Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Segenggam Tabah - Inteam
Tapi bila semakin berusia ni, memang susah betul nak menumpukan perhatian. Focus lifespan memang kelaut. Bukan je nak buat kerja mudah terganggu, yang tadi meluap-luap nak spill semua kat blog pun dah jadi lupa. Apa aku nak cerita tadi ek, tadi berkobar betul nak story .. dah bayangkan alur nak kemana, tapi time tu tengah bersegera nak solat Maghrib, abis solat lupa dah.
Parah.
Lebih parah lagi, kadang tu sebelum nak tulis tu meluap-luap pelbagai rasa dah bersusun da ayat tak sabar nak tulis. Tapi sampai je kat keyboard, taip sikit pastu fikir balik, bagus ke buat ayat macam ni ek. Rasa macam tak patut tulis macam ni. Dia macam dah tak genuinely nak berkarya (eceh), dah banyak do and don't yang menyekat dari menulis. I'm getting older and wiser barangkali :P
Tapi cerita dia, aku agak overwhelm hari ni, rasa nak marah, tapi macam tak cool lak marah. rasa macam nak nangis, ok tipu tak sampai lagi rasa nak nangis (Oh, tapi tadi terlalu lagu 'Segenggam Tabah - In Team' mengalir gak air mata) Bila kerja sorang-sorang ni susah nak 'lepas'. Kak Siti balik je dari sekolah tadi duk cerita masalah kat sekolah dia hari ni. Aku macam, ok semua orang pun ada masalah.
So, that's it. Moga esok lebih baik dan manageable dari hari ini! Semangat!
Oh ya, Salam Ramadhan guys.
Sempat gak aku post satu entri untuk Februari, Alhamdulillah
| Niat nak membaca tu ada dah, susun dah atas meja. Tapi itulah... |
*by the way tajuk tu sekali imbas macam tak ngam tapi sebenarnya tak kosong. Korang trylah cari kaitan dia. Ada. Iya ada.
9 Ramadhan
26 Februari 2026
Seksyen 19, Petaling Jaya.