Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 November 2012

Peribahasa dan kesilapannya

Beberapa kesalahan dalam peribahasa.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum munculnya tulisan rumi, masyarakat tanah melayu menggunakan tulisan jawi untuk tujuan penulisan. Sementelah perpindahan dari tulisan jawi kepada huruf rumi, berlakunya kesilapan dalam membaca semula satu-satu perkataan.

Disini aku akan sertakan 2 contoh peribahasa yang telah terlibat dalam kes ini.

1. Harapkan pagar, pagar makan padi. 

Persoalannya bagaimanakah pagar memakan padi? dari kecil kita pasti selalu terbayangkan pagar yang dipasangkan keliling padi. tapi tang pagar nak makan padi, macam tak dapat nak kaitkan lagi kan? Cuba fikir lagi dalam, sawah tang mana yang orang tanam dia pasang pagar keliling? Ha.. itu lagi satu persoalan yang boleh membawa rusuhan.

Hakikatnya perkataan pagar yang dimaksudkan adalah pegar sebenarnya. Merujuk kepada burung pegar yang antara makanan rujinya adalah padi. (Perkataan jawi ditulis dengan pa-ga-ra)

Burung Pegar

2. Bagai melepaskan batuk ditangga.

Cuba anda kaitkan, bagaimanakah melepaskan batuk ditangga boleh membawa maksud buat kerja sambil lewa? Melepaskan batuk dimanakah yang menunjukkan kesungguhan? Adakah setelah selesai naik tangga dan duduk bersila diruang tamu kemudian baru batuk?

Eheh, kan? tak dapat nak sambung dah tu. Sebenarnya batuk yang dimaksudkan bukanlah batuk 'kofkofkof' tu.. Melainkan batuk yang dimaksudkan adalah batok, iaitu ceduk yang digunakan untuk basuh kaki sebelum kita naik rumah. Secara logik lepas kita guna batok, patut kita letakkan balik la dalam tempat dia kan, tapi punyala malas duk letak kat tangga je batoknya. Sebab tu lah jatuhnya melepaskan batok ditangga merujukkan kerja yang tak habis. Da angkat guna, pastu letak merata-rata.

Batok

So macam tulah, beberapa contoh kesilapan dalam peribahasa semuanya disebabkan pertukaran diantara tulisan jawi kepada rumi. Meskipun da banyak kali di minta untuk buku teks menukarkan semula perkara ini, tetapi permohonan tinggal permohonan. sepi. tiada perubahan.

*Alhamdulillah, dapat jugak share satu perkara berbentuk ilmiah hari ni :)

27 November 2012

Cuti Express

akhirnya, aku amik cuti pada hari ni. dan berjaya accomplished 3 perkara iaitu:

1, servis kereta 20k km.
2. clarification tentang satu premium saver yang aku subscribe 3 tahun yang lepas (gila lama)
3. renew IC!

ahaha.

sebenarnya selain no.1 adalah perkara penangguhan sejak sekian lama yang akhirnya baru dapat dilaksanakan setelah dengan susah payah bergaduh dengan diri sendiri.

alkisah nak amik cuti isnin. tapi sebab da penghujung isnin lepas baru teringat nak apply.. dan malas pula turun naik tangga cari boss dan HR. maka, aku dah ter-delay sampai ke selasa.

tapi bagus jugak. kalau amik cuti isnin mesti lambat balik dari kg ke sini. end up tak dapat lagi la nak setelkan perkara2 yang telah tertulis di atas.

mari aku ceritakan satu per satu aktiviti tertulis.

1. servis kereta tu, tak da masalah la kalau kat selangor ni. ada banyak servis centre dia. tapi aku buat dekat sini saja, servis center yang paling dekat dengan rumah iaitu, di seksyen 19 PJ. yang baru bukak dekat sebelah KDU tu. eheh~ xda la baru sangat sebenarnya dekat setahun jugak lah kan. aku buat appointment jam 9.50 pagi.. tapi gitu gini 10 lebih jugak la baru encik Vijay kita masuk servis. Gitu gini pukul 2 lebih baru siap. Lama jugak tu kan. ya, dan alang-alang ku car wash + vacuum sekali dengan harga RM5. ehehe..

