Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 November 2021

10 years ago.

Selalu nampak orang buat 10 years challenge. So, why not? kan.

2011

Banyak sebenarnya yang jadi di 2011. Sebab tu aku rasa terpanggil nak buat sesi throwback ni.

Langkawi


Untuk pertama kalinya aku naik flight pi bercuti. (Naik flight 1st time 2009, sebab kerja - client time tu kat Sandakan) Masa ni buat percutian housemate gitu. Pergi dengan Kak Siti, Awanis ngan Alia. Duk tumpang rumah Kak Aishah (kawan kak Siti) Elok plak time tu kak Aishah ni nurse kat Hospital Langkawi. Jadi dapatlah cut budget penginapan sebab stay rumah dia. Alia naik Ferry ke Langkawi sebab masa tu Alia dah duk Penang. Syok betul rasanya bercuti time tu. First time kan! Masa tu tak dapat naik kabel car sebab tengah maintenance. Kitorang try pakej mangroove tour instead of island hoping yang biasa orang pergi tu. Nice lah, singgah gua buaya, gua kelawar. Oh, dan tempat siakap 1k tu, memang dari dulu tour guide pun kabo dah gerai tu mahal. Dia suruh pergi je tengok2 ikan kat dalam sangkar. Aku tak ingat kitorang makan ke dak kat rumah air tu.  

Master

Akhirnya tahun 2011 jugak aku decide untuk mencuba nasib sambung master. Sebab kalau ikut dah molek sangat aku kerja dah 2 tahun. Kalau nak further guna pengalaman, memang sesuai dah lah. Jadi aku cuba nasib apply. Aku tak sedar tarikh tutup dia dah dekat. Walhal cert aku kat kampung. Kalut lahai minta tolong orang kat kampung tolong scan segala. Elok sehari sebelum tarikh tutup aku submit permohonan, dapat tak dapat belakang kira. Yang penting lepas untuk submit. Zaman tu ada myBrain, aku memang cadang nak apply yang tu jugak. Masa tu, seingat aku yuran persemester dalam RM4k. Pening kepala juga kalau nak kira2 dengan gaji zaman tu. Alhamdulillah, aku dapat panggilan master beberapa hari sebelum panggilan kerja.

Kerja

Aku kerja dengan company pertama aku tu adalah 2 tahun. Sebelum company tu decide untuk downsizing. Dah tak boleh pergi jauh lagi sebab takde sales masuk. Sedangkan workers kena dinaikkan gaji. Camtu. Masa mula-mula dapat tau, operation (programmer) tak affected sebab main business memang system. Jadi secara logik, memang kena maintain programmer lah untuk make sure system tu sustain kan. Sebelum Jun 2011 kitorang dah dengar2 nanti BDO akan di panggil untuk amik surat retrench. Alih2 1 Jun semua dapat surat, tinggal boss2 dan beberapa orang admin je. Masa tu, fuh berhenti seketika putaran bumi. Tapi muda lagi kan, sat jah patah. Bangkit kembali gais. Senggang masa 1 bulan sebelum kitorang tamat kerja 30 Jun. Boss cakap, tempoh masa yang tinggal kat ofis tu, bolehlah sambil cari kerja lain. 

1 Julai aku balik Perak, lepas 2 minggu balik PJ semula. 2 minggu senggang masa jobless dah rasa macam hidup tak berarti. Tu yang cepat2 buat comeback. Masa tengah takde kerja ni dapat tawaran master. Dalam masa yang sama dapat pulak panggilan kerja. Sebabkan kerja masuk lagi awal dari master, aku pun masuk kerja dulu. 

"Sarah, boleh u masuk kerja 1 Ogos?" Joseph
"Boss, boleh saya masuk 2 Ogos tak? Sebab 1 Ogos tu start puasa. Saya nak puasa dengan family kat kampung" aku
"Ok boleh. U masuk 2 Ogos"

Masa aku masuk tu, aku sorang je Melayu. Lain semua cina. Banyak jugaklah yang terkejut2, benda baru semua. Tapi layan jelah. Life is a process what!

Company Trip dan Tablet (Samsung Galaxy Tab 7.0)

Sebulan lepas aku masuk kerja. ofis bagi tau akan ada company trip. Kehadiran optional untuk yang belum confirm. Dahlah suasana kerja baru, kena pi plak company trip kan. Memang the shocking bertambah tambah. Tapi satu motivasi aku nak pergi, sebab boss bagitau, ada lucky draw, first prize dia Samsung Galaxy Tab. Zaman tu, mana ramai lagi yang pakai smartphone. Aku pun tak pernah terniat nak beli smartphone. Ni gara-gara duk dengar arwah abang long cerita pasal tablet ni la. Jadi aku pulak yang berminat sama. 


