'Kak, apa tajuk thesis akak dulu?' satu soalan muncul di notification tiktok. mesej dari anak PUBG yang dah pensi sebab dah nak SPM tahun ni, Maru.
Agak random soalan dia. Aku pun lalu memerah otakku kembali. Apa ek tajuk thesis aku? Susah tau nak recall balik kepada sesuatu yang kita usahakan 17 tahun yang lalu. Seingat aku tak lama lepas grad, aku dah hilang dah softcopy aku punya thesis tu. Pulaknya, orang semua print thesis ada copy untuk diri sendiri. Aku tidak ya, aku punya thesis tu, aku memang print ikut requirement yang fakulti minta je. Kalau nak cari balik, maybe bolehlah pergi ke library fakulti sains. Agak-agak diorang simpan lagi ke eh?
Aku pun cuba perah lagi pemikiran aku, kut-kut ada tempat yang aku boleh trace balik tajuk2 ni. Dulu emel pakai emel uni. Lepas habis uni, dah takleh guna dah pun. Tapi wait, aku boleh trace balik guna emel peribadi aku zaman tu!
Maka, aku pun try login.
Dear Yahoo Mail Member,
We’re so glad to see you’re back! Due to inactivity, your mailbox entered an inactive state. This means we stopped accepting your incoming emails. If your period of inactivity was long enough, we also deleted all of your emails. Now that you’ve signed back in, your mailbox has been reactivated and you will start receiving new emails again shortly.
Hancur hatiku membaca emel diatas. Murung seketika. Emel yahoo ni dulu memang aku tak padam (banyak gila spam emel) zaman YM, zaman matrik, zaman Uni. Semua gone!
Macam nilah kan hidup di zaman jejak digital ni. Bila terpadam, maka hilanglah separuh ingatan tentang kamu di ingatanku. Dipaksa selesai dari masa lalu. Sobs.
Maka, jangan tanya aku ok tajuk thesis aku apa. Aku tak ingat.
Sempat jugaklah aku coretkan tentang emel ni dan tentang Yahoo Messenger di post yang lepas.
Syok sendiri jugalah rasa masih menulis disini. Dulu ada sorang yang rajin membaca kat sini lagi walaupun zaman dah pelbagai socmed. Tapi dia pun dah takda. Moga syurga tertinggi untuk beliau. Sekarang ni kalau teringat kat dia, samada baca alfatihah atau cari balik voice note dia. Rindu.
Eh panjang pulak, cerita thesis pun jauh pergi dia.
1/9/2026
