Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 October 2011

Jalan Terpilih

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat" 
(Riwayat alBukhari & Muslim )

Nauzubillah.. T_T terasa begitu berdosa beberapa hari ni, Begitu sedihnya, juga takut. Wahai mulut, wahai mata, wahai pendengaran. Mengapa kau lebih suka akan dunia ini? 

*sigh*

*ok post pun begitu berkecamuk ya. nampak begitu tidak stabil, semalam macam confuse, td pasal steve, now this hadis. ah ternyata kecelaruan aku memang mudah dibaca. haih~

Steve Jobs

sebenarnya aku bukanlah orang yang begitu 'into' kepada barangan apple @ mac. memang takda satu pun apple stuff. tetapi, pada satu hari yang tenang. bersamaan beberapa hari selepas pemergian beliau, seorang rakan di ofis memberikan satu link address. Disana terdapat banyak gambar-gambar menarik, tribute to lelaki yang memberi satu wave pada dunia.. (ok, really couldn't recall the website)

Dalam ratusan gambar yang tersenarai, ada 3 yang menangkap perhatianku. Share with you guys la! ^_____^













.. ok gambar ni aku dah lama ambil di internet, tapi dihari yang mendung ni.. aku terasa nak share dengan kalian. sapa yang buat gambar2 ni.. Smart! especially the last one. Nice! 

29 October 2011

coretan hujung minggu.

Hari ni, aku bercadang untuk menaip panjang. dan aku harap berhasil untuk membuat satu karangan yang panjang. Memandangkan, sudah seharian dilingkari rakan-rakan tercinta, aku rasa ini adalah masa terbaik saat bahasa melayu aku pulih seperti sedia kala.. :P

Dalam dunia hari ini, macam-macam yang kita tak pernah bayangkan satu masa dulu.. telah terjadi. Bayangan tentang jalan hidup yang lancar, belajar di sekolah kemudian matrik, kemudian universiti dan bekerja. Lalu berkahwin dan mempunyai anak cucu. Ah, keterlaluan membaca novel atau menonton drama kali.. Menjadi dewasa menyedarkan aku tentang banyak perkara, dan ternyata apa yang selama ini kita bayangkan sebenarnya bukanlah semudah yang kita sangka.

Watak-watak manusia yang biasanya aku bayangkan adalah tipikal manusia, mungkin sedikit dalam bayanganku tentang manusia yang begitu outstanding. Melewati hari-hari dewasa, aku sedar yang watak dalam kehidupan ini, ternyata tak sama dengan apa yang aku bayangkan. Subhanallah, semuanya ciptaan Allah. Sungguh, seharusnya kita hargai meskipun lama terhenti dan terkeliru memahami situasi.

Untuk manusia-manusia yang bernama keluarga, sahabat, teman dan rakan yang mewarnai hari-hariku. terima kasih. Alhamdulillah Ya Allah. untuk segala warna yang kau coretkan sepanjang perjalanan kehidupanku. Meskipun pada satu sudut ada warna yang belum aku fahami keindahannya.. atau definisinya, biarkan aku terus bersyukur.

untuk hari ini yang panjang kerana keceriaan pada pertemuan kita, dan garis ceria pada tiap-tiap wajah kalian.. semoga Allah izin dan perpanjangkan usia untuk kita bertemu lagi. Hingga masa bertemu lagi kelak, aku harap Allah akan sebaiknya menjaga kalian :P. Ternyata masa-masa yang lalu meski tak terbangkitkan pada perbualan hari ini.. ada nilainya yang tak terungkapkan.

.terima kasih.

untuk sahabat yang telah melangkah ke alam baru hari ini. tahniah! jalan kau kelak mungkin akan panjang dan berliku dari zaman bujangan, tabahlah menghadapi! insyaAllah, menjadi isteri itu lebih menenangkan hati dan menjana pahala berpanjangan.


