Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 September 2016

kata-kata yang baik

setiap orang perlukan motivasi untuk terus melangkah. semakin meningkat dewasa kita semakin laparkan motivasi. long run, pasti melelahkan tanpa kata-kata semangat dan harapan untuk terus berjuang.

kan?

hari ni aku nak cerita kisah kira-kira 19 tahun yang lepas, masa tu masih di bangku sekolah rendah.

tahun tu ada seorang guru besar baru masuk. nama dia cikgu Muhyidin. dia masuk sekolah, setahun je lepas tu dia pencen.

(kalau ikutkan aku tak ingat sangat guru besar ni, sebab dia tak mengajar kelas aku pun, tapi dia terus berada dalam ingatan aku ni sebab kejadian yang satu ini)

selepas peperiksaan pertengahan tahun, cikgu Muhyidin memanggil 10 orang murid masuk ke pejabatnya. aku kira 10 orang ni adalah pelajar-pelajar harapan. cikgu memberi amanat panjang lebar, tapi ada satu ayat yang melekat dalam otak aku,

"Dari mata kamu semua ni, saya dapat lihat yang satu hari nanti kamu akan menjejakkan kaki ke universiti"

haa.. kau bayangkan untuk seorang anak sekolah rendah yang macam tahu ke tak tahu pasal universiti. apa perasaan. masa tu perasaan aku, wow! tapi aku percaya kata-kata cikgu.

aku terus belajar. kemudian masuk sekolah asrama dan akhirnya masuk matrik. masa matrikulasi, aku teringat lagi kata-kata cikgu dan aku rasa, matrik pasti bukan 'last resort' aku, sebab cikgu cakap dulu universiti! maka aku terus belajar lagi bersungguh sungguh hingga berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. :)

terima kasih cikgu Muhyiddin kerana memberi motivasi sejak saya belum mengenal apa itu universiti.

selama aku membesar, aku betul betul ingat cikgu ada kuasa melihat masa depan. bila aku betul betul besar baru aku perasan, itu hanya kata-kata yang baik @ kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat pelajar!

cikgu, u did very well! terima kasih! banyak pahala cikgu, semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kesihatan kepada semua guru-guru yang telah mendewasakan aku.

untuk kawan-kawan semua dan aku yang tidak direzekikan menjadi guru, teruslah berkata-kata baik, semoga kata-kata yang baik terus menjadi bekal dan saham kita dalam menuju Allah.

sekian,

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

No comments: