Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 November 2009

cerita 6 november

[post ni aku tulis 6nov lalu ketika di sg buloh sibuk2 perkahwinan anak pakNgah. tapi sebab xjmp source internet.maka,aku bekukan dan sekarang baru post.. ^_^]
-----------------------------

TAJUK : hidup yang simple.

<---------------

seorang tua pada gerigi besi antara pintu dan dunianya.
memandang sepi sebuah hidup.
entah apa yang melingkar pada ruang fikirnya.

'monyet-monyet ni kena di letupkan mercun baru lari agaknya'

'kucing ni belum makan lagi..kena ambilkan nasi ni,kesian dia..'

'aku belum ambil ubat lagi lah pagi ni'

--------------->

erm.itulah kehidupan seorang ibu tunggal a.k.a mak long..

kadang-kadang kita rasa fed up dengan hidup. kita mahu tenang. mahu damai. mahu biar otak kita kosong dari memikir kerja yang tak siap2.. dari memikir assignment yang macam xda jawapan. dan dari memikir segala masalah yang tak pernah selesai..

tapi,

bila tengok hidup simple mak long.aku rasa,aku lebih rela hidup macam hidup aku sekarang..

terlalu simple kadang menyesakkan juga kan.

*sentiasalah melihat sekeliling. pelajaran alam sentiasa beri kesyukuran untuk mereka yang mau berfikir.

11.38am
Sungai Buloh, Selangor.

----------------------------
1.58am
Kelana Jaya,Selangor.

1 comment:

anak_hamja said...

emm.. manusia mmg jarang puas dgn apa yg dimiliki..

jarang menghargai ape yg digenggami..

melihat kelebihan org lain berbanding diri sendiri...

akhirnya sibuk dgn dunia hingga lupa yg mencipatanya..

itulah manusia yg selalu ad disekeliling..

jadi dimanakah kita berada antara yg disekeliling?

mengikut arus atau menongkah arus?