Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 April 2021

Pak cik parking 2.0

(haha.. kelakar lak aku rasa semakin kecil lingkungan pemerhatian kehidupan aku sekarang. Sama kecilnya ruang lingkup kehidupan di norma baru ini)

Ok jom kita start.

Hari Isnin kelmarin, aku balik macam biasalah. jam 5 petang sempena bulan Ramadan ni. Dekat tepi ofis ada kedai jual lauk pauk. Memikirkan malas nak singgah pi bazaar, jadi aku tapau sesiap. Lauk, sayur dan kuih. Lepas tapau terus ke parking.

Masuk kereta letak beg dan barang belanja, start enjin. Tiba-tiba pakcik parking ketuk tingkap.

Recap sikit

Masa mula aku parking sini, aku memang pernah dengar yang orang cakap parking sini tak berbayar. Jadi aku pun parking dengan bahagia. Tapi tiap petang, aku akan nampak pakcik ni meronda tengok kereta-kereta semua. Macam amik bayaran parking lah kan. Kawan aku pesan, jangan buat eye contact, masuk kereta dan terus jalan. Hahaha! Apakah lah perangai kan. So, sampai lah ke hari Isnin tu aku tak buat eye contact dengan pakcik tu. 

"Tayar pancit ni" kata pakcik tu sambil tunjuk kan tayar depan aku belah kiri. Aku pun keluar sat, dan cek tayar. Oh no! Memang flat habis tayar aku. Memang tak boleh gerak dah ni. Aku masuk kereta balik sambil call kak Siti

"Takde lelaki ke kat situ, minta tukarkan tayar spare. Takpun ko tinggal kan je dulu, naik grab je balik" Aku turun tadi sekali dengan Imah, jadi aku rasa imah la calon yang sesuai nak hantarkan aku ke lrt untuk aku balik PJ. Jadi aku call imah. Tak dan call masuk, pakcik tu ketuk lagi tingkap kereta aku. Talian aku matikan.

"Ada tayar spare ke? saya tukarkan"

Ya Allah, 😭 berkat RamadanMu kah ini Ya Allah. Maka aku pun bergegas tunjukkan kat mana tayar dan pakcik tu tolongkan. Kesian jugak aku tengok pakcik tu, dah beruban dah, peluh dia mencurah curah macam hujan nak cabut nat tayar tu. Posa lagi. Mesti habis kudrat dia nak cabut tayar tu. Dalam masa yang sama ada jugak brader muda ni mai, aku rasa sama kerja joki ngan pakcik ni rasa. Dia la tolong habiskan buka nat terakhir yang pakcik tu tak berjaya buka.

Imah datang jugak lepas amik anak dia. Thank you Imah. 😁

"Takpa kak, nanti kak bawa pi bengkel minta tampal tayar tu. Tak payah la sampai tukar tayar"

Begitu begini, lebih kurang 5.40 petang semuanya selesai. Aku pun memandu pada kelajuan 60-80km/jam memandangkan tayar kecik sebelah kan. Jadi takboleh la memecut seperti gaya SYM (Sarah Yang Memandu) 

Sampai PJ, terus terjah kedai tayar dekat simpang berhampiran rumah. 10 minit kemudian, siaplah tayar di tampal dengan harga RM8, aku pun pulang ke rumah dengan tenang dan lega.

Lesson Learnt?

Dont judge a book by its cover. Jangan selalu sangka buruk kat orang. Last-last orang yang kau bersangka tu yang bantu kau! Adehhh. Zass! Sekian, itulah perkongsian sekaligus tazkirah Ramadan ke 7. Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah.

20 April 2021

Pak cik parking

2019

Aku kira tak perlu menjadi malaikat untuk orang menyukai kita. Cukuplah kita menjadi manusia. 

Semalam balik dari kerja, pakcik jaga parking dah ada, pakej bersama dengan keluarga dia aku kira. 

"Ni ada pelam kat depan rumah berbuah. Makan la dengan kawan2" ujar pakcik sambil menghulur seplastik mempelam padi kut eh. Kecik2 buahnya.

Bagus pakcik ni, memang kerap dia bersedekah macam tu. Hari tu jambu air, ada juga dibaginya sayur. Tanaman di sekeliling rumah macam tu.

2020

Sempatlah beberapa kali aku berinteraksi dengan pakcik ni dek Covid kan, WFH. Jadi pergi ofis pun tidak kan. Tapi di hujung-hujung tu pakcik dah tak kelihatan, orang lain yang jaga parking. Bila sembang-sembang katanya pakcik tu sakit. Sekarang dah balik kampung, berubat di kampung. Tak tahula apa kabarnya dan sakit apa.

2021

Tahun ni, aku dah tak parking kat tempat pakcik tu lagi, sebabkan parking tu dah tutup. Aku pun tak pasti apa projek, aku syak depa nak properkan lagi tempat parking tu gamaknya. Tengok batu untuk tar jalan dah selonggok kat hujung parking. Tapi tu lah, sampai dah bulan 4 ni, tak nampak progress pun lagi.

Hari tu aku nampak pakcik ni tengah berjalan kaki berhampiran kawasan parking. Tapi sebab aku dah driving nak balik, sempat angkat tangan je lah. Kereta pun banyak kat belakang, nak borak tanya kabar pun segan. Tengok nampak sihat jugak, Alhamdulillah. 

10 March 2021

Tumbuh dewasa

Hey gais. 