Masa tu memang serius aku nak dapat first prize. Punya serius sampai aku doa tiap kali lepas solat. Huhu. Dan, ya itu dia Alhamdulillah wa syukurlillah. 

Tentang company trip? Menarik lah masa tu untuk aku. Sebab company sebelum ni kecik je, kurang 20 orang pekerja. Memang takdelah trip2 ni. Bila dapat pi ni memang seronoklah. Anak muda time tu. he he he.

Kereta

Bulan November tiba dan aku pun memutuskan untuk beli kereta. Pikir jauh punya hal lah kan. Satu sebab agak renyah sebenarnya nak amik public. Masa tu aku habis kerja jam 6 petang, paling awal sampai rumah jam 8 malam. Dari ofis, jalan kaki lebih kurang 500m pi bus stand. amik bas ke LRT. amik LRT Taman Jaya ke Kelana Jaya. Kat sana tunggu bas T907 ke ek, masuk Ara Damansara. Solat maghrib biasa kat LRT, sama da sebelum naik atau selepas turun. Gigih betul time tu. 

Tambah plak susah lak nak gi program sana-sini. Ingat lagi, masa tu kalau malamnya usrah, balik kerja, aku sampai kat LRT Taman Jaya, pastu jalan ke Amcorp Mall. Makan dinner, ronda-ronda dalam mall then solat Maghrib. Lepas Maghrib aku pun menapak ke rumah Mak Cik Chom. Balik usrah tu tumpang lah kereta mana-mana usrahmate yang sudi. :)

Atas pertimbang taraan panjang, maka kita kasi jadi lah sebuah Myvi 1.3cc. Nama dia Vijay Kumar. :) Salam kenal ya gais untuk yang tak sempat berkenalan lagi tu. 

Pindah Rumah

Masa mula kerja, aku tinggal kat Ara Damansara, sebab opis 10 minit berjalan kaki dari rumah. Bila dah tukar kerja, jadi terlalu jauh pulak. Tambah pulak ada beberapa hal lain yang di letakkan dalam consideration. Maka, Disember 2011 aku pun pindah ke Seksyen 19 Petaling Jaya. Dulu tingkat 13, sekarang tingkat 5. Sebulan Disember tu kami pakat cuci rumah dan pindah kan barang secara runcit2an. Malas nak cari lori kan. Gitu ar. Balik kerja pindah kan sikit2 barang. Dan officially serah kunci rumah Ara hujung 2011. Dan memulakan hidup baru di 2012. 

Ringkasan 2011 boleh juga di baca di sini 

2021

Untuk 2021 aku summary kan je lah ek. 2021 dah tak dapat nak bercuti macam 2011. Covid gais! its real! Siapa sangka masa 10 tahun dulu, yang 10 tahun kemudian akan ada covid. Walaupun sekarang dah boleh melancong (dalam negara) tapi aku masih berhati-hati dan pikir panjang lagi. Dengar kabar siakap kat Langkawi pun dah harga 1k. hehe. Sajalah include, 10 tahun lagi baca, bolehlah ring a bell isu semasa kan. 



Selain tu, sebenarnya aku tak jadi sambung master masa tu. Syok sangat kerja gamaknya! Haha. Dan bukan masa tu je, sampai ke sudah tak sambung nya. End up, kawan-kawan dan adik2 lain mostly dah ada master tapi bukan aku! kuikuikui. (Kalau tanya sekarang, memang padam terus dah api semangat nak sambung belajo tu) Aku masih kerja di company yang sama! walaupun dah beberapa kali bertukar department/ projek. Masih memakai kereta yang sama (dah habis bayar, syukur Alhamdulillah) dan juga tinggal di rumah sewa yang sama. 

Tablet tu dah hilang, belum cukup setahun dia dah hilang. Dan 2019 aku dah beli pengganti yang baru untuk kehilangannya. Lama betul aku nak heal, 7 tahun baru bleh dapat pengganti. Ha ha ha.

Aku pun masih single sampai sekarang, tatkala rata-rata kawan, handai dan kenalan di 2011 ramai dah menikah dan beranak pinak. 

Bergerak bersama NGO pun dah makin lemau. macam lampu kat dada otromen tu ha, berkelip kelip. Tak sangka rupanya lepas 10 tahun banyak benda makin lemau. Aku pun tengah gali-gali ni, apa je yang mampu menyiram semangat dan motivasi untuk aku di sisa usia akhir-akhir ini. 


