Ada seorang rakan ini yang suaminya dihantar outstation kerana kerja. Dengarnya, akan pulang selepas 2 kali krismas.
makaih!!lamanya..
dengan tulus dikatakannya..
"aku xkisahlah kalau dia nak kahwin lain kat sana. itu keperluan. dari dia buat yang bukan2"
mudahnyalah dia berkata kan.. mudahnya orang berkata soal kahwin.. hurm~
************
ye diatas bukan topiknya..
bila kita rasa,
hidup ini sakit.. hidup ini teruk.. kadang rasa xadil..
kenapa kita kena buat perkara yang diluar kemampuan kita??kan..
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)
after all.
think it back. Hidup adalah sekolah tarbiyah. ujian dalam hidup, untuk Allah beri kita peluang.. cuba melonjakkan diri kita.. sejauh mana kita boleh melangkah.. sejauh mana kita mampu lakukan..
macam kita belajar berjalan.. berapa banyak kali jatuh pun.. kita bangun balik.. dan terus mencuba.. mungkin menangis untuk pertama kali terasa sakitnya jatuh.. tapi lama-kelamaan kita akan lali dan sakit itu tiada lagi..
macam kita tersesat di dalam hutan.. hari makin petang dan malam akan tiba.. sekalipun kita telah terlalu penat untuk melangkah.. tapi kita tidak boleh berhenti.. sebab kita tidak tahu gelap malam akan membawa kita kemana..
If Allah bring us into this.. He will help us through it.
kan??
*bersabar dan tabahlah.. Allah bersama kita.
1.35pm
Ofis.
Kelana Jaya