Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 October 2016

On your wedding day, Amal.

Cuti Awal Muharam yang lepas, ada member ajak ke Bt. Berekeh, Sg Siput. Tapi sorryla gais, xdapat nak join. Member dah tempah sejak beberapa bulan sebelum. ^^, 

1999, SKDS

Perkara pertama yang aku ingat tentang Amal adalah, masa darjah 1 dia dapat 1st place in her class, and me too in my class, so darjah 2 dan seterusnya kami sekelas. Amal adalah sangat berbakat, berkeyakinan tinggi dan mempunyai ciri kepimpinan sejak kecil. Tidak hairanlah Amal pernah join pertandingan karoke kat sekolah dulu :P Amal juga seorang pengawas ya!

'Setinggi seluas, gunung dan lautan. Selagi berupaya kuteruskan' - lagu Erra Fazira k!

Selepas sekolah rendah, Amal ke Bainun (tingkatan 1-3) dan MRSM Pasir Salak (tingkatan 4-5) dan aku, seperti semua tahu ke Ipoh and our path split for 5 years.

Raya 2010 

Matrikulasi, jumpa balik kat Matrik Penang, KMPP ^^, Tapi tak de lah kerap sangat jumpa sebab Amal Fizik, aku Bio. Masa U dia ke USM dan aku ke UM.

2014, Teluk Batik

Tapi, atleast once a year kitorang akan meet up la. Chit chat. Update. Catch Up.

How time flies.

30 Mei 2014

Syu dah berkahwin, begitu juga Amal. Hei Shidah and Koji, u'oll bila lagi? :P

 

dan Amal,
Selamat melayari bahtera rumah tangga kawan! Trough out the journey there will always up and down. Be strong!

1 Oktober 2016

Masa terus berputar tanpa pernah berpatah belakang. Seperti kehidupan indah zaman kanak-kanak yang terus tertinggal jauh di belakang, dan kehidupan dewasa yang semakin penuh dengan ranjau. semoga kita akan terus baik-baik. dan semoga terus terjaga hingga bersahabat lagi di Syurga. ^^,

till then, nah bunga :)

10 October 2016

Ayat-ayat Dzikr

Beberapa hari yang lalu aku telah me'layan' siri berita dari Al Jazeera English. Amazingly, it were quite good! Bermula dari aku terlihat satu link tentang Kes Atlantuya, lalu meleret lah ke beberapa lagi yang aku tonton. Kalau korang nak tengok boleh lah ^^, aku beri link seperti dibawah.

1. 101 East - Murder in Malaysia
(Kisah Atlantuya yang sering dirahsiakan media utama. Wartawan ni berjaya la jejaki orang yang mengenali Sirul di Ausie)

2. 101 East - Malaysia's Gang Menace
Kisah geng-geng India di Malaysia. So dari sini bolehlah kita renungkan macam mana India akhirnya boleh turn out jadi gangster. Dan tak dapat dinafikan most of politician pun menggunakan khidmat mereka, samada nak jadi bodyguard atau pun kerja-kerja lain yang tak diberitahu.

3. 101 East - Malaysia's Unwanted
Cerita tentang refugee yang berlambak kat Malaysia nih. Kehadiran mereka ni kat Malaysia banyak mendatangkan pelbagai pandangan berbeza-beza. (Penjenayah di kaca mata polis, kesian dimata marhaen) Refugee kat Malaysia ni tiada hak bekerja dan belajar ye kawan-kawan. So fikir2kan lah.

4. 101 East - Sabah's Invisible Children
Ini pulak tentang, anak-anak dan parent mereka. Yang masuk Sabah samada dari Philipine atau Indonesia dan hidup di Sabah. Bukan penduduk tempatan. Sekarang ni dah beranak pinak. Jadi, setiap kali polis buat ambush, berlari-larilah mereka menyorok. Ada beberapa kes juga mati sebab lemas, menyorok bawah kolong.

Cerita-cerita realiti Malaysia ni membuka mata aku tentang Malaysia, dan tentang banyak perkara. Walaupun most of it dah biasa dengar dari mulut ke mulut. Tapi bila di videokan macam ni, rasa sensitif tu lain macam pulak.

