Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 September 2021

Ringkasan Tentang Hidup

Pada dasarnya, manusia adalah makhluk sosial yang terlahir sunyi dan berhujung sunyi. Dari tiada apa-apa menuju tiada apa-apa juga. Dari tidak berdaya kepada tidak berdaya lagi. 

Betapa indahnya susunan kehidupan dan perjalanan takdir aturan tuhan. Kerana perancangan dan jalan Nya, kita belajar banyak tentang hidup. tentang survival, tentang perjuangan, di perjuangkan dan memperjuangkan, tentang cinta dan persahabatan, tentang kerjasama dan kesatuan, tentang perbalahan dan kemaafan. tentang marah, dendam berhujung sayang dan rindu. 

Indah. bukan?

Setiap juzuk yang datang membawa pelbagai rasa dan warna. Memberi senyum dan air mata. Alangkah lucu kadangkala bila mengenang indahnya zaman remaja yang dipenuhi suka dan riang bersama kawan-kawan tanpa pernah diberatkan dengan beban kehidupan, zaman kanak-kanak yang begitu polos dan sering bertemankan air mata kerana belum kuat untuk mempertahankan diri dan perasaan sendiri. zaman awal dewasa saat cinta dan perasaan mula diusik perlahan, membuai dan terbuai. 

Hingga akhirnya kita bertemu dengan kenyataan hidup. Kita berumah tangga dan membangunkan mahligai yang pernah menjadi mimpi dan impian. Cinta yang pernah hangat kadangkala tenggelam dik kesibukan memperjuangkan nakhoda yang kian bertambah ahlinya. Bebanan kerja, tanggungan keluarga, mendidik anak, meneladani ibu ayah. Menjadi rutin yang tekadang melelahkan.

Belum sempat semuanya membuahkan hasil. Kita diuji dengan kesakitan yang tidak kita tahu salahnya dimana, hanya kerana aturan takdir telah tertulis begitu. Dan.

hidup kita menjadi kembali sunyi.

Sebelum akhirnya lenyap di hujung nafas yang terhenti. Dan bernokhtahlah satu perjalanan kita di dunia yang sebentar. Melenyapkan semua rasa yang pernah kita ada. 

Terima kasih Allah, untuk seluruh rasa yang kau pinjamkan selama ini.

Kematian, tak pernah gagal menjadi teguran dan peringatan untuk kita dalam menerus langkah. Allah, moga akhir langkahku dalam redhoMu. 😭

Takziah untuk kepulangan Dr Tahir Abdul Rahman, ke pangkuan rabbul jalil. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para anbiya' dan solafussoleh. Sesungguhnya kami menjadi saksi perjuangan beliau dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah. Amin

19 September 2021

Tabung Syiling

Dulu masa aku sekolah rendah. Dekat rumah ada sebijik porcelin berbentuk tempayan. Kecik je porcelin tu. Lebih kurang saiz mug atau cawan. Tapi tempayan kecil tu selalu mencuri pandangan. Ahaha. Nak tau kenapa?

Sebab, kat tempayan tu ada duit syiling yang melimpah ruah. Sampai dah tak boleh tutup dah. (Atau sebenarnya penutup dia dah pecah, aku pun tak pasti) Mak cakap duit syiling tu kalau mak ada jumpa syiling sekitar rumah mak kumpul masuk situ. 

Kerap juga aku ambil sikit duit dalam tu. Besar makna syiling untuk seorang kanak-kanak masa tu. Taktau budak sekarang merasakan yang sama tak eh? Hmm..

Sekarang dah besar ni baru paham kenapa lah syiling sering terkumpulkan. 😁 kat rumah ada 1 balang, kat pejabat pun ada 1 balang. 

So geng, kalau susah sangat nak menabung banyak², moh ler kita menabung syiling saja. Hehehe. 

06 September 2021

PUBG

Akhirnya, terjebak jua.. banyak pengaruh pandemik dan PKP ni terhadap kehidupan sosial massa. Norma baru. Sejak cara sosial manusia berubah dari kehidupan nyata kepada maya ni, banyaklah yang berubah.

Kalau dulu, hujung minggu banyak dihabiskan dengan ke sana-sini. Baik program kebajikan, program kendiri, usrah, mahupun aktiviti santai/outdoor/travel. Sekarang ni, apa pun tak boleh. Dah nak boleh kut noh, sikit lagi..  

"Dah bakpe awak mati awalnya? kata nak belanja ayam malam ni"

"Takpe la kali ni Sarah carry saya lah plak"

Selang beberapa minit aku berjogging di lapangan Livik tu, 

"Sarah, mampu scope je ke sarah?" kata sorang random team mate lepas dia dah terbunuh sebab tak nampak musuh tiba-tiba headshot dia. Pastu dia duk spectate aku.  

Itulah masalahnya, sebab bila kita dah terkorban kat PUBG ni, kita masih boleh spectate team kita yang masih hidup. Kalau semua team dah mati pun, kita nak spectate opponent pun boleh. Kira-kira sempatlah kalau kau nak belajar strategi ke kan. Boleh sangat. 

Feeling macam boss tengah perati je gerak kerja kita. Ha gitulah lebih kurang.

Orang nak main, kau pun nak main. Dah scope je la mampu. Wakaka.

Position selalu aku dapat setiap habis mission: Battlefield Medic, Pacifist, Survival Expert 
Kepakaran: jogging, kutip weapon, jadi pasukan sorak time spectate member, jadi beban team dan yang penting, berlakon jadi bot.
Kelemahan: Kill (biasanya 0 kill, kalau lebih dari 0 tu maksudnya bunuh bot lah tu)

"Kak, sampai bila kak nak jadi beban kepada team? akak kena lah belajar jugak" - Adik penang, kemain kencang mulut dia. Umur 10 or 12 tahun tak tahu mana satu umur sebenar. 

Setakat aku main kira-kira dah sebulan ni, aku jumpa yang paling muda darjah 2, yang paling tua 23 tahun. Mungkin ada kut yang lebih tua, tapi aku tak dan tanya umur time main. Oh ada jugak kenal yang 34 tahun. Sorang. Si Hafizuddin. Ada lah sekali kut dia main time kuarantin hari tu. Habis kuarantin mungkin dia pun uninstall dah PUBG. Ha gitu.

Main buai pun dalam game je sekarang.

So gais, kalau nak tlg carry.. roger lah.. saya tunggu kat Cheer Park ek. Siap menjadi beban anda! Ahaks. 

Pen off.