Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 November 2016

White water rafting @ Ulu Selim

Nak cerita pasal WWR. | 20 November 2016, Ahad.

WWR tahun ni memang meriah ya sambutan dia, kalah last year! (ok tahun lepas hambar gila! haha) Biasa lah tu, last year GSB kan sendu lagi. But sokayy, life is like that kan, sentiasa ada room for improvement.

Sambutan untuk program ni agak meriah juga, walaupun harga dia agak kencang kan, RM180/pax tapi amazingly ramai peminat ya! Sampai mula-mula kitorang agak akan exceed 50 peserta. Tapi macam biasa at the end ramai yang datang dan pergi. macam tu. end up peserta ada 45!

Bersama kembar, people sometime think she is me. hmm..

Berlepas dari PJ jam 7.30 pagi dengan Izzah dan Ju. Kalut! pagi tu baru la terhegeh nak fotostet borang keahlian. Waha! Nasib baik Izzah sememangnya sangat pemurah, memberi printernya untuk fotostet. Ahaha.

Sampai di KFC Tg Malim, seperti yang dirancang 8.30 pagi (ok, lebih beberapa minit dari jam tersebut) Tetapi ada masalah teknikal sikit since dekat Tg Malim ni je ada beberapa KFC, dan atlast kita decide untuk berkumpul di KFC BHP. Ada 11 kereta semuanya berkumpul di KFC, setelah 1 kereta mengalami miscom dan telah pun bergerak dulu. Sementara Ude yang datang dari Utara memang dah sejak sediakala terus ke tapak program. Jadi total kereta adalah 13 buah.

Sesampai di Kampung Ulu Slim, bagi beberapa minit kepada peserta untuk pergi toilet dan tukar baju or kasut. Kemudian proceed dengan signing consent form, seterusnya taklimat dari pihak My Host Adventure.

Setel kat situ, group photo, then naik 4wd menuju ke hulu sungai. Ok hari tu, hujan ya. Dan telah berlangsung sejak semalamnya. Kata abang driver, kalau hujan berlarutan dan air naik pada takat membimbangkan, ada kemungkinan kita tak boleh proceed dengan wwr ni. Maybe kena postpone ke tarikh lain.

Tapi alhamdulillah sampai starting point, tinggal gerimis kecil. Brader continue dengan briefing keselamatan. Untuk kali ni sebenarnya aku takdelah berdebar teruk macam tahun lepas. Tapi ngam-ngam brader ni buka mulut untuk taklimat, terasa nervous tu kembali menerkam pulak. Ahaha! Tapi takpe, tabahkan hati. Control sikit wajah ketakutan.

Bila kena bahagikan satu kumpulan 5-6 orang, maka aku grab je lah orang-orang disekeliling ku! So, Izzah, Ita, Una, Keon dan Mid selaku orang terhampir terpaksa rela kan hati lah sekumpulan dengan aku.


Tak dapat dinafikan tahap thrill dia adalah sedikit lebih tinggi berbanding masa di Sg Kampar. Aku rasa, ada 2 faktor. Pertama, sebab masa kat gopeng kitorang datang di luar musim hujan, so air sikit hence tak deras. Kedua, kat Sg Selim ni kan baru lepas hujan, jadi air dia tinggi dan laju! Puas hati. 


Bot aku punya guide, surim dan ba au. Bila dah last tu, Surim suruh semua himpit kat depan bot, dia cakap nak buat willy (nak terbalikkan bot lah tu~) tapi sayangnya tak berjaya. Haha! Maka kali ni, untuk bot aku, tak sorang pun jatuh, alhamdulillah. Toward the end tu, diorang minta kami semua turun dari bot dan freebody di hanyutkan arus ke end point.

Not bad gak, best jugak masa terbawa arus tu. Tenang dan tidak perlu memikir banyak. Macam dalam hidup ni, follow the flow memang best. tak perlu bangkang orang, tak perlu gaduh. Just enjoy the show. Tapi tu lah, tak selamanya kita boleh biar arus membawa kita, seketika tak mengapa. Bukan selamanya! Prinsip akan memastikan kita mampu berhenti pada waktu yang tepat. (kalau tak mau hanyut sampai ke laut gamaknya)


Dah sampai hujung, maka macam biasa, group photo! Kemudian berkemas dan kembali ke Kampung Ulu Selim. Mandi, makan tengahari dan penutup/ reflection time!

Kali ni, ada 2 kawan chinese. Robert dan Walter!

Selepas 3 tahun bersama GSB (fuh.. fuh.. lama jugak ni) isn't activity yang amaze me anymore.

It's the people within ^^,

Mengenal orang baru, mengenal pelbagai cerita berbeza dari setiap kita, isn't it lovely?

ok cukup throw back, jom tidur senyum malam ni.

4 comments:

Keon Safaai said...

Ala kaksarahhh taknampak muka kita hahhaha

udez huda said...

Ecahhhh mana u dapat gambar??? I jelessss..


P/S: Btw pasal KFC tu,rasanya ada org cakap awal dah meeting point kat KFC drive thru.Maybe org missed out kot "drive thru" tu huhu.

Sarah Basri said...

ude: eh ada la, kat google drive. kalau ang ada letak emel, shud b dapat shared folder

keon: kan, tu je muka yang almost smua nampak. tapi sayang keon malu2. haha!

Fakhitah Abdullah said...

Hi kembar...moga2 lepas ni tak takut dengan air lagi..btw, balik dengan muka senang hati..kenyang sgt, kaya dengan air 100+, sprit..tak dilupa kamera 360 buatbkita amaze