Ok, habislah cerita tentang tontonan aku, korang kalau minat bolehlah pi usha. Kalau tak pun takpe, isi tajuk karangan hari ni baru nak bermula kat bawah ni >.<

*

Sekarang, aku dah start kelas. Kursus Pengajian Al Quran kat Akademi Pengajian Islam (API) UM. (Akhirnya dapat lah jadi budak API, setelah sejak dulu masa degree orang selalu salah anggap aku budak API. Ahaha~)

Dalam kelas kelmarin, baru pengenalan tentang nama-nama lain AlQuran. Antara nya, adalah dzikr ni lah. Ayat-ayat alquran adalah bagus untuk di amalkan menjadi zikir harian. Maka ustaz beri senarai ayat Alquran yang bagus diamalkan pagi dan petang. Banyak lah kebaikan jika istiqamah mengamalkan nya. Ayat yang diberi adalah seperti berikut.

1. Al Fatihah 1 -7
2. Al Baqarah 1 - 5
3. Al Baqarah 255 - 257
4. Al Baqarah 284 - 286
5. At Taubah 129 (7 kali)
6. Ar Rum 17 - 19
7. Al Hasyr 22 - 24
8. 3 Kul (3 kali)

(Ayat-ayat ni semua, kalau perasan adalah part of ayat-ayat di dalam Bacaan Mathurat Kubro)

Terdapat banyak kelebihan jika mengamalkan ayat-ayat nih. Kalau kita tengok Al Baqarah ayat 255 tu memang terang nyata Ayat Kursi. Seperti yang kita tau ayat kursi ni terkenal sebagai ayat pelindung.

Jadi di kelas, ustaz share kan satu kelebihan dari banyak2 kelebihan yang lain. Iaitu, ayat dari Surah Al Hasyr tu, ayat 22 - 24. Kata ustaz, jika kita mengamalkan ayat ni pagi dan petang setiap hari, Allah akan menurunkan 70 ribu malaikat untuk menjadi bodyguard kita. Dan sekiranya, kita mati, di jamin syurga. Boleh rujuk tafsir Ibn Kathir tentang ini, dalam tafsiran surah Al Hasyr.

*

Dan,

dapat tak kaitan cerita aku sekarang?

Ahaha, kaitannya.. sebenarnya tak payah susah2 kita nak hire bodyguard muka gengster badan ketul2 untuk menjaga keselamatan kita. Amalkan ayat ni je. Allah sendiri akan hantarkan bodyguard, bukan sorang 70 ribu pulak tu!

Maka, benarlah, kalau kita ada Allah, kita dah tak perlu yang lain.

Subhanallah.

Bila agaknya boleh dapat memiliki hati selapang itu, meletak Allah untuk segala-galanya.
Segala-galanya...

06 October 2016

Sendiri dan sebuah persediaan.

wah. tajuk tak nak kalah! Sekarang kan tajuk drama semua nak letops kebabom, jadi terpaksa jugalah aku perform nak tarik fan baca post aku yang tak berapa nak terangkat ni (lapar reader plak ke?)

Ahaha.

Oh, maafkan saya sebab lama tak bersiaran. Selama beberapa minggu ni banyak juga kejadian telah berlangsung, tapi ya ampun malasnya lahaii nak update blog.

Antaranya,
- Karnival Sukan Nasional GEMA di Pulau Pinang (24 September 2016)
- Amal (rakan SKDS) menamatkan zaman bujang (1 Oktober 2016)

Aku harap rajin lah nak buat a post for each event above ^^,

Ok terus kepada tajuk.

Sendiri

Sebenarnya dulu masa kecil aku adalah seorang yang tidak independent, dan sangat rely dengan orang, dan sangat perlukan kawan. Pergi mana-mana mesti kena ada teman. Eheh. Dan itu jugalah reason aku tak stick dengan seorang @ 2 orang je kawan (macam style BFF tu, thats isn't me) sebab nanti kalau kawan kau bz ke pe, kau pula sakit hati, dari sakit hati baik hook dengan kawan lain. Haha.

Bila dah zaman universiti, terutamanya tahun 2 aku dah terpisah dari kelompok rakan-rakan masa tahun 1. Totally new environment sebab aku tukar kolej kediaman. Masa tu aku start berjumpa kawan baru, tapi makin susah pula nak cari kawan yang sama timing nak makan atau gi kelas. Maka most of the time bila time makan, aku akan tapau je makan solo kat bilik. (Applicable untuk dinner la, since lunch biasa masih di kampus) Tapi aku memang sangat2 lah avoid nak makan sorang in public. Lol sangat for my former self. Ahaha!

