku nak macam orang lain ni? *ahem*

sekian, wassalam.

09 September 2012

Belajar dari kehidupan

Alhamdulillah, semalam berjaya menggerakkan diri ke Majlis Rumah Terbuka Pejabat YB Haniza Talhah, DUN Taman Medan. Tengok keadaan masyarakat, kut satu hari jadi YB? haha!

Dari kehidupan kita selalu belajar sesuatu kan?

Rumah Terbuka DUN Taman Medan, Malaysia.

Situasi 1
Ada seorang lelaki, bolehlah kita kategorikan sebagai abang/pakcik (mengikut pandangan saya lah), beliau memakan aiskrim sambil tangan sebelah lagi memegang pinggan yang telah dipenuhi hidangan lain. Mungkin beliau sudah kenyang atau mahu bersegera pulang, jadi dia hanya memakan aiskrim nye sahaja dan tidak menghabis kan kon dibawahnya. Lalu kon tersebut dibaling sahaja ke atas jalan.

Saya memandang rakan dan rakan memandang saya. Soalan pelik dan aneh berlangsung diantara kami tanpa suara. Hurm.

Situasi 2
Saya lihat dari kejauhan seorang makcik yang agak tua bersusah payah dengan tongkatnya datang ke rumah terbuka. Lambat-lambat, akhirnya sampai jua. Setelah menyapa dan bersalaman, saya biarkan dia masuk. Tetapi tidak lama kemudian, dia keluar semula. Terkejut saya, jauh2 dia berjalan tapi satu makanan pun tak dijamahnya. Rupa-rupanya dia datang nak ambil sumbangan, tapi tak ada kupon. Bila dengar balik penjelasan pihak penyumbang, makcik tu memang dah selalu sangat dapat sumbangan, jadi kali ini sumbangan hanya untuk yang tak pernah dapat.

Sesuatu yang tak betul saya rasa. tapi hanya perasaan yang disimpan dalam hati.

Di suatu tempat, Syria

Situasi 3
(saya tak ke Syria, saya hanya jumpa ini di Facebook ^___^)
"In Syria, a young five year old girl has been memorizing the Qur'ān at an incredibly fast rate. So, her teacher asked her, 'Why are you memorizing the Qur'ān so quickly?'
The young girl replied, 'Because I don't know when I'm going to be martyred!'"
– [Sh. Nabīl al-`Awadī]
Dari ketiga-tiga situasi ini, silakan anda yang membaca dapatkan pengajaran dari nya.

06 September 2012

Pagi yang celaru

Ada sesuatu yang tidak normal, yang salah dan yang tidak betul. Ia berada di dalam diriku sendiri. Tapi ia  tak sepatutnya begini. :( Kawan-kawan yang baik yang pernah aku kenal satu masa dulu. Ayohla kita kembali saling ingat-mengingatkan. Semakin lama berlayar di lautan dunia ini. entah rasanya makin aneh. Adakah benar dunia telah menjadi kecintaanku? adakah benar ia telah bertahta dihati?

Astaghfirullahal'azim...

"Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?”

Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”"

[Hadith Riwayat Muslim]


02 September 2012

13 tahun

Macam tak percaya dah 13 tahun. Sejak 2000 sehingga tahun ni, dah 13 tahun.. Semalam pergi rumah Aimi, nampak adik dia yang perempuan. Masa aku kenal Aimi tingkatan satu dulu, dia duk kendong adik dia tiap kali family dia datang. La ni da form 1 dah.

Meskipun sebenarnya adik aku sendiri pun dah form one, haruslah anak orang kita lagi notis kan, sebab tak nampak pembesarannya kankan?

Masa dulu kita yang 13 tahun, sekarang dah zaman diorang pula :) Berputaran. tapi tak pernah berpatah balik. Tahan sebak, syahdu. Itu baru tengok adik2. Kalau tengok mak abah kita, wah! lagi sebak. Kita semua semakin berusia.

Selamat Berbahagia menjadi puan kepada Ketua Kumpulan Al-Waqiah, Orentasi 2000. 
Habsah bt Kamaruddin.

dan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada rakan meja 1R, 2000.
Raja Zubaidah bt Raja Sabaraddin.

Aku juga nak ucapkan selamat bernikah dan semoga kalian berbahagia untuk semua undangan perkahwinan yang tak dapat aku penuhi. (Maaf ye sebab badan saya bleh hadir satu tempat saje dlm satu masa, belum belajar ilmu gerak sejurus dari Goku.:P)
Pishu, Junior SERATA
Dalila, SERATA
Kak Hezrin, Senior SERATA
Izyati, pen. praktikum KMPP.
Suhaylah, anak usrah :)
Kak Amal, Ikram PJ
Kak Farhani, Sukarelawan Ikram PJ.
Kak Feza, JIM IPT Selangor

Pintu syurga telah terbentang luas untuk kalian masuki, berusahalah untuk masuk dan kekal didalamnya. Bukan senang nak dapat pahala berpanjangan. :)