Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 November 2009

Gigi

hurm.

sedari kecil aku memang mempunyai masalah pergigian yang SUPER kronik. Disetiap selok ada sahaja construction yang tak siap2..pembaikan demi pembaikan pun seakan tak membantu.

Kadang rasa geram.

Tapi selalu positif kan diri. Allah bagi semua ada hikmahnya kan??

Aku tau penyakit gigi aku ni, Allah kasik untuk aku blajar sabar. Macam mana aku boleh handle keadaan yang tegang dalam masa yang sama sakit gigi menggila.. Tapi aku tidak marah.

Macam mana?Ada berani?

Sabar kunci taqwa.Kau tak bisa istiqamah dalam beramal jika kau tak sabar..

Terima Kasih Allah. Bagi pelajaran ini untuk aku ^_^.

~sakit gigi.dah 3hari~
4.18pm
Kelana Jaya

29 November 2009

kembali ke kota

rumah dah macam CC mana2 orang melayan internet.baguskan??

hari ni bas jam 5petang. Teluk Intan - KL.
dan seperti biasa membawa lagi kerja2 yang tak siap.. heh~
moga perjalanan ini diberkahi dan saya selamat tiba di kota..

countdown:2 jam 34 minit.

*programming macam addmath.kalau ko dapat buat mesti meloncat gembiranya, tapi kalau ko xdapat buat mesti rasa nak penampar semua orang.. ^_^
**[Tajaan PKN]ada siapa2 mahu bersedekah beritahu saya yer.. InsyaAllah sedekah ini akan dimanfaatkan ke arah kebaikan..

2.26pm
KG Gajah,Perak.

27 November 2009

im home ^_^

yeah atlast!

pengembaraan 9pm-1am.(bas lewat sejam sampai destinasi.angkara kesesakan teruk di hiway jln duta-hentian sg buloh)

huhu.. 4 jam perjalanan hari ni.. bersambung pula dengan perjalanan Tlk Intan - Kg Gajah. akhirnya tiba dirumah dalam 2 pagi.

dan ayah menghidangkan ayam panggang dan mushroom soup yg dibelinya di Giant Tlk Intan..

yang paling magik adalah Amin, kerana dia sedang tidur tadinya terus bangun dan join makan bersama.

kecuali najihah, semua yang lain ada bersama untuk 'makan besar' pada jam 2 pagi.. (ini adat terbaru..)

mak, ayah, kak CT, aku, naim, pk, amin, najihah.. (yeah..Basri's family completed again.hehe)

Terima Kasih Allah!!
Selamat Hari Raya semua.Mari hayati erti kurban sebenar..

~via router baru abah!~best..
2.30am,
Kg Gajah,Perak.

26 November 2009

Menjelang 9pm 26Nov

hehe.

countdown.
lagi 5 jam 20 minit.
sedang bekerja keras dengan kerja..
xQcc..medical reSult..pMm?..huh!

tp xpe..
hari ni kan nak balik..

uh yeah!!..

perlu lebih bersemangat!!

mak..ayah..kakak..adik..TUNGGU!!

3.38pm
Nepiege Ofis.

25 November 2009

Undangan Perkahwinan

Seperti yang dijanjikan..

Nur Diyana Bt Hj Baharom & Muhammad Naki b Wahab

KM17, Lorong Dewan,
Kampung Masjid Lama, Tualang,
06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

12.00 tengahari - 5.00 petang

12 Disember 2009 / 25 Zulhijjah 1430H

Maaflah ye..kad ni baru sampai semalam..hehe
jemput..jemput datang..

7.11am
Rumah Kelana Jaya

23 November 2009

bila anda berEMOSI

bila anda emosi.. anda akan post banyak kali ye satu hari.

cerita apa kali ini.

penghujung oktober.2 org meninggalkan nepiege.

awal november.2 org diberhentikan + 1 berhenti dengan rela hati.

tengah november.seorang lagi pergi.

dan penghujung november ini, aku pasti seorang lagi akan beransur.

aku xtahu sampai bila aku mampu bertahan.

komitmen keje??jika sampai mengabdikan diri untuk kerja.kau rasa apakah?

11.53pm,
rumah kelana jaya.

masih di ofis

kenapakah semua orang perlu berkata-kata dengan nada yang memBENCIkan..
marilah wujudkan suasana KASIH SAYANG dimana jua..
untuk hari esok yang lebih indah..

* * *

aku sedang deborr..

2nd time aku macam sedang corrupt kan database.pheww!

doakan semua allrite!klu xnescaya aku tidak pulang malam ni..dan tidak menjejak ofis lagi esok.. gagaga..

7.29pm.
masih di ofis.
penuh debaran

Nikah..Kahwin..Kenduri..walimah

Salam alaik semuanya..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari
agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”

[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

Nampaknya bulan 12 ni ramai sungguh mereka2 yang bakal mengikat hubungan sesama manusia silang jantina pada jalan yang halal.. dah banyak undangan yang dapat nih..tapi xtahulah yang mana disempatkn untuk pergi..

Listing sket..
Kak Ila (JK Balai Islam 12) - [Kedah/5hbDis]
Sahril (Marketing Tekad) - [Kuala Kubu/6hbDis]
Ainul (SERATA'03-04) - [Ipoh/13hbDis-InsyaAllah pergi]
Imah (Bioinfo'09) - [Klntan/15hbJan]

KARISMAians..
kak Khadijah Azman
Amin USIM / kak Sakinah SMIH
kak Di..jeng jeng jeng.. untuk K-UM sekalian..kak Di ada jemput untuk ke kenduri beliau.. tapi aku xdapat kad lagi.. jadi xtau tarikhnye bila.. i'll update soon..

*suddenly semua orang dah nak kawen..sight..aku dah dewasa rupanya*

“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tidak menikah.”
(Riwayat At-Tabrani)

Sekian,
12.44pm
Nepiege Group,
Kelana Jaya

19 November 2009

.rindu.

sejak bekerja, hampir hari2 aku dan rakan2 akan dikomen oleh majikan.
ada saja yang salahnya (mungkin memang salah :sedapkan hati)

hari-hari aku terima saja apa mereka mahu katakan..
tapi,
lama2 aku rasa ia akan makan diri aku balik..
aku takut nilai2 murni aku selama ni akan rosak..
dan satu hari nanti..
akankah aku menjadi sama seperti orang2 bekerja yang dalam tv tu..
sanggup lakukan apa saja demi kepentingan diri sendiri..
hurm..

Sarah, SABAR..

Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, padahal kamu orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman (Ali-Imran : 139)

disaat-saat memeritkan begini..
mesti zaman2 belajar menyapa..
oh RINDU!ia datang lagi.

waktu bekerja untuk balai12 dulu pun sakit gak..
tapi kan hujung dia manis..mcm skrg, asyik terkenang-kenang..
agak2..
kerja aku ni akan jadi manis x nanti?hehe

*aku ni ada konflik jiwa agaknya..ke semua orang pun macam aku..huhu
**mood: dpt IM dari kak Ila (balai12) - dia nak kawen dah 5/12.oh!akhirnya kakak ku sorang itu kawin jua..rindu kt kak ila lak tibe2..

2.43am,
Kelana Jaya

18 November 2009

kerja aku hari-hari

datang kerja jam 8.00am (on time)..

bukak laptop.. panaskn air.. buka phpDesigner, SQLYog dan googlechrome.
buat kopi.. dan mengadap lagi software2 yg dinyatakan..

jam tertentu.. dipanggil masuk ke meeting room..
pung pang pung pang.. amendment lagi..

betulkn semula..

dan berterusan la.. hari ni jugak akan ke meeting room jam 11am. entah apa lagi mau dikondem mereka.. ikutkan saja.

~bila agaknye aku bley jadi boss..

10.37am
Nepiege Group,
Kelana Jaya.

17 November 2009

...

aku nk isi sesuatu yg bermanfaat untuk ketuk kotak pikir manusia..
tapi aku sedang mengejar waktu..
jadi lain kali aja..
hihi ~_^

p/s: inilah post yg dinamakan..'kejadah ko sarah?'

gelong,
Ofis, Kelana Jaya
11.25pm

15 November 2009

Kau tahu?

Pernah x kalian dengar..

luka boleh sembuh,
tapi parutnya tak kan hilang..
kan?

Moral of the story:
Berhati-hatilah dalam percakapan kita..
Kerana lidah kita ini hakikatnya lebih tajam dari pisau..

tidak kira tinggi mana ilmu kita..
walau betapa hebatnya kita dalam lapangan kita..
jangan lupa yang kita depani hari2 itu juga manusia..
yang ada hati .. yang ada jiwa .. yang biasanya rapuh.

sekian untuk hari ini.

persinggahan sebentar aja..
Kelana Jaya.
7.20pm

12 November 2009

Peringatan buat Sang Hati

Subuh ini..

aku baca Mushaf yang ditinggalkan kekasih Allah beribu tahun yang lampau. Namun belum sempat ku telitikan terjemahannya.. sekadar memperdengarkan bacaan.. biar tenang hidup hari ini..

Pagi ini juga..

entah mengapa aku menjadi marah buat kesekian kalinya. berontak sang hati barang kali.. maka, jangan cepat melatah.. aku cuba mencari tenang sekali lagi. Lalu mushaf hijau itu kegapai.. terjemahan bacaan subuh tadi aku teliti..

[Al-Isra' : 53] Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, setan itu (selalu) menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sungguh setan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Ayat ini membuat aku berfikir kembali.. tentu sekali rasa amarah ini hasutan syaitan. Untuk aku bersangka-sangka dengan saudara kita seIslam.. istighfar.

[Al-Isra' : 63] Dia (Allah) berfirman, "Pergilah, tetapi barang siapa diantara mereka yang mengikuti kamu, maka sungguh, neraka Jahanamlah balasanmu semua, sebagai pembalasan yang cukup.

Nauzubillah.
Sungguh aku takut seksaan Mu yaAllah. Moga peringatan hari ini.. menjadi ruang pandu hidup aku seterusnya. Berbaik sangkalah sang hati. Menjauhlah engkau dari bersahabat dengan syaitan.

Nepiege.
12.06pm

11 November 2009

Rude

Why suddenly people get so rude??

hei!kita semua datang dari tanah tau!!

hurm~

sekian,
2.53pm.

cerita 6 november

[post ni aku tulis 6nov lalu ketika di sg buloh sibuk2 perkahwinan anak pakNgah. tapi sebab xjmp source internet.maka,aku bekukan dan sekarang baru post.. ^_^]
-----------------------------

TAJUK : hidup yang simple.

<---------------

seorang tua pada gerigi besi antara pintu dan dunianya.
memandang sepi sebuah hidup.
entah apa yang melingkar pada ruang fikirnya.

'monyet-monyet ni kena di letupkan mercun baru lari agaknya'

'kucing ni belum makan lagi..kena ambilkan nasi ni,kesian dia..'

'aku belum ambil ubat lagi lah pagi ni'

--------------->

erm.itulah kehidupan seorang ibu tunggal a.k.a mak long..

kadang-kadang kita rasa fed up dengan hidup. kita mahu tenang. mahu damai. mahu biar otak kita kosong dari memikir kerja yang tak siap2.. dari memikir assignment yang macam xda jawapan. dan dari memikir segala masalah yang tak pernah selesai..

tapi,

bila tengok hidup simple mak long.aku rasa,aku lebih rela hidup macam hidup aku sekarang..

terlalu simple kadang menyesakkan juga kan.

*sentiasalah melihat sekeliling. pelajaran alam sentiasa beri kesyukuran untuk mereka yang mau berfikir.

11.38am
Sungai Buloh, Selangor.

----------------------------
1.58am
Kelana Jaya,Selangor.

05 November 2009

Sabar

Saat gelisah jiwa menjeruk rasa pada tangkai hati, aku tahu aku tidak sendiri..

[84:6]Wahai Manusia!Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju TuhanMu, maka kamu akan menemuinya

Note : manusia tanpa sedar sedang dalam perjalanan menuju tuhannya. Dan pertemuan dengan tuhannya pasti untuk menerima pembalasan.yg baik maupun buruk.

Manusia tidak akan mendapat istirahat di dunia ini walau sebentar. Tempat istirehat adalah disana, bagi siapa yang mencarinya dengan penuh ketaatan dan penyerahan..

Jadi, janganlah kau rasa tersiksa bila kau teruji dengan dunia..hakikatnya dunia ini sekadar RnR kita dalam kelana panjang menuju tuhan.

Biarlah susah kita di dunia..demi bahagia diSANA.

Sabar..

Sabar..

dan Sabar lagi.

menekuni rasa yang dihimpun nabi saat baginda berjuang..

Sabarlah Sang Hati yang tersayang..

[84:19]Sungguh!Akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)

Moga lewat perjalanan ini, KITA berhasil mengumpul bekal buat destinasi abadi.

Sabarlah. Tabah. Tenang.
Allah sentiasa bersama kita. Sentiasa dan selamanya.
*Mujahadah itu ada nilai dimata tuhan.

Masih disini,
2.10am
Kelana Jaya.

04 November 2009

under pressure

mode : dibawah tekanan..

atau dengan kata lain..

mode : sedang stress..

tiada update ketika stress.
sekian harap maklum dan terimakasih

here,
.Nepiege Healthcare.
11.54am