Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 April 2016

Jogjakarta - Mt. Merapi (2 913 mdpl)

Akan ku peluk semua yang patah.
Biarkan kembali rindu lahir dari sebentuk harapan yang mengalir.
Doa-doa mungkin tak akan berharga,
tanpa rasa syukur kerana kita masih ada.
[Tak pernah habis, Boy Candra]


 
Home stay ananda. Ruang belakang rumah boleh sidai baju.


pemandangan di hadapan homestay, priceless.

Sampai di Homestay semua beratur nak mandi. Mandi pertama sejak tiba di Jogja. Ahaha T.T Dapat pula air macam ada ais kiub kat dalam kolah. Sejuk grrr.. Petang tu sebelum sampainya waktu Maghrib bersiar siar sebentar di sekeliling rumah. (Sambil-sambil recovery walk la kononnya) Dapat pulak jiran depan rumah sedang menuai lobak. Maka join la bergambar barang sekeping dua. Cool gila tempat nih. Semua orang makan sayur dari halaman rumah je. Soooooo nais.


Beramah mesra dengan anak kampung.

Projek bersiar-siar kami terhenti bila gerimis mula turun. Maka, kami pun balik lepak kat dalam rumah je.  

7.00 malam, dinner di pekan New Selo yang jarak perjalanan jalan kaki dari homestay hanya 5 minit. Aku order bakso je semangkuk. Yang lain-lain nampak macam makan dengan penuh semangat sekali. 

8.30 malam, kami bergerak pulang ke Homestay. Sebenarnya kami kena berehat, sebab rencananya jam 12 tengah malam ni, kami akan mendaki Merapi pula. Jadi balik dari dinner, semua pun masuk selimut. Ketiduran.

Day 3 (21 April 2016)

Sepatutnya, kami bangun jam 11, bersiap dan jam 12 bergerak ke New Selo basecamp. Tapi nampaknya tersasar. 1.30 pagi baru masing-masing tersentak dan terjaga dari tidur. Arghhh~~ Begitu-begini bersiap, 2.16 pagi kami pun bergerak ke Merapi. 2.46 tiba di pintu gerbang, ambil permit dan meneruskan pendakian. Jalannya, agak menanjak pada permulaannya.

4.16 pagi kami tiba di Pos 1, memandangkan pos ini ada wakaf, maka kami terus berhenti dan berehat untuk solat Subuh di sini saja. 

5.00 pagi meneruskan pendakian. Memang dah jangka kali ni tak dapat kejar sunrise. Lambat dah kan tertidur pagi tadi. Drag berapa jauh tu. Sejam kemudian kami tiba di Pos 2, dan sejam kemudian lagi kami tiba di Pasar Bubrah. 

amir, wan dan mas aji. berhenti bergambar sebelum pasar bubrah.

Reaching Pasar Bubrah, mengah!

melepas lelah.

7.00 pagi kami berhenti rehat sebentar beberapa langkah selepas pasar bubrah, bersiap-siap untuk memuncak! Aku duk tengok beberapa kali puncak Merapi. Dari point ini dah boleh nampak puncak, so duk fikir nak teruskan atau tidak. Tapi, kalau tak teruskan macam sayang pulak. 

anton, fajar dan shela berehat disini. Sementara kami di temani aji menuju puncak merapi.

7.42 pagi kami pun meneruskan langkah untuk ke puncak Merapi. Perjalanan ternyata sangat mencabar. Kat sinilah orang cakap, naik 3 langkah, turun 2 langkah. Sebab kat sini da takde pepohonan. Tinggal batu-batuan dan pepasir je. Memang mengundang amarah bila da 2 kali melangkah tak juga berganjak. 

ternyata tak mudah. dan jelas menjemput putus asa.

9.03 pagi, kami sampai ke puncak Merapi. Alhamdulillah! we did it! Jangan berhenti melangkah walaupun letih. Tapi kat atas ni agak gayat juga lah. Sebab belakang tempat kami duduk tu terus kawah gunung. Silap langkah memang boleh sadaqallah kat situ. Memang ada kes juga yang mati tergelincir sebab ralit sangat bergambar. 

Gambar kenangan di puncak Merapi

Setelah berehat dan letih bergambar jam 10.05 kami turun ke Pasar Bubrah. 10.39 pagi kami tiba semula di tempat Anton dan Fajar, berhampiran pasar bubrah. Waaah~ naik sejam lebih turun +-35 minit jer. Lepas layan kopi dan buah duku, bergerak turun ke bawah jam 11.15 pagi. Aji bilang, kali ni kita tak menggunakan jalan yang sama ketika naik. Kali ini kita gunakan jalur evakuasi.

12.48 tengahari, tiba di Pos 1.


2.34 petang tiba semula di basecamp New Selo, tempat van terparkir.

Pengambaran ke Merapi berakhir disini. Mission success. kami pun masuk van dan bergerak ke homestay. Perlu berehat lagi sebelum bergerak ke Merbabu pula malam nanti. Untuk menjimatkan masa, Fajar orderkan nasgor (nasi goreng) dan minta dihantar ke homestay. asyik!

#triplesummit2016

to be continued..

28 April 2016

Jogjakarta - Mt. Prau (2 565 mdpl)

Ada sesuatu yang aku pelajari hari ini,
Tuhan selalu memberi kejutan kepada kita.
Padahal yang tak begitu kita suka pada awalnya.
[Semoga nanti kita bertemu lagi, Boy Candra]

Masa mula-mula dapat itinerary aku tengok ada 2 gunung yang akan di daki. Tetiba dah dekat date, Edah bagitau ada tambah 1 lagi gunung dan itti hanya akan dapat lepas sampai Jogja. Aha, punya nak suprise kan

Day 1 (19 April 2016)

Di Bandara, sementara tunggu Yadhaa sampai aku pun selak itti. Ok, malam tu tepat tengah malam kami akan terus mendaki Mt Prau. Pergh pergh. (aku da tau awal sebenarnya, tapi biasalah nebes tetap ada)

6.20 petang kami berhenti makan di gerai bapanya Fajar (Fajar ni ejen yang bawa kami bercuti di Jogja tu lah. Represent Trip Javanesia Travel Buddies) Lapar betul, dari tengahari aku tak makan, nervous nak naik flight punya pasal. Paranoid! haha~

7.00 malam kami pun berangkat menuju ke musolla untuk solat Jamak Maghrib & Isyak. Disamping, salin baju untuk hiking. Betul-betul sebelah musolla tu ada kedai runcit ala-ala 7E gitu. Jadi kami pun singgah jugalah untuk beli sedikit makanan dan air isotonik bekalan pendakian.

9.00 malam, van pun meluncur laju memecah sejuk malam menuju Deing Plateau, wilayah Wonosobo. Di sanalah letaknya tapak mula untuk pendakian menuju ke Gunung Prau.

Day 2 (20 April 2016)

Kami sampai di Dieng, jam belum pun mencecah 12 tengah malam. Jadi, lepak sat layan jalan yang kosong, pergi toilet dsb. Sejuk dia.. pergh. Gila! Fajar dan Anton selaku guider dan sweeper memanaskan badan dengan menyedut beberapa batang rokok sebelum memulakan pendakian.

12 tengah malam, kami pun memulakan pendakian melalui Jalur Deing Wetan. Menurut pembacaan jalur pendakian yang ini sedikit panjang, tapi landai dan banyak view menarik. Perjalanan di mulai dengan melalui kebun sayur, kemudian hutan dan celahan pohon pinus yang tinggi. Tapi sayang nya kami kan jalannya di malam hari, maka segala yang indah itu samar-samar sahaja.

