a bit update.
beberapa hari lepas aku diserang sakit gigi. maka, rabu selepas kerja (elok plak tu tetiba usrah tunda), aku pun pi la klinik gigi nih. show doc pasal gigi aku yang dah berlubang. aku rasa klu tak doc tu nak tampal terus je. tapi disebabkan aku bncg balik ngan dia sebab kan gigi aku tu tgh sakit.. so boleh tak delay. Dia pun ok je.. dia kata lagi bagus. So aku keluar dari bilik tu dan tunggu ubat. doktor bagi antibiotik untuk tiga hari, ubat bengkak dan painkiller.
ok. aku tak mention pulak pasal gigi bongsu yang impacted tu.
malam tu bila nak tido aku dah rasa macam tak senang. even da amik pain killer sakit tak mo hilang. masa tido lak, selang 2 jam akan terbangun sebab kan unbearable pain. sob sob.
khamis tu aku bangun macam biasa dan pegi kerja, walaupun rasa keradangan dia tu dah mencucuk ke telinga. nak nak time tu pulak boss nak macam macam, makin memuncak lah aku punya pressure. tengahari sikit, kepala aku da panas macam nak meletup.. tangan plak sejuk macam ais. aih, lain macam dah ni.. memember semua suruh minta keluar gi klinik.. tp aku tahankan dulu, dah half day kan.. baik tunggu sampai habis je dulu. tapi memang takleh fikir la.. kepala cam bengang je. Rasa nak marah semua orang.
balik tu. aku pi klinik mediviron lak. klinik panel ofis.
aku cerita la kat doktor reason aku sakit gigi. tp before ni da pernah jumpa doc gigi. aku sajalah mention sebab nanti kut dia nak bagi ubat, takda lah redundant gitu. da habis sembang aku cakap..
"dokter, boleh tak bagi MC untuk esok"
dokter tu, macam mengamuk sikit, mungkin dia bajet aku orang yang suka amik MC utk ponteng kerja kut? huhu.. (ni baru first time kut aku nak amik MC sepanjang 2 tahun lebih aku kerja kat tempat baru ni.. doc ni bagi layanan cenggini plak !==) aku cakap, aku takleh kerja sebab sakit sangat. dia kata, doc gigi bagi painkiller tu untuk tu lah. panjang lagi lah perbualan tu. aku tak tau lah sebenarnya dia marah ke apa. tapi nada suara dia makin meninggi lah.. beberapa kali jugak dia tanya,
"u faham tak apa saya cakap ni"
last last tu aku give up, aku try guna cara terakhir..
"oklah doktor, kalau doktor tak boleh kasi MC sebab sakit gigi, doktor bagi MC sebab saya demam je lah"
time tu baru dia nak ukur suhu badan aku. T.T sob sob. pastu barulah dia cakap yang aku ni dapat demam panas dah ni, so dia akan bagi MC dan nak tambah kan dose ubat aku. wargh~ sedih giler aku. Nak dapat MC pun kena bergaduh dulu. cik puan dokter, saya ni kalau demam biasa2 je, saya pegi je ofis tu tau.. xde maknenya nak amik MC, ni sebabkan sakit gigi sampai takleh fikir je saya gigih nak dapatkan MC.
malam tu, which is malam semalam. aku pun makan la ubat dia kasi tu. ubat yang rare aku dapat.. apo-gabapentin. aku rasa ubat ni adalah dadah kawalan. power giler, aku makan tak sampai seminit da high. haha. doc cakap ubat ni dia blok saraf, kira fungsi lebih power dari ponstan. huahua.
ok, masuk hari jumaat. disebabkan dah alang-alang MC, so aku pun pergilah ke fak dental UM. nak buat appointment untuk minor surgery impacted wisdom tooth.
masuk je kat sana, ada first doc check up. doc perempuan, aku syak dari timur tengah tapi tak komfem which country. dulu back in Jun 2011 doc ni jugak cek aku, tapi sekarang dia da pandai cakap melayu. hehe. doc tu tengok mulut aku macam bertakbir je. mesti amaze banyak sangat kerosakan. hukhuk. gitu gini pas pulak kepada bahagian pembedahan mulut. sekali kena ceramah plak dengan dokter gigi kat situ !==
"u kalau tak jaga gigi u baik-baik, lagi 5 tahun habis rongak semuanya"
ok doc, u really hurt my feeling, thanks by the way. so appointment aku dah dibuat pada khamis depan, aku harap semuanya lancar. budak 4th year amik kes aku tu, chen nama dia.
kak siti ada tanya aku, kenapa nak pergi fak dental um jugak? pergi jela klinik gigi goverment yang lain. aku jawab je lah, sebab dental um dah ada rekod aku. aku agak kalau aku tau cerita dia gini, dari awal aku da cabut ke klinik gigi bangsar.
dua dokter yang marah aku ni, adalah dokter cina perempuan. aku taktaulah apa yang diorang emo sangat ngan aku. yes gigi aku buruk, so what? waaarghh.. tibe tibe aku nangis balik kan. hahaha.
klah, aku perasan lama tak berblog. tu yang tulis cerita panjang lebar ni.. bolehlah buat korang layan kan time bosan bosan kan.. btw sorryla post kali ni luahan rasa jer :P
Quotes..
Sedikit Renungan
[Syed Qutb]
28 March 2014
09 March 2014
Pray 4 MH370
Assalamualaikum.
its indeed a gloomy day.
lepas kejadian kehilangan kapal terbang MH370 semalam 8 Mac 2014, keadaan negara menjadi sedikit kacau. ok. kelam kabut. Kali terakhir kapal terbang berhubung dengan menara kawalan adalah 2.40 pagi. berlepas jam 12.15 dan sepatutnya dijangka tiba jam 6.30pagi.
sebenarnya memang agak gempar bila hilang macam tu. Lebih lagi bila kali terakhir berada dalam radar adalah dikawasan laut!. ok nervous.
sekiranya kapal terbang memang mendarat di kawasan yang tak diketahui. sepatutnya tentu dah ada berita. sebab, minyak hanya mampu bertahan sampai 8.30 pagi semalam.
pelbagai versi.
tetapi bagi aku, selagi belum jumpa rangka kapal tu. selagi tu susah nak tau apa cerita yang sebenar. kan?
bytheway.. feel free to spend 47 minutes to watch the air craft flight incident in 2009. Sangat mendebarkan. Penerbangan Rio de Janeiro ke Paris.
hilang pada 1 Jun 2009, lepas 5 hari baru jumpa serpihan kapal terbang dan 50++ mayat. selepas 2 tahun baru jumpa kotak hitam dan badan kapal dan 100++ mayat yang masih di kerusi. 70++ masih tak ditemui sehingga hari ini.
T.T ~
#PRAY4MH370

"Oh no, we're going to crash" lepas beberapa minit terus senyap.
hilang pada 1 Jun 2009, lepas 5 hari baru jumpa serpihan kapal terbang dan 50++ mayat. selepas 2 tahun baru jumpa kotak hitam dan badan kapal dan 100++ mayat yang masih di kerusi. 70++ masih tak ditemui sehingga hari ini.
T.T ~
#PRAY4MH370
04 March 2014
Kematian sebuah peringatan
kematian demi kematian.
mati rasa.
aku fikir ini kematian yang indah untuk Pak Aman.
sedang bahagian aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)