Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 May 2018

Sehari sebuah buku

Hari ni nampak dekat FB kawan, hari ke 2 Ramadhan (mean semalam) dia dah khatam 2 buah buku. Ini seperti membakar semangat gue untuk mencontohi usia murni beliau.

Maka, target Ramadhan tahun ni,
sehari sebuah buku.

How?

Disebabkan hari ni da 3 Ramadhan, maka aku target nak khatamkan 3 buku ringkas hari ni. Semua buku2 akan aku postkan summary dekat blog ni insyaAllah.

Atleast,

1. Buku-buku yang dah hampir nak jadi mini library ni berjaya di baca
2. Ada la something aku boleh gunakan untuk writeup kat aku punya blog ni.

Ahaha!

Till then, wish me luck please. TQ

14 May 2018

Politik dan Malaysia Baru

Kinda late to wish Salam Malaysia Baru kepada semua pembaca Merentas Horizon. Tahniah Malaysian! Tahniah Anak Muda! We made this.

Politik

Sebenarnya, politik bukanlah gelanggang aku. Macam biasa, jadi rajin duk menelek cerita2 bila dekat nak pilihanraya atau around time pilihanraya. Lepas tu, habis kemana entah semua hasil bacaan. 5 tahun kemudian, bila diskas lagi macam, er oh cerita ni, rasa dah pernah baca dah dulu!

Begitulah hubungan seorang Sarah dan Politik. Tak begitu akrab, tapi bersahabat.

Tahun 2018 menyaksikan tsunami besar politik negara. Tak sangka, ia terjadi di depan mata, sedang usaha perubahan telah dicetus sejak 1998 lagi, reformasi. 20 tahun kemudian, hadiah untuk Malaysia.

Malaysia Baru 

Untuk Malaysia baru ni, aku takde lah merasa begitu teruja yang overwhelm sebab, kerajaan baru ni adalah totally brand new. Pasti akan ada banyak lompong dan kelemahan sepanjang pembinaannya. No offense, kita yang memberi ruang untuk mereka, lets get it through together. InsyaAllah sentiasa ada harapan. Kerana harapanlah menjadi nyali untuk manusia terus melangkah.

Barisan Nasional tidak lagi relevan selepas 60 tahun beraksi, tersungkur akibat korupsi. Digantikan dengan Pakatan Harapan yang memberi nafas baru untuk Malaysia. Seperti pesakit IJN yang mendapat jantung kedua, nafas lebih nyaman, tetapi komplikasi pasti ada.

Salam Malaysia Baru!