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

sahabat, semoga kau berbahagia. 
err.. untuk yang lainnya yang masih berhempas pulas menatap hidup, yang masih belum belum ketemu jodoh kalian.. terus berusaha dan jangan berhenti berdoa. Good Luck ^____^ hehe.

26 October 2011

24


sebenarnya tak banyak yang aku inginkan pada hari lahir aku, sebab Allah dah makbulkan kebanyakan sebelum dari tarikh ni. thanks for both my housemate, untuk kesudian makan-makan bersama :)

p/s: untuk nan seorang yang memberi kad dan hadiah. terima kasih daun keladi ^____^!!

21 October 2011

Benarlah, rezeki itu datangnya dari Allah, kalau bukan Allah takdirkan rezeki pakcik penjual ayam rangka tu dari poket aku, maka memang tak dapat lah kan.

The story begin,

sejak dari petang tadi hujan turun mencurah-curah. kejap gerimis. kadang lebat. seperti biasa, sejak akhir-akhir ni aku memang selalu balik dengan nasyrah, rakan satu supervisor masa universiti merangkap rakan sekerja sekarang ^____^. Maka dalam lebat hujan ni, kami redah kesesakan federal highway untuk aku sampai ke stesen universiti.

Walaupun sedikit 'kancong' nak drop by aku, tapi aku berjaya turun gak :D. Bila nak lintas jalan, kederaan ni banyak la pulak kan.. tiba-tiba aku terbau sesuatu yang harum. Oh! ada pasar malam. Aku pun ikut aroma tersebut, sehinggalah ke satu kedai menjual rangka ayam. Peh, ayam baru naik ditambah pulak sejuk2 hujan ni kan. Tanpa berpikir lanjut terus lah aku mintak makcik tu bungkuskan rangka ayam dan ayam kepak. :)

Nyum2x. sedapnye.

"semuanya RM5.30 dik"
"ok" sambil buka dompet. Alamak! aku baru menghabiskan wang terakhir tengahari tadi. Selak punya selak ada sekeping not seringgit je. ayyo! Makanan da bungkus ni, aku agak kalau berlaku 5 tahun yang lepas, aku mesti tak tau nak bereaksi macam mana. haha.
"er makcik, dalam dompet saya ada RM1 je, boleh tak saya nak cancel ayam ni"
makcik dan pakcik yang sedang mengangkat ayam di gorengan hanya senyum-senyum simpul. Hakhak. ok, segan sedikit disitu. Semoga akan ada orang lain yang akan beli rangka ayam makcik dan pakcik ye! Maklumlah hujan-hujan gini kadang susah nak dapat pelanggan.

Meskipun demikian, keistimewaan zaman kini ni adalah, waima korang takde duit nak pegi beli makanan, korang masih ada peluang nak balik rumah dengan syarat Touch n Go telah terisi secukupnya ^____^. Haih, me-nopup Touch n Go tak agak-agak. Tengok, sampai bajet sudah lari :P

Ok, sampai situ sajalah dulu. Semoga perkongsian ini boleh bagi pengajaran pada kalian semua!!

*kancong - nervous

7.48malam,
Dataran Sains,
Universiti Malaya.

Keyboard Cover

Assalamualaikum dan selamat petang..

Bersua kembali. Sebenarnya hari ni, aku nak cerita tentang keyboard cover. Sebab? Tadi ada rakan se-ofis telah tersedak ketika minum kopi kerana boss kami menceritakan sesuatu yang menggelikan hati. Maka, kerana sedang minum-tapi-tetap-nak-gelak, tersemburlah air kopi yang beliau sedang minum. dan bersemburlah air kopi di laptop dan meja beliau.


Nasib agak baik, beliau mempunyai pelindung papan kekunci. Maka tidaklah titisan kopi masuk dicelahan papan kekunci tersebut.. ^^,


Tiba-tiba aku terkenangkan kembali, masa zaman-zaman pakai PC dulu, kopi pun merasa, tomyam pun merasa keyboard lama ku itu. hoho~

p/s: oh! aku punya keyboard cover dah tertinggal dalam laptop company masa dipulangkan dulu. T_T kena cari baru ni. Bahaya jika kejadian lalu berulang kembali.

