Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 July 2009

Selamat Hari Lahir Siti Hajar


Di pagi yang indah ini, saya ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI LAHIR KE-23 (wah kau dah berumur kak siti).. kepada anak sulong cikgu Basri.

disebalik ketenangan dan imagination yang sering kak siti lakukan untuk menyiapkan segala kerja-kerjanya.. beliau sebenarnya merupakan seorang kakak yang baik dan sering mengutamakan keluarga..

Terima kasih untuk jasa kamu menjadi seorang kakak saya sepanjang berhidup selama 22 tahun di bumi ini ^_^ hehe.

Namun segala ke'kejam'an kamu membuliku ketika kecil dahulu.. sukar untuk dilupakan. hurm~

Semoga ulang tahun ke-23 ini memberi pencerahan yang lebih untuk menyuluh kamu jalan hidup dan impian yang ingin kamu capai..

**kertas budak2 pasum tu da abes tanda belum?haihla..

820am
Nepiege Holdings,
Ara Damansara

15 July 2009

life will be ok

susah mana pun hidup,
pasti ada indah dihujung jalan.

macam hujan lebat yang lewat senja menghadiahkan pelangi yang cantik

macam penatnya panjat pokok kelapa, yang akhirnya bagi kita air kelapa muda yang sedap.. atau santan yang lemak manis ..

macam penatnya mengejar perompak, yang akhirnya dihadiahi terima kasih oleh pemilik handbag bersama senyum yang terlebih manis..

macam penatnya kita beKERJA untuk ISLAM dan akhirnya mendapat syurga disana nanti..

sabarlah sang HAti ^_^

Sarah,
Nepiege Holdings,
Kelana Jaya

11 July 2009

jom amik lesen

haa! tadi sapa dengar pengumuman dari PM kita.. (sempena 100 hari pemerintahan) untuk sesapa nak amik lesen.. yang sebelum ni kena bayar yuran blajo ngamik lesen moto rm500-rm700 dah diturunkan ke RM211.. wow!
amacam kawan2? apa tunggu lagi.. amik lesen yuk!!

*untuk perincian lanjut mengenai isu ini, sila tunggu berita malam ini @ surat kabar esok.. hehe ^_^

*esok da nak kena balik KL..waah sodih!!

Kg Gajah, Perak.

10 July 2009

Pelupa

penyakit pelupa atau Alzhemier memang biasa kita jumpai pada masyarakat yang berwarga emas kan? tapi tu la.. aku pun xtau apa yang sedang terjadi pada diriku.. kerana ia sedang menjalar dalam diriku sekarang.

case 1.
xleh nak login internet dari semalam bawa ke hari ni. sebab musabab salah letak susunan password. nasib baik talian hayat : tanya kakak ngan adik.. hurm??

case2.
company profile. kwn di posmart tanyakan mana aku letak printed company profile. dan aku memang sangat blurr. mana aku letak? yang aku pasti, aku xbawa balik company profile tu dan aku dah letak kat tekad. cuma xtau kt mana. da bagi abg rizal ke? nk tanya dia? dia pun pnyakit mcm aku. bkn ingt sgt..

*aku rasa sakit aku ni da makin kronik.. aku da prasan dari 2nd year dlu.. haih!

Kg Gajah,Perak

09 July 2009

Arapaima gigas


Arapaima Gigas a.k.a ikan naga

Arapaima gigas adalah nama satu spesis ikan yang terdapat di Malaysia. (sebenarnya bukan berasal dari Malaysia) arapaima gigas biasa juga dikenali sebagai ikan naga. Mungkin kita biasa mendengar mengenai cerita2 ada naga di tasik kenyir.. mungkin ikan inilah yang dirujuk sebagai naga tasik kenyir.. arapaima mempunyai sisik yang cantik dan berwarna-warni.

Mengapa arapaima gigas heboh diperkatakan?
Arapaima Gigas mula menjadi bual mulut para nelayan tasik apabila baru-baru ini terdapatnya kes kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba. Arapaima di dakwa menjadi pemangsa terhadap 2 pekerja yang terbunuh.

Namun, menurut para nelayan atau kaki pancing tasik kenyir, arapaima tidak memakan manusia dan makanannya berupa anak ikan.

Tasik Kenyir

Bagaimana arapaima gigas boleh menjadi penghuni tasik kenyir?
Arapaima berasal dari Brazil, dan dikatakan telah mendiami Sungai Amazon sejak sekian lama. Namun, terdapat seorang pengusaha chalet berhampiran tasik kenyir telah membela ikan ini. Ikan ini cepat membesar, oleh itu tuan punya ikan telah melepaskan ikan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sg Petuang. Malangnya 4 ekor terlepas dan seekor mati.. Maka berkembang biakla arapaima gigas di Tasik Kenyir.

Arapaima Gigas tergolong dalam keluarga Osteoglossidae (ikan berlidah tulang) iaitu satu keluarga dengan ikan Arowana. Cara makannya menyerupai Tioman dan Haruan. Arapaima mendiami kawasan air gelap dan naik ke permukaan setiap 12 minit untuk bernafas. Anak arapaima berwarna hitam kehijauan dan warna bertukar merah garang apabila dewasa. semakin dewasa, semakin terang warnanya.

Ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga melebihi 4.5 meter dan mencapai berat sehingga 120 kilogram

* sumber : metro Ahad,28 Jun 2009

*arapaima ni boleh dikatakan invasif spesis gak la.. sebab dia boleh memusnahkan pembiakan ikan lain sekiranya ia wujud di satu2 habitat..

*tbe je bg post ikan pehal kan?ni semua gara-gara amin. tbe2 bukak internet cari pasal arapaima gigas. xke pelik? manalah pernah dia menggunakan internet untuk mencari perkara berfaedah. haha ^_^

10.13am
Kg Gajah, Perak