Seperti yang kita sedia maklum, sebelum munculnya tulisan rumi, masyarakat tanah melayu menggunakan tulisan jawi untuk tujuan penulisan. Sementelah perpindahan dari tulisan jawi kepada huruf rumi, berlakunya kesilapan dalam membaca semula satu-satu perkataan.
Disini aku akan sertakan 2 contoh peribahasa yang telah terlibat dalam kes ini.
1. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Persoalannya bagaimanakah pagar memakan padi? dari kecil kita pasti selalu terbayangkan pagar yang dipasangkan keliling padi. tapi tang pagar nak makan padi, macam tak dapat nak kaitkan lagi kan? Cuba fikir lagi dalam, sawah tang mana yang orang tanam dia pasang pagar keliling? Ha.. itu lagi satu persoalan yang boleh membawa rusuhan.
Hakikatnya perkataan pagar yang dimaksudkan adalah pegar sebenarnya. Merujuk kepada burung pegar yang antara makanan rujinya adalah padi. (Perkataan jawi ditulis dengan pa-ga-ra)
Burung Pegar
2. Bagai melepaskan batuk ditangga.
Cuba anda kaitkan, bagaimanakah melepaskan batuk ditangga boleh membawa maksud buat kerja sambil lewa? Melepaskan batuk dimanakah yang menunjukkan kesungguhan? Adakah setelah selesai naik tangga dan duduk bersila diruang tamu kemudian baru batuk?
Eheh, kan? tak dapat nak sambung dah tu. Sebenarnya batuk yang dimaksudkan bukanlah batuk 'kofkofkof' tu.. Melainkan batuk yang dimaksudkan adalah batok, iaitu ceduk yang digunakan untuk basuh kaki sebelum kita naik rumah. Secara logik lepas kita guna batok, patut kita letakkan balik la dalam tempat dia kan, tapi punyala malas duk letak kat tangga je batoknya. Sebab tu lah jatuhnya melepaskan batok ditangga merujukkan kerja yang tak habis. Da angkat guna, pastu letak merata-rata.
Batok
So macam tulah, beberapa contoh kesilapan dalam peribahasa semuanya disebabkan pertukaran diantara tulisan jawi kepada rumi. Meskipun da banyak kali di minta untuk buku teks menukarkan semula perkara ini, tetapi permohonan tinggal permohonan. sepi. tiada perubahan.
*Alhamdulillah, dapat jugak share satu perkara berbentuk ilmiah hari ni :)
1 comment:
Wahh entry yg sungguh berinformasi. Thumbs up!
Post a Comment