Mungkin apa yang aku rasa ni, applicable untuk aku sorang. Mungkin jugak korang yang baca ni pun sikit sebanyak ada merasakan seperti apa yang kurasa. Jadi, jom lah sama-sama kita berusaha lagi untuk mencari semula semangat yang hilang. Terus berusaha lagi dan lagi sehingga akhirnya nafas kita bertemu hujung di kerongkong. Sehingga itu, semoga kita di matikan sebagai seorang hamba yang terus berusaha memperbaiki diri, bukan menyerah atau mengalah dengan keadaan. Kita muslim tak mungkin berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu luas, kita saja yang malas mencari. Ayuh! Bangkit lagi teman2. 

Sekian.
Kg Baru,
29/11/2021

15 November 2021

Cerita Gunung Tahan

Tiba-tiba ada yang share link cerita dari Gunung Tahan. Sedih pulak membacanya, ada line up yang meninggal dalam trip diorang. Sebenarnya, setiap kali GEMA nak open trip, perkara ni selalu je bermain di fikiran. Lagi-lagi bila nak open trip, kalau diorang minta lead, memang perkara macam ni lah yang selalu bermain di fikiran. Minta simpanglah dari terjadi. 

Kisah pertama yang aku baca adalah di kongsikan oleh Hafizuddin. Perkongsian oleh Aziz Riadi tentang kematian sahabatnya di Gunung Tahan pada pendakian di tahun 2007

THE UNTOLD STORY : TANAH TAHAN - GUNUNG TAHAN 2007 (M2K)

Kisah dia ada 3 part. Tapi nanti ada sambungan part 4 pun cerita kematian jugak cuma part tu tak keluar lagi. Bolehlah korang baca dulu 3 part yang awal ni. Kalau yang pernah naik G Tahan tu bolehlah bayang betapa masyaAllah nya laluan dia nak pergi balik pergi balik tu. 

Aku memang tak bleh bayangkan lah kalau jadi kat line up sendiri.. Wargh!! Nasib cerita ni tak keluar sebelum aku naik Tahan dulu. Sobs.

Sebabkan terlalu sedih, dan menyesakkan dada. Jadi aku pun sajalah google pengalaman mendaki gunung tahan. Tengok cerita lain pulak. Lalu terjumpa cerita dari Aden Lee

Ekspedisi Gunung Tahan (Malaysia) 1982 (K2K)

Cerita tahun 1982 ni geng! Cerita Aden ni memang agak epik lah. Boleh pulak guide dia tarik diri lepas sehari perjalanan dan line up dia first time masuk hutan (bayangkan apa je agak-agak ration yang diorang bawa? huhuhu). Gunung Tahan kut! Lol. Dan Aden ni pun well prepared, dia still bleh carry the trip meskipun first time sampai Tahan. Pakai peta je gais. Pastu plak zaman tu belum ada tangga kat gunung tangga 15. Ada tali je. Walao weyh. Standard hiking tahan zaman tu Kuala - Puncak - Kuala adalah 11 hari. Diorang berjaya buat 6 hari. Mantap, bukan kaleng2.

So jemputlah membaca pada yang berminat ye.

03 November 2021

Datuk (re-visit)

Kali pertama menjejak kaki ke Datuk adalah tahun 2013. Antara projek awal GEMA dulu. Memang aku kalau naik gunung ni dengan GEMA je masa mula-mula dulu. Ye lah, kau kan penakut. Takut untuk keluar dari zon selesa. Duk kat hutan dengan orang yang kita tak berapa kenal background gitu kan. Biasalah, baru habis belajar kut time tu. Mana biasa sangat bermasyarakat. LOL. eh tibah, macam jauh sangat lak aku punya kona ni.

2013 (5 Oktober 2013)

Masa ni naik dengan Fazira, Kak Zira dengan Saidah, beg pun pakai beg laptop. Kasut tak de lah sesuai spek gunung, kasut bata biasa je time tu, tapak tak berapa nak ada bunga pun. Mana ada lagi hiking gear time tu. Bagpack yang ada pun memang beg laptop je. Maka bawa je la beg tu. Pancit teruk masa hiking ni. Walaupun berat aku time tu baru sekitar 42kg. Tapi nak buat macam mana, ringan tak menjamin stamina. 3 jam naik saja. Mengah mintak nyawa. Aku dengan kak Zira hampir tersadai, tapi Saidah tetap cool dengan kamera digital kaler hijau dia sambil menyemangati kami berdua supaya tak betul-betul tersidai.