Bila nak dekat puncak, kami lalui kawasan yang mengingatkan kepada trek Tabur. Lalu di kawasan yang berbatu sikit, di sebelah kanan boleh nampak biasan cahaya lampu kejiranan Dieng. Sesekali angin berhembus, ok menggigil chuolls. Tapi as long kita masih melangkah, kesejukan masih boleh ditahan, memandangkan badan masih hangat.


Fajar bagitau perjalanan dalam 4 jam, aku pun dari baca-baca blog begitulah cadangan masa perjalanan. Tapi nampaknya, kami sampai sedikit awal dari estimation. Bersemangat sangat kah? 3.30 pagi dah sampai. Reaching the peak, kawasan dia adalah landai tanah lapang dan tidak berpokok. Ada sejam lagi sebelum Subuh. Kami dah berhenti mendaki, tinggal tunggu masa untuk Golden Hour. Memasing pun mula keras kejung, kesejukan. Fajar dan Anton pantas buka stove masak air. Yadhaa dan Wan tewas, tertidur kesejukan. Kami yang lain, keep on moving nak hilangkan sejuk dan beri kehangatan pada badan.


Tak dapat tidak, mengambil wudhuk kali ini terasa paling mencabar sedunia. Tengah kesejukan yang kejung, kena buka stokin nak ambil wudhuk. Nangis. Cramp jugaklah sekejap masa aku basuh kaki tu. Solat Subuh berimamkan Wan.

Lepas Subuh, rilek2 sambil layan air panas tunggu sunrise. Dan ofcourse aktiviti wajib. Bergambar! Tapi aku malas nak tangkap gambar, mengharap ihsan rakan2. Rakan2 pulak, dari Edah je gambar yang berjaya diperolehi. So, untuk laporanjurnal takdelah banyak sangat gambar k!

anggota pasukan #friendshipGoal #jombloberpetualang

berlatar belakangkan Sindoro dan Sumbing

aku dan yadhaa

anton dan fajar

6.50 pagi kami pun bergerak turun setelah berkeping-keping gambar yang memenuhi memory phone dan camera memasing. Perjalanan turun adalah tidak melalui jalur yang sama ketika naik. Aku kira kali ini kita mengikuti jalur Patak Banteng dimana alurnya adalah sangat menanjak. Kira-kira jalannya pendek, namun dek kerana kecuraman yang tinggi akan begitu melelahkan lah sekiranya naik tadi kami guna jalan ni. Duh! tak leh bayang.

 
hidup memang tekadang melelahkan, memeritkan.

gambar sikit ngan edah anggun~

Perjalanan turun diteruskan hati hati. Sambil memelihara keupayaan lutut dan tulang ankle. Jam 8 pagi, kami tiba di sebuah gerai kecil bermeja dan kerusikan buluh. Singgah sat, minum kopi!

memasing khusyuk makan. lapar kan turun~

Lepas setengah jam berehat makan dan minum, sambung lagi perjalanan turun. 8.50 sampai ke tepi jalan besar. Menunggu Mas Jitho sampai.


Lepas menunggu kira-kira 15 mnt, Mas Jitho pun sampai. Kami terus berangkat menuju ke homestay berhampiran New Selo. Kerana esok, kami akan bersapa dengan Merapi pula.

Nampaknya, perjalanan ke New Selo ternyata sangat jauh. 2.45 petang kami tiba di Homestay Ananda berhampiran kaki gunung merapi dan gunung merbabu. 

#triplesummit2016

to be continued..

27 April 2016

Jogjakarta Trip

Berlarilah mendapatkan mimpimu

Jika diikutkan kronologi, perancangan trip ke Jogjakarta ni telah direncanakan sejak tahun lepas. Masa tu Edah yang ajak, tapi aku macam biasa seorang aku yang meragu. Maka sekitar Ogos tahun lepas AA buat free seat, return tix masa tu sekitar RM100 ++ sahaja. Aku tak beli.
(memikir baki cuti dan kos, so aku reluctant)

November, AA buat free seat sekali lagi, kali ni return tix da naik kepada RM300++. Setelah bermuhasabah panjang, maka aku grab the tix. camner nak kumpul duit tu, kita fikir kemudian. Ahaha~

Pakej adalah RM800, 3 gunung + lawatan sekitar Jogja.
Hanya perlu bawa wang lebih untuk belanja makan dan souvenir. Untuk aku, wang lebih yang aku bawa RM400 (sekitar 1.3 juta rupiah)

Menjadikan total cost termasuk renew passport adalah sekitar RM1.8k. Beg dan gear2 lain aku pinjam je. Aku rasa harga ni dah kira paling mampu milik lah untuk orang yang agak kedekut macam aku. hihi.

Tanggal 19 April jam 3.15 petang kami berenam pun berangkat dgn pesawat AK348 meninggalkan KLIA2 menuju ke AdiSutjipto International Airport, Jogjakarta. Perjalanan adalah kurang lebih 2 jam. Kami tiba di Jogja pada jam 4.50 petang waktu Jogja. Kemudian tunggu Yadha dan bergerak meninggalkan bandara sekitar maghib. (Maghrib kat sana jam 5.30 petang. Dan waktu adalah awal sejam dari Malaysia)

Harapan itu bukan sesuatu, tetapi seseorang - Yadhaa

and the journey begin..


#jombloberpetualang #tripplesummit2016

18 April 2016

Mengapa

Dalam kehidupan sehari-hari yang berbilang pilihan.
Mengapa masih bukan Allah yang kita pilih?

.muhasabah

14 April 2016

Ketika Ada yang Bertanya Tentang Cinta

Ketika aku bertanya kepadamu tentang cinta, kau melihat langit membentang lapang. 
Menyerahkan diri untuk dinikmati, tapi menolak untuk dimiliki.

Ketika kau bertanya kepadaku tentang cinta, aku melihat nasib manusia. 
Terkutuk hidup di bumi bersama jangkauan lengan mereka yang pendek dan kemauan mereka yang panjang.

Ketika aku bertanya kepadamu tentang cinta, 
kau bayangkan aku seekor burung kecil yang murung. 
Bersusah payah terbang mencari tempat sembunyi dari mata peluru para pemburu.

Ketika kau bertanya kepadaku tentang cinta, 
aku bayangkan kau satu-satunya pohon yang tersisa. 
Kau kesepian dan mematahkan cabang-cabang sendiri.

Ketika ada yang bertanya tentang cinta, 
apakah sungguh yang dibutuhkan adalah kemewahan kata-kata 
atau cukup ketidaksempurnaan kita?

Ketika Ada yang Bertanya Tentang Cinta, M. Aan Mansyur

sumber: http://pradestra.tumblr.com/

#deep
#lihatlebihdalam

11 April 2016

The Explorace & Caving @ Batu Maloi

Minggu lepas, berjaya juga akhirnya caving kat Batu Maloi nih. Aku first time dengar tentang Batu Maloi adalah masa hiking naik CBL last time. Masa tu Along la yang cerita, dia pergi trip ke Batu Maloi RM50 per person time tu. Sejak masa tu aku pun terpikir2 juga la bila la dapat pergi. 

2 tahun kemudian... 
(ahaha, lama gak kan. So, kalau ada keinginan tu, bolehla berusaha for it, cepat atau lambat InsyaAllah boleh tunggu, kan?)

