Pernahkah anda mendengar atau alert tentang sebuah surah di dalam Al-Quran bernama An-Nahar? mesti tak pernah kan? kalau ada yang pernah pun mesti segelintir sahaja..
Assalamualaikum,
ok.. mari saya kongsikan tazkirah yang didengar semalam.
Surah An-Nahar ni adalah bersamaan dengan surah paling pendek dalam Al-Quran, atau pun nama rasminya Surah Al-Kautsar. Bersempena korban ni, mari kita lihat ayat ke-2 dari 3 ayat surah Al-Kautsar,
Mengenai ayat ini, para imam Mazhab berbeza pandangan mengenai hukum melaksanakan Qurban.
Maliki - Imam Qurtubi yang bermazhab Maliki berpendapat ayat dirikanlah solat diatas merujuk kepada solat fardhu, maka solat fardhu hukumnya wajib dilaksanakan, dan disebabkan Qurban diletakkan sebaris dengan perintah perlaksanaan solat fardhu, maka hukum qurban jatuh wajib bagi yang mampu.
Shafi'e - Berbeza dengan imam Qurtubi, imam shafie berpendapat, solat dalam ayat ini merujuk kepada solat sunat. Ini kerana ayat ini telah turun pada 2 tempat iaitu, sebelum hijrah dan selepas hijrah. Dan memandangkan Al-Kausar turun selepas hijrah (ayat madaniyah) maka perintah solat disitu merujuk kepada solat sunat aidiladha yang sangat dituntut. Maka, qurban pun jatuh hukumnya sunat muakad.
Hanbali - Manakala imam Ahmad b Muhammad b Hanbali mengatakan solat di dalam ayat merujuk kepada solat subuh.
Antara persoalan yang bermain di minda.
Boleh tak nak bagi daging qurban pada non-muslim?
Jawapannya, tak boleh kerana ia bersangkutan dengan ibadah. Jika ikut pandangan imam shafie, kalau lah terberi secara tak sengaja daging kurban yang dah dilapah kepada non-muslim sebab tak tau tu rumah non-muslim. Maka, kena pergi beli daging baru dengan kemudian bagi kepada fakir miskin lain dengan niat sedekah.
Boleh tak kita share duit beli 1 bahagian daging. Sebab patut kan lembu 7 bahagian, tak ke jatuhnya da 8 bahagian pulak?
Jawapannya boleh, sebab nabi juga pernah kurbankan 1 ekor kambing sahaja kemudian diniatkan kurban itu untuknya dan seluruh ahli keluarga. Yang penting niat kita untuk berkorban tu.
Macam mana pulak dengan qurban luar negara. Kita tak nampak qurban kita tu disembelih.
Ini tiada masalah, sebab pada satu tahun Rasulullah tak buat haji. Maka baginda mewakilkan seorang sahabat untuk buat qurban baginda.
Orang yang mampu berqurban tapi tidak berqurban, hukumnya makruh. Sabda Nabi SAW:
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا
“Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berqurban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat shalat kami.”
(HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Al Hakim, dari Abu Hurairah RA. Menurut Imam Al Hakim, hadits ini shahih. Lihat Subulus Salam IV/91)
Nota kaki: Silalah melaksanakan qurban bagi yang mampu, kerana Rasulullah ketika hayatnya tak pernah tak buat qurban. Compare to Him, agak-agak kita ni mampu dak eh?
Sumber: Kuliah Maghrib, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer
* Disebabkan datang melenggang, maka ini sahajalah yang dapat dikongsikan. lately, ingatan sangat terhad.