19 October 2011

Wall Deco

Rumah atau pejabat anda membosankan? put some decoration on it!! Barulah ceria hari anda.. ^_____^


ta da!!

Try it your self!!

17 October 2011

Broga and Mun Wedd's

Hari ni, turun tangga dah rasa lagi sakit dari naik tangga. haih, teringatlah hari-hari awal selepas pendakian menuju Jeram Perlus. lagi perit yang tu. kalau orang ajak aku sekarang, nak hiking tak? harus aku jawab TAKMAU! haha.. so, tunggu 2-3 minggu lagi.. baru ajak eh.

Oh, semalam setelah memendam keinginan sekian lama untuk panjat Broga, akhirnya termakbul. Alhamdulillah! (Alhamdulillah Ya Allah, tahun ni banyak sangat rasanya keinginan menjadi kenyataan. Juga untuk jalan-jalan lain yang Engkau permudahkan) Berkumpul di Tesco Puchong, bertolak jam 5.30 macam tu, singgah Subuh di Petronas Semenyih. Memulakan pendakian kurang lebih jam 6.15 pagi. Masih gelap, jadi haruslah bawa torchlight. (Awanis, I pinjam your torch. hehe) Sebelum jam 7 sampailah kami ke puncak ke-4, (ada 3 lagi puncak yang tak sanggup untuk kami terus daki) dan melihat indahnya bumiMu Allah.



pada matahari yang baru muncul, Subhanallah.
pada saujana pemandangan, Subhanallah.
pada angin yang sepoi-sepoi bahasa, Subhanallah.
maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?(55:13)

peringkat awal pendakiran rasa macam ok lagi, sampai curam agak-agak  macam 45 degree dah rasa macam.. wallaweh, kalau naik ni macam mana nak turun. haha.  

"I feel like hanging on the sky.Why? sebab I rasa dah sampai atas ni tak tau macam mana nak turun balik. So hanging kat sini" - Joseph

Begitu dan begini, lepas stay atas tu dalam 15-30 minit, kami pun turun. Singgah di mamak (somewhere in Semenyih) untuk sarapan. Lepas sarapan bertolak pulang.

* * * * *


Petangnya, ke kenduri perkahwinan Mun :) anak YB Haniza. Bila aku recall tak banyak memori yang aku ingat tentang Mun masa dia belajar. Mungkin pernah berjumpa 2-3 kali dalam program. Tapi menjadi agak rapat sejak Mun banyak bergiat di PJ.. ^___^ Barakallah!

15 October 2011

HD-PCT1TU3/BB

Nampaknya, ada yang sudi memberi cadangan di comment box untuk post lepas. Ahha, terima kasih daun keladi aku ucapkan, lain kali bagi cadanganlah lagi ^___^.

Tadi pagi singgah pasaraya 99, maka banyak pula diberi baki syiling. seperti cadangan Puan Basyirah, maka semua baki syiling di dalam purse aku masukkan dalam tabung :P

Cadangan cik Jue kita, InsyaAllah akan di mulakan next cycle :).

Oh ya, semalam ada liqa' sedikit diantara rakan-rakan seperjuangan (oh lama tak berkumpul macamni rupanya. rindu! Fauhan juga ada, lepas lah rindu :P)  Maka, tajuk yang ada dibangkitkan adalah istiqamah.

