Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 June 2019

The innocent Ica

Semalam pergi beraya ke rumah Kak Ina. Lama dah tak pergi rumah Kak Ina dekat sebulan lebih. Almaklumlah busy menghadap Ramadhan bersambung pulak dengan raya. Mujur Kak Ina offer rumah untuk usrah. Dapatlah datang rumah Kak Ina.

Sementara menunggu ahli usrah yang lain, aku pun bersama 2 lagi rakan duduk santai di ruang tamu Kak Ina sambil melayan rancangan TV3 masa tu. Tengah syok menonton Miha sampai dengan anak dia Ica, 6 tahun.

Selepas bersalam-salaman dengan Kak Djah, Miha pun berbasa basi.
"Ke akak pregnant?"
Sebelum Miha tegur aku pun tergerak jugak dalam hati, tapi malas nak tanya. Perut dia nampak buncit sikit tapi macam lain plak bentuk dia. Ehehe. Takpe, kebenaran kan pada akhirnya akan terbongkar jua. Maka sengaja aku menyampuk.
"Obvious kut perut kak Djah"
Sambil senyum kak Djah membalas "Haah, dah 4 bulan dah"
Miha tiba-tiba attack aku "Hang tu, berapa bulan dah" saja nak merujuk kepada perut aku yang buncit lah tu!

Tiba-tiba lepas tu Miha tergelak, sejurus selepas Ica berbisik bisik dengan dia. Dengan gelak tersisa, Miha bagitau
"Ica tanya, auntie Sarah nak ada baby ke umi?"

Grrr.. apa yang hang ajar anak hang ni Miha.

"Aah ada baby Ica, tapi belum keluar lagi. Nanti dah keluar auntie Sarah tunjuk k!" layann..

Nampaknya serius sangat masalah pembesaran perut aku nih.

Ok, jom kempiskan perut!

(Nak kurus ni zikir dah dekat 2 tahun, tapi bersenam punyalah malas. Kau ingat ni syurga? zikir je terus menjadi nyata?)

Oklah sekian bebelan gue di Syawal yang menuju pertengahan ini. Tabahnya korang membaca!
ha ha. kbye.

14 Syawal 1440H.
Kg Baru, KL.

09 June 2019

Dairi Ramadhan 1440H

1440 Hijrah

20 Ramadhan 

MasyaAllah, dah pusingan terakhir dah Ramadhan. 10 malam terakhir. Apalah agaknya khabar amal kita di bulan mulia Ramadhan kali ini.

*selak Quran, dah juzuk berapa habis ni.
*check mutabaah form, da berapa banyak solat Dhuha tinggal, tahajud dah konsisten ke belum
*terawih masih 8 ke dah 20

23 Ramadhan

MasyaAllah sedar tak sedar je dah hari ke 23.

Lagi 7 hari sahaja kita akan bersama Ramadhan tahun ini. Itu pun kalau nafas ini sempat sampai ke hujung Ramadhan. Jika tidak, maka berakhirlah amalan kita dalam usia pinjaman Allah sepanjang di dunia ini. Ramadhan terakhir. Ya Allah tak terbayang rasanya.

Mengimbau kembali hari-hari awal bersama Ramadhan, jom kita semak semula impian kita untuk Ramadhan kali ini. Apa target kita, apa yang kita sasarkan untuk menjadi makhluk kembali, bukan menjadi insan yang terus-terus berbuat dosa.

*  *  *  *  *

5 Syawal

Oh nampaknya Ramadhan yang lepas aku sempat jugaklah mencoret 2 potong kisah pada akhir Ramadhan. Nampak ada unsur2 menginsafkan. Tapi sayang sekali both adalah tulisan yang separuh masak, separuh jalan.

10 hari terakhir Ramadhan, cuaca nampak lebih redup dari biasa. Lebih sejuk, dan lebih banyak hujan. Ini pun macam cuaca biasa pada setiap tahun pun. Mungkin ada kaitan dengan terletaknya Al Qadar, di mana malaikat turun memenuhi bumi.

Tahun ni, target banyak tersasar, bersepai. Tapi Alhamdulillah terawih tak terbabas, walaupun target Al Quran terbabas. Sobs.

Moga Ramadhan yang lalu dapat menjadi bekal untuk 11 bulan ke depan. Konsisten bersedekah, istiqamah puasa, solat sunat. Lebih rajin qiam. Cakap baik-baik, fikir baik-baik. Sentiasa senangkan hati orang. Moga kita semua bertemu penghujung umur yang baik berkat usaha keras kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

6.51 petang,
Petaling Jaya.


03 May 2019

Panasnya Malaysia

2 hari lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dan sejak beberapa minggu ni, cuaca Malaysia panas yang berpanjangan rasanya. Walaupun hujan tetap panas.

Rabu (1 Mei 2019)

Hari Rabu lepas ada meet up dengan Weekenders dekat Taman Botani Perdana, KL. Pukul 930 pagi, kat taman, area bukit, bawah pokok. Tetap panas. Habis meeting, ikut Tokie ke Chow Kit nak tolong kemas ruang baru untuk team Street Ngaji Chow Kit. Cantik betul tempat dia, memang style terkini. Kitorang sampai around 12 tengahari jugaklah. Sebab gerak dari Taman Botani around 11 or 10.30 then nak masuk KL boleh tahan hebat jugak jem dia. Sampai2 kat tempat, pintu tutup lagi dan tak ada siapa lagi, jadi kami pun pi makan sat kat kedai hujung bangunan ni. Tempat ni aku tau sebab penah makan ngan Kilah ngan Imah masa awal2 mahkamah pindah ke Kg Baru.

Habis makan, balik ke Lot Street Ngaji, ada Mak cik Lina je. Tapi pintu masih kunci, orang yang pegang kunci masih stuck dalam jem. Kami pun merayau lagi. Mak cik Lina cakap ada surau dekat2 Lot Street Ngaji ni, jadi sebabkan dah penat jelajah kedai2 yang ada area situ, kitorang pun pi la cari surau yang dikatakan. Oh, memang dekat sangat suraunya. Cuma, mungkin creepy sikitlah kalau malam-malam before tuisyen nak pi solat sana. Cuaca sangat panas. Kitorang patah balik ke lot, masih tak buka. Jadi jalan lagi, elok nak lintas naik jejantas ke hari hari, nampak kak Nora. Ok jalan sekali dengan Kak Nora, si kakak kawasan.

Kak Nora baru balik dari PJ, hike bukit gasing katanya. Tak sempat pun nak masuk hari hari, Kak Nora ajak solat kat rumah dia. Ok menapak ke rumah kak Nora. Uiihh, lain macam rasa kepala bila berjalan tengah panas. Sampai kat rumah kak Nora, kitorang lepak kat surau dia, sebab kak Nora cakap surau rumah dia ada aircond. Haha! Masa berehat sat tunggu solat ni, aku dah on minyak angin dah, sakit kepala betul panas2 ni eh.

Dalam pukul 3 jugaklah kami pun bergerak balik ke lot, bersama baldi, mop dan lain2. Begitu begini kemas lot street ngaji, around 4 jugak lah habis. Then patah balik ke taman untuk amik kereta Tokie, pastu gerak pulak ke amcorp untuk sembang trip ngan Nizam & Isma. Tapi cam biasalah nama pun sembang, hahaha.. bawa ke Maghrib jugaklah!

Lepas Maghrib terus ke Taman Medan. Tenghari tu aku baru dapat mesej dari belia cakap kena attend meeting di Masjid Jumhuriyah. Jadi, disebabkan syok sangat sembang, maka aku fikir tak dan dah lah aku nak balik rehat2 kat rumah. Syukur sebab petang tu lepak dalam restoren, jadi kepanasan kepala berkurangan. Boleh lah meeting dengan tenang lepas isyak malam tu.

Khamis (2 Mei 2019)

Semalam, jogging malam pun bahang masih terasa. Dengan tak ada anginnya. Haba dari jalan tar pun membahang rasanya. Walhal pusing bukit, banyak pokok2, malam, tetap panas. Arghh. Lepas jogging tu, sampai rumah, mandi. Sebenarnya masih panas, jadi baring jap depan kipas, eh eh tertidur. Hanya duk depan kipas la dapat la rasa sikit kesejukannya.

Ok cerita ni sebenarnya saja aku conteng-conteng. Sebab aku rasa, macam tiap2 tahun dekat2 nak Ramadhan mesti cuaca macam ni, panas membahang. Nanti tahun depan aku lupa, jadi saja aku jot down untuk aku cnfirmkan balik situasi ni tahun depan. Hehe.

Mungkin untuk menjadi ujian dan sebagai nilai tambah (kesabaran) ketika kita memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selamat Datang Ramadhan ^^,
Selamat memasuki pesta amal rakan2. Moga istiqamah.

#2harimenujuRamadhan

14 April 2019

Teh o Panas

Kelmarin masa kak Siti merebus telur untuk majlis kahwin Fikri, ayah dah pesan siap-siap,

"Siapa nak kentut kena kentut kat luar rumah"
"Ow mak, nak kentut kena siap pakai tudung bagai" balas Jiha.

Teringat pula kejadian masa di Eropah awal tahun ini. Aku taktaulah disebabkan perubahan apa. Mungkin disebabkan cuaca dan perubahan masa. Tambah pulak awal-awal tu kami tak biasa lagi cari dan makan di kedai. Jadi banyak bawa bekal Brahim dari hotel. Tapi sebabkan untuk makan tengahari, end up nasi yang dah siap masak tu kesejukan dah masa kami nak makan. Jadi perut masa tu, keep on bunyi. Tak pernah lagi aku dengar perut yang berbunyi dan berpanjangan seperti sewaktu di Eropah tu. Bila perut berbunyi maknanya dia tengah anginlah kan.

Bila angin, maksudnya? kena lah lepaskan kan? haha. Aku pun kentut je la macam biasa. Oh no! Dan roomate aku time tu begitu marah sekali.

"Eeee busuknya! Lain kali nak kentut, gi toilet"
aku tak ingat apa aku balas, tapi lepas tu dia sambung
"Awak jangan main-main ya, sebab kentut pun ada pasangan yang bercerai"

Peh. Sebegini sekali kesan kentut ya. Serius sekali rasanya ketegangan ketika itu. Haha!

Oh kenapa aku cerita pasal kentut plak ni kan. Sebenarnya sekarang ni tengah sakit perut bersangatan. Aku syak ada keracunan makanan ketika kenduri Fikri semalam. Lalat kat dewan tu bukan main raksasa lagi. Hari ni elok je aku tidur tengahari, tiba-tiba aku disergah rasa sakit yang mencucuk di bahagian ulu hati. Mula-mula ingatkan sebab makanan tak lawas, tidur lepas makan tengahari. Tapi rasanya dah lama jugak selepas makan tengahari aku tidur tu.

Dan nak dijadikan cerita, 4 beradik kami diserang sakit memulas ni. Maka toilet menjadi tempat penting petang ni. Oh, waktu2 perut macam ni, dapat kentut/ muntah memang suatu kenikmatan sangat, Betulkan?

Maka, suka aku katakan kentut adalah sejenis blessing in disguise. hehe.

Sempena 3 orang anak perempuan mak yang dirumah ni dilanda pemerutan, makanya mak sediakan teh o pekat panas2. Ah, nyaman sekali!

(Aku pun tak paham kenapa cerita kentut ni bukan main senang nak taip dan lancar je untuk di post, ada 3 kut post tentang program GSB sangkut kat draf)

17 March 2019

Malam minggu.

Indahnya malam minggu. Untuk para pekerja seharusnya malam minggu adalah hari yang sering ditunggu-tunggu. Mana taknya. Sampai 5 hari hidup lintang pukang tak menang tangan nak mengharuungi hari.

Tapi malam minggu kali ni rasa syok lebih. Hehe, sebab ada di kampung halaman yang tercinta. yuhuu~ Kalau dah kat kampung ni rasa betul cuti dia. Selaku manusia yang bergiat dengan pelbagai aktiviti kesatuan dan masyarakat, korang faham lah kan, instead of kerja 5 hari seminggu, sambung pulak dengan 2 hari yang berbaki tu untuk persatuan. Jatuhnya macam kerja straight 7 hari pulak.

Lepak-lepak kat rumah ni tiba2 teringat pulak kenangan belasan tahun yang lalu. Masa zaman duduk asrama dulu. Apa lah aktiviti aku malam-malam minggu biasanya eh? Nak kata borak2 takde la sangat. Peh, hidup yang dull spotted semenjak dahulu kala. LOL!

Tapi kalau esok tu Jumaat, lepas tu Sabtu tu start cuti penggal haruslah tak tidur malam tu, borak sampai larut malam. Aku pun tak pasti lah apa sangat perbincangan zaman tu? mungkin gosip2 tentang warden? kakak senior? adik junior? abang kantin? haha. Ye lah nak berpisah untuk seminggu dua kan? kena lah all out buat saving. Nanti rindu. Haha!

Zaman tu mana ada handphone nak wasap2 bila balik kampung. Yang ada, itulah telefon rumah tu. Bergayut panjang sikit, maka jawaban dia menjawab lah ngan ayah. Apsal bil telefon bulan ni melambung. Jadi nak taknak, kadang aku tulis surat je lah. Rajin jugak aku pi pejabat pos beli setem kan? (ok ni aku buat time matrik/universiti je. gigih sangat menulis surat time cuti penggal kan)

Sebenarnya, aku tulis ni semalam bersamaan Sabtu malam Ahad, berbetulan dengan malam minggu. Elok siap 2 perenggan, semangat merudum untuk terus menaip, terus panjat katil sehingga ke pagi ni. Ahaha! Dan hari ni bila aku sambung balik menaip (beberapa minit lagi nak naik kereta untuk pulang ke PJ) aku pun dah tak ingat apa alasan sebenar aku nak tulis post ni >.< Maafkan gue teman-teman.

Sekadar nak bagitahu, aku sedang menjalani hidup dengan baik-baik sahaja. Masih menulis kadang-kadang di blog ni walaupun tak sekerap 11 tahun yang lepas. (phew, lama sungguh!) Masih meneruskan perkenalan-perkenalan baru dengan orang-orang baru setelah persahabatan lama tak lagi seutuh selalu dan sekadar menjadi kenang-kenangan yang kadang singgah.

Hehe.

ok, till then. Jumpa lagi April my lovely room @ my home sweet home.
InsyaAllah bersama bahagia-bahagia yang sederhana.