2. oh selepas tu dah alang-alang cuti plus hampir dah dengan cawangan Maybank seksyen 14, maka aku pegi la tanyakan tentang polisi premium savers ni. Polisi ni perlu amik sebulan lepas subscribe. Bayangkan lah aku subscribe 1 ogos 2009. pastu 27 nov 2012 baru nak amik. haha! kakak kaunter tu cakap dorang tak simpan polisi selama tu. maka dia pun bagi no etiqa utk aku calling2. dan nak jadikan cerita baru hari ni aku tau pasal sebenarnya saving plan yang aku amik tu adalah investment. let say aku nak close kes dan tanak further bayar so aku akan dapat balik apa yang aku da invest tapi ikut pasaran semasa la. so tak dapat la aku nak exact money yg aku spend byr bulan-bulan tu. kalau aku withdraw sekarang aku akan dapat 400 less dari yang da aku invest. nampak agak rugi disitu. aha~ sebab kan hari ni baru tau ia adalah sebuah investment. maka aku hold kan dulu tindakan seterusnya. aku akan buat kajian lanjut dan decide to do later. sebabnya, kalau aku nak reprint balik polisi tu, aku kena bayar rm30. pastu tambah m10 untuk buat surat sumpah nak clarify yang aku memang tak amik polisi tu before this. haiya!! tapi kan takkanlah dorang nak buang benda penting mcm tu kan.. oklah fine even kalau menyemak sangat and rasa nak dispose, bukan patut dorang buat last call reminder ke macam: 'kalau tak amik kami bakar'. camtu.. whatever lah, dah jadi gini baru nak terhegeh hegeh kan.

3. ok lastly aku ke pejabat pendaftaran negara untuk renew IC. Tahukah anda bahawasanya jika anda ada buat IC before 18 y.o. anda memang kena renew IC tu between age 18 - 24 tahun. kalau anda lambat dan dah terlebih usia.. siap-siapkan lah wang RM40 dalam purse dan bersegeralah menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran. tapi kak tu cakap tadi lagi lambat kita pergi renew lagi tinggi kompaun di kenakan.

nota gambar: begitu pun ada gambar nan sekeping di perodua center.. ya ampun teramat malasnye nak uplod :P ala stended servis center.. lebih kurang je semuanya.. kan?

so itu lah aktiviti sepanjang cuti yang di apply atas sebab servis kereta dan hal-hal kecil yang lain.. now time to Asar prayer. rehat sekejap then to last check point for today :) *yawn* mengantuk juga kan, hari yang panjang..

till then. jaga iman semuanya!

20 November 2012

Hokkaido 2

Sembang-sembang dengan Awanis pasal Jepun, rasa macam menarik plak kan Jepun. betul tu, Pulau Hokkaido yang terletak di utara Jepun. Masa kecil dulu, aku pernah la baca pasal Hokkaido ni, dengar kabar cantik. Dan melalui pembacaan tersebut, antara yang menarik adalah 'Sapporo Snow Festival'. Ini adalah program tahunan yang berlangsung pada musim sejuk.

Kalau nak selak-selak balik, aku pun rasa da tak jumpa dah kat mana aku baca yang dulu tu. Sebab it was in 2000! haha. Dan yang aku baca tu adalah hasil tulisan tangan student University Hokkaido masa tu, Civil Engineering. Sekarang ni aku rasa mungkin penulis tersebut telah pulang ke Malaysia dan menjadi orang penting. Ok dah agak melalut, nak tau lanjut tentang event tersebut silalah google ye, boleh jugak semak di sini.

Tapi aku tak suka sejuk, agak-agak dapat tak nak berjalan tengok festival tu? hehehe. Nanti aku nak try search bila musim bunga/ panas apa pulak yang menarik.

Ohoi!

Panjang-panjang cerita, sebenarnya semalam yang turut menjadi isi perbualan ialah tentang Hokkaido Cake. Katanya ada di jual di kedai cawangan King's sekarang. Tapi sepanjang aku usha kat King's tak pernah la plak nampak. Dengar kabar sedap. Aku baru ingat nak gi merayap cari kek tersebut.

Tapi tanpa disangka dah pernah makan rupanya. Haha, makan tanpa tau apa nama kek! Ingat kan butter cake yang terdapat krim di dalam.


Terima Kasih Mr Lee untuk kek Hokkaido ini ^____^

13 November 2012

Sembang orang muda (SOM)



Seperti kebiasaannya, lewat malam-malam hidup orang muda dibandar akan dihabiskan dengan kehidupan sosial. Siang mencari rezeki, malam mencari tuhan. Alhamdulilah untuk yang demikian :)

Maka, malam tadi aku pun sempat la duk lepak barang semeja dengan adik2 Taman Medan yang pada saat akhirnya sudi tampil menemankan tambah memeriahkan lagi perbincangan tingkap projek hari keluarga kawasan PJS. (Jom, ahli keluarga yang nak join 8,9 dis ni.. moh le kite!)

Perbincangan bermula tak berapa nak lewat sangatlah, biasa2 saja. Tak on time jugak, biasa-biasa saja. Seperti aku yang juga biasa-biasa saja. Cuma ada seorang raving fan :P (thanks hajja, tanpa anda siapa lah saya, ayat perlu artis)..

Selepas perbincangan meja T-shape yang berlangsung kira-kira 2 jam yang menokhtahkan tempat dan tarikh program, perbincangan pun berakhir. sebelum menghantar pulang anak gadis nan berdua, maka sebiji kereta ku bersama moto Hajja bergegas ke gerai feveret mereka bertiga.. Mali.. mali ke dorang duk sebut2 tu. lebih kurang macam tulah jugak bunyinya..