Tapi bila dah meningkat umur ni, tiba-tiba rasa dah boleh get used pulak makan sorang. Haha! Kawan-kawan sebaya ofcourse lah dah ramai yang beranak pinak kan, susah lah nak match kan jadual dengan orang bujang. Ada kawan-kawan bujang yang lebih muda pulak, banyak juga komitmen lain. Thus, dont stop the joy, enjoy it yourself. Cuma, jangan lah kau persoalkan pulak, where is the joy makan sorang? Ahaha, crap! Joy manusia lain-lain k. Let them.

Sarapan Solo pagi ni, Nur couldn't make it. But its okayy!

Keupayaan yang menurun

Hari tu, sembang dengan mak tentang saiz badan yang semakin melebarkan ukur lilit, dan ketidak mampuan badan untuk kekal kurus tanpa bersenam seperti di zaman kegemilangan.

"Dah 27 ke atas ni badan memang akan mudah naik, nanti kau dah 35 lagi lah, masa tu mulalah penyakit pulak muncul" mak.

Ok, hidup nampaknya akan bertambah mencabar ya!

Yang aku perasan selain dari pada susah maintain berat, aku jugak mudah letih dan senang sakit. Contoh, jalan jauh sikit lain macam lutut. Sendi senang lenguh la compare to the last time.

Selalu aku salah kan metabolisma! Haha! But the truth my performance starting to degrade~

(Ok, memang perlu senam, taking suppliment dan baiki cara permakanan, tu semua orang tau.. now marilah kita kebahagian penutup, isi sebenar yang aku nak sampaikan)

Sebuah persediaan

Apa yang aku cuba sampai kan disini adalah, kalau kita betul-betul lihat apa yang kehidupan ini tawarkan pada kita, apa yang Allah dah siapkan dalam jalan hidup manusia adalah sebuah peringatan yang jelas.

Dari kita rasa kuat dan gembira dikalangan ramai sehinggalah kita mampu terus melangkah walaupun sendiri.

Dari kita sangat sihat dan berupaya sehinggalah pada masa nya kita berasa kurang upaya dan terbatas.

Allah sebenarnya sedang menyediakan kita menuju kematian.
Yang menyelimutkan kita dengan keseorangan dan ketidakmampuan yang abadi.

Sejauh manakah kita menyedari hal ini.
Dan sejauh manakah kita menyediakan bekal untuk ini.

Allahu Akbar.
Astaghfirullahalazim.

Hidup ini benar-benar sebuah peringatan jika kita mahu berfikir.

22 September 2016

the Jerangkang

Dijadikan alkisah, perancangan awal adalah nak pergi Air Terjun Bekelah yang terletak di Maran, Pahang. Ini adalah per pre-meeting way before. Rasa dalam awal tahun atau tengah tahun ni. Sebaik selepas pulang dari YYBTN, maka ada nya meeting post mortem YYBTN sekali gus, perancangan next program.

Memang kalau ikutnya, program Amar ni adalah the next in line. Berkelah. Tapi mungkin sebabkan penat trip lepas tak habis lagi, Iwan cadangkan untuk trip yang lebih santai dan tak memerlukan banyak pendakian, jadi Iwan suggest untuk tukar ke Jerangkang. Jerangkang ni dekat je dengan Berkelah. Both kena naik 4wd. Yang membezakannya, nak ke Jerangkang ni, lepas turun 4wd, jalan dalam 5-10 minit da sampai campsite. Sementara berkelah kena hike/trek another 2-3 jam. Jadi bertepatan dengan nak yang santai, maka Iwan syor kan Jerangkang.

and the rest is history.

selagi bahuku memikul bebannya
selagi hayatku merasa seksamu
selama senyuman menjadi senyumku
kubawa wajahmu walau diriku jauuhh
-ikhlas tapi jauh, VE

Hari Pertama (16 September 2016, Jumaat)

Sepatutnya bergerak dari rumah jam 5.00 sebab nak amik Fatiha kat Shah Alam. Tapi hal-hal tak diingini, dia call jam 4.30pg bagitau cannot make it. So, aku tarik selimut. MashaAllah ya ampun! sedar-sedar da 5.30 memang bersilat capai segala barang. 6.30 depart. Gi rumah Nina, ambil Nina, Saidah dan Nisa. Teruskan perjalanan ke LRT Gombak. Ambil Mariam. Sian Mariam mesti dia tunggu lama >.< Aku rasa 7.20 kut baru gerak dari LRT Gombak. (Walhal 7.30 patut dah gerak dari RnR Genting Sempah! haha) All is well, 7.40 reached Genting Sempah! Alhamdulillah.

Kat sana gather lah dengan semua. Sarapan bagi yang belum. taklimat ringkas, reshuffle passenger. Dan, Pahang here i come! Pukul 9.10 kami pun meluncur meninggalkan Genting Sempah dan masing-masing akan meet semula di exit Sri Jaya jam 11.30 pagi. Ai ai capten!


Nampaknya kereta sampai lebih awal, 11.30 pagi semua dah berkumpul dan bergerak ke next point, kedai untuk makan tengahari, di pekan Maran. Standard harga? KL! hehe. Lepas siap makan, masuk la sat kedai runcit cari barang apa xada lagi, kemudian berpecah. Lelaki ke Masjid Kg Gelugor untuk solat Jumaat, sementara yang perempuan ke Surau Nurul Musthoffa, Sri Jaya. Rehat dan solat Jamak.

Jam 2.30 petang lepas semua rombongan perempuan siap solat, kami singgah di Balai Polis Sri Jaya, hantar senarai peserta yang masuk ke hutan kepada Polis. Penting ye ini, untuk sebarang permasalahan di masa depan. Jadi hantar dulu senarai nama tersebut. Dan kereta pun bergerak menuju ke Masjid Kg Gelugor.


23 peserta. 13 lelaki, 10 perempuan. 6 kereta.

Berkumpul depan masjid dan kumpul barang untuk load masuk 4wd. dengar lah beberapa siri taklimat. Jam 4 petang 4wd bergerak masuk ke hutan.


Kalau hangpa nak mai naik kereta myvi atau yang sewaktu dengannya, make sure kereta hangpa sudilah lalu kat anak sungai seperti ini. Dan, sila prepare contingency plan sekiranya hujan lebat dan air sungai naik. 


4.46 petang kami tiba di campsite Jerangkang. Tapi sayangnya da ada satu family ni bina kemah. Kemah dia memang classy, siap ada katil lagi dan kipas. Jadi, ruang sangat terhad kalau nak camping bawah.

Sementara tunggu pasukan riki beri kabar gembira

5.20 petang pasukan riki tempat kembali dari tinjauan dan memaklumkan kita akan naik keatas dan memberi arahan untuk mengangkat segala barang naik ke atas. Power juga lah, angkat box ais, box makanan secara hike up. pergh pergh!


5.40 petang tiba di campsite atas. Sampai je, letak barang. Beberapa orang terus naikkan fly ground, dan kemah. AJK Makanan susun peralatan dan bahan basah sementara yang lain terus enjoy bermain air.

5.55 petang, pembahagian kumpulan dan mula masak untuk dinner. Dinner malam tu makan BBQ. Ada ayam, kambing, kentang, coleslow dan nasi jagung.

 
 

Malam tu, selepas solat Jamak. Ada sharing session pengembaraan ke India oleh Saidah. Mula-mula mc bagi 30minit untuk sharing. Tapi bila da start kan. he he he.

"Sepatutnya saya pergi ni dengan Bi, tapi tulah dia kawen dulu kan.."

Hari Kedua (17 September 2016, Sabtu)

Biar mati ku mencuba demi bahagia,
Biar sakit diluakai dapat kurasa,
Biar nadiku terhenti demi kesyurga
Biar selamanya mencari cinta sejati, sejati.
-Sejati, Faizal Tahir

Hari kedua dimulai dengan solat Jemaah Subuh seterusnya tazkirah subuh oleh Ustaz Fairus. Ustaz mengingatkan para peserta tentang kepentingan niat dalam melakukan sesuatu amalan. Kerana dengan niat lah sesuatu amalan itu dikira sebagai amal atau tidak. Jadi ustaz mengingatkan semua untuk membetulkan dan menghadirkan niat untuk melihat kebesaran Allah sepanjang berada di Jerangkang.