Assalammualaikum,

malam ini terasa sedikit melankolik dari biasa. Jarang-jarang aku masih berjaga di jam segini. Ada yang berat merayap di pundak. Ada yang gabut masih tak terlerai di minda. Berserlirat dan membungkam.

kedepannya ku kira langkah akan makin memberat. hidup. dan ujian. dan ujian untuk orang hebat itu lebih besar dari kita seharian yang hanya perlu berperang dengan rasa malas untuk bangun dari tidur. 

banyak rasa-rasa yang makin memudar.

banyak rasa-rasa yang tidak lagi terdaftar dalam diri.

mati rasa.

begitulah aku kira kerasnya pelajaran hidup mengajar kita untuk tumbuh dewasa. 

Walau apapun akan terjadi kedepannya, moga Allah terus memerhatiku dengan belas dan ihsannya, Aku masih mahu hidup walau langkah ini sering tersadung dlm menuju Cinta Mu ya Allah. 

19 February 2021

Angpow

Sejak 9 tahun lepas, kerja aku adalah collect angpow bila tibanya Tahun Baru Cina. Haha! Masa awal2 logiklah kan, tapi dah sampai 9 tahun masih collect angpow? haha. Sebab masih kekal bujang walau dah 9 tahun. got it? Lol! 

Dulu-dulu setiap CNY (biasanya seminggu selepas CNY) akan ada letupan mercun kat depan pejabat. Aku pun tak pasti lah simbolik atas apa, tapi memang syarikat-syarikat yang berhampiran mana-mana yang chinese company pun buat yang sama. 

Lepas mercun berbunyi, maka beraturlah kami ambil angpow dari boss. Macam tu lah, setiap tahun pun. Kemudian dalam bulan yang sama akan ada ke rumah kebajikan untuk charity event.

Tu semua aktiviti yang aku hadap since CNY 2012 sehinggalah 2016 aku kira. Sebab 2017 onwards, aku dah duduk client side di KL. Jadi takde lah join sangat aktiviti sambutan tahun baru cina tu. Walaupun angpow yang diterima tak sebanyak dulu (masa dekat HQ), paling kurang 3 sampul tu still dapatlah. 

Aku nak cerita pengalaman aku bersama angpow ni. Biasanya angpow2 ni aku tak guna. Sebab sayang. Nampak macam kecil je kan, 1 sampul paling RM10, kalau boss atau company angpow mungkin boleh sampai RM50 atau RM100. 

Cerita dia, tahun 2011 aku beli kereta. Sebelum beli kereta tu kehidupan aku biasa-biasa je lah. Ye lah bujang, duk rumah sewa RM400 sebulan share 5 orang. Jadi berapa sangat je lah luak duit gaji kan. Komitmen aku time tu selain bil letrik air dan duit sewa rumah, yang tambah tolak baru RM100 tu hanyalah hutang PTPTN. Jadi memang hampir tak pernah mengenallah terma hujung bulan makan megi. Bagi aku time tu, aku akan makan megi bila aku rasa nak makan megi, bukan sebab takde duit. 

Bulan 8 aku tukar kerja, bulan 11 aku beli kereta. Time tu aku baru confirm tempat kerja baru (ya, tempat kerja sekarang ni lah) So gaji waktu tu, barulah lepas molek nak buat pinjaman kereta. Uh yeah, elok lepas beli kereta. kitorang decide pindah rumah. Yang sewanya naik sekali ganda dari sebelumnya. 

Tahun 2012, first time lah aku dapat angpow. time ni eksaited tau. Banyak dapat tahun ni. hehehe. Tapi sayang nak guna, aku simpan semuanya. Bila dah ada kereta ni, baru lah sikit2 merasa kepedihannya. Huhu, mula dengan kena bayar servis berapa bulan sekali tu. Kemuncak dia bila kena renew roadtax dan insurans di hujung tahun. 

Ya itulah buat pertama kalinya, dalam bank aku tinggal RM100 je lepas renew roadtax. Memang takde simpanan dah. Maka, masa tulah aku korek balik duit-duit angpow ni semua. Sangat berguna angpow tahun 2012 tersebut yah. Selepas tahun tu, aku guna jugaklah bila terdesak. Dah hujung-hujung ni, (beberapa tahun terakhir sebelum covid) selalu aku guna untuk salam kaut je. hehehe. Kalau muslim boss2 aku tu, mengalir jauh sedekah depa. Moga satu hari di berikan hidayah oleh Allah. 

Sekian kisah aku dan angpow. Happy Chinese New Year all! (versi terlambat)

10 February 2021

Suram

Tak banyak keceriaan akhir-akhir ini kan. Suasana tak mendukung! Nak ceritanya sekarang aku dah fully masuk pejabat. Sebelum ni, masa zaman PKPB vs PKP 2.0 (sebelum 4 feb) aku masuk pejabat bergilir. seminggu masuk pejabat. seminggu kerja dari rumah. Lepas tu pulak, masa bekerja dibagi diskaun 2 jam. Steady dapat balik awal untuk beberapa bulan. 

Oh tapi ada yang tak bestnya adalah.. 

kakak-kakak yang meniaga kat kafe ni kesian jugak. Ada satu kakak buat air yang memang kitorang rajin tegur tu.. biasanya 2 orang. Tapi sebab kan orang pun dah takde, kafe pun sendu, kakak yang sorang dah pi kerja tempat lain dah. 

Everything going to be good soon right?

Oh, 10 februari juga mengenang 21 tahun yang lepas i masuk skolah asrama! he he he.