Selasa. 27 oktober
Sebabkan pagi isnin aku pergi ke JPJ tak dapat menunaikan hasrat nak buat lesen, maka aku berhasrat nak buat lesen di pejabat pos jer ketika lunch hour. Kak Siti cakap buat di pejabat pos lebih pantas dan tuntas.
"Sarah, nanti lunch pukul 12 jom. Makan kat pantri" - aniza
"Saya tak bawa bekal, kita makan kat mak je lah. Awak bawa bekal makan sana" - aku
aku siap check sorang-sorang, turn out Aniza sorang je bawa bekal. tapi tetap dia nak suruh gak semua orang tapau jer dan makan kat pantri. Aku pun berkira-kira lah nak makan kat pantri, tapau kat mak dan buat lesen lain hari. tapi tapi tapi ada satu hal yang membantutkan perasaan aku untuk terus makan di pantri.
aku pun terus drive ke pejabat pos. dalam hati duk fikir, takpelah ramai dah kut boleh teman aniza. :D sekali tengah duk tunggu turn kat pos opis. bertalu mesej dari nur dan aniza.
"kak sarah, nur ada bawa bekal hari ni nak kasi kak sarah rasa" - nur
"ok nanti siap lesen akak g rasa. lapar gak ni" - aku
sampai opis dah jam 1.
"apa ni sarah, kata nak makan jam 12. janji lain, buat lain. orang munafik je buat gini" - aniza
pergh seriau ni. pastu nampak nur
"ha nur, mana makanan nak kasi akak rasa? kat atas ke? jom nak rasa"
"jap jap nur pergi ambil bawa turun"
Pastu tak lama, Nur turun dengan kek. Comel gila kek Nur, sama macam nur. haha!
Rabu. 28 oktober
pagi tadi sebelum pergi kerja kak siti cakap, hari ni mungkin kau akan dapat delivery lagi, sebabnya aku duk cakap kat kak siti.. sempena birthday memang dihujani kek-kek yang bakal mengundang diabetes gitu.
aku dengar jer lah kak siti cakap tanpa ambil pusing pun. mungkin sekadar random guess?
hari berjalan seperti biasa. mengantuk sikit hari ni sebab kerja yang elaine bagi semalam, aku dah siapkan on the spot. aku pun tak pasti dia tak sedar ke aku dah siapkan sejak semalam. Sebab dia tak hand over kerja baru pun lagi.
maka dalam jam 3.30 petang aku turun jap kat receptionist area, tempat aniza. sebabnya nak makan kek hadiah birthday yang kak shira bagi hari Ahad. :P (banyak ngat kek, so kena queue nak makan each) kek coklat moist dengan mashmallow. Tengah duk makan sambil gossip ringan, tiba-tiba nampak brader neon runner datang. Delivery!
brader tu masuk dengan sejambak bunga. wow, so cool siapalah dapat bunga ni. tetiba brader tu mention my name. erk? gulp.
untuk kek dan untuk bunga.
untuk makanan dan semua cinta.
untuk bujang dan nikmat sihat.
untuk sahabat terindah dan segala rasa yang dikongsi.
terima kasih Allah. i couldn't thank u more.
am 28 and am bless.
#terimakasihcinta
Khamis, 29 oktober
sebenarnya, tarikh lahir 25 oktober tu, aku share dengan seorang lagi adik usrah, Balqis. Jadi, Ara dah bagitau beforehand yang nak buat celebration birthday untuk all october baby. Tapi dek kerana kekalutan kat ofis, maka aku dah terlupa dah plan ara ni. Kalut makaih kat opis.
Hence, the celebration..