Istiqamah sebenarnya adalah sederhana dan berterusan (ni menurut kata-kata naqibah aku la). mengapa sederhana? maksudnya untuk sesuatu amal tu, kita takleh lah nak buat begitu ekstrim sehingga akhirnya kita penat dan terus stop. So, its better be it sederhana, kita mampu lakukan dan berterusan. Macam tu lah lebih kurangnya. Tapi seiring peningkatan masa, amal yang sederhana tu boleh lah ditingkat kan sikit2.. sbg cth, dari jarang-jarang baca Quran, so make it sehari baca separuh muka. istiqamah baca separuh muka. Then, dah agak-agak sebulan atau macam da boleh komited baca setiap hari, maka up sikit sehari satu muka. macam tu lah. So, yang ni boleh dikira sebagai hari ni lebih baik dari semalam. macam tu.. ^___^

Aku saja nak share apa yang aku dapat semalam, kebetulan boleh dikaitkan lah pulak dengan post semalam tu. Istiqamah lah menabung. Cerita pasal menabung, ntah macam mana.. after balik dari Iman Villa pagi ni.. aku terlencong ke Digital Mall dan membeli lah pulak perkara dibawah,


oh! jangan salah sangka.. aku dah rancang lama. tup tup hari ni berkelapangan, terus lah meneruskan hasrat yang terpendam itu. Err.. nampak ke apa yang dimaksudkan? maklumlah black-lover ni semua nak warna hitam, kan..

P/s: Gadget adalah satu perkara yang menjadi cabaran utama (bagi para muda belia) untuk bertahan dengan Sang Nafsu. Haih.
P/s II: Kira aku kalah tak ni dengan nafsu?aiyark!

14 October 2011

Jimat Cermat Amalan Mulia

Pagi ni, aku ke sebuah kedai runcit berhampiran Flat Taman Sentosa. Kedai ni biasa akan aku singgah untuk membeli roti atau coffee. tapi pagi ni, aku berhenti sebentar depan kedai, keluar purse dan selak-selak beberapa keping not biru yang berbaki. kemudian aku tutup semula purse dan berlalu tanpa masuk pun ke kedai tersebut.

Huhu, belum pun sampai pertengahan Oktober.

Ok semua peminat sekalian, jangan bimbang ini sebenarnya bukan bermakna tahap kekeringan aku semakin menjadi-jadi atau pun aku dah tahap pokai sehingga tak mampu lagi nak membeli setin coffee berharga RM2 tersebut. Sejak akhir-akhir ni, aku dibayangi oleh satu berita yang aku baca awal minggu yang lalu. tentang 41 belia muflis setiap hari. (sebenar aku tak paham, apsal di akhir 41 tu xda penjodoh bilangan, aku nak tau gak 41 tu refer pada orang, organisasi atau peratus. kan?)

Maka, sebagai salah seorang yang merasakan diri ini masih muda belia, aku pun mula mengambil langkah berhati-hati dengan mencatu balik perbelanjaan mingguan. Bila dah mencatu ni baru aku perasan, banyak aku spend selama ni. Boroskah? tak nak mengaku! haha.. Susah sebenarnya nak menahan nafsu ni, kat sini aku dah nampak kenapa jihad melawan nafsu adalah lebih tinggi ganjaran dari jihad di medan perang.

Ini kira detik-detik awal aku nak belajar berjimat cermat. Ok rakan-rakan sekalian marilah kita sama-sama menjadi lebih baik, berjimat hari ini untuk masa depan yang lebih baik.

Nota kaki
1. Berjimat yang aku nak maksudkan disini dari segi perbelanjaan peribadi, tapi jangan berjimat sehingga lupa bersedekah
2. Banyak kita jimat, banyak boleh menabung, nanti esok lusa senang lah bila nak pegi umrah atau bernikah.

 Sekian sampai sini dulu,
jom kerja!

13 October 2011

Pit stop


tempat ni da jadi aku punya pitstop hampir setiap hari. sambil melihat manusia yang pelbagai ragamnya. ha pembaca sekalian, jika terserempak.. hello hello lah, nanti aku bagi sign autograf. hehe


oklah, train sudah sampai, jumpa lagi di masa depan ^___^

p/s: aku nasihatkan kalian, agak2 takde idea nak menaip, ghentikanla pegang keyboard tu. ini le jadinye kalau xdiberhentikan.

*maaf telah bazirkan 2 minit kalian untuk entri tak bermanfaat ini. heh~

11 October 2011

bahasa

kata orang bahasa jiwa bangsa. betul kah?