Ok. Perancangan aku kira agak panjang jugala untuk menghasilkan program semalam. Sebaik saja tamat Broga? ya aku rasa. Perbezaan kali ni, aku tak terlibat secara langsung tentang program. Hanya di beri tugasan untuk jadi fasilitator kumpulan. 

The program went well. Start berkumpul di RnR Seremban, untuk yang terlepas, kumpul lagi di exit Simpang Ampat. 

Lepas tu, bergerak ke Pekan Air Mawang. Dari sana, the program start.

Terima kasih la Mirul kerana memilih sy menjadi fasi kumpulan anda >.<


The Explorace (Day 1)

Seharian bersama the Avengers Go! (9.30 pagi- 4.20 petang) Alhamdulillah berjaya memperoleh kejayaan.. (walaupun hamper semua kumpulan sama je) Credit kepada ketentuan Allah, kerjasama pasukan & 2 adik yang misteri. (sayang sekali tak ada siapa tangkap gambar adik tersebut)

the checkpoint: Balai Polis, Kedai Ayam, Kedai Makan Rimba Angsi, Sekolah Kebangsaan Nuri, Buaian, Masjid Kg Tanggai, Klinik Kesihatan Betong, Signage Batu Maloi.

Lelah berjalan belum pun lega,
Jauh berjalan abang dan kakak,
Barang disana siapakah empunya,
Boleh kah pinjam untuk memasak.

Final task untuk hari pertama adalah, sembelih ayam. Muka para jejaka Avengers Go! semua da berubah riak. Dan sepakat semua tanak sembelih. Tapi lepas di push berkali - kali, Mirul dan Zaidi sudi nak sembelihkan ayam. 

Tapi last sekali ada satu ayam lebih, several AJK pakat duk suruh aku tetapi peluang nak sembelih ayam tak dapat di gunakan dengan baik, gigil tengok ayam dan pisau! So, mampu pegang ayam jer.  


Untuk dinner, kumpulan aku kena masak Kari ayam. Ahaha, macam tak tolong apa pun. T.T bijak menyelit dan hilang. Aku hanya tolong entertain ahli kumpulan dari memberi air ketika diorang sibuk membuang bulu ayam, sehinggalah menghantar cucur kepada para pemasak masa diorang memasak.

Malam tu ada penyampaian hadiah kemenangan. Ahaha. 


The Caving (Day 2)

Hari kedua berlangsung dengan baik. Malam tu ada nebes jugak la, tido dalam khemah (almaklumlah, pagi tu baru dengar citer orang baru balik YB. So nak tido duk terbayang-bayang plak. haha) 

Pagi tu dimulai dengan Solat Subuh berjemaah dan mathurat, kemudian diikuti dengan sesi taaruf + sharing. 7.45 bersurai dan sarapan. 8.30 mula dengan warm up dan taklimat dari BMM. 9.15 mula caving.

Start je terus masuk air paras pinggang. gugugu.. sejuk. Orang selalu compare kan kata Batu Maloi dengan Gua Tempurung, dan kata yang Batu Maloi lebih seronok dan best. Bagi aku personally, both ada keunikan tersendiri. Sebab aku tak rasa both this gua ada dalam kategori yang sama. Tapi kalau nak compare, Batu Maloi boleh la di bezakan dengan Gua kat Ulu Tamu yang kami pergi last year. Dan haruslah Batu Maloi lebih best dan mencabar. 4 jam kut keluar masuk! Ahaha. 

Kalau masa gua tempurung aku jatuh terhantuk kepala ke batu, kali ni aku jatuh jugak. Haish. Kali ni jatuh terduduk. Memang sujud syukur sangat sebab terduduk atas batu, cerita dia aku punya kaki tak leh grip next batu, dan tangan tak sempat dicapai oleh orang depan. Alhamdulillah tak de kecederaan serius T.T

rumah Maloi katanya.

the AJK (yang tinggal sehingga akhir) 

group photo!

persembahan khas dari AJK

Over all the program 10 bintang! Mastermind should get credit for the running order. (terasa macam peserta instead of fesi! haha)

Sebuah lagi projek dari #gemaselangorbackpackerz

25 March 2016

Syed

Aku rasa cerita sedih lebih senang nak bagi kita rasa syukur berbanding cerita gembira kan?
So, aku bawakan satu lagi kisah sedih yang aku terima hari ni.
(By the way cerita ni da berentetan dari last year sebenarnya)

Aku tak kenal pun Syed ni, tapi aku pernah nampak dia masa pergi trip bantuan banjir Kelantan penghujung tahun 2014, dengan i-Bantu Petaling Jaya. Masa kami pergi tu, 2 bas. Tapi aku ingat Syed ni sebab, dia sebenarnya datang membantu dengan trip lain, tapi dia tumpang bas kami masa trip balik ke PJ, dia pun dari SJ. Jadi, orang yang lain dari set sedia ada, insyaAllah senang ingat kan.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas 2015 melalui Encik H, kami di PJ ni dapat tahu tentang keadaan Syed. (Syed ni aku rasa dia bekerja di Subang Jaya) Menurut Encik H, Syed ni baru sahaja kehilangan ayah nya, dan baru dapat tahu ada saudara terdekat dengannya berhutang lepas tu menghilangkan diri. Dan Syed ni di buru untuk dapatkan balik hutang saudaranya tu, siap kena ugut bunuh lagi. Maka Syed pun terpaksa balik ke Langkawi sebab perlu jaga 2 adik perempuannya kat sana. Seorang tingkatan 5 dan seorang lagi tingkatan 1. Syed kena dapatkan RM3800 untuk selesaikan hutang saudaranya. Masa dia balik Langkawi, katanya bekerja di bendang dapatlah RM6.50 sehari.
(sedih nya bila baca cerita orang bekerja keras camni sekali)

Alhamdulillah, bantuan Encik H dan rakan-rakan, dapatlah bantu kumpul duit tu dan serah kepada Syed.

Tak lama lepas tu Syed bagitau dia da bekerja jaga kuda, RM500 sebulan. Kadang-kadang bawa pelancong naik kuda. RM500 sebulan untuk menyara dia dan 2 adik perempuan, aduhai.. macam mana lah. Rupanya, kehidupan macam tu agak stress kepada Syed, tapi dia tak sedar. Sehinggalah satu hari dia jatuh kuda, pitam. Dimasukkan ke wad dan blood pressure mencecah 180. Dia kemana-mana di Langkawi naik basikal je. Jadi Encik H dan rakan-rakan kumpul duit lagi bantu belikan motor terpakai untuk memudahkan pergerakan Syed.

Tadi, aku dapat makluman lagi dari Encik H pagi ni, adik dia yang SPM tahun lepas baru je meninggal dunia. Denggi berdarah. Innalillah, Al-fatihah.
(Allahuakbar, tetiba mata rasa panas dan berkaca)

Yang lebih mengetarkan perasaan aku adalah, Syed bagitau Encik H.. sebelum2 ni adik dia ada bagitau, dia teringin sangat nak jumpa Encik H yang da banyak bantu keluarga mereka.
(OK sedih)



Itulah cerita tentang Syed dan keluarganya, taktau lah apa lagi ujian dan cabaran untuk Syed. Tapi sebenarnya cerita orang adalah satu muhasabah jugak untuk kita. Hari-hari orang yang mencabar, tak mustahil akan terjadi kepada kita.

Aku harap, Syed cekal menghadapi ujian demi ujian dalam kehidupannya.

Semakin diamati pelbagai kisah orang semakin aku tertanya-tanya. Ya Allah, apalah sangat ujian-ujian aku berbanding hamba-hambaMu yang lain. Allahuakbar.

pen off.

