Hidup ni bagai satu pelayaran yang sangat panjang. Pemilihan untuk menaiki kapal/bot yang mana adalah atas diri kita sendiri. Kapal yang terbaik kah atau yang buruk kah. Bagi yang mendapat kapal terbaik dalam pelayaran ini, ucapkanlah Alhamdulillah. Namun bagi yang menaiki kapal yang hampir roboh dan bilik kabin yang sudah ber’bau’.Janganlah berkecil hati, dan merasa putus asa untuk meneruskan pelayaran, kerana sudah menaiki kapal itu sudah cukup bagus. Bayangkan bagi yang lain yang hanya menaiki bot/sampan. Mudah sahaja ditelan gelombang saat laut diserang gelora. Jangan pula kerana kekecewaan kita, sampai sahaja kita terjun ke laut yang dalam itu. Segarnya sebentar cuma, hakikatnya kita tak punya kekuatan untuk berenang lebih jauh menuju ke destinasi.
Seperti itu jugalah dakwah kita sahabat sekalian, jangan kerana terdapat beberapa orang dalam jemaah yang tidak kita setujui menyebabkan kita keluar dari jemaah itu. Hakikatnya kita semua hanya manusia. Punya salah dan silap yang banyak.Namun, seperti kita yang punya kelebihan, sahabat-sahabat kita juga ada kelebihan masing-masing. Besarkanlah kelebihan mereka supaya tertutup kesalahan mereka yang kecil itu. Kalau sampai semua dari kita mengambil jalan mudah, melarikan diri dari jemaah..bilakah dakwah akan berjalan dengan lancar?
Teruslah berukhuwwah dan mengorak langkah! Islam perlukan mujahid..masa kita makin suntuk.
Dipetik dari sebuah artikel dari seberang
UMKL
No comments:
Post a Comment