Cik C:
"Dulu masa I kerja di kedai handset, ada seorang pakcik cina datang mau beli handphone. Dia ingatkan saya malay, so dia cakap melayu dengan saya. Tengok aa, cina sama cina tapi cakap melayu"

Encik F: where are you heading to sarah?
aku: Im heading to surau to perform zohor prayer. (sambung..) oh not bad, i can speak english
Encik F: heh, u kat UM dulu tak speaking english ke?
aku: belajar memang in BI, tapi cakap tak lah.
[melayu sama melayu tapi cakap english]

aku pun tak taulah nak bagi kesimpulan apa, saja jot down, kasi tambah bilangan post dalam blog (boleh macam ni?) bagi sedikit suasana di tempat baru untuk dikongsi bersama.

p/s: pada aku takde bahasa di dunia ni yang begitu terhormat, melainkan bahasa arab. kalau orang cakap BI is powerful, Mandarin is the most useful language in world.. aku pun tak kesah. Aku hanya akan kisah, jika bahasa tu menjadi perantara untuk aku mendapatkan ilmu ^_____^.

** selepas semuanya (direct translation), ayuhlah kita menggilap bahasa Al-Quran kita, kerana itulah bahasa komunikasi di syurga.

09 October 2011

Pagi nan Indah

Berpagi-pagian di kampung dengan dingin air yang mengigit tulang. Sunyi dari hiruk pikuk suara kenderaan. Sambil nikmat udara yang masih dpinjamkan ini disyukuri, pendengaran ini pula di dendangkan dengan carta IKIM.

Wah! memang satu suasana terbaiklah! Terkenang pulak zaman sekolah menengah dulu, selepas subuh, di hujung minggu akan kedengaran lah tazkirah-tazkirah atau bacaan alQuran dari corong radio. Memulakan hari dengan perkara yang baik ternyata memberi hari yang gembira kepada kita. Cubalah ^____^!

Oh,
hari ni.. cubalah kalian dengarkan lagu ni, mungkin boleh menenangkan kalian dari kekusutan dan keserabutan menyelesaikan sesuatu urusan. Tidak salah berehat seketika untuk mengumpul semula motivasi sebelum melangkah lebih laju! enjoy..

Syahadat - Dian Pramana Putra

p/s: saat-saat yang seketika di Ampang, subuhku dikejutkan oleh azan dari masjid/surau berhampiran. Ah, nyaman~

06 October 2011

Pastry

Bila tak de kerja, mulalah crawling sana sini. Yeah, rasa macam belum pernah recommend link pun kan.. So, hari ini.. aku nak share satu link yang selalu aku terjah bila link dia berada diatas dalam senarai makan-makan (maksudnya dia update blog la kan) Nak tau blog siapa? Klik gambar di bawah ^______^


Nyum nyum. Gambar pun da super nyummy.. bayangkan pulak la isi kat dalam dia. Sebenarnya aku tersangkut ke blog ni dari blog kak nor. Blog kak nor pun boleh tahan melazatkan. hehe. Dulu kalau ada rasa balik rumah nak masak, memang blog kak nor ni la sumber inspirasi. Sekarang memang harapan la aku nak masak bila sampai rumah. paling cepat jam 8.30mlm baru sampai :( (tapi percayalah, ini sungguh jarang terjadi).

Oh, lupa pulak isu nya aku nak promot blog Kak Rima kan tadi. haha! Haih, tengok.. selalu sangat lost focus :P. Ok tentang blog Kak Rima ni, apa yang menarik? Dia sangat-sangat rajin dan suka buat pastri dan segala jadah cake.. Datang ke blog dia untuk menjamah makanan dia dengan mata sajalah. So, agak-agak lapar dan takda duit nak pergi makan hebat-hebat. Bolehlah beli roti gardenia 60sen, sambil makan tu usha blog Kak Rima :) . Oh selain macaron and all the pastries.. beliau juga mempunyai seorang anak yang comel! Sonia namanya.

Ok sekian dulu cadangan blog hari ni. ^______^

05 October 2011

Gambar

Pagi tadi, bermula lah semula aktiviti yang telah lama aku tinggalkan (lama tak lama dekat 4-5 bulan gak la aku tak berapa nak aktif dengan dunia blog) iaitu blog hopping.

So, dalam banyak-banyak ni. aku jumpa satu blog rakan. Dia ada letak gambar dia dengan rakan2, melutut di baris depan perempuan dalam 5-6 orang dan berdiri di belakang adalah 4-5 orang lelaki. Gambar dia masa sekolah rendah dulu. Gambar ni bukan gambar kelas tau informal punya gambar.

Tengok je gambar ni.. mengingatkan aku pada zaman aku darjah 6. Sebenarnya dari aku sekolah rendah rupanya aku kurangla berkomunikasi dengan lain gender. Tapi entah macam mana, di penghujung tahun 6 tu, aku ada sekeping gambar dengan sangat ramai budak lelaki, perempuan dalam gambar tu adalah 2 atau 3 orang.

Asalnya gambar tu aku simpan, tapi lama-lama.. (nak nak pastu masuk sekolah agama, belajar pulak isu-isu silang jantina.) Tiba-tiba aku rasa berdosa, lalu gambar tu aku koyak-koyakkan hingga sebesar ibu jari, pastu aku tanam. Sedangkan waktu tu aku baru tingkatan satu. yang hakikatnya tak banyak keputusan yang boleh buat sendiri.

Lalu dari kes ini, aku terkenangkan seorang sahabat kecil Rasulullah yang bernama Sa'labah. Beliau yang tumbuh malu didalam dirinya lantaran terpandang aurat wanita yang bukan muhrimnya. dan ketika itu beliau baru berusia 7 tahun.

dan dari dua situasi ni, aku dapat simpulkan rasa malu itu adalah fitrah manusia. Sehingga bilakah rasa malu itu akan subur bergantung kepada sejauh mana kita menjaga hati kita.

tok tok, ketuk hati tanya kanlah,
"sekarang telah 11 tahun berlalu, masih malukah kamu melihat gambar kamu bersama lelaki-lelaki yang bukan muhrimmu?"

ayuhlah bermuhasabah!

nota kaki tambahan:
1. Tahniah untuk mempelai Shakina dan Sharifuddin yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu yang lalu.
2. Kepada Basyi juga, untuk baby yang comel. Ah! saat Iman Zulfa kamu lahir, saya masih dalam fasa lintang pukang menghadap hidup, maka satu entri khas untuk anak saudaraku itu tak dapat dipahat disini :(
3. Graduan API!! Selamat berkonvokesyen!!

5.16pm, PJS1.

02 October 2011

Atlast..

Alhamdulillah suma alhamdulillah..

Akhirnya, berhasil juga aku menyusun atur blog ni. rupa-rupanya blogspot memang ada simpan all my bloglist! phew~ takdela susah-susah nak kena jump satu satu blog nak cari balik rakan-rakan sekalian. Oh ye, tapi blog list  yang tukartiub, cursingmalay dan seangkatan dengannya takdek lak ek. kena boikot ke hape? huhu

Meskipun dah lama dah rasa nak kemas, tapi tak kemas-kemas.. rupa2nya aku kena setel kemaskan rumah dulu baru lancar nak kemas blog. hehe. (Harap-harap lepas ni lancar nak setelkan kerja SKIPJ dan kerja web.ahha)

Hujung minggu kali ni dinamakan hujung minggu event bioinfo. Sabtu ke Kuantan, wedding shake dan tadi tengahari ke Gombak, akikah anak Basyi. ^___^

oklah, itu dulu update.. esok ada rakan sekerja baru nak masuk, excited sikit.. nak ada malay officemate la katakan ;P

(tetap template coklat yg dulu bertahta dihati, tapi apakan daya tak backup.. :(( waa.. )