23 March 2016

gemuk.

bila pakai tudung bulat da tak perlu pin tang dagu.
bila seluar dulu pakai kena pin, sekarang ngam ngam.
  dan yg dulu ngam ngam sekarang memang hazab.
bila pakai tshirt langsung tak consider pape, zapp dan keluar rumah
  sekarang lepas pakai tgk cermin 2-3 kali, syariah compliance ke dak ni.
bila buat kerja da mudah mencungap.

ok sedikit coretan newbies berat baru.

petanda perlu banyak bersenam?

#newleveloflifeunlock
#mogatabahhati
#struggleterusbro

21 March 2016

flu.

ok, musim panas yang aku suka ada 2 kan? banyak jugak yg bad side dia.

today. da dapat flu.
panasnya terengganu.
keluar masuk homestay dan bas plak bergilir dengan aircond.

memang ni lah makanan dia.

zzz.

15 March 2016

Musim Panas.

Sekarang Malaysia tengah mengalami musim panas. Memang panas. Malam pun panas, aku siap tutup lampu dan buka tingkap. kipas level 5. Masih tak rasa begitu sejuk macam selalu.

Bila panas, banyak la aktiviti2 perlu disekat. Contoh kalau lunch time tu, memang mengelak la pergi kedai yang open sangat nih.

Tapi semua yang datang kan ada pro n cons.

Ada beberapa perkara yang aku suka tentang musim panas. ~.~

1. Baju cepat kering.

Untuk penghuni rumah flat macam aku ni, memang nak sidai baju sangat terhad la ruang dia. Pulak tu nak kena bergilir beramai2 nak amik turn sidai baju. Kadang2 nak bagi baju kering amik masa 2 hari gak lah, lagi kalau baju yang sidai tu tebal. Tapi dengan tibanya musim panas. Sidai pagi, petang kering dah! weehuu~..

2. Buah manis.

Haa. citer pasal buah yang aku suka sekali. Hari tu pergi ke Tapah singgah la tepi2 hiway beli buah. Jambu air dia makaih manehnya. Terus ai beli jambu air sekilo, jambu batu sekilo. Week before memang da beli orange 6 biji, oren manis katanya. Aku memang bukan pasukan penggemar oren sebenarnya. Sebab selalu makan oren adalah masam. Sekali dapat yg manis. Sedappnyaaa..

Teringat masa kat Madinah dulu, aku teringin nak makan buah. Tetiba je rasa rindu nak makan buah. Haha, pastu duk cari buah. Nasib baik di satu pagi yang indah ada orang jual buah2an tapi tak banyak sangat lah. Maka aku pun beli buah oren dan pisang. Tapi seperti yang da diberitahu buah time tu tak manis sangat, sebab kami datang ketika musim sejuk.

So, setakat ni.. inilah 2 perkara yang paling aku suka tentang musim panas di Malaysia. ^^,

Selamat datang musim panas. :)

Jom makan buah lebih banyak! Buah tengah manis ni.. haa..

Till then.

08 March 2016

dia 2

Semalam, lunch hour aku pergi beli lunch dengan dia (rujuk post sebelum). Pergi beli nasi kukus untuk aku dan nasi tomato untuk dia.

"Saya nak pi bank la kak nanti, nak keluar duit ASB"
"Eh saya pun nak keluar duit ni, ada maybank kat sini?"
"Eh tak kanlah hari ni kak, saya tak bawa turun buku ni, nak keluar ASB kena bawa buku"
"oh"
"Ye lah kak, bulan ni short sikit, duit banyak pakai. So, kena jugala keluarkan duit simpanan"
"Haah kan, lambat lagi ni nak gaji"
"Ha lah, baru 7hb kak hari ni, nak buat cammana. Tapi takpa, nanti saya dapat tunggakan kenaikan gaji. InsyaAllah bolehlah cover balik duit yang guna sekarang nih"

Tiba-tiba mata aku panas jer, berkaca-kaca. Mengelak nak pandang dia, terus pandang kak yang duk menyenduk nasi tomato.

Dalam hati aku tengah banjir, duk bayang macam manalah hidup tanpa ayah, mak, keluarga. Tanpa tempat bergantung. Paling-paling bila aku susah camna pun, xde duit ke, xde kerja.. masih selalu ada mak dan ayah, masih selalu ada adik beradik, pakcik makcik dan sepupu, paling-paling Kak Siti selalu ada. Tak boleh bayang kalau aku jadi dia. Semua benda atas diri sendiri. (Sambil tulis pun masih sedih) Tapi tulah, Allah Maha Tau kan kemampuan setiap hambaNya. Semoga dia berjumpa dengan lelaki yang baik, dan semoga anaknya jadi anak solehah. Semoga dia beroleh bahagia sesudah lipat-lipat kedukaan dan kesusahannya sekarang.

Ah. Sebak.

Oh, by the way. Hari ni, aku dah balik ke PJ.
Perpindahan sementara, untuk mengajar aku tentang syukur yang lebih tinggi.

Gambar hiasan: pekena Sushi King (Bonanza) di Avenue K,
acah-acah bersempena pulang ke PJ.


Terima kasih, 2 minggu untuk selamanya ^.^

03 March 2016

dia.

dia.
tak ada mak.
tak ada ayah.
ada kakak, sakit.
meninggal.
ada abang, berselisih.
jarang bertemu, sekadar wasap.
ada suami, untuk setahun sahaja.
bercerai.
ada anak.
tak ada rumah, menumpang sepupu.
ada sepupu, berselisih.
pindah.
ada adik angkat, tempat menumpang belas.

bila segalanya hilang dari kita.
itulah seharusnya permulaan merasa bahagia mengenang nikmat tuhan.
asal rasa untuk mula meraih cinta Dia.

Ya Allah,
untuk semua dugaan yang dilaluinya.
semoga cintaMu mekar dihatinya.
hanya Kau sebaik-baik pemberi bahagia.

mengenali dia, memberi rasa syukur 1000 tangga kepadaMu.
alangkah tiada apa-apanya ujian untuk aku selamani.

Ya Allah,
terima kasih untuk semua yang Kau beri.
Alhamdulillah.
untuk nikmat keluarga, pelajaran, sihat, kerjaya.
untuk nikmat memperoleh ilmu, iman dan amal.

"Maka nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan"

02 March 2016

Amin

Happy Birthday Amin.
Selamat 21 tahun!

Semoga Amin berjaya dalam hidup.
Dan menjadi orang berguna kepada Keluarga, Agama, Bangsa, dan Negara.

Selamat menjadi manusia Amin.
Selamat menjadi dewasa.


Yang Benar.
Seorang kakakmu.

26 February 2016

Biar bulan bicara.

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

*

Sejak akhir-akhir ni lagu Broery Marantika ni keep on repeating dalam minda. Apa kaitan taktau.. tapi macam sedap jer. Boleh la sing-a-long. Jom!

25 February 2016

Alex

Alex ada figura keabangan yang kuat tambahan pula Alex seorang sahaja lelaki dikalangan adik beradiknya. No wonder! Isn'it?

Banyak yang aku bualkan dengan Alex petang semalam.
Tentang perancangan-perancangannya.
Tentang percaturan yang segenap kali mengeciwakan.
Serba sedikit, aku nampak satu sudut berbeza.

Ada banyak cerita dalam cerita. Nanti aku cari gali lagi. Haha.

Moga aku lebih besar belajar syukur.

Semalam, balik kerja macam-macam aku nak tulis. Hari ni da dapat laptop. Lemau dah. Lupa semua yang nak ditulis. Zzzz.

Till then.

24 February 2016

Akan tiba saatnya.

Akan tiba saatnya di mana aku tak lagi menantimu. Kamu akan memiliki kebebasan untuk datang dan pergi sesuka hatimu tanpa harus melihatku merajuk.

Akan tiba saatnya di mana aku tak lagi merajuk ketika kamu tak berkabar. Kamu akan memiliki kebebasan untuk melempar sapa sesempatmu saja.

Akan tiba saatnya di mana aku tak lagi jengah dengan kesendirian dan kesepian yang melingkupiku. Kamu akan terbebas dari kebutuhan untuk berlari menjauhiku demi sejumput kesenyapan yang kamu inginkan untuk menyelami isi kepalamu sendiri.

Akan tiba saatnya di mana aku berhenti berharap kamu berdiri di depan pintuku. Kamu mengajariku tentang kesendirian, dan aku mungkin mendapatinya sebagai candu yang memabukkan lalu akhirnya selalu ingin menikmatinya.

Akan tiba saatnya di mana aku tak lagi berlari menghampirimu ketika kamu melambaikan tanganmu padaku. Kamu berkali-kali menampik tanganku, kali ini aku mungkin tak akan mengulurkannya lagi.

Akan tiba saatnya di mana aku tak lagi ada ketika kamu memutuskan untuk berbicara lagi denganku.

Akan Tiba Saatnya, Suksma Ratri

sumber: http://pradestra.tumblr.com/post/137624451790

22 February 2016

10 perkara 1st day

Ok hari ni sebab first day, kena la cerita. Tulis nota je la baru bajet bizi sikit. haha.

1. Keluar rumah 7.30 pagi untuk menyampaikan clock in jam 8.30 pagi.
2. Tetiba rasa macam mahal pulak cost naik LRT (harap-harap perasaan jer)
3. Nak setup tempat baru jer punyala lama, 12.30 tengahari baru dapat internet T.T
4. Keje tak bizi sangat, tapi bizi belajar system
5. Tak banyak lenglui, leng zhai pun takde.
6. Aku jenis sukar terhibur sebenarnya kalau tak banyak perempuan.
7. Sebab aku susah nak faham lawak lelaki ni macam mana. Most of the time aku tak faham.
8. Kalau perempuan buat lawak, tak lawak pun kalau dia kasi senyum manis sikit, aku akan bersungguh gelak. (bagi muka orang kabar) >.<
9. Harap masa yang panjang dengan public transport boleh menjadi sumber inspirasi untuk terus menulis.
10. Aku buat test, kalau habis kerja terus rush ke office PJ berapa awal boleh sampai. 6.45ptg *sedih* Nampaknya segala projek selepas waktu kerja bersama rakan sekerja terpaksa aku tangguhkan buat seketika.

Sekian.

nota 1
setiap yang telah Allah takdirkan untuk kita telah termaktub dan pastinya bersama hikmah. walaupun seringkali mengamuk juga la dalam hati, aku harap hari-hari mendatang aku akan lebih ikhlas dan belajar untuk menerima perubahan ini. T.T chill sarah, betulkan niat.

nota 2
mungkinkah Allah sedang beri masa kepada aku untuk bersendiri dan memperbanyakkan muhasabah diri? astaghfirullahalazim.

nota 3
harap esok boleh perform lagi baik untuk sampai lebih awal.

20 February 2016

Update sikitlah pasal kerja

Hari Isnin ni aku akan di tempatkan ke satu tempat yang lain. Bukan lagi Jalan Klang Lama mahupun Puchong. Tapi malas la nak cakap kat mana. haha!

Nak cerita nya, aku ni da macam ada masalah displin plak kan, Keep reallocate tempat bekerja. Tapi aku tak de la begitu pesimis, aku selalu look at the bright side. Bila tukar environment kerja atleast kita boleh jumpa orang baru dan suasana baru, kedai makan pun baru :D

Kali ni aku akan bekerja dengan rakan sekerja baru gak. Actually bukanlah budak baru, tiap hari nampak je dia kat ofis. Just selama ni aku takde la kerja dengan dia. First time partner dengan dia la ni. Tua-tua ni emosi lain sket dan kepala ni besar sket, hope aku tabah hati lah kan berkerjasama dengan anak muda. :P

Oh ya,

disebabkan semalam adalah so called last day for this month kat Jln Klang Lama, so aku jumpa current superior aku bagitau pasal aku da reallocate ke tempat baru.
"So u accept?"
"I ada pilihan untuk tolak ke?"
"Its ok let me talk to Alex"

Lepas tu dia nego-nego dengan Alex, nampaknya nego macam tak membuahkan hasil. So, i need to proceed juga la ke new workplace.

Petang tu aku nampak Joseph
"So Isnin u pergi ...?"
*angguk*
"Ok. So u enjoy la new environment k. After we find new person kita akan panggil u balik"
*pasrah*

Kali ni aku taktau berapa lama kena reallocate, hopefully tak begitu lama la.




Gambar sekitar makan makan bersama rakan sekerja. He he.

Till then,
PJ will be miss.

16 February 2016

Soalnya hati.

Kadang-kadang 
bila kita sakit hati bersangatan. 
bila kita patah hati bersangatan. 
bila kita marah bersangatan.
bila kita sedih bersangatan.

Kenangkan lah kasih sayang Allah.
mesti automatik mata bergenang.

Kita tak pernah kehilangan apa-apa, 
selagi Allah adalah tuhan kita. 
dan hidup kita bertujuan kepadaNya.


Bila recheck, perasaan yang bermacam-macam itu selalunya hadir bila kita tak sering meluang masa untuk Dia. Lebih sering meluang masa untuk manusia dan bukan berasbabkan Dia. Kita begitu mencintai makhlukNya (manusia, harta, pangkat) lebih dari Dia.

Lalu, kita kecewa.
Dan kita sakit.

Maafkan aku Allah. untuk kesekian kali menjadi alpa.
Semoga tak kalah dalam berjuang menggapai rindu dan cintaMu kembali.

hati tisu,
Jln Klang Lama.
15 Feb 2016.
4.48pm.

15 February 2016

Mistik. the story. end

the story begin.

Rupanya, bila aku duk sembang ngan S,

Jin dalam botol
Rawatan ni, S kena bawa botol masa pergi berubat. Makcik tu kemudiannya akan urut keluar perkara yang memberatkan S. S bawa 6 botol, berjaya keluarkan 4 botol. Kira 4 dari 6 botol terisilah. Dia cerita memang nampak, kat dalam botol tu ada entiti macam orang yang saiz kecil. Half dari pinggang keatas macam orang dan pinggang ke bawah hanya ada asap-asap.

botol satu, ada nampak macam binatang yang merayap.
botol dua, ada macam orang yang dah lama mati.
botol tiga, orang yang dia kenal, satu department.
botol empat, orang yang dia kenal, department lain.

yang paling terkejutkan S sebab botol tiga dan empat tu. Both person ni memang ada sikit perselisihan dengan S. Bukan sebab S yang create pun perselisihan tu. Sebab pangkat dan sebab S tolak cinta.

haih~

pelik-pelik je la orang zaman sekarang nih. Kadang-kadang susah sangat untuk difahami. Pengiraan senang je, kalau benda tu kita dah berusaha untuk dapat kan, tapi tak dapat. Maknanya, bukan rezeki kita lagi. Belajar lah untuk redha dan menerima hakikat. Bukan untuk terus merampas dari orang lain yang dapat apa yang kita nak tu.. T.T Sigh.

