Its a new day, its a new month. Jangan lupa bersyukur untuk kurniaan tak terhingga nikmat nafas, nikmat sihat yang kita ada hingga hari ini. Above all, nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. (walau tak putus hamba alpa ini melakukan dosa, tak pernah gagal Allah memberi nikmat nafas walau sesaat. Subhanallah. Astaghfirullah. Alhamdulillah)
Hari ni, ada sorang rakan yang dah lama bercuti masuk ke ofis. Panjang cerita dia mengenai anak nya. Oh ya, dia bercuti kerana anak nya menjalani pembedahan jantung, jantung berlubang. Sudah seminggu (sejak anak keluar wad) kata nya tak dapat tidur sempurna.
"Kat sana, I jumpa seorang ni dah 3 bulan dalam wad. I tanya, anak yang kedua macam mana? sakit juga ke. Dia balas I, yang kedua ok. Kalau yang kedua pun tak ok, I dah tak ada kat sini, panjat high residence dan terjun. Satu pun dah sangat susah"
Betapa pengorbanan para ibu ni, bila anak-anak sakit.
"Im glad my son hanya 1-off punya case. Bedah sekali saja. Ada few yang kes lain, kena datang beberapa kali. Yang 1-off ni pun I dah rasa sangat stress"
Kawan ni, memang aku tau dah lama dia nak anak. Dia kahwin dalam 2-3 tahun before aku rasa. Dan sebab dah bercinta dulu sebelum tu, biasanya lepas kahwin memang orang target nak ada anak lah kan? Tapi lama, masih tak dapat. Banyak orang yang kahwin lepas dia, dah mengandung dan ada anak. Pernah jugala dulu dia cerita kan how stress for her, bila orang duk tanya pasal anak. Sepanjang yang aku kenal .. dia memang sangat lah bertenang dan rasional. Jarang terikut emosi dalam membuat keputusan/ respon orang. Tapi bila dia cakap, ada satu masa tu dia nangis lepas orang tanya pasal anak, i think dia punya rasional pun dah sampai limit barangkali.
Turn out, dia dapat baby Mac baru ni. Masa tu aku pun tumpang gembira. Ya lah, jatuh bangun kesedihan dan kegembiraan dia kau dengar kan. Bila dapat anak tu kira macam dapat trophy gitu. Tapi, tu lah.. ujian orang lain-lain kan. Anak dia jantung berlubang since born.
"Kalau ada satu je nasihat yang I boleh beri, jangan minta ada anak. You pun tau kan how long i wait for this and end up macam ni"
Perbualan berakhir kat situ, dia balik ke tempat dia, dan rakan sekerja lain mula memenuhi pejabat. Dah pukul 9 rupanya.
Kita memang tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita. Dan bila sampai masanya, adakah kita mampu bersabar seperti selalu, seperti sabarnya kita saat menunggu dahulu. Mungkin sampai ketika ini ujian sabar ketika menunggu itu lebih mampu kita lakukan berbanding sabar setelah memperoleh.
Allahualam, Dialah yang Maha Tahu.
Hi November,
Selamat harga minyak baru!
No comments:
Post a Comment