Lepas Subuh, kami semua pun masuk ke kumpulan masing-masing. Nak bersiap siaga untuk masak breakfast dan lunch. Disebabkan nasi semalam banyak lebih, jadi akhi Fauwaz tolong masakkan nasi goreng. Jadi kumpulan hanya perlu siapkan makanan lunch. Alhamdulillah (tapi sebenarnya pagi tu aku tak makan pun nasi goreng tu, takde rasa nak makan. Amik beberapa suap kentang je dan habiskan brownies) Menu makan lunch, nasi lemak dan sayur paprik.


Lepas pek makan lunch kami pun bergerak naik lagi. Hike up! (perkara yang paling aku menyampah tapi setiap kali orang ajak masih ada rasa-rasa nak join) Tapi, tak lama sangat lah memanjat naik tu. Hanya kerana orang tidak atlit macam aku, mudah lah semput! Ahaha.

Ketika aku hampir-hampir give up dengan kehidupan (over plak) ketika itu aku dengar suara jeritan di hujung jalan. Maka tahulah aku, eh dah sampai! So terus bersemangat k, laju-laju aku langkah. Pastu nampak tokie ngan bad! tengah selotep kertas kat pokok. Ok bai korang setup la, aku ngan ita letak beg pastu terus menuju ke air terjun! yeah. Nampak mirul, yun ngan saidah.



Lepas gian sat dengan air, naik semula ke daratan dan memulakan permainan pertama. KL to Kozan. Oh ya, alhamdulillah di tentukan tuhan dapat duduk bersama ahli group yang bijak dan engineer belaka. So dapat lah kami menjadi kumpulan pertama sampai ke Kozan.

Kumpulan 2 bersama hadiah kemenangan. Kozan, here we go!

terima kasih AJK, belanja kami cempedak goreng ngan teh tarik kaw.

Kuiz seterusnya, kami dapat jawab 2 je dari 4 soalan. Uhuk! Kumpulan Nina berjaya memenangi round ke-2. Aktiviti seterusnya adalah, buat onde2! Tak pernah seumur hidup buat kuih ni. Makan biasalah. Jadi, tak semena-mena belajar buat kuih kat air terjun kan. Ahaha~

Nak jadikan cerita, kumpulan aku semua lelaki. Ahaha, nais sangat the only girl tapi tak tau masak. (Dari semalam, dan pagi tadi aku selalu menyemak time cuci pinggan/sayur dan potong2 sayur je. Yang lain semua depa buat) Jadi, kami percaya je dengan kemampuan Chef Amar beri arahan untuk buat kuih ni. Din siap usha2 kumpulan sebelah (yang semua girl) dan sarankan kami orang bentukkan bulatan yang lebih kecil. Untuk pertandingan onde-onde, kumpulan Iwan menang.


   

Lepas pertandingan onde-onde, peserta di beri ruang untuk makan lunch dan mandi dan solat. Maka, jom lah mandi! Dapat mandi, lama pulak tu! Dah siap mandi bergerak pulak nak bergambar! Sementara the guys bergambar, jadi the girls solat dulu lah. Lepas tu take turn gi bergambar. Dah puas mandi dan bergambar, baru makan. Makan tu tak semangat sangat dah. Ye la dah bagi makan cempedak goreng, onde-onde. Kenyang makan kudap kudap je.

 



Lepas makan, kami pun packing untuk bergerak turun. Masa turun laju pulak. Tadi masa naik bukan main pancit lagi. Standard kut kan. Bila da sampai campsite, nampak kumpulan kami turun dari atas. Aik? Rupanya Aishah cakap dia malas nak panjat, so dia ikut jalan lain ikut bawah. Nais move Aishah! i love u. hehehe.

Sampai bawah, tengok Akh Fauwaz dan Akmal dah siapkan minum petang! Bubur kacang hijau! (Oh baru teringat tak makan lagi aiskrim kacang hijau!) Betapa gigihnya mereka memasak sebab, kami lupa tinggalkan butene. Bagi diorang dapur without butene. Maka, mereka masak cari batang-batang kayu dan arang saja! Survival!

Kami semua pulak masih kenyang, jadi bungkus jelah bubur kacang tu bawa turun. Siap kemas semua, turun lagi ke campsite pertama. Kat sana, sepatutnya kami kena turun bawa barang tu semua, jalan lebih kurang 5-10minit lagi untuk sampai ke 4wd. Tapi tu lah dah rezeki, ada 4wd PDRM pun baru nak turun, maka diorang tolong bawakan barang ke bawah. Alhamdulillah!

Masa tu, aku, Nina dan Saidah slow move je. Punya syok tengok 4wd tu moving. Tetiba pakcik pdrm yang 4wd depan tu offer naik 4wd dia! Wahaha~ Orang kata pucuk di cita ulam mendatang, maka kami bersetuju! Dapat lah rasa corner baring!

"Ni depan ni syarat dia, jangan jerit!" kata pakcik tu bila menghampiri kawasan bertangga. Pengalaman tersebut memang agak mengerikan. 4wd tu betul2 condong 90 degree, tapi tak tumbang! (Hmm, perluke beli 4wd sebijik? Setelah terpikat dengan kehebatan beliau! Ahaha)

All is well.

Sampai semua di Masjid Kg Gelugor dah Maghrib. Tapi kami berniat jamak ta'khir. Turunkan barang dari 4wd, bahagikan barang company dan individu, ucapan2 dan masuk ke kereta masing-masing. Mandi dan solat di RnR Temerloh. Masa balik ni, minyak tinggal 2 bar dari Maran nak sampai RnR Temerloh. Masa drive tu memang terkenang kenang pengalaman lalu. Nervous lain macam! Alhamdulillah pisang tak berbuah dua kali. Perjalanan selamat.


Sampai KL, hantar Mariam di LRT Kg Baru (rumah dia kat flat sebelah LRT je) pastu hantar Nina, Nisa dan Saidah kat Seksyen 17 PJ. Sampai rumah 1.30 pagi macam tu.

 

the Jerangkang, done!

:: Sebuah lagi projek Gema Selangor Backpackerz::

12 September 2016

kata-kata yang baik

setiap orang perlukan motivasi untuk terus melangkah. semakin meningkat dewasa kita semakin laparkan motivasi. long run, pasti melelahkan tanpa kata-kata semangat dan harapan untuk terus berjuang.

kan?

hari ni aku nak cerita kisah kira-kira 19 tahun yang lepas, masa tu masih di bangku sekolah rendah.

tahun tu ada seorang guru besar baru masuk. nama dia cikgu Muhyidin. dia masuk sekolah, setahun je lepas tu dia pencen.

(kalau ikutkan aku tak ingat sangat guru besar ni, sebab dia tak mengajar kelas aku pun, tapi dia terus berada dalam ingatan aku ni sebab kejadian yang satu ini)

selepas peperiksaan pertengahan tahun, cikgu Muhyidin memanggil 10 orang murid masuk ke pejabatnya. aku kira 10 orang ni adalah pelajar-pelajar harapan. cikgu memberi amanat panjang lebar, tapi ada satu ayat yang melekat dalam otak aku,

"Dari mata kamu semua ni, saya dapat lihat yang satu hari nanti kamu akan menjejakkan kaki ke universiti"

haa.. kau bayangkan untuk seorang anak sekolah rendah yang macam tahu ke tak tahu pasal universiti. apa perasaan. masa tu perasaan aku, wow! tapi aku percaya kata-kata cikgu.

aku terus belajar. kemudian masuk sekolah asrama dan akhirnya masuk matrik. masa matrikulasi, aku teringat lagi kata-kata cikgu dan aku rasa, matrik pasti bukan 'last resort' aku, sebab cikgu cakap dulu universiti! maka aku terus belajar lagi bersungguh sungguh hingga berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. :)

terima kasih cikgu Muhyiddin kerana memberi motivasi sejak saya belum mengenal apa itu universiti.

selama aku membesar, aku betul betul ingat cikgu ada kuasa melihat masa depan. bila aku betul betul besar baru aku perasan, itu hanya kata-kata yang baik @ kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat pelajar!

cikgu, u did very well! terima kasih! banyak pahala cikgu, semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kesihatan kepada semua guru-guru yang telah mendewasakan aku.

untuk kawan-kawan semua dan aku yang tidak direzekikan menjadi guru, teruslah berkata-kata baik, semoga kata-kata yang baik terus menjadi bekal dan saham kita dalam menuju Allah.

sekian,

Selamat Hari Raya Aidil Adha.