Nak kira, boleh cakap first timer jugakla aku lepak gerai makan menghampiri tengah malam gini.. Aku tengok ramai anak muda, aku tengok banyak asap di sana sini. Tak cukup di gerai-gerai.. di persisir jalan juga ramai motor-motor yang bersidaian. Ya, tentunya.. tetap anak muda.

"Akak da berapa lama kak kat PJ ni ye?"
"Akak da kat sini since 2006, masa masuk first degree.."
"Ktorang baru masuk form one kak time tu.."

erk, jatuh rahang. am i that old? ahak, ini lah geng saya sekarang.. padanlah rasa kembali muda remaja :P..

*k lah, till then.. Nite everyone! Baca doa tidur dan bangun esok k! moga esok lebih baik.

12 November 2012

Dokter Jek.

Dalam diri aku sendiri, menjadi adik selalunya lebih digemari dari menjadi kakak. Kadang-kadang susah untuk membiasa kan menjadi kakak yang boleh memberi teladan dan tunjuk ajar berguna kepada adik-adik. Lebih-lebih lagi terhadap adik-adik yang bezanya setahun dua.

Disebabkan itu, aku lebih mudah rapat dengan kakak-kakak :) hehehe.

Ya, dan lebih tepat adalah kakak-kakak yang mempunyai gaya bahasa dan perawakan hampir sama dengan aku. err ini tak dikira narcist kan?

selain dari kak mash, dan kak zira yang semuanya telah tercampak jauh keluar dari PJ, aku telah berkenalan dengan seorang doktor yang boleh dikira sekepala. :) tapi ditakdirkan berkenalan dan gaul nya bentar aja..

then beliau pun dicampakkan jauh juga, jauh betul sampai ke Lebanon sana. tapi, nasib baiklah beliau rajin update blog.. dapat jua la ku baca perkembangan beliau masa ke masa. :) lagi 3 hari from now, she'll become a wife. I do hope she will get a better future soon (with his husband that she just met for 6months).

Kak ni adalah sangat adventure dan optimis! So, perkara itu lah yang sering memberi motivasi pada aku lewat entri-entrinya di blog..

Inilah dia episod macam xde episod sangat kan. Atau dengan kata lain 'asal update blog saje'. lol! oh ya, btw.. you can check it out this kak blog here. ^___^ mungkin bleh dush2 sikit diri sendiri. :)

Lastly, for those yang pernah berblog dan tak update-update tu, sila-silalah update ye.. ye la.. atleast for your fan out of your area dapat jugalah pengertian tentang update terbaru anda. There are some friends yang kita tak sempat nak reach them via call or sms.. but you always can reach them from your blog!! ini serius.. :)

K, till then.

04 November 2012

swing~

Jika maksiat di analogikan seperti makanan, agaknya rasa apakah ia? manis atau masin? ada yang kata manis itu sedap, ada yang kata masin itu lazat. yang pasti rasanya mesti enak. jika tidak, mengapa ramai yang tersekat tak terlepaskan apabila telah terjebak. kan?

astaghfirullah.

pagi ni terdengar Tanyalah Ustaz, katanya menurut syekh arab.. internet adalah jalan mudah untuk kita membuat maksiat. bermaksiat ketika bersendirian, apabila berjumpa dengan orang kelihatannya biasa saja. yang begitu menakutkan fenomena ini tak sekadar menyapa rakyat kebanyakan, malah yang lebih memeritkan apabila melibatkan mereka yang bergiat dalam jamaah dan dakwah.

woah~
seram.
kan?

inilah yang diertikatakan sebagai muflis akhirat. giat beraktivitas pelbagai ruang dan peluang, gemar beramal dan membantu masyarakat. tetapi apabila sendirian, mata, telinga dan tangan dibiar merayapi sesuatu yang tak ingin kita fikirkan.

nauzubillah.
astaghfirullah hal a'zim.

kadang-kadang, bila sendiri aku selalu terbayang bagaimana agaknya di akhirat nanti. saat aku terpandang rakan-rakan yang sama menggerak ummah, pakcik makcik, dan solafus soleh terdahulu duduk di makam indah disyurga, akankah aku berpeluang duduk sebaris dengan mereka?


takutnya akhirat.
we always think about heaven, but we often forget that hell also there! aiyark~

bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara,
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu..

ada satu perkara yang kak lin cerita tadi mengetuk kotak pikir ku. perempuan ni senang nak masuk syurga, lelaki pulak kalau nak masuk syurga, kena tengok dulu macam mana isteri dan anak-anak dia. terlaksana tak segala amanahnya. terjaga tak aurat dsb. meskipun demikian ramai dari perempuan ni jadi kayu bakar api neraka. kan?

double seram, tambah seriau.

^mood hujung minggu ni betul-betul swing. hmpfh..


I'm walking while searching. i've walked this path this far, but where is me? Searching for myself, that might
take forever. Can i feel tired now? or is it too early?