Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 April 2015

Mesin Pencetak

Semalam, aku jalan-jalan kat Digital Mall, nak mencari ink printer sebenarnya memandangkan yang hitam telah kehabisan isinya beberapa minggu yang lepas.

Dan agak renyah sebenarnya bila event nak start dan ink printer takde. Maka ronda meronda lah aku kat dalam digital mall. Tanya satu kedai brother ni, kaler hitam catridge RM70 .. sobs.

Jalan lagi, tetiba teringat soon mungkin aku akan kena scan borang pendaftaran keahlian. So, bagus aku survey harga scanner sekali. Oh sekarang harga 3-in-1 boleh dapat around RM200++ eh. Nice.

Printer aku yang berjasa tersebut Canon ip300 aku tu usia dia da mencecah 7 tahun dah. masih setia berbakti. Terharu sangat. Tapi bila umur dah lanjut ni, mentenen akan tinggi. Macam sekarang, harga catridge pun dah RM70.

Ahaha.

Tetiba aku dah beli 3-in-1 HP .. lol. Bahaya bahaya, mencari ink berakhir dengan new printer.

Sekian.

Grey (Canon) vs White (HP)

Welcome Home New Toy in House..

p/s: Bila kita buat sesuatu,, dan something stuck in the middle, find solution not make an excuse. :) Selamat beramal *peace* #notaIngatanUntukDiri

14 April 2015

Perasaan nan serba bersalah

Semalam, aku park depan kedai Berys (seberang jalan). Masa aku selisih kedai Berys, ada sorang kak amoi baru masuk kereta (yang dia park betul2 depan Berys) Dia masuk jer kereta terus tekan hon. Rupanya ada orang double park kereta dia.

Aku lenggang kangkung terus menyeberang jalan gi kereta, letak beg kat seat sebelah. Tapi kak ni memang agak rushing agaknya tak sempat berselang lama dia hon lagi. Aku masa tu dah duduk kat seat pemandu usha la dalam kedai. Kelam kabut amoi owner kereta yang double park tu. Roti yang dia da letak dalam dulang nak p bayaq, cepat-cepat dia letak balik.. nak alih kereta punya pasal.

Lari-lari dia pi kat kereta. tiba-tiba kereta dia tak boleh start. Ah, sudah! Hati dia mesti debar dah, sebab orang tu tunggu dalam kereta kan. Pastu kebetulan ada sorang lelaki lalu, dia minta tolong brader tu start kan. Tapi memang tak boleh start. At the end, brader tu tolong tolak je kereta dia, bagi kak yang rushing tadi blaa dulu. Atleast setel satu problem .. kan.

Aku rasa brader tu pun maybe rushing to somewhere. Jadi dia sempat cakap-cakap sikit kat amoi td before sebuah bmw menjemput brader tu pergi. Amoi tadi masih resah, dia kehulu kehilir call member2 (kut)

Aku freeze dalam kereta tak tau nak buat apa. Aku dah la baru beli jumper. Tapi aku taktau guna !== adeh. pastu aku pun tak berani nak keluar tanya apa masalah sebab aku tak rasa aku boleh beri pertolongan.

Ah gadis-gadis comel yang kasihan. >.<

Lama juga aku melayan drama sebabak ini, sambil berperang dengan diri sendiri.. cmner nak tolong ke tak. Akhirnya aku berlalu pergi dengan jutaan kekecewaan. sobs. maafkan daku amoi.

Ketika aku sedang bersedih hati tu, ada plak bunyi wassap masuk. Semak punya semak, ada poster!!

tadaaaa...

Jadi, moh le kita gadis-gadis comel sekalian. Ahaha~ terima kasih sudi baca k, jemput datang program ye semua :)

12 April 2015

Sebuah pesanan.

Ada satu pesan.

Saya telah katakan dan masih mengatakan kepada Ikhwan dalam setiap muhasabah. Sesungguhnya kamu tidak akan sekali-kali dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga kerana ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh musuh ke atas kamu. Walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah keatas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar-benar dan hilang setiap perkara yang menyambungkan kepada kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat

...

*nanges sepanjang malam*

10 April 2015

The momment

Bila camping, malam adalah masa yang aku suka. Sejuk. Walau tak tinggi mana pun, tapi malam dalam hutan memang sejuk. 

Dulu masa aku kecik, aku selalu bayangkan camp fire. Nampak seronok. Hehe.

Tapi end up bila besar, baru tau.. orang camping sekarang memang tak bakar2 guna kayu api, instead they use gas dan stove. So punah lerai harapan aku nak camp fire. Make a group in circle and start exchange story. Lalala~ Nampak sangat banyak tengok drama inggeris. 

Ok.

1. Star Gazing

Baring atas batu dalam kepekatan malam sambil menatap bintang yang bertebaran luas pada dada langit. Sambil tu alam membelanjakan bunyi air yang tak pernah berhenti mengalir. Nyum2. 

those moment.

2. Heart to heart

Bangun awal sebelum Subuh with a group of girls friend, perform Qiam dan heart to heart session! Memang meresap betul, kalau ada yang nak sampaikan so, time camni la the perfect timing nak spill, nak muhasabah. Nak nangis ke, nak sendu ke.. Dalam malam yang gelap dan ditemani terang purnama. Subhanallah.

those moment.

For both, i cherish the most. 

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah untuk semua rasa yang kau beri. 
Jalan hidup kita lain-lain tapi setiapnya, ada rencana Allah yang indah. 
InsyaAllah.