Serius said, penat gils.

Sampai puncak rupanya ada tangga, nak kena naik tangga tu baru sampai puncak berbatuan. Tangga zaman tu, tangga tegak 90 degree tu ha. Kalau yang gayat memang seriau jugak.

Tangga ke first batu besar

Tangga ke puncak

Kasut Bata dan Beg Laptop. Lejen.

Alhamdulillah, syukur. Di puncak Datuk

Selepas dari yang tu, aku pun dah berapa kali datang Datuk ni. Most of the time datang untuk training ke trip akan datang. Dan biasanya bersama partner in crime, Tokie. 

2021 (31 Oktober 2021)

Kali ni.. sajalah datang lagi, tambahan border negeri baru boleh buka ni kan. Bolehlah kita cuba try test kemampuan diri. Setahun lebih mandom ni. Ada jugak suara-suara yang bertanya kenapa Datuk. Ye lah kan banyak lagi bukit/gunung lain yang boleh pergi area Selangor ni. Tapi tu lah tu, Datuk ni macam sentimental gitu. 

On the way ke Rembau, tengok kampung-kampung tu teringat pulak zaman buat Eksplorace Batu Maloi. AJK siap datang recee sampai 3 kali ada kut. Aku tak ikut pun recee, know2 hari kejadian jadi fasi. Memang fasi yang kelautlah jawabnya. Kenangan.

"Kita kena repeat kak eksplorace tu" edah

"Haah, kertas kerja dah ada dah" tokie

"Ini last chance untuk kita gerakkan balik GH ni, kalau tak berjaya gak tarik anak muda, kita tukar nama jelah" aku

Sempat gaklah sembang terbang sampai langit ketujuh patah balik. Sembang je lah, kut? haha. Biasalah, tak sama dah kan keadaan sekarang. Banyak dah berubah. Banyak benda kena consider. Tapi kalau ada chance, why not? 

Ok perjalanan kali ni kami ber-9 orang (termasuk Dhuha) Perjalanan dimulakan dengan terpecah kepada 3 kumpulan - Salha, Maza, Hanan - Sarah, Edah, Tokie - Nina, Amar, Dhuha

Tapi lepas check point pertama, Tokie dah masuk ke kumpulan Nina, Amar, Dhuha. Maka aku dan Edah meneruskan step longlai dengan masa pendakian 3 jam. Ahaha! Nampaknya sejarah itu, telahpun terulang sendiri. Penat tu biasalah, nama pun hiking. Yang berubah kali ni adalah, aku takdelah rasa stress or frust sangat tak jumpa2 peak. Pendakian kali ini lebih tenang dan santai. Mungkin betul, kita takut/stress/frust sebab kita tak tahu.

Ok, sepasukan!

Lepas sikit dari Checkpoint 1. Maka terjumpalah Nina Amar Dhuha

Nak dekat ke puncak, jumpa amoi hiking solo. Takda kawan katanya, sajalah nak bergambar together taknak nampak lonely sangat. Gituh!

Dik, satgi kalau kawan akak tanya kenapa lambat, akak bagitau kitorang sweep awak tau. 
Eh eh camtu plak
Biasalah dik, dalam hidup ni kita kena sentiasa diperguna dan mempergunakan. Win win situation Camtu.

Pekena kopi dan megi!
Ni tangga nak ke 1st batu. Boleh compare dah lah.

Nampak tak, tangga ke puncak jaya u oll, boleh dah feeling pwincess!

Disebabkan pagi tu hujan, thus the view .. kabus je la gais.

Pada akhirnya suka saya nyatakan, masa takkan mengubah stamina (sekiranya kita tidak mengusahakannya), masa hanya akan mengubah saiz badan. Huhuhu.

Dahla wak, sampai situ je lah cerita aku untuk Datuk 2021. Turut di lampirkan log perjalanan beberapa kali ke Datuk sebelum2 ni. Korang tengoklah betapa kertu hit so strong.

 

Post-hiking: 
1st day - segala sendi sakit. 
2nd day - sakit macam lagi teruk dari semalam
3rd day - sakit slightly better than 2nd day.
4th day - masih sakit, ketika orang lain semua dah ok. 
5th day - sakit berkurang tp masih sengal² kalau banyak jalan
6th day - keadaan biasa dah tak sakit, cuma kalau naik tangga masih sakit mild² gitu.
7th day - sembuh, Alhamdulillah 😭

Sekian catatan dari aku.