Sabtu, 14 March 2015
Ok, sabtu lepas merupakan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Gema yang ketiga. Dan, as aku baru bersama Gema Selangor, secara tak langsung menjadi adhoc untuk penganjuran kali ini.
Audi Jurutera, UPM Serdang.
Terima kasih kepada rakan sekolah, seusrah dan seperjuangan yang sudi meringankan tangan, kaki, tenaga dan masa untuk membantu saya yang bertugas sebagai JK Dewan pada hari tersebut. :) You're the best mate!!
Secara keseluruhannya aku kira majlis berjalan lancar, walaupun hampir tak menang tangan dek kerana on the dot kena jadi merangkap AJK Makanan. Alhamdulillah lama bersama Karisma, i gain something untuk di gunakan bila di hari tua sebegini..
Tahiniah kepada barisan kepimpinan baru GEMA Nasional
Ahad, 15 March 2015
"Gunung adalah dadah alam"
sbasri, 150315
Okay, lepas done retreat maka kena la ada implementation kan? So, inilah first program GSB post-retreat,
Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu.
Nak cerita, berbanding Datuk, aku rasa Kutu is slightly tougher. Aku pun tak pasti atas reason apa. Mungkin takde member
perlahan tetapi pasti macam Happy Asaida kut? aha~
To enjoy the feel is my priority, but for some.. to beat their record adalah fokus utama. Jadi meletakkan dua golongan ini pada satu pasukan aku rasa agak mental. Kepada aku dan kepada mereka. Hmm.
Ala kulli hal, it was fun. Tengok view, tengok alam. Meskipun penat, tapi aku harap ada amal aku yang dikira oleh Allah sepanjang trip ini. ;) after all apa yang kita buat sehari-hari itulah matlamat kita kan? redha Allah.
rekod naik: 2 jam 45 minit (ni berdasarkan yang Hakim rekod, tapi yang aku rekod adalah 3 jam)
rekod turun: 2 jam (termasuk tersilap jalan)
By the way,
antara pengalaman tambahan yang diterima ketika trip ni adalah
1. Perasaan cemas ala-ala nak lost.
Ceritanya masa turun, lutut dan ibu jari kaki semua da goyang. Jadi aku pun less care about route. Aku just follow je orang depan, iaitu Is dan Nina. (of course la aku paling belakang, aku kan sedikit mental ketika itu) Tiba-tiba aku perasan bila jalan macam tak pernah lalu, ada anak sungai kecil. dan lalu sebelah anak sungai tu, dimana masa pergi tak de pun. Kemuncaknya tiba2 ada pondok buluh yang dah nak relai. Ahaha~ adakah kita dah lost? walaupun masa tu tengok sekeliling, still ada marking kat pokok2 berhampiran. Cuma aku perasan, masa naik tadi ada orang tinggalkan cebisan kertas graf sebagai penanda arah, tapi kat tempat tu takde. Aku masa tu, masih steady since ada bersama lagi 2 orang. Then kami patah balik .. nak cari simpang.. sambil tiup wisel. Ahha, masa tu tetiba jumpa ada brader ni (previously kami jumpa kat puncak) pun nak ikut laluan yang kami sangka salah tadi. Dia cakap itu laluan yang betul. And the rest is history. Ceritanya, rupanya ada banyak jalan nak naik.
2. Kemampuan manusia tu lain-lain.
Masa nak turun tu aku rasa memang lutut, buku lali dan ibu jari kaki semua dah sakit. Maybe pushing too hard kut masa naik tu. Nak dijadikan cerita, aku pun try keep it up dengan pace Nina dan Is, plus seram gak kalo kena tinggal. Diorang agak laju. aku cuba juga lah tak mengindahkan sakit tu dan keep move faster cam diorang. Sekali kauu, ada satu tempat tu, masa aku tengah laju lutut aku cam longgar then tak leh nak hold aku, terus aku tergolek sujud sembah dan beg aku pun ternaik nak ikut menyembah jugak. T.T Sejak dari tu aku sedar, yang aku takleh ikut pace dorang, aku pun slow n steady je jalan.
At the end.. Alhamdulillah, segalanya selamat dan dapatlah aku tulis blog hari ni :P
** setelah aku sembang2 balik dengan is hari ni, baru aku tau.. rupanya brader yang kitorang jumpa tu memang bukan nak ikut jalan ktorang tu. Tapi, dia ikut jalan tu sebab dengar wisel nina.. T.T Allahuakbar. Alhamdulillah Allah biar dia lambat sikit dari kawan2 dia untuk guide kitorang keluar.
masih berhutang..
*Mistik akhir
*trip Singapore
*trip Janda Baik