Cerita S ni, memang banyak membuka mata akulah. Aku ingat benda-benda macam ni selalu ada dalam drama jer. Rupanya memang wujud in a real life. Dan yang paling menyedihkan, kebanyakan cerita macam ni yang aku dengar adalah berlaku di kampung-kampung dan adalah dikalangan orang Melayu dan company Malay based.

Sobs.

Dan malam masa aku jumpa S dia bagitau, kenapa masa kami nak datang straight lepas kerja dia tak bagi. Sebabnya..

S memang gifted boleh nampak entiti. Dulu masa dia belajar pun dia pernah kena macam ni, dan boleh nampak the other world (tapi tak begitu teruk macam sekarang) Tapi lepas dia pergi berubat, dia da tak nampak lagi. Tapi lepas kejadian ni, dan badan dia sangat lemah, kebolehan tu kembali lagi.

Bila dia tengah sakit tu, ahli perubatan alternatif yang check dia bagitau, kat dalam badan dia ada banyak sangat 'benda' menumpang selain yang 4 dalam botol tu. Sebab tu keadaan dia sangat teruk.

Ada sekali, ofismet dia datang lepas kerja, bila diorang balik. Ada 'benda' lain tak balik. Dia duduk je kat alang rumah, macam tengah tunggu masa je S alpa supaya dia boleh masuk. S cakap masa tu dia tidur antara mak ayah, sebab takut sangat. !==

Nak tidur pun jadi takut, sebab takut dia masuk.

Sejak tu, S tak berani nak terima tetamu lagi waktu malam. Kadang-kadang, kita yang sihat dan tidak gifted ni pun tak perasan kalau ada benda follow kita kan. Jadi, untuk elakkan perkara sama berulang, S tak bagi kami datang malam.

Ok, itulah cerita yang tertunggak. I owe u long ago right?! haha. da setahun berlalu.

S sekarang da kawen pun dan da berenti kerja dan da pindah tempat tinggal. Tapi since dia pindah, aku tak pernah jumpa dia lagi >.<

Selepas S tinggalkan company, orang yang nak kan pangkat S dulu pun still tak dapat pangkat tersebut. Ofis buka vacancy untuk cari orang baru. Ahaha, semoga orang tu insaf dan mula muhasabah lebih dalam.

14 February 2016

Dunia kecilku

Sg Chilling, 2013

Bukit Broga, 2016

Bukit Broga, 2016

Orang kerdil, hobbit, dwarf.. memang adalah makhluk yang tercomel didunia. 
Jumpa rakan sebaya (baca:ketinggian) di program haruslah sesuatu yang indah. 
Susah nak jumpa sekarang. Lol.

#broga4palestineandsyria
#gemaselangorbackpackerz

10 February 2016

ulang tahun. #16

#16

hari ni, 16 tahun yang lepas adalah hari pertama aku meninggalkan rumah,
for good and for god insyaAllah.

terima kasih mak ayah untuk membuat keputusan yang paling penting ini. *teary eye*

first time aku belajar hidup berdikari. 
.tinggalkan keluarga
.baju basuh sendiri
.sidai baju
.seterika baju (ehem kadang2)
.lari pecut dari sekolah ke asrama kalau hari hujan sebab nak angkat baju (ada ke?)
.beli tiket naik bas balik kampung
.beli hadiah untuk family bila duit biasiswa keluar 
 (aha, baiknya lahai dulu. gi shopping kat kedai dua ringgit beli souvenir untuk adik beradik)
.makan dewan makan
.terima seadanya makanan kawah, xpandai merungut. Rasa sedap je semua. hehe
.belajar guna duit sendiri
.outing
.mengurus emosi (sampai sekarang failed)
.berpersatuan
.berkawan
.menghargai

tak dapat nak di bayar dengan wang ringgit jasa cikgu-cikgu semua,
and foremost to cikgu Basri dan Teacher Miskiah. 

10 . 2 . 2000,

16 tahun yang lalu. Seorang Sarah yang selenga tampil untuk diproses menjadi manusia.

*untung betul sekarang, mak-mak leh keep track dah bila anak-anak Taayah balik melalui facebook jer, seronok betul!
*saban tahun aku makin rindu aku yang dulu, rindulah! =.=
*losing grip
*adakah simptom orang tua >.<

01 February 2016

Girls School.

Menjadi dewasa bersama perempuan di sekolah perempuan.


menjadikan aku, 


begitu keperempuanan~
(ke?)

#ziarahWana #usrah #endofJan #muchLove

cerita semalam.
melawat Wana yang dah berhijrah semula ke Lembah Klang. 
Moga Wana diberi kesembuhan dari sakit-sakitnya. 
Moga Wana cepat dapat baby. 
Moga Wana berbahagia dengan kehidupan berumahtangga.
Cepat-cepat jadi AJK Makanan Surau Seri Jati. 

Next Ziarah, maybe kena pekena nasi Kambing?
atau main belon di surau setia city mall? 

hehe

okbai

nota: terima kasih beauty effect dari kamera terlibat,
mengembalikan keremajaanku >.<

26 January 2016

Sembilan [9]

Sedar tak sedar, dah tahun kesembilan bersama blogspot.
Allahuakbar, summa Alhamdulillah. 

Gambar, hasil suntingan di canva.com (dah tau lama website ni tapi baru sekarang nak cuba), 
background bukit gasing pada 2014, last minute training before CBL. >.<

Semalam ada siri usrah yang dikira terakhir untuk tempoh 2 tahun.. ada rombakan kecil. Jadi, ada lah sesi muhasabah dan curhat. Tak banyak yang nak di curhat kan, lagi-lagi lepas dengar mutiara-mutiara hikmah dari Kak Naqibah. Rasa hilang terus apa-apa yang tak habis kat dalam hati tu. Bila kak naqibah tanya, 
"Sarah pulak lah share ada apa-apa nak cakap atau kongsi ke?"
"Saya tak ada lah nak beri ucapan apa-apa. Cuma nak bertanya, kak dah ikut usrah dari foundation lagi. Sepanjang tempoh tu sampai sekarang, tak ada ke rasa nak quit dan macam mana kak overcome perasaan tu?"
"Rasanya sama je semua orang mesti akan lalui fasa tu, untuk akak sendiri Alhamdulillah takde lah rasa sampai nak quit tapi lebih kepada terlalu banyak kerja sampai kita rasa tak de masa dah. Masa tu memang banyak-banyak lah berdoa. Dan bagi kak, apa yang menguatkan untuk terus juga datang usrah dan buat kerja-kerja dakwah ni ialah, apa nak jawab kat Allah nanti kat akhirat"

ok, ayat terakhir kak tu, benar-benar menyentap~

Moga menjadi pembakar semangat untuk kita semua terus melangkah. Jangan menoleh lagi. Minta kat Allah, Dia lah sebaik baik pemberi kekuatan. Kita tak pernah sendiri. 

18 January 2016

Tempoh

Alquran diturunkan berperingkat. tidak sekaligus.
Adam diciptakan juga mengambil masa beberapa hari. tidak sekaligus.
Untuk bayi dilahirkan juga mengambil berbulan lamanya. tidak satu malam.

Kita belajar berjalan, ada tempohnya.
Kita belajar membaca, mengira, menulis, ada tempohnya.

Semua yang terjadi bersama tempoh tertentu.
Jadi mengapa kita sering mahukan sesuatu tanpa tempoh.

