Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 June 2017

Raya 2017

Nampaknya begitu khusyuk ye Ramadhon sampai takde post baru. Subhanallah sis. impressive! (#acah2)

Ok, di pagi yang begitu dingin dan syahdu ini, tiba-tiba terkenangkan Syawal-syawal yang lalu. Masa kecik mesti sekarang ni dah kat Kg Sg Buloh. Beberapa hari sebelum raya dah siap packing bag simpan dalam kereta dan bergerak ke kg halaman. 2 jam perjalanan. Tapi jem dulu tak macam sekarang kut. Masih boleh bertenang. Syok juga masa tu, balik kampung jumpa sepupu. dan main bunga api. But that was probably 20 years before. (Peh, tuanya rasa)

Bila dah besar sikit, bila atuk dah tak ada. Dah jarang sangat lah balik kampung before raya. Sebab kat Perak ni, memang belah ayah, dan ayah anak sulung. Makanya, dah belah mak tu atuk-nenek tak ada, jadi ayah la take charge pulak jadi ketua keluarga kat sini. (Kat sebelah Perak pun, atok-opah dah tak ada, tinggal opah tiri) Makanya, bila cuti raya, adik2 ayah la mai bawa keluarga beraya kat sini. Masa ni, the annual event harus lah tunggu bergambar family di pagi satu Syawal. Ahaha!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku rasa the excitement nak raya ni, (bagi aku) adalah masa nak bagi duit raya tu! Nak tukar duit, nak masuk dalam sampul, dan nak spread kat semua sampai lah habis duit2 tu. Yeah! Rasa dewasa sangat :) Semoga niat sedekah kita di bulan Ramadhan itu Allah kira, insyaAllah. Ala, setakat nak bagi ke adik beradik dan sepupu sepapat setahun sekali je kan, apa la salahnya. Haha.

Raya tahun ni?

Eh, asal dah dekat pukul 7 pagi ni semua masih bergolek atas tilam memasing? Lol!

Ok, lastly,

SELAMAT HARI RAYA KORANG! Minta maaf zahir dan batin. kalau ada aku hutang hangpa, jangan lah segan silu roger, takut sangat ada yang aku lupa note kat memana. Biasalah sejak2 nak move ke next stage ni kan, banyak yang lupa. Lagho kuat barangkali.

yang dekat-dekat Kg Gajah tu, mai la singgah rumah! Calling2 dulu k, takut kang kiter takde plak.

Till then.

#raya #syawal #postRamadhan

1 Syawal 1438H,
Kg Gajah, Perak.

05 June 2017

A wise word.

Kadang-kadang sebaris kata pun dah cukup untuk memberi semangat kepada hidup.

Words.
Really a things that never fail to move me.

Terima kasih sis. U lift me up eventhough im not really that good 😣

Pj.

01 June 2017

The Respond

Bila kau datang buka kat masjid hanya selepas 5 hari Ramadhan bermula. Dan kau pun terjumpa muka-muka yang kau kenal.

Kamalia
"Eh yb! Bz ke? baru hari ni nampak"

Kak Husna
" ... "
"Saya bg peluang kak kat orang lain buka sini. Saya buka kt rumah je 😋"

Mak cik Siti
"Eh ada meeting lagi ke malam ni?"

Datin Mas
"Baru hari ni nampak muka.."

Pakcik satu blok
"Eh eh.."

Kesimpulannya, dah rajin buat program jv dengan masjid tu, rajin kan lah juga solat jemaah kat masjid. Ni asyik datang masjid sebab nak gi meeting je 😑

24 May 2017

Tragedi Temerloh

"Edah, ada tisu basah tak? muka rasa berminyak"
Saidah yang sedang duduk ralit memandang telefon bimbitnya memandang perempuan dihadapannya seketika sebelum kembali menatap skrin.

"Ada. Tapi sat eh kak, bagi saya balas wasap saya ni jap"
Seketika kemudian dia meletakkan telefon di tepi dan mengeluarkan beg-beg kecil di dalam begnya mencari tisu basah. Tisu basah dihulurkan.

"Terima kasih!"
Dan perempuan itu dengan riangnya mencuci muka dengan tisu basah. Haha! taktau lah bagus ke tak bagus, dont really care, yang ku tahu belemoih hoi.

Kemudian kami beriringan menuju ke bas, Saidah terus naik ke atas bas, aku kira untuk meletakkan begnya. Sementara aku tak terus naik sebab #acah nak tolong aktiviti pembahagian sotong di samping bas. Diorang ada tangkap baracuda. Jadi aku lepak dengan Afiq untuk handle the baracuda, sementara yang lain-lain dah berpindah jauh sedikit dari bas untuk pembahagian sotong.

Tak berapa ketika belum ralit aku melihat afiq memotong ikan, Saidah muncul kembali.

"Akak telefon saya hilang" perlahan je suara si Saidah ni. Aku pula yang terkejut. Bergegas aku tinggalkan Baracuda dan menuju naik ke atas bas, cari fon aku dan try call.

"Saya da call kak, memang da masuk voice mail" aku tekan butang merah. cemas. (almaklumlah dah 2x hilang fon) cepat-cepat aku nak melangkah keluar dari bas untuk cek tempat terakhir fon masih kelihatan. Sebelum di sapa lagi oleh Saidah "Saya da pergi kak, memang dah tak ada"

Dan ya, sesampai nya aku ke lokasi terakhir fon itu kelihatan, memang dah tak ada! Sobs. Aku kembali ke bas. Sedikit keciwa. Dengan integriti masyarakat Malaysia. Fon orang kut, usaha lah pulangkan.. waaaaa! (eh kiter lak emo lebih kan) Sampai kat bas, aku tengok ada beberapa girls yang tengah tolong tengok2 bawah bangku etc. Aku duduk sekejap, bertenang.

"Kak jangan kecoh2 tau, senyap2 je" - Saidah.

!==

Setelah bas menyambung perjalanan,

"Tak dapat lah saya nak makan pulut mangga kak" saidah nampak tenang dan pasrah dengan kehilangan fon dia. Langsung tak kalut, tapi aku taktau segalau apa hatinya. kenapa pulut mangga juga yang dikenang? zzzzz..

Wasap terakhir yang dibalasnya adalah dari rakannya yang nak bagi dia pulut mangga sebaik tiba di lrt gombak nanti. Tapi sebab fon dah hilang, jadi tak dapat lah dia nak trace jejak kawan dia tu. Of course Saidah is a unik creature!

Itulah sekeping kisah di RnR Temerloh, yang pada hari hari kemudiannya, kembali mengimbau kenangan aku tentang rumah rehat yang sama 5 tahun yang lalu. RnR Temerloh telah memberi kisah untuk sekurang-kurangnya 2 juzuk dalam perjalanan panjang kehidupan ini.

Sekian.

16 May 2017

Assumption Kills

Merasa jatuh bukan lah membawa maksud Allah tidak sayang. Sedang sebenarnya itulah tanda cinta Allah kepada kita. Allah tidak kejam bila memberi kita jatuh, kerana Allah lah yang lebih tau bahawa jatuh itulah titik kembali hamba yang lupa ini kepadaNya.

Tinggal marilah kita petik hikmah pada kejatuhan itu. Tertegun seketika tiadalah salahnya, andai kelak kita beroleh satu akhlak yang lebih mulia dari sebelumnya.

Dalam banyak hal dan masa di sejuzuk kisah kita yang hidup sebagai manusia ini, kita dipengaruhi oleh sangkaan-sangkaan. Yang sekadar bermain main pada persekitaran otak kita yang singkat dan langsung tak dapat menggapai makna setiap kejadian tuhan.

Dan sesungguhnya sangkaan-sangkaan ini lah pada banyak masanya menjadi sebab penghancur keadaan, Kita hanya bersangka tanpa langsung mencari benar salah sesuatu perkara. Dan dari sangka sangka yang kecil kita biarkan dan membukit. Lalu entah setelah tinggi gunung apa sangkaan itu di kumpul-kumpul. Meletuslah pecah oleh sedikit saja lagi kesilapan kecil.

Maaf. 
kerana pernah memberi ruang untuk kalian salah sangka.
tetapi jika pernah terbit sangka2 itu dan kalian merasa hairan, kemarilah dan tanyakan kepadaku. Kerana aku juga manusia yang tak pernah mampu membaca sangkaan kalian. Belum juga lagi aku belajar ilmu membaca pikir manusia.
Janganlah disimpan sangkaan itu sehingga menjadi luka dan bernanah. Langsung tak mampu aku hilangkan parutnya kelak.

Maaf. 
kerana candaku, kau akhirnya menganggap biadab. Tak sangka negeri kita tak sama bahasanya, tak kenal kau agaknya akan lirih senda orang kasar seperti aku.

Maaf aku juga salah. 
kerana aku juga sebenarnya bersangka yang kau kenal akan aku. 

Dan benarlah sangkaan itu membunuh. 

15 May 2017

. . .

Tak dapat tidak,
ada masanya, pada ruang-ruang penulisan sang penulis,
dipenuhi draft lebih banyak dari yang di paparkan pada khalayak.

hai ide.
dimanakah kau?


05 May 2017

Sibu (Day 3rd)

Kira-kira langit Maghrib di Sibu, aku pun tiba. 5.45 kan terbang, dalam 6.20 macam tu kut sampai kat Sibu. So, sampai-sampai je, ambil beg then terus cari kereta sewa. Usha2 kereta, boleh dapat kancil manual RM90. Sebab asalnya RM100, cuma sebab kitorang akan sewa tu tak sampai sehari, jadi dia bagi diskaun la RM10. Eh ofcourse bukan aku yang pandu! haha.

Dari airport kami pun menuju ke Hotel Paramount Sibu. Kurang lebih 33 minit. Tapi hujan teruk juga semalam dari airport. Alhamdulillah berjaya diharungi dengan tabah. Sampai hotel, parking terus check in. Imah cakap ada kedai burger sedap kat bawah hotel ni. Maka, kitorang pun refresh lama sikitlah kat atas tu. Siap mandi solat semua, baru turun cari makan.

Imah order burger, aku nampak ada mi kolok, ini lah masanya! Maka aku order mi kolok! Tak tau la apa yang sedap sangat mi kolok yang diperkatakan ramai ni. Pada pendapat aku, rasa dia macam biasa je lah. Macam wantan mi kicap je kalau kat semenanjung. Tapi ofkos la takdak wantan dia kan. (Lol, oklah macam rasa mi kicap.. hmm)

Balik makan tu terus naik hotel, dah tak lelah bertahan dah. 2 hari straight bangun 3 pagi memang sakit kepala. Terus tidur.

Khamis,

Pagi-pagi, turun makan dulu. Hotel ni include breakfast kan. Lepas tu terus cari pump station. Lepas pam, pergi kerja! Ingat macam semalam laju je boleh siap, semalam sejam setengah je kut, dah setel. Hari ni ada problem pulak. 2 jam jugak tadi duk godek2.

Pukul 11 bergerak balik untuk check out. Lepas checkout, berpusinglah kitorang kat pekan Sibu ni duk cari makanan halal. Siap google ok! 'Makanan halal di Sibu' dan boleh pulak diorang rekemen satu restoren ni, kitorang pun gigih pergi, eh eh alih2 tak halal, dia cakap kalau nak halal boleh pergi restoren kasturi kat tingkat atas. Kitorang pun naik, macam aneh je kedai ni. Oklah, xpelah kita cari kedai lain.

Last resort? Memang KFC lah citer dia! haha.

Tentang Sibu? Aku baca-baca depa cakap Sibu ni Hongkong Malaysia. Haa.. Aku duk bercakap dalam hati, eh eh macam ss2 je sibu ni. Memang most people kat situ adalah chinese. Restoren pun memang restoren cina ja bersepah kat sana-sini. Selain tu? Oklah maju gak Sibu ni (kalau nak compare dengan Bintulu) Mengikut pembacaan aku jugak, Sibu ni adalah pekan (or bandar?) ke-3 terbesar di Sarawak selepas Miri dan Kuching. Sebab tu juga, tahun 2017 merupakan tahun melawat Sibu. Ha apa lagi, datanglah Sibu u oll! ^^,

(Masa aku order KFC tu adik tu duk cakap sarawak dengan aku. Setakat sikda tu boleh lah akak faham dik. Sekali dia cakap 'itu je?' dalam bahasa sarawak, memang aku pun.. haa??? Muka sarawakkah kamik?)

Airport Sibu,
MAS Wing MH3806.

03 May 2017

Bintulu (Day 2nd)

(Ok letih plak nak reka ayat berdrama kan. So kita buat biasa je lah kan. Puas hati sikit. Haha)

Semalam malam, aku pi makan kat warong nusantara pekena nasi goreng special sarawak. Peh, recomended! Ada terubuk masin ok. 1/3 dari sekor terubuk tu di persembahkan untuk menjamu selera. Erm dapnyer!! (Tapi makan malam kn, mana lah mampu nak habis. Jadinya postpone untuk sarapan sekali 😂, ok ar kut RM9.50 utk makan dinner and breakfast.lol)

Eh nak citer Bintulu kan,

Flight aku pagi tu 6 pagi Air Asia, imah naik mas wing 6.30 pagi. Memang 4 pagi sepatutnya kena keluar dah dari hostel sebab nak kena check in beg dan pulang kereta. (Ok sebab James ni macam akan sampai lambat je utk claim kereta dia, aku tinggalkan je kunci dalam kereta dia. Haha)

Bintulu menyambut dengan sinaran mentari yang berwarna jingga dan lapis lapis awan karpet yang membuatkan kita terbayang akan syurga! Subhanallah. Luar biasa.

Hari ni kerja di Pejabat Tenaga Kerja Bintulu, sekejap je kerja dah setel. Untuk di Bintulu ni memang tak plan nak bermalam, jadinya kami ambil teksi saja. Tapi dah habis awal pulak. Call la teksi minta hantar ke airport semula. Nasiblah pakcik tak gerak jauh lagi. Airport ke PTK 30minit juga!

"Uncle, apa menarik Bintulu?"
"Tak ada apa"

😂😂 memang jadinya kami pun xda selera dah dengan Bintulu. Duk sembang ngan pakcik je la. Pakcik ni cakap dia bawa teksi dah 30 tahun. Dia tunjuklah kawasan2 yang 20 tahun dulu masih hutan banat.

"Nanti lagi 10 tahun dah jadi bandarlah tempat ni"
"Ye ke pakcik? Oklah 10 tahun lagi lah saya datang lagi" 😅

Pakcik cakap, kalau dari Bintulu nak ke Kuching naik bas, 10jam! Tiket sehala Rm80. MasyaAllah ya ampun. Aku amik bas KL-Penang ritu pun da semut2 kaki. Tu baru 4-5 jam.

"Tapi kalau ada Hiway Borneo nanti mungkin boleh laju sikit. Sebab sekarang jalan ada satu lane saja"

Pfft, nak muntah pulak aku dengar jalan 10 jam lane ada sebatang je.

"Bila tu nak ada hiway?"
"Tak tau lah. Tapi berita pasal nak bina hiway ni 30 tahun dulu saya dah dengar"

C'mon pok jib, apa cerita ni sarawak kesayangan!

"Jomlah saya tunjuk rumah panjang"
Eksaited tau aku bila dia nak tunjuk rumah panjang! Selama ni tengok kat taman mini je kan.

Tapi sayang, tinggal rangka je. Taktau sama da diorang nak tambah baik atau memang nak demolish. Sedih plak! Pakcik tu siap cakap dia boleh cakap iban jadi kalau nak usha2 rumah tu dari dekat dia boleh nak kawtim 😭

So macam tu je la perjalanan di Bintulu. Bintulu ni tempat dia sendu je. Oil & gas company banyak la. Tapi menjanjikan peluang pekerjaan terbesar di Sarawak! Kata pakcik tu lah.

Itu jelah perjalanan kat Bintulu. Patut pukul 5.30 flight depart ke Sibu. Tapi delay. 5.45 baru dapat masuk kapal.

Bye Bintulu. Jumpa 10 thn lagi?
😎

1002, Hotel Paramout Sibu,
Jalan Datu, Sarawak.

02 May 2017

Kuching (Day 1st)

Kuching menyambutku dengan awan hitam dan gerimis.
Apakah sedih atau terharu dengan kedatanganku.
Pemandangannya sejuk dan sayu.
Oh bau hujan!

James membawa Kancil walaupun pada asalnya menjanjikan Viva untukku.
Syukur masih ada, dari tiada.
Tapi maafkan aku James, sudah di saman Kancilmu !==

Bangunan Binamas yang tegak tinggi kelihatan jelas dari Jalan Padungan.
Dan disitulah tempat aku menghabiskan hari yang pendek untuk tugasan yang panjang. *sigh*
Terima kasih kak Norlia sudi meneman kami makan Mi Kolok dan Laksa Ambal di Icom Square.
Juga meneman kami check in di My Place Hotel & Lodge.
Kawtim lagi kitak kak sama adik kaunter.
Terima kasih juga kepada Talib, Kak Kathy, Mr Hii, Kak Rowina dan semua yang begitu mesra menyapa kami yang singgah.

Terima kasih.

Kuching,
mungkinkah kau akan muncul lagi lewat mimpi2ku dimasa depan?

via wifi @ Room 203,
My Place Hotel & Lodge,
Jalan Padungan, Kuching.


30 April 2017

Sepetang yang sedih bersama kak wani

Sebenarnya tak bercadang untuk ke KLIBF tahun ni. Memandangkan sejak sekian tahun, buku buku yang dibeli banyak tak terbaca. Dan sejak itu sebenarnya, aku menahan diri dari ke KLIBF. Bukan apa, takut-takut terjatuh ke kategori pembaziran.

Tapi beberapa hari yang lepas adalah birthday kak wani. Dia ajak ke KLIBF. Tak sangka terjebak! Pagi tu masa kak Siti tanya, confident aku cakap taknak ikut, tapi petang tu, bila rasa macam ah betapa tak produktifnya Sabtu ku, maka laju2 aku join.

Pergi agak lambat juga. Pukul 3 lebih baru nak keluar makan lunch. Singgah di Jaya One untuk lunch. Makan, eh dah Asar. Maka, bergerak terus ke NU Sentral dan park kat sana. Solat Asar, kemudian baru cari KTM menuju stesyen Putra. Train kitorang naik ni, oklah lengang je. 

Sampai je kat Putra, (which is several station je from KL Sentral and it just RM1.80!) masyaAllah ya ampun, ramai gila orang beratur nak balik. Sampai ke tangga depa beratur nak beli tiket KTM. Kira macam kami sampai ni, cross the wave la. Orang dah balik kami baru sampai. 

Betul2 sampai depan pintu KLIBF tu, jam 6 petang! (Ok, jauh jugak berjalan nak ke PWTC ni ya bila hujan) Maka, set time dengan Kak Wani, jumpa balik kat pintu jam 8 malam. So ada 2 jam untuk peek-a-boo dengan buku2. Aku gerak dengan Kak Siti.

Sebab jalan tanpa any idea nak beli buku apa, maka kitorang singgah je lah kedai2 yang ada. Dah tak tau apa menarik, singgahlah ke booth imanshoppe (4090-4095) Eh eh banyak pulak nafsu melihat buku-buku kat imanshoppe ni. Ahaha~ Selain imanshoppe, IBTM dan Dubook la another 2 kedai yang berjaya menggamit hatiku untuk melakukan transaksi jual beli. (Ada jugak hasrat di hati nak singgah mustread, dari jauh buku dalam wishlist aku tu terpampang jelas. Tapi sekatan masa dan wang, aku bypass je lah)

Walaupun plan nak jumpa jam 8malam kat pintu KLIBF, tapi nampaknya pukul 730 dah jumpa kat surau PWTC ^^, Alhamdulillah, kak Wani pun dah penuh tangan dengan plastik buku. Misi berjaya diselesaikan dalam tempoh 2 jam.

Pukul 8 kami pun bergerak pulang, perut masing-masing pun dah lapar. Sampai persimpangan antara nak naik KTM atau STAR, sebulat suara nampaknya memilih untuk naik KTM, dan makan di NU Sentral. Time balik ni memang boleh kira beberapa orang je lah gerombolan di belakang kitorang. Memang lain banyak la amount manusia kalau nak compare dengan masa kami datang tadi. (Jadi kalau korang nak datang, sila lah datang odd hour ye kalian, Asar-Maghrib. Hehe)

Cerita Sedih bermula

(sekeping je gambar sepanjang the trip, sungguh kuberasa begitu dewasa dan tidak bbnu)

Maka, kami pun menunggu penuh sabar, gerabak komuter yang menuju ke KL Sentral. Tengok kat skrin, mulanya ETA 8.21 lepas tu 8.23 lepas tu 8.27. Aik, lain macam ni. Tak lama lepas tu, ada announcement bagitau ada short of power supply. Jadi semua perkhidmatan komuter tergendala, dan meminta penumpang mencari alternatif lain untuk ke tempat yang dituju. Ok fine! (dalam hati yang sedih dan lapar) Maka berbondonglah manusia bergerak keluar dari KTM Putra.

Tak boleh tahan dengan kelaparan, kami pun makan di Sunway (depan PWTC tu). Setelah tu barulah sambung lagi berjalan ke STAR. Sebelah PWTC je STAR ni. Dengan confident yang datang dari mana, aku lead the way. Aku tak tau pun apa nama stesen STAR yang kitorang berada tu, tapi dengan confident aku lead the way. (Walaupun terang-terang kat situ dah tulis, Putra Height is another platform. Haha) Makanya, naik STAR, hala yang bertentangan dari destinasi. LOL. 

Nasib la the immediate station adalah Titiwangsa, dan interchange dengan monorail. Ok, decided, turun Titiwangsa dan terus menuju ke KL Sentral using monorail je. Ha amik kau, pusing lah all the tren kat KL! RM3.40.

Dan sampailah kami ke NU Sentral semula! 

the sad part. penat gila kut berjalan berjalan dan berjalan.
the best part. so, we knew a new route untuk ke Putra via monorail!

the sad part is there, so do the best part. Thus, just enjoy both! 

Selamat Membaca! Membaca jambatan ilmu. Ilmu Suluh Hidup. Hagituh!
till then~ 

22 April 2017

Love Spark in Korea

a.k.a Jilbab Traveler

Akhirnya, ingat tak aku pernah tulis tentang movie ni? Haa.. dapat jugak layan! Alkisah, balik ke Kg Gajah dan siaran televisyen tak ada! Sigh. Walau demikian, Alhamdulillah connection internet masih mantap gitu! (Harap maklum ya, Kg Gajah tidaklah begitu pendalaman. Ahaha)

Makanya, dapatlah layan the next Morgan Oey movie! (Dah macam Nicholas plak rasa, dulu masa minat Nicholas -ok skrg pun masih minat- habis semua movie dia digali dan ditonton)

Dan,

Baluran!! MasyaAllah cantiknya. Baluran National Park a.k.a Africa Van Java. Mampu? Ahh.. Berlatar belakangkan Gunung Baluran (ke Gunung Raung?).

Walaupun, tajuk cerita dia Korea kan, tapi kenapa Baluran jugak yang menjadi watak utama? Ahaha, tapi sebenarnya Baluran memang watak utama, love spark je kat korea, tercipta kat Baluran. Ha gituh, menjiwai sangat.

Kesimpulannya, Indonesia itu indah banget! Adem~

#bias #wonderfulIndonesia

Komen cerita? Tipikal lah, but the view from most of the scene, priceless! i tell u, priceless!


Ayah, terima kasih..

sendirian menempuh perjalanan mengelilingi sebuah negeri
akan terasa lebih indah jika dinikmati dengan orang2 yang kita sayangi, 
Baluran menjadi istimewa, menjadi momen abadi kerana ayah menikmatinya bersama ibu, 
wanita yang ayah cintai.

mungkin ini yang aku cari selama ini,
momen ini, momen abadi, milikku sendiri

Till next movie. aha!

21 April 2017

You are just on time.

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua.. 👇🏼

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kawin 20 ribu belanja,sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Wallahua'lam..

14 April 2017

Korban rasa

"Dulu korban sebab laki, sekarang korban sebab abang plak.."

Sedih gak citer member ni. Dia kawen, lpstu cerai. Masa dia kawen husband dia duk minta beli kereta. Jadi dia beli atas nama dia, guarantor abang dia.

Bila bercerai laki dia xmau pulang kan kereta. Sampai sekarang dia xpernah da jumpa laki dia ni apatah lagi kereta dia. Maka dia pun tak bayar lah kereta.

Alih2 tahun ni, kena sound ngan abang dia. Sebab bank dah nak isytiharkan muflis dah (abg dia penjamin kan) Nak xnak dia pun duk turun naik la pelbagai bangunan untuk bayar balik jugalah kereta yang takdak ditangannya untuk menyelamatkan abang dia dari di isytihar muflis.

"Bayar buta je lah. Kadang-kadang sedih gak lah.. tapi tu lah, sabaq ja lah.."

😢😢😔
#kisahKehidupan
#bersyukurApaAdanya

Life will be good aite?

09 April 2017

Terfikir jugalah.

Hai semua, selamat petang! Maaflah lama tak bersiaran seperti dikala muda mudi dulu. Sejak sejak dah tak ada internet kat rumah ni. Jadi mood nak membuka laptop ni mmg kelaut teruk.

Ok petang nan syahdu ni, (sebab td baru je beramah mesra dgn family and now semua dah balik ke pgkuan rumah masing-masing) aku pun berkesempatanlah buka group wasap sekolah. Then sebuah cerita menangkap perhatian aku. Kisah usaha seorang kawan aku yang nak mencari jodoh, dimana akhirnya dapat tahu lelaki yg baru dia nak kenal tu rupanya suami orang.

Dan the drama begin.

Alkisah wife dia nampak husband dia duk berchat dgn member, then terus dia contact member ni bgtau laki tu sbnrny husband dia. Baru setahun kawin dan dh ada anak. But the husband side, lepas kantoi dgn bini dia tu, kawan aku pun nasihatkn lah suh value skitlah perkahwinan diorg kn. Laki dia plak ckp sbnrny dia mmg dah bergaduh ngan wife dia and bila dia duduk sendiri dia mula fikir yg dia kawen ngn wife dia sebab kasihan je. Dan dia rasa dia da tersalah dan nak start anew. Ok i feel like pfft. Duh, ni bukan game lah bang 😣 frust leh restart.

Maka, aku pun mula terfikir kisah ni.. dia cm da ala2 cari kerja lak bila da bosan kerja lama. Nk cr kerja baru xleh trus berhenti. Kena stdby keje baru dulu bru boleh tender resignation letter.

🤔 oleh itu, adakah isteri spt kerja? Yg hanya di kejar ketika tiada. Dan di lupakan bila sudah bosan/inginkn yg lebih baik?

🎶Terlalu Sadis Caramu
Menjadikan Diriku
Pelampiasan Cintamu
Agar Dia Kembali Padamu
Tanpa Perduli Sakitnya Aku🎵

Oklah itu je lah siaran hujung minggu dari aku. Aku doakan korang yang dah kawen di hindarkan lah dari cerita cinta 3 segi sebegini. Dan utk yg bujang pun, berhati hatilah dalam mencari pasangan. Kita tak mahu jugalah kisah spt 'deritamu bahagiaku' an..

walau bagaimanapun, jika benar terjadi sesuatu yang sangat2 kita taknak.. percayalah Allah tahu kemampuan kita.

💅 xoxo.

29 March 2017

ketahuan

Dari kecil muda aku sering dilabelkan sebagai skema, nerd dan seangkatan dengan nya, well i think its true somehow!

Aku rasa, manusia yang skema ni fall into 2 type of person.

1. Memang skema sejak azali.
2. Tak boleh tak skema, push to be.

Dan aku rasa, aku no.2 Hehe.

Sebab? sebab aku bukan tak pernah nak cuba buat benda-benda tidak skema a.k.a break the rule, dan biasanya percubaan melakukan perkara tersebut akan kantoi pada fasa2 awal. Aku pun tak faham kenapa, tapi macam tu lah. Menjadikan, aku pun takut dah nak buat, takut ketahuan!

Macam beberapa waktu yang lepas, keluar dengan klik sebab boss pi meeting. Jadi lunch panjang sikit. Elok je nak naik lif, terserempak dah kau dengan boss! dia ngam ngam baru habis meeting :D Haaa.. macam tulah.

Jadi, hei gais.. tak susah pun nak ikut peraturan~ gaji berkat, akhirat pun insyaAllah selamat.

Sekian.

28 March 2017

Hilang.

1 Jun 2012,
http://merentashorizon.blogspot.my/2012/06/smart-phone-hilang.html

12 Jun 2015,
http://merentashorizon.blogspot.my/2015/06/telefon-bimbit.html

25 Mac 2017,
Akhirnya sekali lagi aku merasai perit saat mendebarkan kehilangan Si Samsung! Kali terakhir aku online dan melihat beliau, adalah pagi Sabtu 25 Mac sebelum MAWK PJ. Dan setelah itu, langsung tak kelihatan kelibatnya di mana-mana.

Benarlah jodoh itu ada tempohnya.


Till we meet again Sam!

25 March 2017

of mesyuarat agung (2) and Makcik Aziah

Hari ni is the day, sila harap maklumlah, jika anda katakan anda penggiat aktiviti persatuan, maka mesyuarat agung tidak dapat berpisah dari anda. sekiranya anda bergiat tetapi tidak ke mesyuarat agung, maka tanyakan lah balik, apa sebab asalnya anda berpersatuan. kerana menghadiri mesyuarat agung adalah sumbangan terkecil ahli kepada persatuan.

(pergh kasara tetiba kan nak bersemangat persatuan sangat.. kasi chance plis deknon!)

Tahun ni, tahun pertama lah berhempas pulas menjayakan mesyuarat agung, mencemaskan tetapi interesting to do! an?

Oh dan tahun ni, merupakan mesyuarat agung yang sedikit istimewa memandangkan tahun ni ada perlantikan Ketua Wanita baru, sebab mak cik Aziah telahpun berpindah daerah.

Bertahun-tahun duduk di PJ, aku banyak mengenal dan belajar dari makcik-makcik dan kakak-kakak di daerah. Semua tak ada yang perfect tapi mereka melengkapi sesama mereka. Tak ada yang tak sibuk, tapi mana yang kurang sibuknya terus menghulur tangan membantu yang lebih sibuk.

Subhanallah.

and here goes the late ketua wanita, makcik Aziah!

Sangatlah membanggakan melihat komitmen makcik dalam menggerakkan wanita daerah. Selain sentiasa turun padang untuk program-program wanita dan wakil wanita, makcik Aziah juga banyak memainkan peranan besar dalam pengurusan masa dan dokumentasi program/mesyuarat.

Aku kira tanpa mak cik Aziah, barangkali perjalanan mesyuarat hari ini takkan selancar tadi. Alhamdulillah.


Farewell makcik, semoga makcik terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas-tugas dakwah di daerah yang berbeza tetapi insyaAllah semangat dan komitmen yang sama atau lebih baik. Terima kasih makcik, sangat banyak membantu dan sudi tunjuk ajarku sifu! ^^, 

Semoga dapat berjumpa lagi di program-program akan datang. 


Dan tak dilupakan terima kasih juga kepada tangan kanan dan kiri kami, cik pencatat minit! the Khadijah. (Dua-dua pencatat minit tahun ni nama sama! Siti Khadijah, yang berbeza nama bapa je.. mungkin nama Siti Khadijah ni memang berbakat menjadi setiausaha agaknya ya! Sebab bekas setiausaha wanita dulu pun nama Siti Khadijah juga. Ahaha~)


Takziah untuk perlantikan jawatan kepada Dr Normah. Semua tahu tentang kesibukan Kak Nom, tapi semua juga tak dapat menidakkan komitmen Kak Nom terhadap jalan ini InsyaAllah. 

Selamat memimpin Kak Nom :) 

Pesanan kak Nom sangat menyentuh hati, 
"Sekiranya kita mampu untuk tidur malam, sebenarnya VISI kita belum cukup hebat, 
andainya kita tak mampu tidur maka VISI itu sungguh hebat sampai kita tak mampu tidur"

Terima kasih juga untuk barisan AJK yang banyak membantu dan semua ahli yang hadir mencukupkan korum ^^,

(Ok, sekianlah ucapan ala-ala menang award..)

Oh ya kawan, jangan lupa register untuk program Beroga 5+1 k! Jumpa kakak disana! 
(Jumpa kat puncak je ok, jangan cari kat jalan, kakak biasanya yang semput tu! kihkih)