Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

17 November 2016

unexplain

Minggu ni aku bekerja di luar pejabat biasa aku. Pejabat ni, jauh sikit lah dari pejabat aku. maka sejak awal pagi lagi dah kena tercongok tunggu LRT.

rabu.
kat pejabat ni, kalau kehadiran penuh ada, 8 orang. tapi semalam, ada 5 orang je. ada yang cuti la, outstation la. maka dari 5 orang ni, ada seorang je lelaki. boss baru kat sini adalah perempuan, baru nak masuk sebulan kat sini.

baru bermula hari, tiba-tiba system hang. beberapa orang tengah guna sistem call sebab tak boleh nak klik apa-apa. jadi bagitau lah boss sini, bila check, bilik server panas dan dalam masa yang sama sql used 100%. kalau da used 100% gitu memang tak boleh lah nak buat anything. nak taknak kena kill or restart. tapi yang tak faham kenapa bilik server tiba-tiba aircond prob. bila call vendor, diorang check timer rosak menyebabkan aircond off tiba-tiba. vendor nak angkat je timer tu, tukar baru. tapi boss cakap try swap dulu. eh bila swap ok pulak, jadi swap semula jadi kedudukan asal. eh takde masalah plak kau kan timer. jadi terpinga-pingalah kami siapa pulak yang off kan aircond bilik server.

khamis.
pagi ni, member sorang tak sihat. aku kat sini memang duduk sebelah dia. sebabkan sakit, maka dia keep on tidur bangun several time. sampai la kira-kira jam 11.30 macam tu, bila officer kat sini datang kat tempat kitorang.

dia cakap, boss besar suruh check kenapa internet slow. dia nak tahu siapa yang kuat main youtube sampai tarik bandwith. bila check nampak la hostname ni, xx2xx. so dia suruh member check pc, nak tengok hostname tu refer to which pc. turn up, memang pc member ni, aku terkejut sikitlah sebab dia cakap pc ni la pakai youtube banyak, sedangkan memang aku tengok member aku ni tidur je dari tadi. dia buka sekejap tengok sistem kalau ada staff call bagitau masalah. mula-mula aku ingat maybe ada pc lain hostname sama. aku tanyalah officer tu, ada IP dia tak. dia pi check, then datang semula. bila dia tanya IP member ni, turn out memang IP yang sama, mean memang PC ni lah yang telah menonton youtube sepanjang pagi sehingga masa member ni terbangun dari tidur.

time aku dengar tu, berdiri gak la bulu roma. gulp.

ada banyak benda yang unexplained dalam dunia ni. tak semua benda boleh kita beri penjelasan. ahahaha, till then!

No comments: