Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

27 August 2013

Aiti. langkah satu.

"Sarah, Please teach her how to insert excel data to MySQL" - boss
sebenarnya, adik manis dah tanya kami yang dah tua ni sejak pagi, tapi aku yang betapa malas nak screwed otak buat ignorance saja. Biar Nasyrah je jawab. hehehe.

atlast, kena jugak batang hidung sendiri. Maka, aku pun semak balik la cara lama. cara yang tak berapa nak programmer sangatlah. tapi.. yang penting jalan untuk mencapaikan hasrat mulia tersebut.

ya, dari excel tu. tukarkan jadi query.copy semua.paste kat php MyAdmin. Hehe :)

So, dikesempatan ni, aku nak ucapkan thanks to Mr Amir Zahid.. kau banyak bagi pelajaran berguna kepada aku sepanjang di Aiti. Dan indeed, sangat membantu aku sekarang. (aku harap kau ajar banyak lagi .. :P) Selamat hari guru! (ok tiba2)

Ok, itu saja nak cerita. Tiba-tiba aku terkenangkan manager yang banyak berangan tu.. rasa up till now dia masih di company lama. Live healthy tuan.

Oh, ini entri tiba-tiba. Tentang Dato LCW dan Steve Jobs? ouh oh!.. will update later!

till then, selamat bekerja semua.

22 August 2013

jom muhasabah #bekal

random.

in the middle of doing stuff, i just think of.. what if.

satu hari secara tiba-tiba bila kita sedar, kita bukan lagi di dunia! dan kita mula sedar apa yang kita buat/ spend kat dunia adalah suatu yang sia-sia belaka.

kereta cantik dan baru.
ijazah sarajana muda dan kedoktoran.
kerjaya glemer.
suami hensem.
anak-anak pandai dan terbilang.
keluarga kaya raya.

semua nya langsung tak dapat point pun kat sana. gulp. semuanya sia-sia. gulp.

kita bangun pagi, pergi kerja balik kerja. dapat gaji, spend it. rasa tak cukup, tukar kerja. gaji besar, spend lagi banyak. the routine will continue till the day we die. ok maybe akan tambah sikit sebanyak for those yang dah kahwin dan ada anak. bangunkan anak, mandikan hantar rumah pengasuh. and so on.

sedar2 eh eh. kita dah tak kat dunia? eh eh tak sempat la nak istiqamah solat malam, tak sempat nak banyak mengaji alquran. tak sempat nak cerita kat orang pasal islam. we are going to the day of JUDGEMENT and still kita tak sempat nak siapkan bekal!.

*pagi-pagi tiap hari aku akan siapkan bekal untuk lunch, buat aku pikir ini.. mana pulak bekal aku untuk hereafter?

#SiriTazkirahPendek.

18 August 2013

Hari Ahad.

Hari Ahad, hari cuti, hari orang akan buat/pi open house. oh jam! so, might as well kita duk betapa dalam rumah saje :P.

(oh what had happened to me lately, sooo sooo different with my degree life. whom was once so difficult to have free time to lepak2 during weekend *sigh*)

 "Masa student adalah masa yang paling selesa, comfort zone. Masa macam ni ana tak pelik kalau antum sibuk buat dakwah sana-sini. Selepas tamat zaman belajar, masa tu lah antum akan di uji. Mula-mula antum akan di uji dengan kerjaya. Tengok masa tu adakah antum masih lagi akan bergerak dalam jalan ni. Kemudian antum akan berkahwin. kemudian ada anak. Sampai masa tu nanti, adakah antum masih di jalan ni? Jika masih, ana memang salute!"

Kata-kata diatas aku dengar banyak kali, masa zaman belajar. Dah berapa tahun tu? 5-6 years back. #throwback.

Dan rasanya aku terasa ujian tersebut. baru 1st phase.

ok ini harus kita panggil sebagai masa untuk koreksi diri. Am i way too far from my goal in life?

#reflectionTimeForYouAndMe

*by the way, jangan lupa kirim doa untuk saudara kita di Mesir.. Kebangkitan Islam.. Pengakhiran zaman.. semuanya makin hampir.

14 August 2013

Ini tentang hidup #1

Assalamualaikum para pembaca sekalian!

Berapa episod je aku berjaya post sepanjang bulan puasa. teruk betul la sikap menulis aku akhir-akhir ni. Grr.. apa nak jadi lah.

Ok. untuk 2 hari lepas aku adalah dalam mode swing. atau kata lain, badan di ofis dan otak masih di rumah. jadi dengan bantuan stumble toolbar yang aku da install kat atas chrome ni.. aku dah terserempak dengan link ini. Ya! Ultimate Guide to writting better than you normally do. ^____^

Aku tak baca pun lagi.. sebab bila first point dia adalah Write Everyday, maka aku da rasa ditampar kat situ. terus lah aku mai sini dan menulis. :P (So, maybe lepas habis tulis ni baru nak sambung baca. kut? hehe)

So where to start.

nak citer, lately aku selalu baca cerita pasal orang, then impress dengan orang. Actually nothing can be change kalau kita duk asyik baca dan impress ngan orang without kita change diri kita. kan kan?

i've read half buku tentang Steve Jobs. Quite impressive jugak lah.. then berikutan dengan kejohanan badminton dunia yang berlangsung masa raya baru ni.. aku dah tersangkut lak baca citer chong wei dan ramai lagi atlit badminton lain, baik masih aktif mahupun da bersara. ini pun sangat menterujakan dan mencemburukan pun.

Afterall, lepas baca semua, i came to one conclussion. Nak tau apa? stay tune with next episode. He he he.. Sebab aku ingat kena review la sekali berdasarkan pembacaan aku tu kan. mana bleh kesimpulan sampai dulu before isi penting. Nanti orang confirm taknak baca dah.

Kenapa tak tulis sekarang je? Sebab panjang sangat.. tak sempat tulis sekarang :P

Oh by the way, aku tak memohon maaf lagi pada kalian pembaca semua. Masih teguh lagi layan merentas horizon? ada nampak any changes tak dalam penggayaan penulisan aku? Biasa lah tu manusia berubah mengikut zaman.

Eh eh. melalut. Ya semua! selamat hari raya aku ucapkan. maaf salah silap sepanjang hangpa baca blog picisan aku ni.. Nak duit raya jemput datang rumah Kg Gajah. Aku dah tinggalkan duit raya kat mak untuk korang >.<

Till then, jangan lupa next episode k! Adios. Chow!