Berdoa hari ini, mahu esok terus memiliki.
Mula usrah hari ini, mahu esok terus berdakwah.
Masuk kerja hari ini, mahu esok terus bijak setaraf manager.

Semuanya bertempoh.
dan ada hikmah di sebalik tempoh itu.
InsyaAllah

hari ini, ada hikmah yang aku lihat.
Untuk salah satu tempoh yang telah Dia tetapkan.

14 January 2016

Nuang via Janda Baik

#throwbackVersion
2 Januari 2016

Pengembaraan ke Nuang aku kira pastinya mempunyai sentimental value dan nilai lain yang tersendiri. Sebab apa? Approx. 7 years back, ada bunyi-bunyi untuk ke Nuang via Hulu Langat. Masa tu aku sedang praktikal di Ampang lagi. Tapi at last, change of plan. Pergi Air Terjun Perlus sahaja.
(Bila difikirkan balik, masuk Perlus pun dah sengal. Kalau naik Nuang via Langat taktau la apa akan jadi dengan aku)

Cerita Lama | Air Terjun Perlus, Langat

Berbalik kepada kisah Nuang. Kisahnya, kawan kak Siti nak buat trip Trans Nuang. Naik Hulu Langat, turun Janda Baik. Tapi macam hard core sangat bila dipikir-pikirkan, jadi kak Siti cakap dia nak buat Janda Baik - Nuang - Janda Baik. So, i'm on with the idea. Aku pun sebenarnya lama teringin nak naik Nuang nih. Maka setelah di timbang tara, 4 orang akan naik dari Langat dan 3 orang akan naik dari Janda Baik. Jumpa kat atas jam 12.30 tengahari.

Macam tulah plan asalnya. Tapi, disebabkan kemalasan yang menebal, maka pagi pukul 5 lebih baru ke Puchong amik Kak Jijah. So, sembahyang Subuh dan barulah gerak ke Janda Baik. Tapi sampai Gombak singgah jap kat Leha Kelfood, lapar punya pasal! ahaha~ Boleh tahan meletop gak rege kedai Leha nih. Masa tu dalam jam 7 pagi jugalah. Pastu kak Siti dapat wasap memberitahu geng Langat da start hike up. Ahaha, dan kami masih kat Gombak :P

Lepas makan terus ke Janda Baik. Petunjuk arah hanya signage ILMU. Sampailah kami ke kaki Nuang. Park kereta, then mula berjalan. Perjalanan bermula jam 9 pagi. Mula-mula jalan agak meletihkan jugalah, sebab lalu antara kebun. Dan keep on wonder, bila nak sampai nih. Ahaha~walhal baru tak sampai 30minit berjalan.


Jam 10.30 pagi kami tiba di air terjun. Ingat nak relax sekejap kat sana, tapi Kak Jijah pesan kita main air lepas turun dari Nuang. Now, kita kena keep going untuk sampai ke puncak. Takut tak sempat sampai ke puncak kalau lambat sangat. Jalan dan jalan dan jalan lagi. Alhamdulillah perjalanan kali ni tak begitu mental, memandangkan group kecil plus aku sibuk dengar cerita kak Jijah dan kak Siti jer.

Pukul 1.20 petang akhirnya, kami tiba di puncak. Phew~ Sejuk betul kat puncak Nuang ni, member sampai menggigil jugak lah.


Berehat jap, sembahyang Zohor kemudian bergerak turun jam 2.40 petang. Turun agak mencabar juga lah, memandangkan agak curam dan kebolehan kaki dah semakin merudum. Walau bagaimanapun, nampaknya kami turun masih agak laju berbanding naik. (laju sejam dari masa naik. Aku rasa punca utama kelajuan adalah disebabkan saiko ngan group belakang - dorang nyanyi kuat kuat dan kami tersaiko macam mereka nak beat kami) 

Sampai di air terjun balik pada jam 4.30 petang. Bersihkan diri, makan apa yang ada, solat Asar dan kemudian sambung perjalanan jam 5.20 petang. Sengal! lama gak rileks kat air terjun eh. Haha! Bergambar sikit masa perjalanan turun (dah nak sampai kebun) view dia memang priceless! Masa naik tak pulak perasan, mungkin sebab masa tu view kat belakang kami, manalah nak perasan kan!




Then, lepas tu jalan lagi untuk sampai ke kaki gunung tempat park kereta. 6.45 petang kami pun tiba semula di tapak mula! Tapak mula tu, ada anak sungai kecil. Masa nak naik berialah mempertahankan kasut dari basah. Nak balik, masing-masing duk rendam kasut! Lecah teruk sampai kasut dah betukar warna lecak. =.= Oh ya, tapak kasut aku pun da mula ternganga!


Aku, kak jijah dan kak siti naik kereta dan terus mencari destinasi tidur malam tu! Teratak di Hujung Kampung namanya. Unik unik! Tak jauh pun dari tempat park kereta. 

Dekat kawasan chalet, kakak kepada kak jijah a.k.a Kak Ecah dah memulakan aktiviti BBQ dan masak memasak. Alhamdulillah! Berbaloi skip lunch! hahaha. Jap aku belanja sikitlah gambar chalet, sebabkan dah malam dan lupa terus nak tangkap gambar tempat tu, aku minta khidmat google dan ihsan utusan online. 




Aha, walaupun da agak ke-maghriban masa kitorang sampai tu, tapi sebab sungai dia betul-betul tepi chalet aku, maka tak dapat nak melepaskan peluang. Tetap gelap-gelap tu aku terjun masuk sungai. Nasib baik tak kena sampuk ke apa ke kan~ Maghrib-maghrib mandi sungai kan. 

Lepas maghrib terus makan! Menu: nasi putih, sayur masak air, sambal telur dan ayam bakar! Ah, nyaman gak balik2 dapat makan dan tidur selesa. Haha.

Teratak ni aku kira best jugak lah, sebab dia ada sediakan chalet2 (some ada bilik air kat dalam, some tak ada, tapi ada sediakan bilik air awam) pastu ada dewan terbuka ada 2 meja dapur kat sana dengan kerusi2. Ada kawasan lapang tepi tu, boleh lah kalau nak solat berjemaah. Kitorang makan dinner kat situlah, dewan terbuka tu. Pastu ada sediakan dapur awam jugak! (macam dalam gambar) Boleh masak-masak sendiri! yeah! tapi kena take turn la kalau ramai sangat. Nasib masa kitorang datang tu ada 2 kumpulan jer. So kami duk bergilir ngan kumpulan makcik tu je la. Lepas tu, ada tempat BBQ, dan ada tempat untuk duduk2 (satu meja dapur dengan kerusi) betul2 depan dapur awam tu.

Malam tu, lepas dinner kitorang naik untuk solat Isyak. Lepas tu turun balik, lepak jap kat tempat duduk2 tu, sambil pekena kopi o cicah biskut tawar! Dan, ok main regu (random gila nak main regu plak kan) Main sampai dekat 12 lebih gak rasanya. Siap ada yang sambung masakkan megi lagi T.T Ok aku memang tak ambil lah. Kenyang sangat dah!

Esoknya, lepas subuh aku bersiap-siap lah untuk pulang ke tempat asal :) 

Begitulah kisah ke Janda Baik. So, yang da biasa ke Nuang via Pangsun mungkin boleh cuba untuk lakukan via Janda Baik. Hehe. Dan jangan lupa bermalam di area Janda Baik! Udaranya nyaman sekali. Camtu.

Okbai.

13 January 2016

Sakit tekak & selesema

Aha, ni namanya macam takde kerja. Tapi takpe, saja nak jot down, so soon bila kena sekali lagi ada refer page untuk teknik berubat.

Sakit tekak & selesema adalah penyakit biasa penyebab aku demam. Nak dijadikan kisah, hujung minggu lepas pergi program. Program ni indoor, takde lah terdedah sangat dengan kepanasan. Menjadikan lagi lupa nak minum air banyak.

Petang Ahad, shoot terus ke usrah. Dijamu pula dengan roti cicah kuah durian. Aduh sedapnya, makan 2 mangkuk! Walaupun sebelum ni aku perasan, durian memang paling cepat buat aku panas dalam. Tapi sebab ni sekadar kuah durian maka aku bersemangat je makan.

Esoknya Isnin, terus diserang bersin-bersin dan mengantuk yang bersangatan (mungkin badan tengah produce antibodi untuk melawan serangan dalaman? so guna tenaga yang banyak. dan aku mengantuk) Makan tengahari ku order teh o limau suam berbanding selalu order teh o ais limau. Balik makan, aku beli jambu 4 ketul (jambu banyak vitamin C, kalau yang tak tau lah) Toward end of the day, asyik menguap jer. Dan bersin lebih giat.

Malam tu, dah start sakit tekak. Bila sakit tekak ni, minum pun lagi la malas. So, malam tu aku tak tido banyak panas punya pasal. Selang 2 jam bangun dan basahkan kepala. Bila sejuk kepala ok sikit nak tidur. Esoknya Selasa memang sakit tekak teruk.

Pagi-pagi terus ke seven E dan beli 2 batang paddle pop. Sampai ofis terus makan satu (ada petua kata aiskrim bersusu ni sesuai untuk heal sakit tekak) Pukul 3 petang tu makan sebatang lagi. Balik kerja terus ke pasar malam, beli air kelapa dan jeli kelapa (katanya air kelapa boleh menyejukkan badan, tapi bukan yang ada ais kut.. wakaka, lupa nak suruh brader kedai buang ais nya)

Malam tu aku tidur awal, sebab selesema memang penting untuk tidur yang cukup. Maka jam 1 pagi baru terjaga, bangun sat gigih nak makan jeli kelapa dan sebiji ubat selesema. kemudian tuam kepala dengan tuala basah yang telah disimpan dalam fridge.

Alhamdulillah.

Hari ni sakit tekak dah hilang, tinggal flu. Lunch tadi dah boleh berbual dengan gembira dan berjaya. Makan lagi 4 ketul jambu today, hopefully may heal faster.

Ok, berbalik kepada kesakitan..
Masa aku terjaga tengah malam semalam, aku duk fikir.. bila sakit-sakit time muda ni boleh lah gigih buat itu ini sendiri. Tapi kalau dah tua esok, badan pun dah tak berapa kuat. Memang tak larat dah nak manage sendiri. Aduh rasa sedih pulak, kenangkan orang tua di kampung. Macam mana bila diorang sakit kan? Tapi tulah bila memikirkan komitmen bayar pinjaman, terbantut je hasrat nak kerja di kampung.

Baiklah itulah sekadar cerita yang dapat dikongsi hari ni!
Apa-apapun, yang kita mampu lakukan hanya berikhtiar, semuanya ketentuan Allah juga, nak beri kita sihat atau tak. Jadi, doa jangan putus ya!

07 January 2016

See ya, Mi!

Someday you’ll see the reason why, there’s good in goodbye

Tahun baru sinonim dengan sesuatu yang baru, start a new, a fresh situation. Biasanya related dengan yang seronok la. Yang best belaka. Azam tahun lepas yang tak setel, improvise sikit dan make a new azam. kan kan? 

Siapa tahu, permulaan tahun baru juga pada satu kisah hidup manusia mungkin adalah muka surat terakhir dalam satu juzuk kehidupannya. 

Hurricane season brings a humbling reminder that, 
despite our technologies, 
most of nature remains unpredictable.
- Diane Ackerman

Life itself is our biggest and terrible hurricane. (Of course at the same time is a greatest bless) Ada masanya kegembiraan menjengah tak kurang masanya bertemu kesedihan. Sama seperti pergiliran pertemuan dan perpisahan. 

Semalam, merupakan hari terakhir untuk beberapa rakan sekerja. Life's hard, but we need to keep on moving. 

"semoga sukses braaah! moga murah rezeki 
dan cepat-cepat dapat kerja baru!!"

Pernah menjadi geng balik lambat untuk gossip koleksi cerita-cerita hantu-seram. Sembang kencang bila masuk cerita politik dan krisis timur tengah. Designer free untuk beberapa poster projek amal :) 

All the best bro Halmeh! 
(Jan 2013 - Jan 2016

Today, I close the door to my past. 
Open the door to the future, 
take a deep breath and step on through 
to start the  next chapter  in my life.

05 January 2016

Hey it's a New Year!!

Yeah, da habis da siri siri cuti bersangkut sangkut :)

Nak citer la pasal cuti last week kerana merangkul 3 hari terus kan. So, consider cuti panjang yang sedikit melemaukan jugaklah kan. Oh tapi tak melemaukan untuk saya. :D

Khamis lepas aku balik awal ketika orang lain (some of) tengah kelam kabut nak cari aktiviti menarik untuk habis kan 2015. Aku? pergi usrah :) 31 disember 2015, last usrah day for 2015. Habis usrah shoot terus ke KFC, bukan apa cek cek purse ada baki kupon yang berakhir 31/12/15.

Selamat Tahun Baru 2016 !! ^^,

Jumaat pulak aku dah deal dengan adik-adik PJ untuk pergi liqa ukhuwwah di SACC Mall. Tapi pagi tu pergi rumah baru Eri dulu di Setia Alam. Alhamdulillah dapat juga jumpa eri lepas 6 tahun.


Balik dari Setia Alam, hantar Samihah dan shoot ke SACC. Ada talk zahariz, Ust Pahrol dan Ustazah Sharifah Kazif (Prof Muhaya dan Imam Muda Asyraf juga tapi part both ni aku da gerak balik) Alhamdulillah banyak sangat input menarik.


Sabtu aku menyertai geng kak siti, gi naik Nuang via Janda baik. woohoo~ 9 pagi - 6.30 petang. Aku harap aku rajin nak buat full story pasal ni. Nanti aku citer, insyaAllah. Doakan aku rajin.


Ahad pulak, gerak dari Janda Baik agak pagi nak ke tengahari, sebabkan dekat dengan Taman Melawati, maka singgah jap lah rumah Naim. Makan sat mi tarik kat Wangsa Walk, kemudian gerak balik ke PJ. Alahai.. mengantuknya, tido sat. Nak dekat Asar bangun, revise hafalan sat.. pastu siap-siap ke usrah.

Balik usrah nak dekat Isyak dah, bersungguh berpusing dalam SS2 nak cari chatime punya pasal. Singgah kat Maybank, kiri kanan cina. Singgah Chatime pun sama, aku ingat da sampai negara China tadi. Sampailah cashier tu membalas order aku,

"lagi?"
"oh itu je.."
tengok harga kat mesin RM7.50. *hulur note RM10*
"ada tiga ringgit tak?"

Ok, cashier prove me, aku kat Malaysia. Tak perlu aku nak tampar pipi. Haha.

Sekian, kabar tahun baru dari aku.

Hai 2016, semoga encik Jodoh kembali ke pangkal jalan.